Pulut Putih Tanak
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut susu – dibasuh bersih, direndam semalaman
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – disimpul
1/2 cawan santan dalam kotak
Air secukupnya
Cara-cara:
- Toskan beras yang telah direndam dan masukkan ke dalam rice cooker.
- Masukkan juga garam, daun pandan dan santan. Kacau rata.
- Kemudian masukkan air dan pastikan menutupi ngam-ngam paras pulut sahaja.
- Masak seperti memasak nasi biasa.
- Setelah masak, gemburkan dan tutup semula dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ikan bilis mata biru yang dikupas – dibasuh bersih
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 1/2 senduk minyak
Bahan-bahan dikisar halus:
1 1/2 cawan cili kering yang telah dipotong – direndam di dalam air panas
1 1/2 biji bawang besar – dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong
Cara-cara:
- Bilas cili kering bersih-bersih dan buangkan biji cili sebanyak mana yang boleh sebelum dikisar.
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama dan tumis separuh hirisan bawang besar hingga layu.
- Masukkan cili kisar, tumis seketika dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga nampak berkilat dan masukkan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan air, hirisan bawang besar dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih dan masukkan ikan bilis dan garam. Gaul rata dan tutup api.
No comments:
Post a Comment