Plan asal nak buat bubur kacang durian, so on the way balik, singgah kedai beli kacang hijau. Sampai kat rumah, mak bagi tau, durian leftover tu dah selamat dibuat tempoyak. Hmm...takpe la, buat je la bubur kacang biasa tapi letak sagu.
Masak bubur ni time masak dinner semalam, so lepas dinner En K dan Haqimie makan dessert pulak, cicah bubur kacang dengan roti Gardenia. Banyak juga dapat untuk 1/2 kg kacang hijau, satu periuk juga la, so aku bawa sikit ke ofis, untuk En K pun aku tapaukan.
BUBUR KACANG BERSAGU
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 kg kacang hijau - dibasuh bersih
1 paket santan (RM3)
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 sudu teh garam
1/2 cawan sagu kecil - dibasuh
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
Rebus kacang hijau hingga kembang.
Masukkan santan, gula perang, gula putih (gula ikut keperluan, sama ada suka manis atau kurang manis), garam, sagu dan daun pandan.
Renihkan, kacau selalu untuk elakkan bahagian bawah hangus dan santan pecah.
Setelah sagu masak, bolehlah tutup api dan hidangkan.
Nota:
En K suka makan dengan roti.
Kalau ada leftover, boleh buat kuih kasturi.
I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Showing posts with label Teatime. Show all posts
Showing posts with label Teatime. Show all posts
Wednesday, December 19, 2012
Sunday, December 16, 2012
ROTI BAWANG PUTIH
Terfikir-fikir nak meroti, tapi bila google banyak jumpa guna bread softener atau pun shortening. Memang takde stok la kan, aku ada bread improver je. Google lagi, jumpa satu resepi yang mudah, kat sini. So terus nak try. Rasa seperti biasa menjadi, tapi rupa paras agak hodoh. Lain kali kita improve lagi. Tapi Haqimie punya la suka, banyak dia makan. Siap video call kazen dia bagitau dia tengah makan roti mama buat. Anyway, suka tengok diorang makan hasil penat lelah aku, takde la rasa membazir aje. En K macam biasa la, bila tanya sedap ke, ok la....padahal menambah dah 2 kali :).
ROTI BAWANG PUTIH
Resepi asal: Puan Azlita
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan doh:
3 cawan tepung superfine
1 cawan air suam
1 sudu besar yis segera
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1/4 sudu teh bread improver (aku tambah)
2 sudu besar olive oil
Bahan-bahan garlic butter:
50 g pure butter - softened
1 pokok daun ketumbar - dicincang halus
7 ulas bawang putih - dicincang halus
Hiasan:
1 biji kuning telur - dipukul
Garlic butter
Cara-cara:
Untuk membuat doh, satukan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali olive oil. Uli sehingga menjadi doh yang lembut, kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung dan uli sehingga betul-betul tidak melekat.
Tuangkan olive oil dan uli lagi hingga menjadi elastik. Seperti biasa kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung.
Sebelum diperap, sapukan sedikit olive oil di permukaannya dan cover dengan tuala lembap yang bersih. Biarkan doh rehat selama 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Sementara menunggu doh naik, buat garlic butter. Satukan kesemua bahan dan sebatikan. Ketepikan.
Selepas 45 minit, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Uli lagi dan bahagikan doh kepada dua bahagian (seelok-eloknya timbang supaya sama berat, tapi penimbang aku dah musnah so agak-agak je la).
Lengser loyang dengan butter.
Ambil satu bahagian doh, roll dengan rolling pin lebih kurang shape segi empat tepat. Kalau melekat, tabur sedikit tepung. Ambil 1 1/2 sudu besar garlic butter dan sapukan ke sekeliling permukaan doh.
Gulung doh (macam swiss roll tu). Kemaskan gulungan. Potong kepada 5 bahagian sama besar. Susun gulungan dalam loyang. Ulang lagi untuk doh kedua. Susun rapat-rapat.
Biarkan doh rehat selama 30 minit (cover dengan tuala lembap).
Selepas 30 minit, sapukan permukaan roti dengan garlic butter diikuti dengan kuning telur.
Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah C selama 25 minit. Aku turunkan suhu pada 10 minit terakhir sebab tengok bahagian atas perang sangat.
Sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kari ayam macam En K. Tapi kari ayam tu dari tin lorrr....malas lak nak menumis....

CHOCOLATE CHIP COOKIES - for Qayyum
Made these cookies specially for my 2nd son who loves Subway cookies' so much. Googled everywhere and found an easy recipe in here.
CHOCOLATE CHIP COOKIES
Resepi asal: salam2benua
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 biji telur
125 g butter - softened
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan chocolate chip
1/2 cawan chocolate syrup (Hershey's)
Cincangan kacang badam
Hirisan kismis
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 160 darjah C (fan-forced).
Gris loyang dengan butter.
Satukan tepung, baking powder dan soda bicarbonate. Ayak kalau rajin (since I used superfine flour, so tak ayak).
Dalam mixer bowl, satukan butter, gula perang, telur dan esen vanilla.
Putar hingga lembut (jangan overmix). Guna kelajuan dari perlahan ke tinggi.
Alihkan dari mixer dan masukkan tepung dan serbuk koko berselang-seli sambil digaul menggunakan senduk kayu hingga rata.
Kemudian, masukkan chocolate syrup dan gaul rata lagi.
Akhir sekali, masukkan chocolate chips, kacang badam dan kismis dan gaul rata.
Ambil sesudu dan letakkan di atas baking tray, jarakkan sedikit sebab biskut akan mengembang. Ikut suka nak besar mana, jangan nipis sangat.
Kalau suka jenis fudgy, bake selama 10 minit, kalau suka crispy, bake selama 15 minit.
Setelah cookies masak, biarkan dalam tray selama 5 minit sebelum dialih ke atas redai untuk cooling
Dah sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Nota:
Aku bahagikan adunan kepada dua, satu with choc chips only and satu lagi baru campurkan dengan badam dan kismis.

Friday, December 14, 2012
Membaking malam-malam
Serious aku sudah dilanda ketagihan membaking. Disebabkan aku dah sedia lecek dan mendadu pisang berangan pagi tadi, makanya malam ni aku teruskan niat nak buat kek pisang yang x jadi hari tu. Aku ambil resepi ni dari CMG. Memandangkan kitchen scale dah rosak, aku convert unit metric dengan rujukan dari Puan Azlita. Thanx to both of them for sharing such good recipe and useful info.
Nak resipi ori, terjah sini k.
KEK PISANG COKLAT URAI
Resepi asal: CMG
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
200 gm tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
100 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen pisang
Kacang gajus secukupnya - dicincang
50 gm coklat urai
4 biji pisang berangan - dilecek
2 biji pisang berangan - didadu
150 gm butter - dipotong dadu
1/2 cawan gula perang + 2 sudu besar gula putih
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170 darjah C selama 20-30 minit.
Satukan tepung, baking powder dan soda bicarbonate.
Lengser loyang dengan butter.
Masukkan butter dan gula dalam mixer bowl. Putar hingga sebati.
Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga berkrim.
Kemudian, selang-selikan masuk tepung dan susu segar. Ulang sehingga habis.
Masukkan esen pisang dan putar sebentar.
Padamkan mixer. Masukkan pisang lenyek dan pisang dadu dan gaul satu arah dengan spatula.
Masukkan coklat urai dan gaul rata (satu arah).
Tuangkan ke dalam acuan, ratakan dan tabur cincangan gajus rata-rata.
Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek masak. Uji dengan garpu/lidi dan tgk jika garpu licin atau masih melekat. Kalau licin, maknanya dah masak.
Nota:
Lain kali, I should 2 biji pisang lenyek dan 1/2 cawan pisang dadu je...sbb kek aku tu jadi berat sbb pisang byk sangat, walaupun rasa mmg sedap....tapi kek tak cun...

Tuesday, December 11, 2012
NEXT TIME TRY LAGI
Tadi, memula nak buat kek pisang sempena birthday mak esok, kira nak celebrate petang ni la. Tapi dalam masa yang sama, nak try buat Japanese Cotton Cheesecake. Bahan-bahan mmg dah sedia ada. So, akhirnya decide buat kek cheese la.
Google everywhere, last skali decide guna resepi Aziejaya. Ini kali kedua aku guna silicone mould tu, kali ni pun kek tak terbentuk cantik, tak tau la silap kat adunan ke, atau mana-mana. Anyway, takpe, practice makes perfect. Walaupun rupa tak cun, rasanya cun hehe. Maybe next time I should use normal cake tin instead of silicone mould.
Ok, here's the recipe. For the original ones, boleh la singgah di Aziejaya.
JAPANESE COTTON CHEESECAKE
Sumber: Aziejaya dan Evelyn
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan A:
250 g cream cheese Philadelphia - suhu bilik
50 g butter SCS - suhu bilik
1/2 cawan susu segar
4 biji kuning telur gred B
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung superfine
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu kecil cream of tartar
Bahan-bahan B:
3/4 cawan gula kastor
4 biji putih telur
1 sudu besar jus lemon
Cara-cara:
Menggunakan kaedah double-boiler, masukkan cream cheese, butter dan susu segar dalam periuk.
Kacau dgn whisk sehingga kesemuanya cair dan tidak berketul. Tutup api dan biarkan sejuk.
Satukan tepung superfine, tepung jagung, garam, cream of tartar. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan cheese berselang-seli dengan kuning telur dan jus lemon sehingga habis menggunakan whisk atau spatula. Ketepikan.
Dalam mangkuk adunan, pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan jus lemon dan gula. Pukul lagi hingga putih dan mendapat soft-peak meringue (bertanduk).
Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan cheese. Ratakan.
Lengser acuan dengan sedikit butter dan tuangkan adunan.
Bakar pada suhu 160 darjah C selama 1 jam menggunakan kaedah bain-marie (acuan kek diletakkan di dalam acuan berisi air panas).
Uji dengan garpu sama ada kek sudah masak atau belum.
Ini la rupanya, tak cun langsung....huhu

Sunday, December 9, 2012
PULUT PANGGANG
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan pulut: (Menghasilkan lebih kurang 8 batang)
3/4 cawan pulut - direndam hingga kembang
1/4 kotak santan
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Bahan-bahan inti:
1 genggam udang kering - direndam
1 batang serai - dihiris kasar (lebih lagi sedap)
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut putih secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan lain:
Sedikit minyak masak
Daun pisang yang dipotong empat segi - dilayur atas api
Stapler
Cara-cara:
Panaskan pengukus.
Satukan kesemua bahan utk pulut dan kukus sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
Sementara mengukus pulut, tumbuk halus udang kering, kunyit dan serai.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga garing.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan kelapa parut dan goreng hingga ringan (kalau suka lembap pun boleh).
Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat pulut panggang, bentangkan daun pisang yang sudah dilayur. Ambil sesudu besar pulut dan ratakan di bahagian tengah di hujung daun.
Ambil sesudu besar inti dan letakkan di atas pulut.
Gulung pulut hingga ke hujung daun.
Stapler setiap hujung gulungan, potong lebihan daun.
Panaskan pemanggang grill, dan grill pulut hingga masak.

Butter Cake for Haqimie's Birthday
BUTTER CAKE
Sumber: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 buku butter Anchor - dipotong dadu
1/4 buku butter SCS - dipotong dadu
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur gred B - suhu bilik
Hiasan:
Hershey's Chocolate Sauce
Fresh strawberries
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 20-30 minit.
Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda. Kacau rata dan ketepikan.
Dalam mixer bowl, satukan gula dan butter. Pukul bermula dari perlahan hingga ke laju sehingga campuran menjadi putih dan gebu.
Masukkan esen vanilla, selang-selikan masuk telur dengan tepung sehingga habis. Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. 15 minit terakhir boleh kurangkan suhu ke 160 darjah C. Test dengan garpu sama ada kek sudah masak atau belum. Biarkan 10 minit dalam oven sebelum disejukkan di atas redai.
Nota:
Ini first time aku pakai silicone mould. Selepas 40 min, kek masih belum masak. So aku tambah 10 minit lagi masa baking, dan kek masak perfect.

Kek masih belum set sepenuhnya dah keluarkan dari acuan, so agak hodoh la rupa paras. Haqimie la tak sabar nak potong kek. Next time, kena biar dalam oven dulu baru sejukkan kat luar then baru hias.
Hasil selepas dihias secara ekspres, boleh laa...janji rasa sedap....
Thursday, December 6, 2012
PUDING ROTI PELANGI
Masih menggunakan resepi dari Aziejaya. Hari tu tak menjadi sebab guna agar-agar tali, so semalam guna agar-agar serbuk baru la jadi. Haqimie suka sangat. Tapi hari ni terlupa nak bawa ke ofis pulak.
PUDING ROTI PELANGI
Sumber asal: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan A:
1 paket agar-agar serbuk (clear)
1/2 cawan gula putih
3 cawan air
Bahan-bahan B:
5 keping roti putih - dicarik-carik
1 biji telur gred B
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu segar
Pewarna merah, hijau, kuning telur
2 sudu besar butter cair
Cara-cara:
Blend bahan-bahan B kecuali pewarna hingga halus. Ketepikan.
Jerang bahan-bahan A hingga gula larut.
Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk bahan-bahan A dan masak seketika (sebab ada telur).
Bahagikan bancuhan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna merah, hijau dan kuning. Satu bahagian biarkan plain.
Sediakan loyang. Tuangkan 3 senduk warna pilihan di bahagian tengah loyang. Tindihkan pula dengan warna-warna lain. Biarkan tersebar sendiri, ulang sehingga habis. Kemudian, lorekkan ikut kreativiti masing-masing. Kena buat cepat sbb agar2 ni mudah membeku. Sejukkan dalam fridge. Sedap dimakan sejuk.

Wednesday, December 5, 2012
CUCUR DURIAN
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh baking powder
10 - 12 biji isi durian
3 sudu besar gula
Air secukupnya
Cara-cara:
Satukan kesemua bahan. Panaskan minyak dan jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak. Goreng hingga kekuning-kuningan.

Tuesday, December 4, 2012
Kuah Durian
KUAH DURIAN
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 1/2 kotak santan (Ayam Brand)
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula putih
10 - 12 ketul isi durian
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dan didihkan hingga masak.
Sedap dicicah dengan roti.

Sunday, December 2, 2012
Puding Roti Pelangi
Pagi-pagi lagi bangun terus plan nak buat puding roti pelangi. Terus on laptop, search, dapat la satu resepi yang senang untuk ditry.
Sambil-sambil tu, heat Happycall nak goreng roti prata segera nak makan dengan balance ayam tumis semalam.
PUDING ROTI PELANGI PERISA MANGGA
Sumber asal: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan A:
3 cawan air
1/2 cawan gula putih
1/2 paket agar-agar tali
Bahan-bahan B:
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu teh esen mangga
1/2 cawan air
Bahan C (dicairkan):
2 sudu besar butter
Pewarna:
Hijau, merah, kuning
Cara-caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan B dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
Didihkan bahan-bahan A hingga larut. Disebabkan menggunakan agar-agar tali, aku tapis. Kalau guna agar-agar serbuk tak perlu la kan.
Setelah ditapis, panaskan semula. Kemudian, masukkan bahan kisar (bahan B) dan kacau seketika, Masukkan butter dan kacau sebati.
Sediakan loyang. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 1 bahagian plain, bahagian lain diwarnakan hijau, merah dan kuning.
Ambil 2-3 senduk adunan plain dan tuangkan di bahagian tengah loyang. Biarkan ia tersebar sendiri. Kemudian tuangkan 2-3 senduk warna merah, diikuti hijau dan kuning. Ulang sehingga habis.
Ambil pisau plastik dan lorekkan segera dari bahagian tengah atau ikut kreativiti masing-masing.
Sejukkan di dalam peti sejuk hingga betul-betul set. Sedap dimakan sejuk.

Thursday, November 29, 2012
Membaking malam-malam
Harumnya bau butter cake yg sedang dibakar sekarang ni....hopefully sedap la, first time try buat. Hajat asal nak try baking Japanese Soft Cotton Cheesecake tapi disebabkan En K malas nak singgah Bagus, tak jadi la. Nasib baik butter ada, so 2nd choice buat Butter Cake.
VANILLA BUTTER CAKE
Sumber asal: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami
2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
4 biji telur gred C - suhu bilik
250 gm mentega SCS - suhu bilik, dipotong kecil
1 3/4 cawan gula castor
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar full cream
Cara-cara:
Panaskan oven selama 20-30 minit.
Satukan tepung dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan.
Dalam mixer, satukan gula dan butter. Pukul pada kelajuan perlahan beberapa minit dan seterusnya hingga ke high sampai putih.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung hingga habis.
Akhir sekali, tuangkan susu segar dan putar sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 40 minit.
Bila permukaan agak perang, boleh kurangkan suhu.
Sejukkan di atas redai sebelum dipotong.
Nota: Next time kurangkan gula, tadi macam agak manis.

Hotdog Rolls
Balance doh pizza semalam, aku try buat hotdog rolls hari ni. Tapi nampak gayanya, extra gebu...
Bahan-bahan doh sama seperti doh pizza. Just uli panjang-panjang dan balut pada hotdog. Then sapukan sedikit fresh milk di atas permukaannya. Bakar pada suhu 200 darjah C hingga perang.
Bahan-bahan doh sama seperti doh pizza. Just uli panjang-panjang dan balut pada hotdog. Then sapukan sedikit fresh milk di atas permukaannya. Bakar pada suhu 200 darjah C hingga perang.
Tuesday, November 27, 2012
SARDINE PUFFS
SARDINE PUFFS
Rujukan: Che Mat Gebu
Bahan-bahan:
1 paket instant puff pastry brand KAWAN - selepas keluarkan dari fridge, biarkan dalam 10-15 minit
1 tin kecil sardine brand AYAM
1/2 biji bawang kuning - dipotong dadu
1/4 biji lemon - diambil jusnya
Dressing:
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair
Pukul sebati.
Cara-cara:
Lenyekkan sardine bersama sosnya dan masukkan bawang dan jus lemon. Kacau rata.
Boleh juga tumis dulu sardin tu, tapi tadi tak tumis pun, maybe next time akan try tumis pulak. Kalau tumis normally aku akan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga layu, masukkan cili+bawang besar+bawang putih sikit, masukkan sos tiram dan asam keping/jus lemon, garam secukup rasa. Tapi make sure tumis kering, sbb tak nak berair dalam puff.
Ambil sekeping puff, bahagi 2. Satu bahagian dikelar-kelar ikut suka (jgn sampai putus), satu bahagian lagi diisi dengan sardin secukupnya. Kemudian tutupkan bahagian berinti dengan bahagian berkelar. Kelimkan bahagian tepi dengan garpu.
Lengserkan loyang dengan butter, dan susun puff jarak sedikit sbb nanti akan naik. Kemudian, sapukan campuran telur ke atas puff.
Bakar pada suhu 230 darjah C sehingga kuning keperangan (lebih kurang 25-30 minit), guna fan dalam oven. Kalau takde fan, tengok la dah perang dan naik tu ok la.
Nota utk diri sendiri: kena kemaskan lagi finishing.

Sunday, November 25, 2012
KUIH LAPIS 4 WARNA
KUIH LAPIS EMPAT WARNA
Sumber asal: CT Delima
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan santan dalam kotak
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula putih
Pewarna:
Kuning = 1 sudu teh pewarna kuning telur + 1 sudu teh esen mangga
Hijau = 1 sudu teh pewarna hijau + 1/2 sudu teh esen pandan
Pink = 2 sudu teh sirap ros
Panaskan pengukus.
Bancuh air dan santan.
Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan kecuali pewarna hingga rata.
Bahagikan bancuhan kepada 4 bahagian.
1 bahagian biarkan plain.
3 lagi bahagian campurkan dengan pewarna.
Sediakan loyang dan tapiskan bancuhan plain ke dalam loyang. Ratakan dan kukus 10 minit.
Kemudian, tapiskan bancuhan pink pula. Ratakan dan kukus 10 minit.
Tapiskan bancuhan hijau dan kukus 10 minit.
Akhir sekali, tapiskan bancuhan kuning, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Aluminium foil menghalang wap dari kukusan tumpah di atas permukaan kuih.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong menggunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak jagung.

Thursday, November 15, 2012
KEK COKLAT LEMBAP (MODIFIED)
Gambar sebelum dibakar
Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu sejat
1 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas
1 3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
Ganache:
1/2 kotak whipping cream
1 bar coklat masakan (atau lebih jika nak pekat) - dipotong kecil2
2 sudu besar minyak jagung
Cara-cara:
Satukan tepung, soda, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
Pukul telur sekejap, masukkan gula perang dan air panas, kacau hingga gula larut.
Masukkan esen vanilla, susu sejat dan minyak jagung. Kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Jika rajin, boleh la tapis adunan utk dapatkan tekstur yang lebih halus.
Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 50 min/1 jam. Test dengan garpu.
Setelah masak, biar kek rehat dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan.
Utk buat topping, gunakan kaedah double boiling.
Panaskan whipping cream dan kecilkan api.
Masukkan coklat dan kacau hingga cair sepenuhnya.
Masukkan minyak dan kacau lagi hingga agak pekat.
Tuangkan ke atas kek.
CARROT CAKE AND CREAM CHEESE TOPPING
Hmm, one of the cake recipe I've been longing to try. And materialized again on the same day with Rosemary and Lemon Roasted Chicken.
As usual, I googled everywhere and found some recipes and combined where appropriate.
Carrot Cake and Cream Cheese Topping
Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
2 batang carrot - diparut halus
1 paket kecil walnut - dipanggang sebentar dan dicincang
1 kotak kecil kismis hitam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh mixed spice (dalam botol)
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula perang (utk lebih moist)
2 sudu besar susu pekat (utk lebih moist)
4 biji telur
Topping
2 sudu besar butter
5 sudu besar gula castor
1 buku philadelphia cream cheese
Cara-cara:
Panaskan oven pd suhu 180 darjah celsius dan sapukan sedikit minyak jagung pada sekeliling loyang.
Satukan tepung, baking powder dan soda dan ketepikan.
Pukul telur dan gula perang hingga sebati.
Masukkan minyak dan susu pekat dan kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Masukkan carrot, walnut, kismis, mixed spice dan esen vanilla. Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit. Test dgn garpu. Jika dah ok, biarkan dalam oven selama 15 min sebelum dikeluarkan.
Utk topping, pukul semua bahan hingga gebu dan hiaskan pada kek.

Sunday, November 4, 2012
CHOCOLATE LAVA CAKE
Seperti biasa, resepi asal dari sini. Tapi kali ni aku improvise sikit, aku bubuh esen mangga. Dan aku juga buat setengah adunan je, cukup utk teatime kitorang 4 beranak sebab En Koji keje.
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan gula pasir
Satukan kesemua bahan.
Bahan B:
1 biji telur - dipukul sedikit
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh esen mangga
1 cawan air panas
Satukan kesemua bahan.
Cara-cara:
Satukan bahan A dan bahan B. Kacau rata hingga gula hancur. Kalau rajin, boleh la tapis adunan.
Sediakan pengukus dan acuan yang disukai.
Tuangkan adunan ke dalam acuan, separuh atau 3/4 acuan sahaja. Tutup dengan aluminium foil.
Kukus kek selama 20-30 minit atau sehingga masak.
Ganache:
1/4 keping coklat masakan - dipotong kecil-kecil
1/2 cawan whipped cream
1 sudu besar minyak jagung
Cara-cara:
Panaskan secara double boiler. Tuangkan ke atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.
Sunday, October 21, 2012
MOIST CHOCOLATE CUPCAKES
Ni tea-time semalam. Memula tak plan pun nak buat apa, tapi disebabkan tak boleh tidur walaupun hujan lebat kat luar, mula la otak tetiba nak jadi kreatif. Teringat pulak, bahan buat kek ada lagi, so ok la kita buat cupcakes. Seperti biasa, resepi asal dari kazen Shida.
Tapi kali ni aku buat setengah adunan aje, main agak-agak je la. Pastu ada la alter sikit, ikut suka aku je. Dapat la 8 cup. Nasib baik menjadi. Kalau nak resepi yang ori, boleh la ke blog Shida.
Bahan A
1 cawan tepung gandum - diayak
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda
Cara-cara
Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
Bahan B
1 sudu kecil Nescafe + 1 cawan air panas
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak jagung
Cara-cara
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga gula hancur. Setelah itu, satukan dengan bahan A dan gunakan pemukul telur untuk mengacau bahan. Kalau rajin boleh la tapis.
Sediakan pengukus dan acuan cupcakes (plastik). Tuangkan separuh adunan ke dalam acuan dan ulang hingga habis. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan.
Ganache
1/2 bar coklat masakan - dipotong kecil
1/2 cawan susu cair/whipped cream
2 sudu besar minyak jagung
Panaskan kesemua bahan hingga coklat cair. Sudukan ke dalam acuan kek rata-rata dan hiaskan.
KARIPAP DAGING
Pastri
2 cawan tepung
5 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Air sejuk + garam
Cara-cara
Panaskan marjerin dan minyak.
Masukkan tepung dalam mangkuk dan lubangkan bahagian tengah.
Tuangkan marjerin cair dan gaul perlahan-lahan hingga berbutir.
Masukkan air sejuk bercampur garam secukupnya hingga doh terbentuk.
Ambil sedikit dan bulat-bulatkan doh. Ketepikan.
Inti
2 biji kentang - dipotong dadu
1/4 kg daging - dipotong dadu
2 tangkai daun sup - dipotong kecil
2 biji bawang besar - didadu/dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 paket rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan gula ke dalam kuali dan masukkan air secukupnya.
Renih hingga kentang empuk dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sejukkan.
Ambil satu ketul doh dan lenyekkan dengan penggelek.
Masukkan 1 - 1 1/2 sudu inti dan lipat dua, kelim hujungnya. Buat sehingga habis.
Goreng karipap hingga kekuning-kuningan.
Subscribe to:
Posts (Atom)