Showing posts with label Makan Malam. Show all posts
Showing posts with label Makan Malam. Show all posts

Monday, August 21, 2017

Dinner 15.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi!






Daging Masak Pedas

Bahan-bahan:

500 gm daging batang pinang – dihiris melawan urat
5 batang kacang buncis – dipotong serong 4 cm
1/4 batang lobak merah – dihiris bulat dan dibelah 2
5 biji cili padi merah – dipotong 2
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1 batang serai – diketuk
Beberapa titis kicap ABC
Garam dan MCR secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
1 inci halia – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan cili kisar dan serai. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan halia, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan kicap. Tumis hingga pekat dan masukkan lobak merah. Tumis lagi.
  3. Masukkan daging dan kacang buncis. Kacau rata, masukkan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan bawang Holland, cili padi, garam dan perasa. Kacau rata beberapa minit dan tutup api.

Friday, August 18, 2017

Dinner 9.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi!





Ikan Siakap Goreng Sweet Sour

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap – dikelar
Sedikit tepung jagung dan garam
Minyak untuk menggoreng

1/2 biji lobak merah – dipotong dadu
10 biji cili padi merah + hijau – dihiris kasar
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 inci halia – dihiris nipis dan dipotong mancis
5 biji tomato ceri - dibelah 2
1 senduk kecil cili kisar
1/2 botol sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Setitis minyak bijan
Air secukupnya
1 tangkai daun ketumbar – dibasuh bersih, asingkan akarnya, yang lain dicincang kasar
Garam dan MCR secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak agak banyak.
  2. Sementara itu, lumur ikan dengan tepung jagung dan garam rata-rata. Goreng di atas api sederhana hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di atas pinggan hidangan yang dihias dengan salad.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan 1 senduk kecil sahaja.
  4. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia dan tomato hingga layu.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili Thai, sos ikan, minyak bijan, lobak merah dan akar ketumbar. Kacau rata dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dan lobak merah empuk.
  7. Masukkan garam dan MCR dan separuh ketumbar. Kacau rata dan tuangkan ke atas ikan.
  8. Tabur dengan baki daun ketumbar.

Wednesday, May 17, 2017

Tak ingat bila

Assalammualaikum,

Boleh tajuk macam tu? Ni semua sebenarnya sebab dah lama terperap dalam draft, then gambar ori dalam phone dah lama removed so I can't remember when did I cook all these.

Anyway, straight to the recipes.

Sandwic Telur

Bahan-bahan:

Kepingan roti putih/wholemeal
Butter
Daun salad – dicuci dan dilap kering dengan kitchen towel
Cheese slices
4 biji telur rebus – dihancurkan/dilecek
Mayonis
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Sapu butter pada roti. Ketepikan.
  2. Masukkan mayonis, garam dan lada hitam pada telur dan gaul rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan cheese dan salad. Letakkan 1 sudu besar campuran telur dan ratakan. Tutup dengan sekeping roti lagi.
  4. Dengan menggunakan pisau roti, potong kesemua bahagian tepi roti kemudian potong segi tiga 2 kali. Ulang sehingga habis.




Ayam Goreng ala Pakapau

Bahan-bahan:

1 mangkuk ketulan ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 pokok daun selasih – dilurut
2 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
5 biji cili padi – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak hingga tinggal 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan masukkan sos tiram.
  3. Setelah sedikit garing, masukkan ayam, perasa dan daun selasih. Gaul rata dan tutup api.




Gulai Lemak Pucuk Paku dan Ikan Masin

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku – disiang daun dan bahagian lembut sahaja
3 keping potongan ikan kurau masin – dibasuh bersih
2 biji terung – dipotong ikut suka
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 air
1 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang kecil – dipotong kecil
5 biji cili padi
1 inci kunyit

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan sehingga berwap. Kacau selalu untuk elakkan santan pecah.
  2. Setelah mendidih, masukkan garam (rasa dahulu). Setelah ok dan mendidih, tutup api.




Salad dan kubis ungu


Sambal Tumis Ayam

Bahan-bahan:

7 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3/4 senduk sahaja. Tumis serai dan cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.



Masalodeh

Bahan-bahan:

2 cawan kacang parpu – direndam at least 4 jam (saya rendam dari pagi dan buat petang)
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dicincang
4 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 biji telur (optional)
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kacang parpu yang telah direndam dicuci bersih dan dikisar 3/4 halus bersama daun kari.
  2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan campurkan dengan bahan-bahan lain. Rasa garamnya.
  3. Panaskan minyak. Sementara itu, ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan kemudian tekan sedikit. Goreng hingga coklat keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.