Bahan-bahan:
1 peket mi kuning – dibilas
2 pokok pak choy – diasing batang dan daun, dihiris kasar
1 biji cili merah – dihiris serong
1 biji cili hijau – dihiris serong
1/2 cawan daging kisar Ramly's
2/3 cawan isi ayam yang dihiris
Kicap masin/manis, sos tiram, sos cili, sos lada hitam secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya (untuk kuah)
2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar tepung jagung + air secukupnya – dibancuh
6 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/4 biji bawang besar – dipotong dadu
3 biji tomato ceri – dihiris
1 senduk kecil cili kisar
1/2 cawan minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang.
- Masukkan cili kisar dan tomato dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos lada hitam, daging dan ayam (sos-sos ini boleh ditambah lagi kemudian sekiranya kurang rasa). Kacau rata beberapa minit.
- Masukkan batang pak choy, kacau rata. Kemudian, masukkan air rebusan dan air. Kacau dan biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan kicap secukupnya. Biarkan mendidih lagi.
- Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata hingga sedikit pekat dan masukkan mi, cili merah, cili hijau dan daun pak choy. Kacau rata, masukkan garam dan MCR (agak-agak) dan kacau rata lagi. Pastikan agak berkuah dan tutup api.
- Hidangkan segera.
No comments:
Post a Comment