Sunday, October 21, 2012

MOIST CHOCOLATE CUPCAKES



Ni tea-time semalam. Memula tak plan pun nak buat apa, tapi disebabkan tak boleh tidur walaupun hujan lebat kat luar, mula la otak tetiba nak jadi kreatif. Teringat pulak, bahan buat kek ada lagi, so ok la kita buat cupcakes. Seperti biasa, resepi asal dari kazen Shida.

Tapi kali ni aku buat setengah adunan aje, main agak-agak je la. Pastu ada la alter sikit, ikut suka aku je. Dapat la 8 cup. Nasib baik menjadi. Kalau nak resepi yang ori, boleh la ke blog Shida.

Bahan A

1 cawan tepung gandum - diayak
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda

Cara-cara

Satukan kesemua bahan dan gaul rata.

Bahan B


1 sudu kecil Nescafe + 1 cawan air panas
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak jagung

Cara-cara

Satukan kesemua bahan dan kacau hingga gula hancur. Setelah itu, satukan dengan bahan A dan gunakan pemukul telur untuk mengacau bahan. Kalau rajin boleh la tapis.

Sediakan pengukus dan acuan cupcakes (plastik). Tuangkan separuh adunan ke dalam acuan dan ulang hingga habis. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan.

Ganache

1/2 bar coklat masakan - dipotong kecil
1/2 cawan susu cair/whipped cream
2 sudu besar minyak jagung

Panaskan kesemua bahan hingga coklat cair. Sudukan ke dalam acuan kek rata-rata dan hiaskan.

Pulut Kuning dan Rendang Ayam

Dari semalam lagi dah berangan nak masak pulut kuning ni. Haqimie pulak memang peminat pulut kuning. Mula-mula nak masak kari ayam, tapi last minit tukar plan, jadi la rendang ayam. Kitorang jadikan sebagai brunch, lega la leh rehat sikit time lunch nanti. Dah la hujan sepanjang hari, memang malas tol nak masak beria kan.


Bahan-bahan (pulut)

1/2 paket kecil pulut - dibasuh bersih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugur

Satukan kesemua bahan bersama air (cukup untuk tenggelamkan pulut) dan rendam semalaman.
Bilas sehingga bersih dan toskan airnya.

1/2 bungkus santan pekat - bahagi dua
Sedikit air
Garam

Panaskan pengukus dan kukus pulut (kosong) separuh masak.
Kecilkan api, satukan 1 bahagian santan dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit sambil gaul rata pulut.
Kukus lagi selama 15 minit.
Kecilkan api, satukan 1 bahagian lagi santan dengan air dan garam. Repeat seperti di atas dan kukus lagi hingga pulut betul-betul masak.
Angkat dan tekankan padat-padat ke dalam bekas hidangan.


Rendang Ayam

10 ketul ayam - dibersihkan
2 helai daun kunyit - diracik
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - dihiris nipis/diracik
1/2 bungkus santan pekat
1 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
Air dan garam secukup rasa
Minyak

Bahan-bahan kisar

5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 batang serai
1 genggam cili kering (direndam dalam air panas/ditoskan/dibuang biji)
2 inci kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan halia sehingga garing.
Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga agak pekat.
Masukkan santan, kerisik dan sedikit air lagi. Masukkan juga daun kunyit dan serai ketuk.
Didihkan dan masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Masak sehingga terbit minyak. Ikut suka sama ada hendak kering atau berkuah.

SAMBAL SOTONG SUMBAT KENTANG


Bahan-bahan

2 ekor sotong sederhana besar - dibersihkan, buang kulit luar
1 biji kentang sederhana besar - direbus dengan kulit
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 sudu besar air asam jawa

Bahan dikisar halus

1 genggam cili kering - digunting dan direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Kupas kentang dan lenyekkan. Sumbatkan ke dalam sotong dan tutup dengan kepala sotong. Semat dengan lidi kecil.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan sos tiram sehingga wangi.
Setelah terbit minyak, masukkan sotong dan tutup kuali. Kacau sekali-sekala sehingga sotong betul-betul masak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Angkat.

CENDAWAN MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan

1 paket cendawan - dibersihkan dan ditoskan airnya
10 ekor udang sederhana - dibuang kulit
1/2 kotak santan
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - dicarik
1 batang serai - diketuk

Bahan ditumbuk

1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih

Cara-cara

Satukan santan, daun kunyit, serai dan bahan tumbuk bersama sedikit air di dalam periuk. Panaskan.
Setelah panas, masukkan cendawan, udang dan asam keping.
Setelah mendidih, masukkan garam. Didihkan dan angkat.

KARIPAP DAGING


Pastri

2 cawan tepung
5 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Air sejuk + garam

Cara-cara

Panaskan marjerin dan minyak.
Masukkan tepung dalam mangkuk dan lubangkan bahagian tengah.
Tuangkan marjerin cair dan gaul perlahan-lahan hingga berbutir.
Masukkan air sejuk bercampur garam secukupnya hingga doh terbentuk.
Ambil sedikit dan bulat-bulatkan doh. Ketepikan.

Inti

2 biji kentang - dipotong dadu
1/4 kg daging - dipotong dadu
2 tangkai daun sup - dipotong kecil
2 biji bawang besar - didadu/dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 paket rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan gula ke dalam kuali dan masukkan air secukupnya.
Renih hingga kentang empuk dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sejukkan.

Ambil satu ketul doh dan lenyekkan dengan penggelek.
Masukkan 1 - 1 1/2 sudu inti dan lipat dua, kelim hujungnya. Buat sehingga habis.

Goreng karipap hingga kekuning-kuningan.

KARI DAGING DAN KENTANG


Bahan-bahan:

1/2 kg daging - direbus seketika dan hiris nipis
2 biji kentang - dibelah 4
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 hirisan halia - diracik
1 paket rempah kari daging (aku guna brand Baba's)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 kotak santan
1 sudu besar kerisik
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit air asam jawa
Garam
Minyak

Cara-cara:

Satukan rempah kari, serbuk cili, kerisi dan sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
Masukkan pes rempah dan gaul rata.
Masukkan daun kari dan kacau hingga terbit minyak.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan merenih hingga kentang empuk.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan garam dan didihkan lagi.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan setelah mendidih, tutup api.

PERIA KATAK TUMIS TELUR


Bahan-bahan:
2 biji peria katak - dibelah dua, buang biji, hiris nipis dan direndam dalam air bergaram seketika, toskan
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar + bawang besar + bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak

Cara-caranya:
Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan sedikit air jika perlu.
Masukkan peria dan kacau.
Pecahkan telur dan gaul sedikit-sedikit (untuk mengelakkan telur terlalu hancur).
Perasakan garam dan angkat.

Saturday, October 20, 2012

SAYUR MASAK SOS TIRAM


Bahan-bahan:
1/2 pokok brokoli - dipotong florettes
1 batang leek - dipotong 3 inci dan dibelah dua
1 biji capsicum hijau - dipotong panjang
1 ketul hati ayam - dipotong kecil
1 ketul pedal ayam - dipotong kecil
Minyak untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 ulas bawang merah

Panaskan sedikit minyak dan goreng hati dan pedal hingga garing (harus la tutup semasa menggoreng, hati tu meletup, huhu).
Sementara itu, tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Setelah hati dan pedal garing, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga wangi.
Masukkan brokoli, leek dan capsicum dan kacau rata.
Masukkan sedikit air dan sos tiram (garam tak perlu) dan tumis hingga masak.

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:
10 ketul ayam yang dipotong kecil

Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.

Bahan-bahan kisar:
Segenggam cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Kisar kesemua bahan hingga halus.

Minyak untuk menumis (guna minyak goreng ayam tadi).
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 pokok daun ketumbar - diracik
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis daun pandan, cili kisar, sos tomato, sos tiram dan sos cili hingga terbit minyak.
Masukkan sedikit dan didihkan.
Masukkan ayam dan renihkan.
Setelah kuah agak pekat, masukkan daun ketumbar dan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.

Nasi Ketumbar


Resepi asal: Dapur CT

Terjumpa resepi ni kat blog kak Siti Delima, rasa nak try, so tadi Encik Koji ke pasar, aku pun pesan la daun ketumbar. Gandingkan dengan ayam masak merah dan sayur masak sos tiram, ya sayur tu macam  tak sesuai tapi boleh je la, at least ada gak sayur.

Sedap la nasi ni, Haqimie, Qayyum dan Encik Koji makan bertambah. En Koji kata ni Nasi Incredible Hulk sebab kaler hijau, hahaha. Tanya Haqimie dan En Koji, sedap tak? Diorang kata sedap jugak, lain kali leh la wat lagi. Tapi maybe gandingkan dengan lauk lain.

Tapi aku ada la alter sikit resepi asalnya, biasa la tu kan. Anyway, memang sedap la.

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras basmathi - dibasuh bersih dan direndam seketika
Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan menumis:
5 ulas bawang merah - dihiris halus
1 batang serai - diketuk
1/4 buku mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa

Bahan-bahan kisar:
3 pokok daun ketumbar + akar - dibersihkan
3 ulas bawang putih

Panaskan minyak zaitun dan mentega. Tumis bawang merah hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan serai dan tumis lagi.
Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan garam dan MAGGI Cukup Rasa secukup rasa.
Tutup api dan transfer beras ke dalam periuk nasi. Sukat air ke paras 3. Tanak seperti biasa.
Bila nasi agak kering, buatkan lubang dan titiskan pewarna hijau. Tutp periuk dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dan hidangkan.

SAMBAL TUMIS TELUR PECAH


Bahan-bahan:
3 biji telur - dipecahkan ke dalam mangkuk satu persatu
2 senduk cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu gula perang
1/2 sudu garam
Minyak untuk menumis
1/4 mangkuk air asam jawa

Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan sos tiram hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Ratakan sambal ke atas telur.
Tutup kuali dan biarkan telur masak atas api perlahan.
Setelah telur masak, angkat.

Masak simple je malam ni

Malas nak masak dan bahan basah pun belum top-up lagi. Nasib baik ada sardin setin. So, masak sardin je la. Sebelum tu nak citer pasal masak lunch tadi.

Ikan baung yang Encik Koji beli sebelum balik cuti hari tu pun ada lagi 5 ketul. Memula macam nak masak lemak cili api, tapi santan takde stok pulak. So tukar menu ke kari. Tapi time nak masak, ubah fikiran lagi, so goreng ikan dan masak sambal. Pastu dadar telur dan stim taufu. Kenyang jugak kan.

Gambar terlupa nak ambik, tapi bubuh juga la resepi, utk ingatan diri sendiri.

Sambal Ikan Baung

Bahan-bahan:

4 ketul ikan baung - dibasuh bersih

Gaul ikan baung dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan angkat. Ketepikan.

1 genggam cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Blend kesemua bahan di atas dengan sedikit air. (Aku memang tak guna belacan).

1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang kasar
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan blend, serai dan sos tiram dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan asam gelugur dan ikan goreng. Gaul rata.
Masukkan garam dan gula, kacau sebentar dan hidangkan.


Telur Dadar

2 biji telur
1 tangkai daun sup - dipotong halus
1 biji cili merah - dicincang
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Minyak zaitun

Satukan kesemua bahan kecuali minyak zaitun dan pukul rata.
Panaskan minyak zaitun dan dadar telur sehingga masak.


Taufu Stim

1 ketul taufu putih - keluarkan dari bekasnya dan letakkan dalam bekas (yang boleh dikukus)

1 sudu besar minyak zaitun
5 ulas bawang putih - dicincang
2 ulas bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu besar kicap cair organik
1 tangkai daun sup

Panaskan pengukus dan kukus taufu putih hingga masak.

Sementara itu, panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan merah hingga garing. Masukkan cili merah, kicap cair dan daun sup. Tutup api, tuangkan ke atas taufu tadi. Sedia dihidangkan.


Sambal Tumis Sardin

1 tin sardin Cap Ayam
3 sudu besar cili kisar + bawang besar + bawang putih (prepared ahead)
3 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
Sedikit hirisan halia
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
Sedikit air

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar,
Masukkan sardin dan air secukupnya. Masukkan juga asam gelugur. Perasakan garamnya,
Didihkan sekali lagi dan angkat.

Sunday, October 14, 2012

BUAH MELAKA


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh esen pandan
1 keping gula melaka - didadu kecil
Kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara-cara:
Sediakan air rebusan.
Gaulkan kelapa parut dengan garam. Ketepikan.
Satukan tepung pulut dan air. Uli sehingga doh tidak melekat (macam plasticine).
Titiskan pewarna hijau dan esen pandan. Uli sehingga warna hijau rata.
Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan kemudian leperkan bahagian tengah dan masukkan 1-2 ketul gula melaka.
Balutkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
Masukkan ke dalam air rebusan.
Buat sehingga lebih kurang 10 biji dan biarkan bebola timbul (maknanya dah masak).
Angkat dan toskan airnya dan golek-golekkan dalam kelapa parut tadi.
Hidangkan.

Friday, October 12, 2012

KUIH LAPIS 3 WARNA


Resepi asal: CT Delima

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan jagung
1/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil esen pandan
1 sudu kecil sirap ros


Cara-cara:
Panaskan pengukus.
Sediakan loyang.
Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna.
Gunakan whisk dan kacau sehingga gula hancur.
Tapiskan kepada 3 mangkuk berasingan.
1 mangkuk dicampurkan dengan pewarna hijau dan esen pandan.
1 mangkuk lagi dicampurkan dengan sirap ros.
1 mangkuk dibiarkan plain.
Tuangkan adunan plain ke dalam loyang. Kukus selama 6-7 minit.
Kemudian, tuangkan adunan berwarna merah dan kukus lagi selama 6-7 minit.
Akhir sekali, tuangkan adunan berwarna hijau. Tutup loyang dengan foil (utk elakkan titisan air jatuh ke atas permukaan kuih) dan kukus hingga masak.
Setelah masak, buka penutup pengukus dan biarkan kuih set selama 3 minit.
Aihkan dari pengukus dan potong menggunakan sudu plastik (utk hasil potongan yang cantik).

Well, mine punya potongan tak berapa cantik. Next time, kena buat cantik2 sikit. :)