Showing posts with label Eat Clean My Style. Show all posts
Showing posts with label Eat Clean My Style. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

Menu 14.9.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.


BREAKFAST

Cucur Udang


Bahan-bahan:

1 biji bawang Holland – dipotong dadu
1 biji cili merah – dicincang kasar
Segenggam udang yang dikupas – dicincang kasar
Secekak daun kucai – dipotong 3 cm panjang
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Bancuh kesemua bahan kecuali minyak hingga mesra. Rehatkan 1/2 jam.
  2. Panaskan minyak (agak banyak). Jemput adunan menggunakan jari dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat, toskan minyaknya dan hidangkan bersama sos cili.



LUNCH

Asam Rebus + Singgang Ikan Bawal Emas


Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal emas sederhana – dipotong 3
5 biji bendi
1 batang serai – diketuk
1 kuntum bunga kantan – dibelah 2
2 tangkai daun kesum – ambil daun sahaja
Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

Bahan-bahan ditumbuk:

3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah

Cara-cara:

  1. Masukkan lebih kurang 1 1/2 cawan air, asam gelugur, serai, bunga kantan, daun kesum dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan.
  2. Masukkan ikan dan bendi. Kacau perlahan, masukkan garam. Setelah mendidih dan ikan masak, rasa, jika ok, tutup api.

11 September 2017

Assalammualaikum,

Menu 11 September 2017

Ayam bakar mayonis – untuk bekal ke office, makan dengan 1/2 cawan beras perang dan salad. Try to eat more clean food.

Kari ikan talang masin untuk my mom punya lunch.

Jom tengok resipi.



Ayam Bakar Mayonis

Bahan-bahan:

2 ketul ayam
1 1/2 sudu besar Greek Yogurt Plain Nestle
1 sudu kecil serbuk lada hitam Ajinomoto
Sedikit butter

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan kesemua bahan kecuali butter semalaman dalam fridge.
  2. Panaskan butter dalam non-stick pan dan pan-grill ayam hingga masak,






Kari Ikan Talang Masin


Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan talang masin – direndam 1/2 jam, dibasuh, ditoskan
1/2 biji nanas madu – dikupas, dibuang bahagian hitam, dipotong kecil
1/2 kotak santan
1 peket serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu kecil pes asam jawa
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 hirisan halia – dihiris halus
Air secukupnya
Kalau kurang masin, boleh tambah garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Sementara itu, bancuh serbuk kari, daun kari dan air secukupnya untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Tumis halba campur sebentar, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau hingga nampak layu dan sedikit garing.
  3. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air dan santan. Kacau hingga berwap, masukkan nanas dan pes asam jawa.
  5. Setelah mendidih, masukkan ikan masin dan kacau perlahan hingga mendidih.
  6. Rasa, jika ok, tutup api.