Wednesday, September 10, 2014

Dinner 9/9/14 (Tuesday)

For En K and mom.

Kari Udang dan Kacang Buncis

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
500 g udang sederhana besar – dibuang muncung
10 tangkai kacang buncis – dipotong serong 4 cm panjang
1 tangkai daun kari (daun sahaja)
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan air untuk dijadikan pes
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 hirisan halia – dihiris halus
1 sudu kecil halba campur – dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari dan tumis lagi hingga terbit minyak sambil dikacau selalu supaya tidak hangit.
  3. Masukkan santan dan air. Perlahankan api. Setelah berwap, masukkan udang dan kacang buncis. Kacau perlahan sekali-sekala.
  4. Masukkan garam dan biarkan udang dan kacang buncis masak sebentar. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


For kids.

Beef Salami and Chicken Sausage Pizza

Untuk 2 pan pizza bersaiz 9 inci.

Sumber: mrskojiwami

Sebelum dibakar :)

Bahan-bahan doh:
1 sudu besar yis kering/segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 cawan tepung roti high protein (beli di BAGUS)
1/4 sudu kecil bread softener
1/4 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil garam halus
1/4 cawan susu segar
4 sudu besar minyak zaitun

Bahan-bahan topping (untuk 1 pan):
1/4 biji lada benggala kuning – dihiris nipis
1/4 biji lada benggala merah – dihiris nipis
1/4 biji lada benggala hijau – dihiris nipis
1/4 biji bawang Bombay – dihiris nipis
1 batang sosej ayam – dihiris nipis
4 keping beef salami (beli di bakery supply store)
2 sudu besar sos spaghetti Prego (Tradisional)
1/2 peket shredded mozzarella (beli di bakery supply store)

Cara-cara:
  1. Untuk doh: Satukan air suam, gula dan yis kering. Kacau sedikit dan biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
  2. Satukan tepung roti, bread improver, bread softener dan garam ke dalam sebuah bekas yang besar. Gaul rata dan lubangkan di bahagian tengahnya.
  3. Tuangkan yis yang telah berbuih, gaul perlahan menggunakan jari. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit, tambahkan tepung dan susu segar jika perlu dan uli hingga kenyal dan tidak melekat pada tangan. Tuangkan minyak zaitun.
  4. Uli selama 8 minit hingga betul-betul elastik. Kemudian, tutup bekas tadi dengan tuala bersih/plastic wrap. Biarkan doh selama 60 minit, doh akan mengembang dua kali ganda.
  5. Selepas 60 minit, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Kemudian, uli lagi hingga kembali lembut dan kenyal. Bahagi kepada 2 bahagian.
  6. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.
  7. Ambil pizza pan, tuangkan 1 sudu besar minyak zaitun dan ratakan. Ambil 1 bahagian doh dan leperkan ke dalam pan tadi. Buat hingga mendapat saiz yang hampir sama dengan pan.
  8. Tuangkan sos spaghetti ke bahagian tengah pizza dan sapukan menggunakan silicone brush atau belakang sudu dan ratakan, tinggalkan jarak 2 cm dari bahagian tepi.
  9. Taburkan separuh keju mozzarella rata-rata. Susun bahan-bahan topping dan akhiri dengan taburan separuh lagi keju.
  10. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit. Setelah masak, keluarkan dan potong ikut suka. Sedia dihidangkan bersama sos cili.


No Bake Oreo Cheesecake

Sumber: http://thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com/2013/09/resepi-oreo-cheese-cake-tanpa-bakar.html

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan base:
1 1/2 bungkus biskut Oreo – dibuang krim
60 g mentega SCS unsalted

Bahan-bahan kek:
500 g krim keju Tatura (suhu bilik) (Philadelphia lebih sedap)
1 kotak (250 ml) Anchor UHT Whipping Cream
65 g mentega SCS unsalted (suhu bilik)
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar gelatin halal
1/2 sudu kecil jus limau nipis (sepatutnya lemon)
1/2 cawan air panas

Tambahan:
7 keping biskut Oreo (dengan krim)

Cara-cara:
  1. BaseCairkan mentega dan ketepikan. Sementara itu, kisar biskut (terpulang hendak kasar atau halus). Campurkan dengan mentega cair. Ambil loyang bersaiz 8 inci (lebih elok gunakan loose base pan). Masukkan campuran biskut ke dalam loyang dan tekan-tekankan supaya pada dan rata. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  2. Sementara itu, putar whipping cream hingga pekat pada kelajuan sederhana. Ketepikan.
  3. Di dalam bekas berasingan, putar krim keju, mentega dan gula pada kelajuan sederhana kemudian tinggi hingga kembang dan putih. Matikan mixer.
  4. Bancuh gelatin, jus limau nipis dan air panas hingga larut. Ketepikan.
  5. Tuangkan whipping cream yang diputar dan bancuhan gelatin ke dalam bancuhan keju. Gunakan spatula dan gaul rata hingga sebati.
  6. Keluarkan loyang yang disejukkan. Tuang separuh bancuhan keju. Susun kepingan Oreo kemudian tuangkan baki bancuhan keju tadi. Ratakan bahagian atasnya.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

No comments: