Nasi Lemak Pandan
Bahan-bahan:
5 cawan beras – dibilas bersih
5 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu besar minyak kelapa
5 inci halia – dihiris kasar
3 biji bawang merah – dihiris nipis
1 batang serai – diketuk
3 helai daun pandan – disimpul
1 sudu kecil pes pandan
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
- Setelah masak, gemburkan nasi dan biarkan di dalam rice cooker selama 5 minit sebelum dihidangkan.
Sambal Tumis Udang dan Petai
Bahan-bahan:
300 gm udang sederhana – dibuang urat
1 cawan petai yang dikupas
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 biji bawang besar – dihiris nipis
2 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
2 ketul kecil gula Melaka
Garam dan Maggi Cukup Rasa
3/4 cawan minyak masak
1/4 cawan air (atau lebih)
Bahan-bahan dikisar halus:
2 cawan cili kering – dipotong dan direbus
2 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong
2 inci belacan – dibakar
Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis hirisan nipis bawang besar hingga layu dan perang.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih. Kemudian, masukkan gula Melaka dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai dan asam gelugur. Masak hingga petai agak lembut.
- Masukkan udang dan hirisan kasar bawang besar. Kacau rata, masukkan air jika perlu. Kacau rata dan biarkan mendidih.
- Akhir sekali, masukkan garam dan MCR. Sesuaikan rasa dan setelah mendidih, tutup api.
No comments:
Post a Comment