Friday, September 26, 2014

Dinner ~ Wednesday 24.9.2014

Bihun Sup

Sumber: Sherry

Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan sup:
Segenggam ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
8 ketul kaki ayam – dibersihkan
1 peket bebola ikan
2 ketul kiub ikan bilis
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan sampingan:
2 pokok sawi – diasingkan batang dan daun, dipotong kecil
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Sambal kicap cili
Bihun – dicelur hingga lembut, ditoskan

Kicap cili:
20 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
1/2 biji jus limau nipis
Kicap masin/manis/pekat secukupnya
Secubit garam

Cara-cara:
  1. Rebus ikan bilis dan kaki ayam selama 1 jam (tambah air dari semasa ke semasa) supaya keluar rasa manis ikan bilis dan tulang ayam.
  2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Tutup api.
  3. Selepas 1 jam, tuangkan tumisan bawang beserta minyaknya ke dalam air rebusan. Tambahkan kiub ayam dan Maggi Cukup Rasa.
  4. Semasa mendidih, celurkan sawi bersama batangnya ke dalam air rebusan hingga nampak sedikit layu. Toskan airnya dan letakkan di dalam pinggan.
  5. Akhir sekali, masukkan bebola ikan dan setelah mendidih, tutup api.
  6. Untuk membuat sambal kicap, kisar kesemua bahan hingga halus.
  7. Semasa menghidang, letakkan bihun dahulu, diikuti dengan sawi celur. Tuangkan kuah sup, taburkan daun bawang, bawan goreng dan letakkan sesudu sambal kicap.

No comments: