Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Menu 2 Julai 2018


Mi Goreng

Bahan-bahan:

1 peket mi kuning – dibilas dan ditoskan
1 pokok pak choy – dipotong 4 cm, diasingkan batang dan daun
2 keping fishcake – dihiris nipis
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
Sos tiram, sos cili, kicap, garam, Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, pes bawang putih dan pes bawang besar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan fishcake. Gaul rata hingga mendidih.
  3. Masukkan batang pak choy dan mi. Kacau rata beberapa minit.
  4. Masukkan daun pak choy dan perisakan secukupnya. Gaul rata beberapa minit dan tutup api.




Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:

500 gm sotong – dibuang kulit dan dihiris tebal
Tepung beras + tepung gandum + tepung jagung + air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
5 ulas bawang putih – dicincang halus
5 biji cili padi merah – dihiris nipis
5 tangkai daun kari – dilurutkan
3/4 cawan susu segar
1 peket kecil Salted Egg Seasoning HEXA
50 gm mentega + 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul sotong dengan campuran tepung hingga bersalut rata. Kemudian, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali berasing, panaskan mentega dan minyak. Kemudian, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis sebentar.
  3. Masukkan susu dan serbuk telur masin. Kacau rata, masukkan sotong goreng. Besarkan api dan kacau cepat hingga bersalut rata dan sedikit kering. Tutup api dan hidangkan.





Ketam Masak Lemak Cili Padi dan Nanas

Bahan-bahan:

2 ekor ketam – dibersihkan
1/2 biji nanas madu – dipotong kecil
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1/2 cawan air (tambah jika perlu)
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili padi hijau dan merah
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 biji tomato ceri – dipotong kecil
1 inci kunyit – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air, bahan kisar, serai dan daun kunyit.
  2. Setelah mendidih, masukkan asam gelugur, nanas dan ketam. Kacau rata dan didihkan lagi.
  3. Masukkan santan, garam dan MCR. Perlahankan api dan kacau rata perlahan-lahan hingga mendidih dan tutup api.




Paku Rawan Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1/2 ikat paku rawan – dipotong 5 cm serong
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar kering:

1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi hijau
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Sejemput ikan bilis – dibilas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan paku rawan, sos tiram, MCR dan air. Besarkan api dan kacau cepat hingga agak-agak masak dan tutup api.




Sambal Belacan Kuinin

Bahan-bahan:

1 biji kuinin – dicincang kasar

Bahan-bahan dikisar kasar:

Segenggam cili padi merah dan hijau – dipotong
2 inci belacan bakar
2 sudu besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan dan hidangkan.

Monday, May 28, 2018

Menu 25 Mei 2018

9 Ramadhan


Bawal Emas Masak Gulai Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

2 keping bawal emas sederhana besar
1 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut – diracik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam gelugur
1/4 cawan air
3/4 kotak santan
1 biji terung panjang – dipotong 4 memanjang
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:

3 biji bawang merah – dipotong kecil
1 1/2 inci kunyit – dipotong kecil
3 biji tomato ceri – dibelah 2
20 biji cili padi merah dan hijau – dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar, air, serai, daun kunyit dan daun limau purut ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Setelah mendidih, masukkan santan, asam gelugur, ikan dan terung. Perlahankan api dan renihkan sambil dikacau sekali sekala untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  3. Balikkan ikan perlahan-lahan supaya tidak hancur. Renihkan lagi sambil dikacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam dan MCR. Renihkan hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.


Daging Lembu Masak Sambal

Bahan-bahan:

400 gm daging lembu – dihiris nipis
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
1 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut – diracik
1 1/2 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
1/2 cawan minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis serai dan cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan sos tiram dan daun limau purut. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan asam gelugur, kacau rata sekali sekala hingga keluar airnya. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
  4. Masukkan garam dan MCR, kacau rata hingga kuah memekat dan tutup api.


Inti Popia Carbonara

Bahan-bahan:

1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
4 ketul isi dada ayam – dipotong dadu
7 biji cendawan butang dalam tin – dipotong dadu
1 tin sos carbonara Prego
1/4 peket parmesan cheese yang diparut
Garam dan MCR secukup rasa
2 sudu besar minyak kelapa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland dan bawang putih hingga perang dan harum.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata hingga berubah warna.
  3. Masukkan cendawan dan tumis lagi beberapa minit.
  4. Masukkan sos carbonara, keju, garam dan MCR secukup rasa.
  5. Kacau hingga agak pekat dan tutup api.
  6. Biarkan sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.


Budu

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah – dihiris nipis
5 biji cili padi merah dan hijau – dihiris nipis
2 biji limau kasturi – diambil jusnya
1/2 botol budu Cap Limau

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dan hidangkan bersama ikan goreng.

Friday, May 4, 2018

Menu 4 Mei 2018

Rendang Kacang Panjang dan Perut Versi Tak Pedas


Bahan-bahan:

1/2 kg perut lembu (warna putih seperti towel) - direbus hingga mendidih dan ditoskan
4 urat kacang panjang - dipotong serong 4 cm panjang
2 tangkai cili hijau - dihiris serong
2 inci halia - dihiris batang mancis
1/2 helai daun kunyit - diracik
1 batang serai - diketuk
3/4 kotak santan KARA
2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

*Kalau suka versi pedas, boleh tambah 10 biji cili padi hijau yang ditumbuk halus

Cara-cara:

  1. Hiris perut sedikit tebal lebih kurang 3 inci panjang.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan MCR ke dalam kuali dan panaskan, kuantiti air agak-agak hingga menutupi kesemua bahan.
  3. Renihkan sambil dikacau sekali-sekala. Setelah mendidih, masukkan garam dan MCR secukup rasa.
  4. Masak sehingga kuahnya pekat (bukan kering) dan tutup api.




Sambal Belacan Versi mrskojiwami


Bahan-bahan:

3 biji cili merah - dipotong kecil
15 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
3 inci belacan - dibakar
1/2 sudu besar gula nisan kuning / gula perang
1 sudu besar sos ikan
Air suam mencukupi
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Garam jika kurang masin

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan tekan button pulse, supaya hasil kisaran tidak terlalu hancur/halus, biar kasar-kasar sedikit. Simpan di dalam balang kaca yang bersih dan kering.
  2. Simpan di dalam fridge sehingga digunakan. Guna sudu kering untuk mencedok.


Ikan Senangin Masak Ala Kengsom @ Asam Pedas Thai



Bahan-bahan:

1 ekor (1 kg) ikan senangin - dipotong 4
1/2 biji nanas madu - disiang, dipotong setebal 3 inci
5 biji bendi*
Segenggam daun kesum
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
1/2 sudu besar gula nisan kuning
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

2 biji cili merah - dipotong kecil
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 inci halia
1 biji bawang besar - dipotong
1 inci kunyit
1 batang serai - dipotong kecil
3 biji tomato ceri - dibelah 2 (saya tambah)
1 inci belacan
Air secukupnya

*Resipi asal menggunakan kangkung

Cara-cara:

  1. Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Setelah mendidih, masukkan asam jawa, gula nisan, daun kesum, nanas madu, garam dan MCR. Renihkan.
  3. Kemudian, masukkan ikan dan bendi. Masak hingga bendi lembut dan ikan masak.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Friday, March 16, 2018

Lunch 5.3.2018

Sambal belacan tumis, ayam goreng kunyit bersayur, ikan kerisi masak cuka


Sambal Belacan Tumis

Bahan-bahan:

2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
5 biji tomato ceri
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Garam dan gula perang secukup rasa
1/4 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, potong kesemua bahan kecuali minyak, garam, gula dan pes asam jawa kecil-kecil.
  2. Goreng bahan-bahan tadi separuh masak. Keluarkan dan toskan minyaknya.
  3. Tumbuk/kisar kasar bahan tadi. Tambahkan garam, gula dan pes asam jawa secukup rasa.
  4. Goreng semula bahan ini hingga betul-betul masak.


Ayam Goreng Kunyit Bersayur

Bahan-bahan:

3 keping dada ayam - dipotong memanjang/dadu
1 sudu besar tepung beras + 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang Holland - dipotong 8
1/2 biji lobak merah - dikupas dan dihiris bulat, dibelah 2
10 tangkai kacang buncis - dibuang urat, dipotong serong 3 cm
5 tangkai cili padi merah - dipotong 2 (serong)
Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam bersama campuran tepung, serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga separuh layu.
  3. Masukkan lobak merah dan kacang buncis. Besarkan api sedikit, kacau rata hingga separuh masak. Masukkan pula cili padi merah dan MCR. Kacau rata 2 minit dan tutup api.


Ikan Kerisi Masak Cuka

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang putih - dibelah 2
1 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang merah - dibelah 2
1/2 inci halia - dihiris seperti mancis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai cili hijau/merah - dibelah 2 tanpa putus
4 sudu besar cuka putih
1/2 cawan air
Garam dan MCR secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis halba campur, bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu.
  3. Masukkan air dan cuka. Setelah mendidih, masukkan ikan, garam dan MCR. Sesuaikan rasa. Biarkan mendidih sekali lagi.
  4. Lebih sedap dimakan keesokan harinya.

Thursday, September 28, 2017

Sambal Macang

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.



Sambal Macang/Bacang

Bahan-bahan:

1 biji macang – dikupas kulit, dicincang kasar
4 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan bakar
Gula perang dan garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Tumbuk kesemua bahan kecuali macang, jangan hancur sangat.
  2. Masukkan macang dan tumbuk sedikit. Gaul rata. Sedia dihidangkan.