Showing posts with label Meat. Show all posts
Showing posts with label Meat. Show all posts

Monday, July 14, 2014

Sahur Day 15 (13.7.14)

Daging Kancil Goreng Kunyit


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging kancil – dipotong kecil dan dibasuh bersih
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
2 tangkai daun sup – dipotong 4 cm
1 biji cili merah – dihiris kasar
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Sementara itu, gaul daging kancil dengan serbuk kunyit dan garam.
  3. Setelah minyak panas, goreng daging kancil 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang kuning hingga separuh layu.
  5. Masukkan daging kancil, daun sup dan cili merah. Tambah garam jika perlu. Gaul rata hingga daging kancil masak sepenuhnya.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Thursday, May 15, 2014

Lunch 13 May 2014

Black Pepper Lamb Chops

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 keping lamb chop – dipotong kecil
1/2 pokok brokoli – dipotong florets
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1/2 biji lobak merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam dan lamb chop. Gaul rata hingga keluar air lamb chop.
  3. Masukkan air dan didihkan. Kemudian, masukkan brokoli dan lobak merah. Tutup sebentar kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa, cili merah dan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar dan tutup api setelah kuah agak pekat.
  4. Sedia dihidangkan.


Ayam Masak Merah

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 ketul ayam – digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 pokok daun bawang – dipotong 4 cm panjang
2 hiris halia – dipotong kecil
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 3 sudu besar. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak dan masukkan air (lebih jika suka berkuah).
  3. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan garam dan renihkan selama 5 minit.
  4. Kemudian, gaul rata, masukkan daun bawang dan bawang Holland.
  5. Gaul rata hingga bawang agak layu dan tutup api.

Sunday, November 24, 2013

Dinner Friday, 23/11/13

Sotong Kembang Masak Kicap

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor sotong kembang (sederhana) - direbus
3 helai daun kubis - dihiris kasar
3 biji cili padi merah
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam dalam botol
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
2 sudu besar kicap pekat manis
1 1/2 sudu besar minyak
Sedikit air
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Toskan sotong. Potong kecil-kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan lada hitam. Tumis sebentar, masukkan sotong.
  3. Gaul rata hingga keluar air sotong, masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan kubis, cili padi dan bawang kuning.
  5. Setelah mendidih, masukkan Cukup Rasa dan masak hingga kuah agak pekat.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Sambal Daging

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
500 g daging batang pinang - direbus
1 batang serai - diketuk
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
2 sudu besar minyak masak
1 keping asam keping
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar

Bahan-bahan dikisar halus:
Segenggam cili kering - dipotong kecil dan direbus
1 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Toskan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai sebentar dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram dan tumis sebentar.
  4. Kemudian, masukkan daging, asam keping dan sedikit air.
  5. Setelah mendidih,keluarkan asam keping, masukkan bawang kuning dan garam secukup rasa.
  6. Setelah kuah agak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan.

Tuesday, October 29, 2013

Lunch Saturday 26/10/13

Pulut Kuning Tanak


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 1/2 pot pulut susu
1 keping asam keping
2 sudu teh serbuk kunyit
3 pot air
2 sudu teh garam
1/2 kotak santan
1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Rendam pulut bersama asam keping, serbuk kunyit dan air secukupnya selama 3 jam atau sebaiknya semalaman. Kemudian, bilas dan tos.
  2. Masukkan pulut ke dalam periuk nasi, masukkan air, garam, santan dan daun pandan. Masak seperti biasa atau jika periuk nasi ada function sushi, pilih sushi (43 minit).


Rendang Pedas Daging

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang – dihiris ikut suka
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 helai daun limau purut
1 kotak santan
1/2 ketul kecil gula Melaka
3 senduk cili kisar (atau lebih)
3 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi
2 ketul kecil kunyit hidup
4 batang serai – dipotong kecil
2 inci halia
2 inci lengkuas

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bahan kisar yang lain hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula Melaka, daging, daun kunyit, asam keping, daun limau purut dan kerisik. Tumis hingga keluar air daging.
  3. Masukkan santan dan renihkan hingga daging empuk. Jika sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Tambahkan garam dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat atau kering, ikut kesukaan. Tutup api.

Monday, October 7, 2013

Lunch 6/10/13 Sunday

Ikan Sembilang Sambal Cili Padi

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ketul ikan sembilang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar kering:
10 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Susun di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak baki menggoreng tadi. Tumis bahan kisar hingga wangi. Setelah agak garing, masukkan air dan Cukup Rasa. Gaul rata hingga layu dan tuangkan ke atas ikan goreng.
  4. Sedia dihidangkan.


Daging Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
Hirisan daging batang pinang
1/2 biji brokoli – dipotong kecil
6 biji cendawan straw – dibelah 2
5 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 paket Perencah Lada Hitam Maggi – dibancuh menjadi pes
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan tumis sebentar hingga bertukar warna.
  3. Tuangkan pes lada hitam. Gaul rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan sos tiram dan sos cili diikuti dengan brokoli, cendawan dan cili merah.
  5. Setelah mendidih, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.


Sup Bebola Ayam

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
15 biji bebola ayam
1/2 batang brokoli (batang sahaja) – dipotong kiub
1/2 batang lobak merah – dipotong kiub
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Rebus brokoli dan lobak merah hingga lembut.
  2. Masukkan bebola dan Cukup Rasa, didihkan.
  3. Setelah cukup masak, tutup api. Sedia dihidangkan.

Thursday, July 25, 2013

Buka puasa berjemaah

Hari Sabtu minggu lepas, family Mrs K berbuka puasa beramai-ramai dengan few family members from En K's side. Yang datang masa tu, Mak Ndak, Salina, Sofea, MIL, Yus and family dan Along Salwa and family. Meriah. Pagi Sabtu tu kitorang pergi pasar borong beli stok yang memang kebetulan dah nak habis. Plannya nak masak nasi ketumbar, ayam/daging masak hitam, jelatah, ikan goreng dan kuih lapis. Tapi in the end, tak jadi nak buat kuih lapis sebabnya dah kepenatan.

Sampai aje kat rumah, terus siang dan bersihkan ikan, sotong, udang. Terus masuk dalam fridge. Baru la start masak, sedar tak sedar, duduk kat dapur tu almost 5 jam. No wonder la macam sakit pinggang. Ada tambahan menu, request by Mak. Mak nak dalca sayuran. Ok la, layan je.

NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 cawan (150 g) beras basmathi - dibasuh dan direndam beberapa jam, ditoskan airnya
1 batang serai - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
Maggi Cukup Rasa secukupnya
5 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar minyak masak
1/2 buku mentega
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan-bahan dikisar halus:
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 pokok daun ketumbar bersama akarnya - dicuci bersih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis serai seketika dan masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga wangi dan pekat.
  3. Masukkan beras dan gaul rata. Tutup api dan pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan daun pandan dan Maggi Cukup Rasa, gaul rata.
  5. Tanak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, titikkan pewarna hijau, biarkan meresap seketika barulah dikaup perlahan-lahan (untuk mengelakkan nasi patah).

Nota:
Nasi ni sedap dimakan begitu sahaja. Memang favourite family Mrs K. Sesuai juga dimakan dengan ayam masak merah atau rendang.




DALCA SAYURAN DAN AYAM
Sumber: Mak

Bahan-bahan:

Ketulan kecil ayam (bahagian leher, pedal dihiris nipis, tulang-tulang ayam) - dibersihkan
1 cawan kacang dal (direndam 1 jam - direbus hingga kembang, ditoskan)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diracik halus
4 sudu besar rempah kari daging - tambah sedikit air supaya menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Sayur-sayuran:
1 biji kentang sederhana - dibelah 4
1 biji terung bulat sederhana - dibelah 4
2 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
10 urat kacang panjang - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
  3. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan tumis sebentar. Masukkan santan cair dan kentang. Tutup periuk dan biarkan kentang empuk.
  5. Setelah empuk, masukkan terung bulat dan lobak merah. Renihkan sebentar.
  6. Masukkan kacang dal, bawang besar, kacang panjang, tomato dan santan pekat. Didihkan.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam. Kalau terlalu pekat, bolehlah masukkan sedikit air.
  8. Didihkan sekali lagi dan tutup api.


DAGING MASAK HITAM
Sumber: Che Sue
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang (atau ketulan ayam) - direbus dan dihiris nipis
Cuka dan kicap manis secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 biji kentang - didadu besar dan digoreng
1 pokok daun ketumbar
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

Segenggam cili kering - dipotong dan direbus, buang biji
1 inci halia
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan cuka dan kicap manis beberapa jam.
  2. Toskan daging (air perapan jangan dibuang). Panaskan minyak dan goreng daging seketika. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis bahan kisar bersama serai hingga betul-betul garing.
  4. Masukkan daging dan air perapan. Didihkan.
  5. Setelah kuah agak pekat, masukkan kentang dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.


JELATAH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 biji nanas madu - dipotong kecil
1 biji timun Jepun - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan segera.

Tuesday, July 23, 2013

Iftar Day 10

AYAM KAMPUNG MASAK KICAP
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung – dipotong kecil, digaul dengan garam dan kunyit, digoreng separuh masak
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu besar sos tomato
2 – 3 sudu besar kicap manis/masin
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang merah – dihiris
1 inci halia – diracik halus
1 biji bawang besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
Minyak untuk menumis
Air (jika perlu)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing/pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam dan lada hitam. Renihkan sehingga ayam masak.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Masak sebentar dan tutup api.


SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 biji telur puyuh – direbus dengan sedikit garam hingga masak
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + belacan)
1/2 sudu besar gula perang
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar – dihiris bulat
3 tangkai daun ketumbar – diracik kasar
Minyak untuk menumis
Air jika perlu
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kupas telur dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sebentar dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan tomato. Tumis seketika dan masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan telur dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun ketumbar. Masak sebentar dan tutup api.


SUP SAWI BUNGA DENGAN DAGING CINCANG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 pokok sawi bunga – diasing batang dan daunnya, dipotong kecil
1 biji cili merah – dihiris kasar
1/2 keping daging kisar – dilembutkan (brand Ramly)
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – diracik halus
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
  2. Masukkan daging dan batang sawi dan kacau sebentar, kemudian tuangkan air secukupnya.
  3. Setelah mendidih, masukkan daun sawi, cili merah dan lada hitam. Perasakan dan tutup api.

Tuesday, July 16, 2013

Iftar Day 3

Menu untuk hari ketiga iftar ni: Kurma Daging, Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa, Donut Balls. Doh donut tu lepas sahur Mrs K uli. Gigih.... :). Lepas uli tutup dengan foil simpan dalam fridge. Risau juga doh ni naik ke tak (actually resepi asal kata tak perlu tunggu naik pun). Tapi kan nak goreng untuk berbuka puasa, takut balik kerja tak sempat nak uli, so uli la siap-siap kan. Alhamdulillah, doh naik **lega**.

KURMA DAGING
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging – direbus dan dipotong ikut suka
1 tangkai daun kari
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar kerisik
1 paket rempah kurma – dibancuh dengan air dan kerisik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 biji kentang – dipotong 4
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1 cawan santan cair (1/4 kotak santan + air)
1/2 cawan santan pekat (1/4 kotak santan)
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar.
Masukkan bahan tumbuk dan serai dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan bancuhan rempah kurma dan daun kari, tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, gaul rata dan tuangkan santan cair dan masukkan kentang.
Kacau dan tutup periuk, kacau sekali-sekala dan masak sehingga kentang empuk.
Kemudian, masukkan santan pekat dan cili merah.
Setelah mendidih, perisakan dan masukkan air asam jawa, didihkan lagi dan tutup api.




IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru saiz sederhana – dibelah belakang
Serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa

Gaulkan kesemua bahan dan ketepikan.

Bahan-bahan sambal kelapa:
1 genggam udang kering – direndam sebentar
2 biji cili merah
3 biji cili padi
1 batang serai - dihiris
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
2 senduk kelapa parut putih
1 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Sumbatkan bahan inti ke dalam ikan padat-padat. Boleh digoreng atau dibakar. Mrs K panggang dalam magic pan je.



DONUT BALLS
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
500 g tepung superfine
1 paket (11 gm) yis kering
50 g marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir (sepatutnya kastor)
2 sudu besar susu pekat + 2 sudu besar susu tepung
1 biji telur – dipukul ringan
1/2 sudu teh garam halus
Air suam kuku – ikut kuantiti tepung yang digunakan

Hiasan:
Gula halus

Cara-cara:
Tuangkan air suam ke dalam bekas yang besar, masukkan gula, yis, shortening, marjerin dan campuran susu. Kacau sedikit dan biarkan sehingga berbuih, lebih kurang 8-10 minit.

Setelah berbuih, ayak separuh daripada tepung terus ke dalam bekas. Masukkan telur dan garam. Kacau adunan hingga sebati dan melekat pada sudu kayu.

Ayak lebihan tepung ke dalam bekas dan gaul dengan sudu seketika barulah uli dengan tangan pula.

Uli hingga doh tidak melekat pada tangan. Doh tidak perlu direhatkan (boleh juga – terpulang).

Panaskan minyak secukupnya. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Doh akan mengembang sementara itu. Boleh juga diterap dengan acuan donut.

Goreng donut balls dalam 3 - 4 biji sekaligus. Balik-balikkan hingga kuning keperangan. Angkat, toskan minyak dan terus golekkan ke dalam bekas berisi gula halus.

Pindahkan ke dalam pinggan hidangan.

Saturday, January 5, 2013

DAGING MASAK MERAH


Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - direbus hingga empuk
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu besar cuka
1/2 biji bawang kuning - dibelah 4
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris kasar
1 biji cili hijau - dibuang biji dan dihiris kasar
2 sudu besar cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:
Hiris daging nipis-nipis. Perapkan dengan pewarna merah, cuka dan sedikit air (seelok-eloknya semalaman dalam fridge). Atau paling sekejap 1/2 jam.

Panaskan minyak, toskan air perapan daging tapi jangan dibuang (untuk dibuat kuah). Goreng daging hingga kering airnya dan agak garing. Angkat dan ketepikan.

Keluarkan sedikit minyak dan masukkan bawang putih dan separuh bawang kuning. Tumis hingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak baru dimasukkan gula perang dan tumis sebentar.

Masukkan sos cili Thai dan sos tiram, tumis sekejap baru dimasukkan air perapan tadi. Setelah mendidih, masukkan daging dan sedikit air (jika perlu) dan renihkan.

Setelah mendidih, masukkan baki bawang kuning, cili merah dan cili hijau. Perasakan secukupnya dan masak mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

Monday, December 24, 2012

KURMA DAGING

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
700 gm daging batang pinang - dihiris ikut suka
1 biji kentang - dibelah 8
1/4 batang carrot - dibelah 4
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 biji cili hijau - dibelah 2
1 biji cili merah - dibelah 2
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar kerisik
1 paket kecil rempah kurma
1/2 kotak santan
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 hirisan halia - dihiris halus
1/4 mangkuk air asam jawa
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - dititik
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes.

Panaskan minyak dan tumis serai dan daun pandan hingga wangi.

Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga dan tumis lagi hingga layu dan wangi.

Masukkan rempah kurma dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga keluar air daging.

Masukkan sedikit air dan santan. Setelah mendidih, masukkan kentang dan carrot. Kacau dan tutup periuk dan masak sehingga kentang empuk.

Masukkan garam secukup rasa dan bawang besar. Setelah mendidih, masukkan cili merah dan hijau. Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan didihkan sebentar sebelum tutup api.

Saturday, December 22, 2012

SUP TULANG

Ni pulak untuk dinner malam tadi. Mak dah siap rebuskan tulang awal-awal. So balik kerja semalam, terus je sediakan bahan-bahan lain pulak.

SUP TULANG



Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu - dibersihkan
3 inci halia - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 sudu besar cuka
Air secukupnya untuk merebus

Bahan-bahan lain:
1 biji kentang - dipotong kiub
2 tangkai akar daun ketumbar - dibersihkan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut - dibasuh
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1 sudu kecil biji ketumbar - ditumbuk
2 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
Garam secukup rasa

Hiasan:
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng


Cara-cara:
Rebus tulang dengan bahan-bahan lain selama beberapa jam atau sehingga empuk.

Setelah empuk, masukkan bahan-bahan lain dan renihkan sehingga kentang empuk (kecuali garam).

Akhir sekali, masukkan garam dan perisakan secukupnya. Setelah mendidih, tutup api.

Angkat dan hiaskan sebelum dihidang.



Kitorang makan sup ni lawan dengan sambal belacan dan udang goreng mentega.


Friday, December 21, 2012

DAGING MASAK MERAH

Masak pagi tadi, untuk lunch mak, Haqimie dan Qayyum nanti. Balance aku dan En K tapau ke ofis.

DAGING MASAK MERAH

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan diperap semalaman:
1/2 kg daging - dihiris nipis dan lebar
1 sudu besar cuka
1 camca teh pewarna merah
Air (untuk tenggelamkan daging)

Bahan-bahan lain:
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 hirisan halia - dihiris kasar
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula perang
1/4 batang carrot - dipotong panjang
Garam secukup rasa
Capsicum traffic light - dipotong lebar
1/2 batang bunga kantan - dibelah 2
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - dititik
Minyak untuk menumis
Air dari perapan daging

Cara-cara:
Toskan daging yang diperap, jangan buang air perapan.


Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, halia, daun pandan dan serai hingga wangi.

Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.


Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sebentar dan masukkan air perapan.

Setelah mendidih, masukkan daging, capsicum, bunga kantan dan carrot. Renihkan hingga kuah agak pekat dan sayur empuk.

Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidangkan.



Sunday, December 16, 2012

SPAGHETTI MEATBALL

Dinner malam ni, buat spaghetti meatball untuk mak. Selalu buat guna minced beef biasa aje, tapi malam ni saja nak explore buat meatball, resepi sukahati aje. Untuk sos pulak, hari tu pegi kedai tak jumpa brand Prego, so ambik je brand Adabi, rasa dia ok jugak.


Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 paket spaghetti - follow instructions on packet, toskan airnya
1/2 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3 biji shiitake mushroom - dihiris nipis
1 sudu besar olive oil
1/2 botol sos spaghetti (aku guna Adabi Mushroom)

Untuk meatball:
1/2 paket daging cincang - thawed/dinyahbeku
1 biji bawang besar - didadu halus
1 pokok daun sup - dicincang halus
1/2 sudu teh mixed herb (bottled)
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung gandum


Cara-cara:
Mula-mula buat meatball dulu.
Campurkan kesemua bahan dan kepal-kepalkan menjadi bebola.
Panaskan olive oil dan goreng meatball (browning). Angkat dan ketepikan.



Sementara menggoreng meatball, rebus spaghetti.
Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cendawan dan tumis lagi hingga layu.
Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.



Setelah mendidih, masukkan meatball. Jangan gaul kuat sangat, nanti meatball pecah.
Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah ditoskan air.
Gaul rata dan angkat.

Langsai

Thursday, December 13, 2012

DAGING DENDENG

Plan asal nak buat daging masak kunyit je. Tapi semalam mak citer, masa keluarkan daging semalam (kononnya nak masak, tapi dah terbeli Subway, so postpone ke malam ni), Haqimie tanya, daging ni masak apa? masak hitam la, sedap....so Opahnya pun kata, tunggu mama balik la.

So, tukar la plan, masak daging dendeng. Ikan kerapu pulak plan nak masak 3 rasa. Minta tolong mak rebus daging dan perap siap-siap. So balik nanti, terus tumis je.

Resepi kali ni, saja je tambah daun limau purut. Nak bagi harum lebih.

DAGING DENDENG

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang - direbus
Kicap manis
Cuka
Air

Cara-cara:
Daging yang direbus kemudian dihiris ikut suka, perapkan dengan kicap manis, cuka dan air. Lebih lama perap, lebih sedap.

Bahan-bahan dikisar halus:
1 genggam cili kering - direbus dan dibuang biji
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 biji buah keras
1 inci kunyit

Bahan-bahan lain:
1 biji kentang sederhana - dipotong dadu besar dan digoreng
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - dititik
1 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai, daun pandan hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan bahan perap dan gaul rata.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk.
Masukkan kentang dan daun limau purut. Masak lagi sehingga kuah agak pekat.

Thursday, December 6, 2012

HALF AND HALF PIZZA

Kali ni aku improve my dough by using CMG method, tambah bread improver. Basic dia still sama dengan LG dan DJ.

HALF AND HALF PIZZA (SEAFOOD AND SPICY LAMB SAUSAGE)

Sumber rujukan: CMGLGDJ
Olahan: mrskojiwami
'


Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung superfine
1 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver
2 sudu teh yis kering
1 cawan air suam
1 sudu teh gula

Bahan-bahan inti (seafood):
Hirisan capsicum traffic light - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
7 ketul kiub nanas dalam tin - dihiris nipis
1/4 tin spicy tuna in oil - dipecah-pecahkan
2 batang filet isi ketam (panjang) - dihiris kasar
Sos Thousand Island
Sos tomato
1 keping slice cheese


Bahan-bahan inti (lamb sausage):
2 batang spicy lamb sausage (aku beli kat Grocer's Village (ke Village Grocer?) - dihiris kasar
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji shiitake mushroom - dihiris nipis
Sedikit hirisan capsicum merah
3 keping slice cheese

Cara-cara:

Untuk membuat doh:
Larutkan gula dalam air suam. Masukkan yis kering dan biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
Sementara itu, satukan tepung superfine, garam, susu tepung, bread improver dan olive oil.
Setelah yis berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.
Uli tepung hingga kenyal, kalau masih lembik dan melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung hingga dapat doh yang licin dan tidak melekat pada tangan ataupun mangkuk.
Rehatkan doh selama 1 jam, cover dengan tuala lembap. Biarkan di tempat bersuhu suam/panas.


Untuk taburan inti:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit.
Setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
Lengser loyang dengan sedikit olive oil.
Tekan-tekankan doh ke dalam loyang mengikut ketebalan yang dikehendaki dan ratakan.


Tuangkan sos tomato, dan ratakan ke seluruh permukaan doh.
Taburkan inti seafood dan lamb sausage pada dua bahagian sebelah menyebelah.



Akhir sekali, utk seafood, tuangkan sos Thousand Island.
Untuk lamb pulak, tabur cheese yang dicarik-carik.
Bakar selama 20-30 minit mengikut keperangan doh yang dikehendaki.

DAGING DENDENG ala CHE SUE

Sepatutnya rebus dulu daging, baru perap dengan cuka dan kicap. Tapi memandangkan tak sempat, aku leburkan je semua dalam sambal dia, baru la tambah apa yang patut. Anyway, rasa dia tak lari sangat la, cuma agak berkuah sikit. Tapi manis daging tu maintain.

Sumber asal: Che Sue
Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan:

800 gm daging batang pinang - dipotong ikut suka
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar/termasuk akarnya sekali
1 batang serai - dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar cuka
Kicap manis + masin secukupnya
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan-bahan kisar:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 biji buah keras
1 1/2 genggam cili kering - direbus dan ditoskan bijinya

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis serai titik hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, serbuk kunyit, akar daun ketumbar dan daun pandan dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan biarkan air daging keluar sambil dikacau sekali-sekala.
Setelah mendidih, masukkan cuka, kicap manis + masin dan daun ketumbar. Tambah air jika perlu.
Didihkan hingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.

Saturday, November 17, 2012

Lemon Rosemary Grilled Lamb Chop


Bahan-bahan:

4 keping lamb chop
7 ulas bawang putih
Segenggam rosemary kering dalam botol
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
1/2 biji lemon - diambil jusnya

Cara-cara:
Tumbuk bawang putih, rosemary dan lada hitam hingga lumat.
Campurkan dengan olive oil, garam dan jus lemon.
Lumurkan pada lamb chop dan perap selama 1 jam.
Grill hingga masak. (Aku guna Happycall), kena tengok selalu takut terlebih garing.

Our dinner tonite

Yeay, at last, I was dreaming of making my own pizza, and yes, last night the wish was fulfilled.

Even though the base pastry was quite “gebu”, but the taste was delicious indeed. The bread base was very soft and I think I should learn to use that recipe to make some buns with filling.

As usual I googled the recipes on the Net, and found some that I combined. Mostly I referred to Lemongrass and Dayang Jack.

I also grilled 4 pcs of lamb chop marinated in rosemary and lemon.


Sunday, October 21, 2012

KARI DAGING DAN KENTANG


Bahan-bahan:

1/2 kg daging - direbus seketika dan hiris nipis
2 biji kentang - dibelah 4
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 hirisan halia - diracik
1 paket rempah kari daging (aku guna brand Baba's)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 kotak santan
1 sudu besar kerisik
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit air asam jawa
Garam
Minyak

Cara-cara:

Satukan rempah kari, serbuk cili, kerisi dan sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
Masukkan pes rempah dan gaul rata.
Masukkan daun kari dan kacau hingga terbit minyak.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan merenih hingga kentang empuk.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan garam dan didihkan lagi.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan setelah mendidih, tutup api.

Sunday, September 2, 2012

Merdeka!

cuti merdeka thn ni, stay kt rumah je, since en koji ada outside job lak. dah la, indian neighbour aku ada wat wedding, tu dia gendang sakan. duh, nk take a nap pun x leh npk gayanya.
since aku kena tgl ngan 3 heroes all alone, makanya menu lunch simple2je sudah. aku juz masak sup ayam campur kentang. utk aku lak ada tambahan button mushrooms, broccoli ngan cherry tomatoes. kenyang jugak.

dinner lak, aku rajin, so aku buat daging msk merah ala2 kedai tomyam, tapi cam biasa ada improvise sikit.

 

Daging Masak Merah

1/4 kg daging batang pinang - direbus, ditoskan
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh pewarna merah
Air secukupnya

Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis dan perap bersama cuka, pewarna merah dan air. Ketepikan.


2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
1/2 biji bawang kuning - dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak
Toskan air perapan daging, jangan buang air perapan.
Goreng daging dalam minyak sebentar (keringkan air daging sedikit). Angkat dan toskan.
Gunakan minyak yang sama, tumis cili kisar hingga wangi, masukkan sos tiram dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air perapan (agak-agak berapa banyak kuah), masukkan daging dan brokoli.
Masak hingga agak pekat dan masukkan bawang kuning.