Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Thursday, July 5, 2018

Menu 5 Jun 2018 dan Projek Biskut Raya


Gulai Taucu Ikan Kembung

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris mancis
1 batang cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1/2 inci belacan bakar
1/2 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Sedikit air
2 sudu besar taucu kasar Cap Pisau
Kicap masin Tamin secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata.
  2. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar sahaja.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan layu.
  5. Masukkan taucu dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan kicap (lebih kurang 1 sudu besar) dan tumis lagi.
  6. Masukkan air. Sementara itu, bancuh belacan, pes asam jawa dan air. Kemudian, tuangkan ke dalam kuali tadi. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan ikan goreng, cili hijau dan bawang besar. Kacau sekali sekala hingga mendidih, sesuaikan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Setelah mendidih, tutup api.


Ayam Masak Cili Padi

Bahan-bahan:

10 ketul ayam
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

20 tangkai cili padi merah dan hijau
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih dan pecah minyak di atas api sederhana.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis beberapa minit lagi.
  3. Masukkan ayam, sos tiram, garam dan MCR. Kacau rata, tutup kuali dan kacau sekali-sekala hingga ayam masak.


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

10 ketul ayam
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar:

Segenggam cili kering – dipotong kecil dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong kecil
Air secukupnya

Bahan-bahan lain:

1 biji bawang besar – dihiris bulat
1 pokok daun ketumbar – dihiris kasar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam hingga rata. Kemudian, goreng hingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3/4 cawan. Tumis bahan kisar hingga mendidih, kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng, bawang besar, separuh hirisan daun ketumbar, garam dan MCR. Kacau rata hingga kuah memekat.
  4. Tutup api dan taburkan separuh lagi hirisan daun ketumbar. Kacau rata dan hidangkan.





Biskut Samperit Klasik

Bahan-bahan:

250 gm mentega Twin Cows (suhu bilik)
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung – diayak
1 cawan tepung kastad – diayak
1 1/2 cawan tepung ros (beli di bakery) – diayak
1 sudu kecil serbuk vanila
Coklat cip putih (hiasan)

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula aising menggunakan whisk hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sebentar.
  3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk vanila dan uli menggunakan tangan.
  4. Pastikan adunan tidak terlalu lembut atau terlalu keras. Tambahkan tepung jagung jika terlalu lembut. Tutup dengan kain bersih sementara menyediakan dulang.
  5. Panaskan oven pada suhu 150°C selama 10 minit, api atas dan bawah.
  6. Lapikkan dulang dengan baking paper.
  7. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan samperit. Tekan dan jarakkan setiap biskut dalam 5 cm. Biskut ini tidak naik dan tidak turun apabila masak. Tekankan coklat cip putih di bahagian tengah biskut.
  8. Bakar selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak, keluarkan dan biarkan menyejuk sebelum dialihkan ke atas redai.
  10. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila biskut telah menyejuk sepenuhnya dengan berhati-hati kerana biskut ini agak lembut.





Biskut Red Velvet

Sumber:
http://citarasawan.blogspot.com/2014/07/biskut-red-velvet-white-chocolate-chips.html

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

200 gm mentega Anchor (salted) – suhu bilik
220 gm gula
1 biji telur A
300 gm tepung ros
20 gm serbuk koko Van Houten
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil serbuk vanila
Pewarna merah (jenis gel) secukupnya
100 gm coklat cip putih

Cara-cara:

  1. Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, serbuk vanila, cuka dan pewarna merah. Putar lagi hingga rata.
  2. Ayak tepung ros, tepung jagung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam.
  3. Masukkan tepung dan coklat cip ke dalam adunan mentega dan gaul rata.
  4. Panaskan oven pada suhu 150°C selama 10 minit dan lapikkan dulang pembakar dengan baking paper.
  5. Ambil sedikita adunan dan bulat-bulatkan. Susun di atas dulang dengan jarak 5 cm kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar biskut selama 15 – 20 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit sebelum alihkan biskut untuk disejukkan di atas redai.
  8. Simpan di dalam bekas kedap udara.



Biskut Cornflakes Crunchy

Sumber: https://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/11/biskut-cornflakes-crunch.html

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan A:

280 gm mentega Twin Cows (suhu bilik)
180 gm gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk vanila
2 biji telur B

Bahan-bahan B:

320 gm tepung ros
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikatbonat

Bahan C:

500 gm cornflakes – diramas sedikit

Cara-cara:


  1. Putar bahan A hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul rata setiap kali masukkan telur.
  2. Masukkan bahan B dan gaul menggunakan spatula hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 1 jam di dalam peti sejuk (resipi asal semalaman).
  3. Keluarkan dari peti sejuk. Ambil sedikit dan bulat-bulatkan. Kemudian, golekkan dalam cornflakes yang diramas.
  4. Susun di dalam dulang yang dilapik dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 150°C selama 10 minit kemudian bakar biskut selama 20 – 25 minit.
  5. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit barulah alihkan biskut ke atas redai hingga sejuk.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Saturday, June 25, 2016

Projek biskut raya 1


Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

1 kotak cornflakes
3 sudu besar gula pasir
6 sudu besar madu
1/5 buku butter
Manik berwarna
Paper cup secukupnya

Cara-cara:

1.  Satukan gula dan madu di dalam periuk/pan yg besar. Panaskan hingga cair sepenuhnya atas api kecil.

2.  Masukkan butter dan kacau hingga cair. Tutup api.

3. Tuangkan cornflakes dan kacau rata hingga bersalut.

4. Panaskan oven 170°C selama 10 minit.

5.  Sediakan tray dan atur paper cup. Sudukan cornflakes dan tabur manik.

6.  Bakar 8 minit hingga perang. Biarkan sejuk baru simpan dlm bekas kedap udara.


Projek biskut raya 2




German Cookies

Melt-in-mouth Deutsche Kekse

Rujukan: Azlita masam manis, mat gebu

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 buku butter Tatura - dilembutkan
8 sudu besar gula aising (penimbang rosak so agak2 je)
7 sudu besar tepung superfine
2 cwn tepung kentang (potato starch)
1 sb serbuk vanilla
2 sb serbuk koko

1.  Panaskan oven 170°C selama 10 minit.

2.  Griskan baking tray dgn balance butter.

3.  Masukkan butter, gula aising dan serbuk vanilla ke dlm mixing bowl. Putar hingga berkrim dan putih.

4.  Masukkan tepung superfine dan kaup balik dgn spatula.

5.  Masukkan tepung kentang dan kaup balik dgn spatula hingga rata. Kemudian uli dgn tgn. Tambah sesudu demi sesudu tepung kentang jika doh lembik dan sukar dibentuk. Bahagikan doh kpd 2 bhgn. Satu bhgn campurkan serbuk koko dan uli hingga rata.

6. Kalau masih lembik boleh balut dgn plastik bersih dan masukkan dlm peti sejuk 20 minit.

7.  Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar syiling 20 sen. Susun dlm baking tray, tak perlu jarakkan sbb biskut tak kembang (takde agen penaik spt baking powder, telur etc).

8.  Sediakan mangkuk kecil berisi air. Gunakan garpu, celup dlm air barulah tekan pada bebola tadi. Celup air setiap kali menekan cookies supaya doh tak melekat pada garpu.

9.  Bakar 15 minit api atas bawah. Tak perlu tunggu perang.

10.  Setelah masak, keluarkan dan biar sejuk sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

Samperit Cheese

Sumber: Azlina Ina Fans FB
Olahan: mrskojiwami

Samperit Cheese

Bahan-bahan:

1 buku butter (lembut)
3/4 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk vanilla
1/2 tiub cream cheese Tatura (lembut)
1 sudu besar tepung beras (untuk rangupkan biskut)
2 sudu besar tepung kastad
4 - 5 cawan tepung jagung (agak-agak)
Manik berwarna

Cara-cara:

1.  Untuk memudahkan proses, potong butter yang sudah lembut menjadi kiub kecil.
2.  Masukkan butter, cream cheese, esen vanilla, serbuk vanilla dan susu pekat ke dalam mixing bowl.
3.  Gunakan senduk kayu dan gaul rata kesemua bahan. Tak perlu pukul sampai kembang, cukup nampak sebati.
4.  Masukkan tepung beras dan tepung kastad. Gaul rata. Masukkan 2 cawan tepung jagung dahulu. Gaul dgn senduk kayu dan tambahkan tepung jagung 1 cawan lagi. Gunakan tangan untuk menguli, tambah tepung sesudu demi sesudu hingga mendapat doh yang licin dan tak melekat pd tangan.
5.  Griskan loyang dgn baki butter rata-rata.
6.  Panaskan oven 170°C selama 10 minit.
7.  Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan tekan ke atas loyang. Jangan terlalu nipis (buat lebih kurang 2 - 3 layer kelopak).
8. Doh ni tak brp kembang so boleh paipkan doh dekat2. Letakkan sebiji manik di tengah2 kelopak.
9.  Turunkan suhu 160°C dan bakar selama 20 minit (api atas dan bawah).
10.  Setelah masak, keluarkan biskut dan letak di atas pinggan untuk menyejuk sebelum simpan dalam bekas yang sesuai.




Monday, August 26, 2013

Biskut Arab

Mrs K buat biskut arab ni last minute before raya. Tetiba rasa nak buat something untuk bawa balik kampung. So paling senang dan simple mestilah Biskut Arab ni kan. Tapi, being me, suka buat olahan resepi so resepi sesimple ini dah tak jadi simple sangat hehe. Tapi rasanya sedap juga. Actually, ni hasil google la, hajat memula nak buat Biskut Sugee Brunei dari CMG. Gigih la pegi beli tepung semolina (sugee) kat Bagus Bakery. Alih-alih balik rumah, baca balik resepi rupa2nya ada byk lagi bahan yang xde, cthnya cornflakes. So mula la datang idea nak improvise biskut arab sambil tak nak membazir tepung semolina tu kan...so kita gabungkan resepi biskut arab dan biskut sugee. heheh. Siapa nak try, dipersilakan. Pastu amik pulak idea Puan Hanieliza, iaitu buat tricolour.


BISKUT ARAB SEMOLINA

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 tin sederhana minyak sapi (ghee)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung semolina (sugee)
1 cawan susu tepung
1/2 cawan gula kastor
Pewarna merah, hijau dan kuning

Hiasan:
Paper cups
Gula kastor



Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 190C selama 30 minit.
  2. Dalam bekas yang besar, ayak tepung gandum, tepung semolina dan susu tepung ke dalamnya.
  3. Masukkan minyak sapi dan gaul hingga boleh dikepal dan bila diambil sejemput, adunan boleh dibulat-bulatkan. Kalau belum boleh, adjust mana yang patut, i.e. tambah tepung atau minyak sapi lagi.
  4. Kemudian, bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan hijau, merah dan kuning. Uli supaya warna rata.
  5. Ambil sedikit adunan dari setiap warna, dan cantumkan. Bulat-bulatkan doh dan susun dalam baking tray.
  6. Boleh susun rapat-rapat since kuih ni tak naik sangat.
  7. Bakar selama 15 minit. Sementara biskut dibakar, sediakan satu biji piring dan isikan dengan gula kastor.
  8. Bila biskut masak, keluarkan dulang, sejukkan sebentar dan ambil biskut. Golek-golekkan dalam gula kastor dan masukkan ke dalam paper cups.
  9. Buat sehingga habis. Setelah biskut betul-betul dah cool down, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Setiap satu lapisan, lapikkan dengan doily.





Nota:
Boleh juga buat plain colour, lagi senang.

Friday, July 26, 2013

Biskut Samperit

Haqimie dan Qayyum dan banyak kali dok request buatkan biskut samperit. Tapi Mrs K malas betul la nak buat. Tapi akhirnya, their wish were granted last Sunday. Google recipe, jumpa resipi from CMG. Tapi ada olahan la sikit, ikut kesesuaian tekak kan. CMG guna banyak tepung gandum, tapi mak Mrs K kata, nanti keras, so mak suggestkan guna tepung ubi, tepung gandum masuk sikit je. Well, ok la. Turned out melt in your mouth dan sedap la jugak :). Kalau nak recipe original, boleh melawat blog CMG ya. Kat bawah ni, resipi olahan Mrs K. Btw, buat ni saja-saja je, utk kudapan. Bukan untuk raya pun. Tak larat kut nak buat untuk raya. Buat satu bancuhan ni pun sakit dah tangan.


BISKUT SAMPERIT



Sumber: CMG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

250 g mentega (Mrs K guna Buttercup)
140 g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
220 g tepung ubi*
20 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
100 g tepung kastad*
Pewarna merah


Tak payah pakai alas paper pun ok

Cara-cara:

  1. Ayak kesemua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Putar dan mentega hingga berkrim dan masukkan esen vanilla dan kuning telur (jangan lama sangat, nanti biskut kembang sangat).
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga doh menjadi lembut dan boleh ditekan.
  4. Panaskan oven pada suhu 175°C selama 15 minit.
  5. Lengserkan dulang pembakar dengan sedikit mentega/marjerin.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan tekan. Buat sehingga memenuhi dulang.
  7. Gunakan cucuk sate dan celupkan ke dalam pewarna merah. Titikkan ke atas bahagian tengan kuih (untuk menggantikan ceri merah – Mrs K takde).
  8. Bakar selama 12 – 13 minit dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Nota:
Biskut resipi olahan Mrs K ni melt in ur mouth dan ringan teksturnya.

Sunday, December 16, 2012

CHOCOLATE CHIP COOKIES - for Qayyum

Made these cookies specially for my 2nd son who loves Subway cookies' so much. Googled everywhere and found an easy recipe in here.

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Resepi asal: salam2benua
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 biji telur
125 g butter - softened
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan chocolate chip
1/2 cawan chocolate syrup (Hershey's)
Cincangan kacang badam
Hirisan kismis

Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 160 darjah C (fan-forced).
Gris loyang dengan butter.
Satukan tepung, baking powder dan soda bicarbonate. Ayak kalau rajin (since I used superfine flour, so tak ayak).
Dalam mixer bowl, satukan butter, gula perang, telur dan esen vanilla.
Putar hingga lembut (jangan overmix). Guna kelajuan dari perlahan ke tinggi.
Alihkan dari mixer dan masukkan tepung dan serbuk koko berselang-seli sambil digaul menggunakan senduk kayu hingga rata.
Kemudian, masukkan chocolate syrup dan gaul rata lagi.
Akhir sekali, masukkan chocolate chips, kacang badam dan kismis dan gaul rata.
Ambil sesudu dan letakkan di atas baking tray, jarakkan sedikit sebab biskut akan mengembang. Ikut suka nak besar mana, jangan nipis sangat.



Kalau suka jenis fudgy, bake selama 10 minit, kalau suka crispy, bake selama 15 minit.
Setelah cookies masak, biarkan dalam tray selama 5 minit sebelum dialih ke atas redai untuk cooling
Dah sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Nota:
Aku bahagikan adunan kepada dua, satu with choc chips only and satu lagi baru campurkan dengan badam dan kismis.