Showing posts with label Crabs. Show all posts
Showing posts with label Crabs. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Menu 3 Julai 2018


Masak Lemak Kuning Labu dan Udang

Bahan-bahan:

8 ekor udang sederhana – dibuang urat hitam
1/2 biji labu – dipotong kiub
3 urat kacang panjang – dipotong serong 5 cm panjang
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1/2 cawan air
3/4 kotak santan
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

2 biji bawang merah
1 biji cili merah
2 biji tomato ceri
2 inci kunyit
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan air, serai, daun kunyit, bahan kisar dan labu ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Setelah labu agak empuk, masukkan kacang panjang. Didihkan lagi.
  3. Masukkan udang, santan, asam gelugur, garam dan MCR secukupnya. Perlahankan api dan kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api.



Ketam Sambal Telur Masin

Bahan-bahan:

3 ekor ketam – dibersihkan
Tepung beras + tepung jagung + sedikit air
Minyak untuk menggoreng

1 biji bawang besar – dihiris bulat
3 tangkai daun kari – dilurutkan
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar serbuk kari
1 senduk kecil cili kisar
3 sudu besar pes bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
2 sudu besar Salted Egg Premix Sauce HEXA
1 cawan susu segar
50 gm mentega + 2 sudu besar minyak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, salut ketam dengan campuran tepung kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega dan minyak. Tumis serai, pes bawang besar, pes bawang putih dan pes halia hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula serbuk kari dan serbuk telur masin. Kacau rata dan masukkan susu segar. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ketam dan daun kari. Kacau rata hingga sedikit pekat dan tutup api.

Friday, January 19, 2018

Lunch #1: 1.1.2018

Ketam ala Kam Heong


Bahan-bahan:

2 ekor ketam bunga sederhana besar – dipotong bahagian hujungnya dan dibelah 2
2 sudu besar tepung beras*
1 sudu besar tepung jagung*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

*Bancuh dengan sedikit air dan salutkan pada ketam

5 tangkai daun kari – dibuang tangkai
4 tangkai cili kering – dibasuh, dipotong 3 cm panjang
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 inci halia – dihiris halus (mancis)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar cili kisar
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kering dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam dan perasa serta ketam. Gaul rata hingga bersalut dan angkat.

Friday, October 3, 2014

Dinner ~ Tuesday 30.9.2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi dan Nanas

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
4 ekor ketam bunga (sederhana besar) – dibelah 2
1/2 biji nanas madu (sederhana kecil) – dihiris ikut suka
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 peket pati santan
1/4 cawan air
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan ditumbuk halus:
7 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong
1 ketul kecil kunyit hidup – dipotong

Cara-cara:
  1. Masukkan santan, air, bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur ke dalam periuk.
  2. Renihkan di atas api perlahan hingga berwap.
  3. Keluarkan asam gelugur. Masukkan pula ketam, nanas dan cili padi. Renihkan, kacau sekali-sekala supaya santan tidak pecah.
  4. Masukkan garam dan kacau hingga merenih. Tutup api.

Friday, September 19, 2014

Dinner ~ Thursday (18.9.2014)

Ketam Nipah Telur Masin

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ketam nipah – dibersihkan dan dibelah 2, ketuk sedikit bahagian sepit
5 sudu besar tepung jagung
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, dilenyek hingga hancur
1/2 cawan susu cair
2 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
3 biji cili padi – dihiris halus
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 ketul mentega
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Lumurkan ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak yang mencukupi dan goreng ketam hingga bertukar warna merah. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Di dalam kuali berasingan, panaskan mentega hingga cair. Tumis cili padi dan bawang putih hingga naik baunya.
  3. Masukkan telur masin dan kacau hingga rata. Kemudian, masukkan daun kari dan ketam. Gaul rata.
  4. Tuangkan susu cair perlahan-lahan sambil terus mengacau. Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa, gaul rata dan tutup api.


Ikan Gelama Berlada

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ikan gelama – dikelar
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kering:
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga layu dan hampir garing. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gaul rata.
  3. Tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
  4. Sedia dihidangkan.

Lauk sampingan:

Jeruk maman yang dimakan dengan ikan gelama goreng.


Wednesday, September 10, 2014

Dinner Monday 8/9/14

Ketam Ala Kam Heong

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3 ekor ketam nipah – dibelah 2, dipotong bahagian hujung sepit dan kaki
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
3 tangkai cili kering – dipotong serong dan direndam sebentar
1/4 biji lada benggala hijau – dipotong kasar
1/4 biji lada benggala kuning – dipotong kasar
1/4 biji lada benggala merah – dipotong kasar
5 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering* – direndam hingga lembut
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Air
Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Toskan ketam dan goreng hingga bertukar warna kepada merah. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak. Sementara itu, tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Tumis bahan tumbuk, cili kering dan daun kari hingga naik baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk kari, sos tomato dan kicap pekat. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan semula ketam, gaul rata hingga ketam masak.
  5. Masukkan kesemua lada benggala dan kacau lebih kurang 1 minit. Tambahkan garam, setelah ok, masukkan tepung jagung dan gaul rata hingga kuah kelihatan pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Masak Lemak Ikan Rebus dengan Petai

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung rebus – dibuang bahagian dalaman
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
1/4 cawan petai yang dikupas
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah – dipotong
1 inci kunyit hidup – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong

Cara-cara:

  1. Satukan santan, air, asam keping, serai, daun kunyit, petai dan bahan tumbuk di dalam periuk.
  2. Panaskan periuk, api perlahan. Setelah berwap, masukkan ikan. Kacau selalu perlahan-lahan, hingga naik bau dan berwap. Jangan biarkan mendidih terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.
  3. Masukkan garam jika perlu (ikan rebus selalunya sudah sedia masin).  Kacau perlahan beberapa minit dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Thursday, August 14, 2014

Dinner 12.8.14 (Tuesday)

Ikan Kerisi Masak Berlada

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi – disiang dan dikelar
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar/ditumbuk kasar:
1 biji cili merah – dipotong kecil
20 biji cili padi hijau
2 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Goreng hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak. Tumis pula bahan-bahan yang dikisar. Masukkan juga asam keping. Kacau sekali-sekala hingga terbit minyak dan layu.
  3. Masukkan garam, kacau rata dan tutup api.
  4. Sudukan ke atas ikan goreng tadi. Sedia dihidangkan.


Sup Ketam


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ketam (saiz besar) – dibuang cengkerang dan dibelah 2, buang insangnya
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
1 biji bawang merah – dihiris
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa/Garam secukup rasa
1 1/2 cawan air

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan jerang di atas api sederhana. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Saturday, October 5, 2013

Dinner 1/10/13

Ketam Masak Lemak Cili Api dengan Nanas

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana - dipotong 2
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit - diracik
1/2 biji nanas - dipotong kecil
1/2 bungkus santan pekat
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili padi hijau
3 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan santan, air, serai, daun kunyit dan bahan tumbuk. Renihkan.
  2. Setelah mendidih, masukkan ketam dan asam keping. Kacau sekali sekala untuk elakkan santan berketul/pecah.
  3. Selepas mendidih, masukkan nanas, kalau sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Kacau sekali sekala perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, rasa dan tutup api.

Tuesday, October 1, 2013

Dinner 30/9/13

Sweet and Sour Crabs with Salted Egg Yolk

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana - dipotong 2, asingkan sepitnya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan tumis:
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
5 ulas bawang putih - dicincang
1 helai daun pandan - disimpul
1 biji tomato ranum - dipotong kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
1 biji kuning telur masin - dilenyek
1/2 mangkuk kecil air
1 pokok daun ketumbar - dipotong kasar

Bahan-bahan dikisar:
1 genggam cili kering - dibuang biji, direndam air panas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaulkan ketam dengan tepung jagung, Cukup Rasa, garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan 2 sudu besar minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
  4. Masukkan tomato dan tumis hingga layu. Kemudian, masukkan kuning telur masin dan tumis lagi.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili Thai. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air dan bila mendidih, masukkan ketam. Gaul rata. Beberapa minit sebelum tutup api, masukkan daun ketumbar dan gaul rata.
  7. Sedia dihidangkan.

Sunday, December 9, 2012

KETAM DAN SOTONG TELUR MASIN

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ketam - dibelah 4
1/2 ekor sotong besar - dibuang kulit/dihiris bulat
10 biji cili padi - dihiris kecil
6 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih - dicincang
2 biji kuning telur masin - dipecah-pecahkan
1/2 tin susu cair
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa

Cara-cara:
Gaulkan ketam dan sotong dengan tepung jagung dan MAGGI Cukup Rasa.
Panaskan minyak dan goreng ketam dan sotong hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Alihkan minyak dari kuali. Panaskan butter dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis lagi hingga wangi.
Masukkan kuning telur masin dan hancur-hancurkan.
Masukkan susu cair dan kacau hingga pekat.
Masukkan ketam dan sotong dan gaul hingga bersalut rata.
Angkat dan hidangkan.

Wednesday, November 7, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nenas


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibelah dua
1 kotak santan
1 biji (kecil) nanas - dipotong ikut suka
1 helai daun kunyit - diracik kasar
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk halus:

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali nanas dan garam dan didihkan.
Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah.
Bila ketam hampir masak, masukkan nanas dan garam secukup rasa.
Didihkan sehingga nanas lembut dan tutup api.

Ketam Telur Masin (Salted Egg Crabs)


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dipotong ikut suka
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa/garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit

Gaulkan kesemua bahan dan perap seketika.
Goreng separuh masak dan ketepikan.

Bahan-bahan A:

6 ulas bawang putih - dicincang
6 biji cili padi - dihiris nipis
4 tangkai daun kari
3 sudu besar butter SCS
1 sudu besar minyak jagung
1/2 tin susu cair
1 - 2 biji kuning telur masin

Panaskan butter dan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daun kari dan cili padi.
Kemudian, masukkan kuning telur masin dan gaul rata.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Akhir sekali, masukkan susu cair dan gaul hingga pekat.

Wednesday, June 18, 2008

Ketam Masak Merah

Ketam Masak Merah

Bahan-bahannya:
2 ekor ketam – dibelah dua, digaul dengan serbuk kunyit dan garam, digoreng garing, ketepikan
1 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara memasak:
1 Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga terbit minyak.
2 Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga pekat dan masukkan ketam goreng.

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya:
2 ekor ketam sederhana besar – dibelah 2
1/2 kotak santan segera
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 batang serai – diketuk
Air secukupnya
1/2 biji tomato (besar) - dibelah 2
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk (kasar):
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara-cara memasak:
1 Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan. Kacau sekali sekala sehingga masak.