Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, May 28, 2018

Menu 27 Mei 2018

11 Ramadhan


Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan kacang hijau – direndam 3 – 4 jam
Air secukupnya
1 helai daun pandan – disimpul
3 ketul sederhana gula melaka – dipotong kecil
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 kotak santan

Cara-cara:

  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan pecah sedikit, tambah air jika perlu semasa merebus.
  2. Masukkan daun pandan, gula melaka, gula, garam dan santan. Kacau rata dan masak hingga hampir pekat. Tutup api.




Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan:

3 biji telur – dipukul hingga gebu
2 sudu besar sos ikan
1/2 biji bawang Holland – dihiris
1 biji cili merah – dihiris serong
Minyak untuk menggoreng (agak banyak)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Satukan bahan-bahan lain. Tuangkan dari aras yang agak tinggi ke dalam kuali supaya telur ada kerak-kerak garing di bahagian tepinya.
  3. Goreng hingga perang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga perang. Toskan minyaknya dan hidangkan.




Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana
Tepung jagung, garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 batang serai – dihiris nipis
2 inci halia – dihiris mancis
5 biji cili padi merah dan hijau – dihiris nipis
1/4 biji timun Jepun – dipotong dadu
1/4 biji lobak merah – dipotong dadu
6 kiub nanas dalam tin – dipotong dadu
1/4 biji lada benggala hijau – dipotong dadu
3/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.
  2. Sementara itu, gaul ikan dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit rata-rata.
  3. Goreng hingga garing. Angkat, toskan dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan sahaja.
  5. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia, serai dan cili padi hingga perang.
  6. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  7. Masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata dan tumis beberapa minit lagi.
  8. Masukkan timun, lobak merah, nanas dan lada benggala. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih kemudian masukkan garam dan MCR. Sesuaikan rasa dan setelah agak pekat tutup api.
  9. Tuangkan sos ke atas ikan dan hidangkan segera.




Peria Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

1/4 biji peria besar – dihiris nipis
Air bercampur 1 sudu besar garam untuk merendam peria
3 ketul isi ayam – dipotong kiub
1 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar (kering):

5 biji cili padi merah dan hijau – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
1/2 biji bawang besar – dipotong

Cara-cara:

  1. Rendam peria di dalam air bergaram lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan layu, kemudian masukkan ayam dan tumis rata hingga berubah warna.
  3. Masukkan sos tiram, peria dan sedikit air (sekadar untuk melembutkan peria).
  4. Kacau sekali sekala hingga peria lembut dan tutup api.

Saturday, April 21, 2018

Menu 17 April 2018

Breakfast

Sambal tumis kerang, kangkung celur, salad, ikan bilis goreng, telur mata kerbau

Nasi Lemak

Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi + 2 cawan beras biasa - dicuci bersih dan ditoskan
3 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - diketuk
3 biji bawang merah - dihiris nipis
1 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
3/4 kotak santan
4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan dengan menggunakan garpu/chopstick perlahan-lahan untuk mengelakkan nasi patah.
  3. Biarkan di dalam rice cooker untuk 5 minit sebelum dihidangkan.


Sambal Tumis Kerang

Bahan-bahan:

1 kg kerang - dicuci bersih dan direbus hingga masak, dikopek dan dibilas bersih
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1/2 sudu teh pes asam jawa
Sedikit air
1 sudu besar santan kotak
4 senduk sederhana cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula perang
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1 senduk sederhana minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang hiris hingga layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih. Kemudian, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi kerang, bawang hiris bulat, pes asam jawa, air dan santan. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan MCR secukup rasa. Kacau rata beberapa minit, kemudian tutup api.



Teatime


Churros dan Sos Coklat

Bahan-bahan churros:

1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan air
1/4 ketul mentega
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula halus + serbuk kulit kayu manis

Bahan-bahan sos coklat:

1/4 bar coklat masakan - dicincang kasar
1/4 cawan susu cair
Air untuk double-boiler

Cara-cara:

  1. Untuk membuat churros, masukkan air dan mentega ke dalam periuk kecil dan panaskan hingga mentega cair.
  2. Masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kacau segera hingga sebati dan tutup api. Ketepikan.
  3. Setelah sejuk sedikit, pecahkan telur ke dalam periuk dan kacau rata hingga menjadi doh lembik.
  4. Panaskan minyak agak banyak.
  5. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan samperit (sepatutnya guna piping bag dan star nozzle). Tekankan ke atas minyak ikut panjang yang dikehendaki.
  6. Goreng hingga perang keemasan. Angkat, toskan minyaknya dan golekkan di dalam campuran gula. Susun di dalam pinggan. Buat sehingga habis.
  7. Untuk membuat sos coklat, panaskan air dan letakkan satu bekas untuk kaedah double boil. Masukkan coklat dan susu cair dan kacau hingga cair.
  8. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan bersama churros.



Kuey Teow Goreng Kerang



Bahan-bahan:

2 peket kuey teow halus - dibilas dan ditoskan
2 cawan tauge - dibilas dan ditoskan
1 mangkuk lebihan sambal tumis kerang
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Lada sulah dan kicap Tamin (masin) secukupnya
2 biji telur

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali dan masukkan sambal tumis kerang. Setelah mendidih, masukkan sos tiram dan sos cili dan tumis sebentar.
  2. Masukkan kicap, lada sulah dan kuey teow. Kacau rata, masukkan tauge dan kacau rata.
  3. Tambah kicap secukupnya dan goreng lagi di atas api besar.
  4. Buat lubang di bahagian tengah, perlahankan api kemudian pecahkan telur. Biarkan mengeras sedikit barulah dikacau bersama kuey teow di atas api besar. Goreng lagi hingga agak kering dan tutup api.

Wednesday, September 6, 2017

21st August 2017

Assalammualaikum,

I've been planning to make Cheesekut since last year I think but I just can't make myself to do it. Even though the recipe itself doesn't require many ingredients and the methods are easy, but I just can't. I bought the cream cheese a few months ago when there was a sale, but I guess the laziness is above all.

Then last month, out of nowhere, I brought out the cream cheese and whipping cream from the fridge. Half an hour later, I finished made it and put it in the fridge to be hardened.

Let's go to the recipe. I can't really remember where I got the original recipe but I did modify some.


Cheesekut My Version





Ingredients:
1 tube Tatura Cream Cheese – softened at room temperature
1 small box Emborg Whipping Cream
1/2 cup condensed milk
30 pieces (more or less) Wheetameal biscuits
2 sachets Nestum 3-in-1

Other:
1 piece 8 x 8 inches aluminium casing

Method:

  1. Put cream cheese, whipping cream and condensed milk into mixing bowl.
  2. Mix well until combined and fluffy. Stop the mixer.
  3. Layer biscuits nicely and fitly in the casing.
  4. Spoon some of the cheese mixtures and layer evenly on top of the biscuits. Pour some Nestum mixtures evenly.
  5. Arrange some more biscuits and cheese mixtures plus Nestum and repeat until full.
  6. Store in the fridge to harden about 3 – 4 hours.
  7. Cut into squares and ready to serve.

Monday, March 27, 2017

Saturday 18.3.2017

Last weekend, we all lepak kat rumah je. Satu sebab En K nak bersihkan kereta, in and out. Satu lagi rasa malas nak keluar since hari asyik nak hujan je. Sambil-sambil tu kemas rumah yang selalu cepat sangat bersepah tu. Kiranya productive weekend la gitu.

Ok la, below are the menus I cooked on Saturday.


Udang Masak Tomato


Bahan-bahan:
1/2 kg udang kertas – dibersihkan (buang urat hitam)
1 biji tomato sederhana – dihiris nipis
2 inci halia – dihiris mancis
1 helai daun pandan – disimpul
3/4 cawan cili kisar (cili kering rebus + bawang besar + bawang putih)
3 sudu besar sos cili/tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak
Hirisan bulat bawang Holland
Sedikit daun ketumbar – diracik

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis daun pandan, halia dan tomato hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili/tomato, garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi hingga pekat.
  4. Masukkan udang, bawang Holland dan sedikit air. Kacau, setelah mendidih, rasa. Jika ok, tutup api.
  5. Sebelum menghidang, taburkan daun ketumbar.






Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai




Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis yang dikopek – dibasuh dan ditoskan airnya
3/4 cawan petai yang dikupas – dibelah 2
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping – dibasuh
1 1/2 cawan cili kisar (seperti di atas)
2 sudu besar sos tiram
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tumis separuh bawang besar hingga layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga berkilat.
  4. Masukkan sos tiram, petai, garam dan sedikit air. Kacau hingga mendidih. Rasa.
  5. Kemudian, masukkan ikan bilis dan kaup balik sebentar dan tutup api.




Kerabu Kacang Botor




Bahan-bahan:

10 batang kacang botor – dihiris nipis
1/2 biji capsicum hijau – dihiris nipis
3 biji tomato ceri – dibelah 2
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1/2 tangkai bunga kantan – dihiris nipis
1/2 biji cili merah – dicincang
1 biji limau nipis – diambil jusnya
Gula perang dan sos ikan secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan mentah.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan jus limau, sos ikan dan gula secukup rasa.
  3. Tuangkan ke dalam bekas kerabu dan kacau rata.
  4. Sendukkan ke dalam pinggan hidangan.



Siakap Kukus Limau




Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan siakap – dikelar
2 sudu besar serbuk bawang putih (atau 3 ulas bawang putih dicincang)
1 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis – diambil jusnya dan dihiris nipis 2 keping sebagai hiasan
5 biji cili padi merah – dipotong 2
3 inci halia – dihiris mancis
Sedikit air
Daun ketumbar yang diracik

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Lumur ikan dengan serbuk bawang putih.
  3. Taburkan sedikit halia dan letakkan ikan. Kemudian, taburkan baki halia di atas ikan.
  4. Taburkan cili padi merah.
  5. Dalam mangkuk lain, satukan sos ikan dan jus limau. Rasa, jika ok tuangkan ke atas ikan.
  6. Kukus dengan api kuat selama 10 – 15 minit. Sebelum menghidang, taburkan daun ketumbar.





Bubur Kacang Hijau



Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau – direndam 2 – 4 jam dan disangai tanpa minyak
1/2 peket santan pekat
Air untuk merebus
Secubit garam
1 ketul kecil gula Melaka
2 sudu kecil sagu – direndam 10 minit (rendam apabila hendak mula memasak)
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Masukkan kacang dan tuangkan air menutupi paras kacang ke dalam periuk. Rebus hingga kembang di atas api sederhana.
  2. Masukkan daun pandan dan gula Melaka secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Perlahankan api, masukkan santan dan garam. Kacau sentiasa hingga mendidih. Rasa dan jika ok, tutup api.

Tuesday, February 28, 2017

Teatime 26.2.2017

Chocolate Muffin

Dapat 15 biji

Based on: taste.com.au


Bahan-bahan:

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan gula kastor
3/4 cawan coklat cip putih
1/2 cawan minyak masak
2/3 cawan Cooking Cream EMBORG
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur – dibasuh

Cara-cara:


  1. Panaskan oven 180°C. Sediakan tray dan paper cup secukupnya.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian, masukkan coklat cip dan gaul rata.
  3. Buat lubang di bahagian tengah dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul dengan whisk minyak, krim, esen vanila dan telur. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas tepung tadi di bahagian yang dilubangkan. Kacau menggunaka senduk kayu, jangan terlebih kacau, hingga rata sahaja.
  5. Gunakan ice cream scoop untuk masukkan ke dalam paper cup.
  6. Bakar selama 25 – 30 minit api atas bawah hingga masak.
  7. Sejukkan sebelum dihidangkan.


Thursday, October 23, 2014

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis mata biru yang sudah dikupas - dibasuh dan ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris kasar
2 papan petai - dikupas
1 1/2 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1/2 cawan minyak masak
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air (jika perlu)

Bahan-bahan dikisar halus:
2 cawan cili kering yang direbus - dibuang bijinya
2 biji bawang besar - dipotong
4 ulas bawang putih - dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar hingga mendidih.
  3. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan petai dan tumis lagi hingga lembut.
  5. Masukkan 1/4 cawan air, asam keping dan bawang besar yang dihiris. Tumis lagi hingga bawang nampak layu.
  6. Masukkan garam, kacau rata, sesuaikan rasa. Setelah ok, masukkan ikan bilis dan kacau rata sekejap terus tutup api.






Pucuk Labu Masak Lemak Putih

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk labu - disiang kecil-kecil, buang bahagian keras
1 biji cili merah - dihiris serong
2 biji bawang merah - dihiris nipis
Sedikit ikan bilis yang dikupas - dibasuh
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  2. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. Kacau beberapa minit lagi sehingga pucuk labu kelihatan layu sedikit. Tutup api.





Bubur Jagung

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 tongkol jagung manis - dibersihkan dan disagat isinya
1 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar sagu - dibasuh dan direndam hingga kembang
1 kotak santan
1 ketul besar gula Melaka - dipotong kecil
2 sudu besar gula putih
Secubit garam
1 cawan air

Cara-cara:
  1. Masukkan jagung dan air ke dalam periuk dan jerangkan. Masak selama 10 minit sehingga jagung lembut.
  2. Masukkan daun pandan, gula putih dan gula Melaka. Perlahankan api dan masak sambil dikacau sekali-sekala sehingga gula hancur.
  3. Masukkan santan, garam dan sagu. Kacau selalu sehingga sagu kelihatan jernih dan hampir mendidih dan tutup api.



Monday, September 22, 2014

Dinner ~ Friday (19.9.2014)

Nasi Goreng Daging

Sumber: Peej Burhan

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih – digembur
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
200 g daging – dihiris kecil
10 urat kacang buncis – dihiris nipis serong

Bahan-bahan ditumbuk separuh lumat:
1 biji bawang besar – dipotong kecil
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata.
  2. Tumis lagi hingga hampir garing. Masukkan daging dan kacang buncis. Kacau rata.
  3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata kesemuanya, lebih kurang 5 minit. Tutup api.



Roti Paung

Sumber: Ourkizuna

Olahan: mrskojiwami








Bahan-bahan:
6 cawan tepung roti high protein
1/4 sudu kecil bread improver (MrsK tambah)
1/4 sudu kecil bread softener (MrsK tambah)
1 1/2 cawan susu segar suam
3/4 cawan gula halus
1 peket (11 g) yis kering
3 biji telur
1/4 cawan mentega – dicairkan

Cara-cara:
  1. Sediakan satu bekas yang besar. Satukan susu, yis dan gula. Kacau sedikit dan biarkan supaya berbuih, lebih kurang 10 minit.
  2. Setelah berbuih, masukkan telur dan mentega. Kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gunakan senduk kayu untuk mengadunnya.
  3. Setelah sebati, tambahkan tepung/susu jika perlu dan uli menggunakan tangan hingga tidak melekat pada tangan.
  4. Bulatkan dan tutup dengan kain bersih/plastic cling dan perap sehingga naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam. TIPS: MrsK letak bekas doh di atas permukaan periuk nasi yang disetkan pada mode WARM supaya cepat doh naik.
  5. Griskan acuan/loyang dengan mentega cair. Selepas 1 jam, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan (lebih kurang 70 g). Susun jarak-jarak di dalam loyang (jika loyang bulat 9 inci, lebih kurang 8 – 9 biji). Buat sehingga habis. MrsK dapat 2 bekas (lebih kurang 18 biji).
  6. Tutup loyang dengan kain bersih/plastic cling dan perap selama 40 minit (hingga kembang sekali ganda).
  7. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10 minit. Sapukan sedikit susu segar pada permukaan roti dan bakar selama 30 minit.
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven. Biarkan selama 5 minit di dalam loyang barulah dikeluarkan, sejukkan di atas redai. Boleh juga dimakan semasa suam. MrsK hidangkan dengan kuah durian.




Kuah Durian

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
10 ketul durian
1/2 kotak santan
1 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit garam
1 1/2 keping gula nisan Terengganu/Melaka
2 sudu besar gula putih

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat.
  2. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Monday, August 25, 2014

Lunch 24/8/14 (Sunday)

Ikan Parang Masak Lemak Cili Padi

Sumber: Azie Kitchen

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
7 biji cili padi – dipotong kecil
1 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci kunyit hidup – dipotong kecil

Bahan-bahan lain:
4 keping ikan parang
1 keping asam gelugur
5 biji belimbing buluh – dibuang tampuk dan dibelah 2
1 batang serai – dititik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 cawan pati santan + 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur di dalam periuk.
  2. Panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  3. Masukkan ikan, belimbing buluh dan garam. Kacau perlahan-lahan sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah (berminyak).
  4. Setelah hampir mendidih (berwap), tutup api.

Pic from Google

Terung Sambal

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji terung panjang – dihiris bulat
1 sudu besar minyak
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 1/2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 sudu besar udang kering – direndam sebentar, ditoskan

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali leper. Goreng terung hingga keperangan di kedua-dua belah. Angkat dan susun di dalam pinggan hidangan.
  2. Tambahkan minyak, tumis bahan tumbuk hingga layu, masukkan Maggi Cukup Rasa dan tumis hingga sedikit garing. Tuangkan ke atas terung.


Sambal Bilis Berapi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis mata biru – dikupas, dibasuh bersih, ditoskan
2 keping lobak masin – direndam di dalam air panas
1 biji kentang – dibelah dua, dihiris nipis, direndam di dalam air bergaram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk halus:
10 biji cili padi hijau – dipotong kecil
5 biji cili padi merah – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong kecil
7 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Goreng lobak masin hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan garam dan gula merah. Tumis lagi hingga agak garing, masukkan bahan-bahan yang digoreng dan kacau rata hingga bersalut.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam tapis, toskan minyak barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.
  6. Sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi segera.


Kek Batik Simple

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ketul mentega
1/2 cawan chocolate button
1/2 cawan parutan coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar Milo
3 sudu besar susu pekat manis
20 keping biskut gandum Jacob’s – dipatah 2

Cara-cara:
  1. Sediakan bekas tahan panas. Panaskan mentega di atas api kecil, ambil sedikit dan sapukan pada bekas tahan panas tadi.
  2. Setelah mentega cair, masukkan chocolate button, coklat masakan dan susu cair. Masak hingga cair kesemuanya. Kemudian, tuangkan serbuk koko dan Milo. Kacau rata hingga sebati dan tutup api.
  3. Susun separuh biskut di dasar bekas. Tuangkan separuh adunan coklat. Kemudian, susun separuh lagi biskut dan tuangkan separuh lagi adunan coklat.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga set baru dipotong segi empat.

Wednesday, July 23, 2014

Iftar Day 24 (22.7.14 Tuesday)

Daging Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
300 g daging batang pinang – dihiris nipis melawan urat
1/2 biji capsicum merah – dipotong dadu lebar-lebar
2 biji cili hijau – dipotong 3 dan dibelah 2, dibuang biji
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan sos tiram, sos cili, serbuk lada hitam dan kicap. Kacau rata hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga daging mengecut (keluar air) dan berkuah.
  3. Masukkan garam, capsicum, cili hijau dan bawang kuning. Gaul rata hingga sayur-sayuran 3/4 masak dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Masak Lemak Labu

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 biji labu saiz kecil – dibuang kulit dan dipotong dadu besar-besar
Sedikit ikan bilis – dibersihkan
1 biji bawang merah – dihiris
1 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
1/2 paket santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus labu bersama air selama 10 minit (1/2 masak).
  2. Masukkan bahan-bahan lain kecuali garam dan kacau rata perlahan-lahan.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.


Kuah Durian

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ulas durian
1 helai daun pandan – disimpul
5 sudu besar gula putih
Secubit garam
1/2 paket santan pekat
1/2 cawan air

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan jerang di atas api perlahan.
  2. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  3. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan roti putih.

Tuesday, July 22, 2014

Iftar Day 21 (19.7.2014 Saturday)

Sambal Tumis Daging

Sumber: Peej Burhan
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
700 g daging batang pinang – dihiris sederhana nipis melawan urat
1 biji bawang besar – dihiris kasar
2 batang serai – diketuk
1 keping asam keping
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
1 senduk minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan serai hingga wangi dan mendidih.
  2. Masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging, bawang besar dan asam keping. Kacau sekali-sekala, masak sehingga daging mengecut dan menjadi berkuah.
  4. Masukkan garam dan kacau hingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.





Ikan Talapia Goreng Berlada


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia merah sederhana besar – dikelar di kedua-dua belah
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 keping asam keping
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Minyak masak

Bahan-bahan dikisar kasar/ditumbuk:
2 biji cili merah – dipotong kecil
30 biji cili padi – dipotong kecil
2 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata.
  2. Goreng hingga garing di kedua-dua belah. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan 5 sudu besar minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan asam keping. Tumis selama 5-7 minit, tutup api dan sendukkan ke atas ikan goreng.
  5. Sedia dihidangkan.






Sayur Campur



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 biji straw mushrooms – dihiris kasar
1/2 batang carrot – dihiris bulat
10 biji kacang peas – dipotong 2
2 keping kubis Cina – dihiris lebar
1/2 biji cili merah – dihiris serong
6 ekor sotong – dipotong bulat
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sotong dan tumis sebentar, kemudian masukkan kacang peas dan carrot. Tumis sebentar hingga separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan air, kubis Cina, straw mushrooms, cili merah dan Maggi Cukup Rasa. Kacau sekali-sekala hingga mendidih dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.




Bubur Kacang Durian



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau – direbus hingga empuk dan ditoskan
10 ulas durian
1 helai daun pandan
5 sudu besar gula pasir/gula perang (agak-agak)
1/2 paket santan pekat
1 cawan air
Secubit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan kacang yang direbus ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain kecuali santan dan garam.
  2. Renihkan di atas api sederhana sambil dikacau sekali-sekala.
  3. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam dan masak hingga mendapat kepekatan yang diingini.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Wednesday, March 19, 2014

Koleksi Resepi #10

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Masakan Jawa

PISANG KEJU

Bahan-bahan:
2 biji pisang berangan - dibelah 2
4 keping roti
4 keping keju
Nutella
Jem strawberi
Serbuk roti
1 biji telur

Cara-cara:
  1. Lenyek roti hingga nipis.
  2. Letakkan keju dan pisang kemudian gulung.
  3. Pukul telur. Celupkan roti tadi dan golekkan pula di dalam serbuk roti.
  4. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  5. Potong kepada 2 bahagian secara menyerong.
  6. Tuangkan Nutella dan jem.
  7. Sedia dihidangkan.

Koleksi Resepi #3

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Panna Cotta

Bahan-bahan:
500 ml susu segar
500 ml krim putar
200 g gula
20 g gelatin halal
2 biji buah pic dalam tin

Cara-cara:

  1. Masak susu segar dan krim putar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan gelatin sambil dikacau hingga sebati.
  3. Susun buah pic di dalam gelas kecil untuk dessert dan tuangkan susu tadi.
  4. Sejukkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Wednesday, March 5, 2014

Frozen Food Project #1

Tiramisu

Sumber: Various sources

Bahan-bahan (untuk 5 bekas aluminium saiz kecil)
1 tiub krim keju Tatura (suhu bilik)
1/2 cawan whipping cream Rich (suhu bilik)
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
15 – 16 batang ladies’ finger biscuits
1 cawan air panas + 1 sudu teh Nescafe
Serbuk koko

Cara-cara:

  1. Masukkan krim keju, gula, whipping cream dan esen vanilla ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Putar hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  3. Masukkan 3 sudu besar air bancuhan Nescafe ke dalam piring. Tambah bila habis.
  4. Ambil sebatang biskut dan celup kedua-dua belah cepat-cepat supaya biskut tidak menjadi lembik. Susun ke dalam bekas. Buat sehingga habis.
  5. Sudukan adunan keju ke atas biskut dan ratakan. Ketebalan ikut suka.
  6. Akhir sekali, gunakan penapis dan tapiskan serbuk koko ke atas adunan.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.









Baked Cheesy Macaroni

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan (untuk 5 bekas aluminium saiz kecil):
1/2 paket makaroni – direbus mengikut arahan, ditoskan
3/4 paket frozen mixed vege (suhu bilik)
1/2 tiub daging ayam cincang (suhu bilik)
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dicincang
1 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang putih + bawang besar)
3 sudu besar sos tomato (sebab kehabisan sos pasta)
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu teh garlic powder
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh Italian mixed herbs (dried)
2 sudu besar minyak zaitun
1 paket shredded mozzarella cheese

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak zaitun sebentar, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga naik minyak dan masukkan sos tomato, serbuk kari, garlic powder, serbuk lada hitam, mixed herbs, Maggi Cukup Rasa dan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau rata supaya tidak berketul. Kemudian, masukkan mixed vege dan gaul rata sebentar.
  4. Masukkan makaroni dan gaul rata, sesuaikan rasa. Setelah masak, biarkan sejuk sebentar.
  5. Setelah sejuk, sudukan ke dalam bekas sehingga hampir penuh. Tekan-tekan supaya padat.
  6. Taburkan keju mozzarella rata-rata. Tutup bekas dan simpan di dalam tempat sejukbeku.
  7. Bila ingin dimakan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik lebih kurang 15 – 30 minit.
  8. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit. Bakar makaroni selama 25 minit, api atas dan bawah. 10 minit terakhir, tukar kepada api atas supaya keju kekuningan.
  9. Sedia dihidangkan dengan sos cili.





Saturday, December 14, 2013

Breakfast/Lunch 13.12.13 (Friday)

Sumber: mrskojiwami

Pulut Kuning (Tanpa Kukus)

Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut susu – direndam semalaman bersama 2 sudu teh serbuk kunyit dan sekeping asam keping)
1 kotak (kecil) santan
3/4 sudu besar garam (secukup rasa)
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Selepas semalaman, bilas beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi. Tuangkan santan, garam, daun pandan dan air (hingga melepasi sedikit sahaja aras pulut – jangan banyak sangat nanti pulut lembik).
  2. Masak seperti memasak nasi putih. Ketika hampir masak, gembur-gemburkan dan biarkan masak sepenuhnya.

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana – dipotong kecil
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1/2 paket kelapa parut putih
2 sudu besar kerisik
4 biji bawang merah – dihiris
1 1/2 paket santan segar
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula Melaka secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 cawan cili kering – dipotong dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
3 inci halia – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
3 batang serai – dipotong
2 inci kunyit hidup – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan tambah air hingga menutupi paras ayam.
  3. Renihkan di atas api sederhana hingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan gula Melaka secukup rasa. Setelah mendapat kepekatan kuah yang diingini, tutup api.
  4. Sedia dihidangkan bersama pulut kuning.

Bubur Kacang Durian

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau – dibasuh bersih
1 paket santan segar
1 ketul gula Melaka
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – disimpul
8 ulas durian
1/2 cawan sagu – dibasuh

Cara-cara:
  1. Masukkan kacang hijau ke dalam periuk. Tuangkan air hingga menutupi paras kacang hijau. Masukkan juga daun pandan. Rebus hingga kembang.
  2. Setelah kembang, masukkan santan, gula Melaka, gula pasir, garam dan durian. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah dan berminyak.
  3. Setelah sebati, masukkan sagu dan sedikit air (jika kuah terlalu pekat). Didihkan sekali lagi dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Wednesday, December 11, 2013

Kuah Durian

Bahan-bahan:
7 biji isi durian
2 helai daun pandan - disimpul
1 kotak santan
6 sudu besar gula pasir
Secubit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
  2. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.
  3. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama roti atau pulut.

Saturday, November 30, 2013

Puding Roti Bakar dan Sos Kastad


Sumber: Hana Memories

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 keping roti putih – dipotong kecil
2 cawan susu full cream
4 sudu besar gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (dalam botol)
2 sudu besar mentega – dicairkan
3 sudu besar kismis hitam

Sos kastad:
1 tin susu cair
1/4 tin (susu cair) air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara:


  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Sediakan mangkuk. Satukan susu, telur dan gula. Kacau rata. Kemudian, masukkan roti dan biarkan terendam seketika supaya meresap.
  3. Kemudian, tuangkan mentega cair rata-rata. Griskan acuan yang sesuai dengan sedikit mentega kemudian tuangkan adunan roti ke dalam acuan.
  4. Taburkan dengan kismis.
  5. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Sementara itu, sediakan sos kastad.
  7. Satukan kesemua bahan dan panaskan di atas api sederhana. Kacau selalu dan masak sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
  8. Sesuai dihidangkan sejuk. Apabila menghidang, tuangkan sos kastad dan sedia dinikmati.

Friday, November 1, 2013

Supper, Thursday 31/10/13

Tiramisu

Sumber: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html




Bahan-bahan:
1/2 bungkus biskut ladyfinger’s (beli di bakery)
2 sudu teh Nescafe
1 cawan air panas siam
1 ketul (250 g) cream cheese (suhu bilik)
250 ml whipped cream (suhu bilik)
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
Serbuk Milo (topping)

Cara-cara:

  • Mula-mula, putar cream cheese dan gula hingga sebati. Kemudian, tuangkan whipped cream perlahan-lahan sambil terus memutar hingga kembang dan putih. Ketepikan.
  • Bancuh Nescafe dan air suam. Tuangkan ke dalam piring, ambil sekeping biskut dan celup dengan cepat di kedua-dua bahagian. Jangan celup terlalu lama, sebab biskut ini cepat lembut.
  • Terus susun dalam bekas yang sesuai untuk lapisan pertama.
  • Kemudian, sudukan cream cheese dan ratakan, ketebalan ikut suka. Kemudian, lapiskan lagi dengan biskut dan cream cheese (terpulang nak buat berapa layer pun). Untuk layer paling atas (cream cheese), taburkan serbuk Milo (atau serbuk koko) rata-rata.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk (cover dengan cling film atau penutup) beberapa jam sebelum dihidangkan.

Monday, September 9, 2013

2nd attempt

Atas permintaan Qayyum, maka mamanya pun buat la sekali lagi kuih ni untuk teatime hari ni. Alhamdulillah, even Rayyan pun makan 3 ketul, satu pencapaian tu. Qayyum err......tak sempat pulak nak kira, tengok-tengok 10 ketul saiz kuih lompang tu dah settle. Ada lagi sebenarmya, tapi biar dulu, hidang banyak-banyak nanti confirm ada yang buat playdoh pulak.

Resepi asal dari Yatie Memories. Pn Yatie guna perisa pandan, Mrs K saja ubah ke perisa pisang walaupun colournya hijau. Ok je, ekceli nak guna perisa apa pun takpe.

Di bawah ni resepi olahan Mrs K. Kalau nak yang original, boleh la ke blog Yatie Memories, k.

Kuih Lapis Pisang dan Coklat

Sumber: Yatie Memories
Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan B:
1 1/4 cawan gula halus
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair

Bahan-bahan C:
3 sudu besar serbuk koko*
4 sudu besar air suam*
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perisa pisang

Cara-cara:

  1. Mula-mula, satukan bahan-bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Sementara itu, satukan kesemua bahan-bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
  3. Panaskan pengukus, sediakan loyang. Mrs K just guna acuan kuih lompang dan trifle ayu, dan 1 biji acuan silikon bersaiz kecil. Balut penutup pengukus dengan kain bersih, Mrs K guna aluminium foil.
  4. Setelah air mendidih, masukkan acuan ke dalam pengukus dan panaskan seketika.
  5. Setelah adunan B suam, tuangkan ke dalam adunan A. Kacau rata.
  6. Sediakan 2 biji bekas berasingan dan tapis adunan A + B sama rata ke dalam kedua-dua bekas itu.
  7. Satukan bahan bertanda *.
  8. Satu bekas dicampur dengan campuran serbuk koko dan satu bekas lagi dicampur dengan pewarna hijau dan perisa pisang.
  9. Tuangkan 1 sudu besar adunan hijau ke dalam acuan lompang, dan 2 senduk sup adunan hijau ke dalam acuan silikon.
  10. Tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit.
  11. Tuangkan pula 1 sudu besar adunan coklat ke dalam acuan lompang dan 2 senduk sup adunan coklat ke dalam acuan silikon.
  12. Tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit.
  13. Ulang kedua-dua proses 9-12 sehingga habis berselang-seli.
  14. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
  15. Sejukkan sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan menggunakan lidi sate yang nipis (sebenarnya kalau guna loyang 8 x 8 inci macam Pn Yatie, tuang sedikit minyak dan lapik dengan plastik bersih supaya kuih senang dikeluarkan. Tapi acuan Mrs K kecik sangat, so tak sapu apa-apa, agak susah juga nak keluarkan dari acuan lompang, maybe lain kali kena sapu minyak nipis-nipis dalam acuan. Tapi untuk acuan silikon takde masalah.)




Nota:
Kuih ni sedap, rasa manis dia sedang-sedang aje. Gabungan rasa pandan/pisang dengan coklat memang ngam la untuk sesiapa yang suka rasa coklat tu, macam Qayyum, dia kan peminat coklat.

Friday, September 6, 2013

Kuah Durian

Kuah Durian

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

10 ulas durian
1 helai daun pandan - disimpul
2 kotak santan
Secubit garam
4 sudu besar gula pasir

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan dan renihkan di atas api sederhana. Kacau selalu supaya bahagian bawah tidak hangit. Sesuaikan rasa dan masak sehingga agak pekat, padamkan api.

Nota:
Sebagai kuah pencicah untuk pulut putih, roti putih atau biskut kering.

Wednesday, December 19, 2012

BUBUR KACANG BERSAGU

Plan asal nak buat bubur kacang durian, so on the way balik, singgah kedai beli kacang hijau. Sampai kat rumah, mak bagi tau, durian leftover tu dah selamat dibuat tempoyak. Hmm...takpe la, buat je la bubur kacang biasa tapi letak sagu.

Masak bubur ni time masak dinner semalam, so lepas dinner En K dan Haqimie makan dessert pulak, cicah bubur kacang dengan roti Gardenia. Banyak juga dapat untuk 1/2 kg kacang hijau, satu periuk juga la, so aku bawa sikit ke ofis, untuk En K pun aku tapaukan.

BUBUR KACANG BERSAGU

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg kacang hijau - dibasuh bersih
1 paket santan (RM3)
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 sudu teh garam
1/2 cawan sagu kecil - dibasuh
2 helai daun pandan - disimpul



Cara-cara:
Rebus kacang hijau hingga kembang.
Masukkan santan, gula perang, gula putih (gula ikut keperluan, sama ada suka manis atau kurang manis), garam, sagu dan daun pandan.
Renihkan, kacau selalu untuk elakkan bahagian bawah hangus dan santan pecah.
Setelah sagu masak, bolehlah tutup api dan hidangkan.



Nota:
En K suka makan dengan roti.
Kalau ada leftover, boleh buat kuih kasturi.