Nasi Goreng Daging
Sumber: Peej Burhan
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih – digembur
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
200 g daging – dihiris kecil
10 urat kacang buncis – dihiris nipis serong
Bahan-bahan ditumbuk separuh lumat:
1 biji bawang besar – dipotong kecil
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 inci belacan
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata.
- Tumis lagi hingga hampir garing. Masukkan daging dan kacang buncis. Kacau rata.
- Masukkan nasi dan gaul hingga rata kesemuanya, lebih kurang 5 minit. Tutup api.
Roti Paung
Sumber: Ourkizuna
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
6 cawan tepung roti high protein
1/4 sudu kecil bread improver (MrsK tambah)
1/4 sudu kecil bread softener (MrsK tambah)
1 1/2 cawan susu segar suam
3/4 cawan gula halus
1 peket (11 g) yis kering
3 biji telur
1/4 cawan mentega – dicairkan
Cara-cara:
- Sediakan satu bekas yang besar. Satukan susu, yis dan gula. Kacau sedikit dan biarkan supaya berbuih, lebih kurang 10 minit.
- Setelah berbuih, masukkan telur dan mentega. Kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gunakan senduk kayu untuk mengadunnya.
- Setelah sebati, tambahkan tepung/susu jika perlu dan uli menggunakan tangan hingga tidak melekat pada tangan.
- Bulatkan dan tutup dengan kain bersih/plastic cling dan perap sehingga naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam. TIPS: MrsK letak bekas doh di atas permukaan periuk nasi yang disetkan pada mode WARM supaya cepat doh naik.
- Griskan acuan/loyang dengan mentega cair. Selepas 1 jam, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan (lebih kurang 70 g). Susun jarak-jarak di dalam loyang (jika loyang bulat 9 inci, lebih kurang 8 – 9 biji). Buat sehingga habis. MrsK dapat 2 bekas (lebih kurang 18 biji).
- Tutup loyang dengan kain bersih/plastic cling dan perap selama 40 minit (hingga kembang sekali ganda).
- Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10 minit. Sapukan sedikit susu segar pada permukaan roti dan bakar selama 30 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari oven. Biarkan selama 5 minit di dalam loyang barulah dikeluarkan, sejukkan di atas redai. Boleh juga dimakan semasa suam. MrsK hidangkan dengan kuah durian.
Kuah Durian
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
10 ketul durian
1/2 kotak santan
1 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit garam
1 1/2 keping gula nisan Terengganu/Melaka
2 sudu besar gula putih
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment