Gulai Kurma Telur Rebus
Bahan-bahan:
1 batang serai – diketuk
1 batang kulit kayu manis – dibilas
1 kuntum bunga lawang – dibilas
3 kuntum bunga cengkih – dibilas
2 biji buah pelaga – dibilas
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1/2 sudu besar halia kisar
Segenggam daun kari – dibahagi 2
1 peket serbuk kurma Adabi
1 1/2 cawan air
1/2 kotak santan
1 biji kentang – dipotong kiub
1/2 biji lobak merah – dipotong kiub
1 biji cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dibelah 2
5 biji telur – direbus dan dikupas
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit pes asam jawa
1/4 cawan minyak untuk menumis + 1 sudu besar mentega
Hirisan daun ketumbar
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan mentega di atas api sederhana. Kemudian, tumis serai hingga naik bau diikuti dengan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan harum.
- Masukkan bawang besar kisar, bawang putih kisar, halia kisar dan separuh daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk kurma dan kacau rata, diikuti dengan kentang dan lobak merah. Kacau rata dan tuangkan air.
- Tutup dan biarkan empuk. Masukkan santan, cili hijau, telur, pes asam jawa, garam dan MCR. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Akhir sekali, masukkan baki daun kari, kacau rata dan tutup api.
- Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
Mihun Goreng
Bahan-bahan:
3/4 peket mihun – direndam dalam air suam hingga lembut, ditoskan
Segenggam udang kering – direndam hingga lembut, ditoskan
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
Sos cili dan sos tiram secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
1/4 cawan minyak masak
Bahan-bahan sampingan:
1 biji telur + secubit garam – dipukul
Sedikit minyak
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang
Hirisan cili padi merah
Kicap
Cara-cara:
- Mula-mula, panaskan sedikit minyak di atas non-stick pan saiz kecil dan dadarkan telur nipis-nipis (buat 2 kali). Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana. Sementara itu, tumbuk udang kering dan bawang putih hingga lumat. Kemudian, tumis hingga naik baunya.
- Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan air, garam dan MCR. Gaul rata.
- Masukkan mihun dan kacau rata lebih kurang 7 – 8 minit. Sesuaikan rasa, tambah apa yang perlu.
- Gulung telur dadar dan hiris nipis. Taburkan ke atas mihun bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
- Hirisan cili padi dan kicap dicampurkan dan dihidang bersama mihun goreng.