Showing posts with label Clams. Show all posts
Showing posts with label Clams. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

Menu 17 September 2017 – Lala Tumis Tomyam

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.


Lala Tumis Tomyam



Bahan-bahan:

1/2 kg lala – dibasuh bersih, ditoskan
2 batang serai – diketuk dan dihiris 5 cm panjang
1/2 cekak daun ketumbar + akar – dibasuh bersih
3 ulas bawang putih – diketuk
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar gula perang
Sedikit air
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan akar ketumbar, pes tomyam, gula perang dan sos ikan. Tumis sebentar, kemudian masukkan lala. Kacau rata beberapa minit.
  3. Masukkan sedikit air, kacau rata hingga mendidih, kemudian masukkan daun ketumbar termasuk batangnya. Kacau rata dan tutup api.

Sunday, July 16, 2017

Lunch 16.7.2017

Assalammualaikum,

Semalam ada 2 jemputan open house. So memang kenyang giler la... sendat dan padat perut ni. Terima kasih pada yang menjemput. Lepas open house pegi pulak rumah mak ndak. Ada majlis merisik kak cik. Makan lagi huhu. Balik rumah tertidur kepenatan dan kekenyangan hihi. So dinner tak masak tapi kiddos lapar pulak... so suruh Haqimie pegi tapau kat kedai je.

So hari ni tak ke mana-mana sebabnya 2 lorong kat kawasan perumahan ni iaitu jalan keluar kena block dengan khemah pulak. So jom la kita masak je.

Jom tengok resipi. Dah lama nak try kerabu kerang Thai baru hari ni berkesempatan. Walaupun kerang takde saya gantikan dengan balance kepah, lala dan sotong hari tu.

Tau Miu dan Asparagus Goreng


Bahan-bahan:
1 ikat asparagus - dibuang bhgn keras dan dipotong 2
1 peket tau miu
1 biji cili merah - dihiris serong
4 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang kecil - dipotong 4
1 ketul isi ayam - didadu
Sedikit minyak
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang kecil dan ayam hingga sedikit garing.
2.  Masukkan sayur, sos tiram dan air. Kuatkan api dan kacau rata selama 5 minit. Tutup api.

Siakap Sweet Sour


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
Sedikit tepung jagung dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng
1 senduk cili kisar
3 hirisan halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar
1 potong nanas madu - dihiris
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili Thai
5 biji tomato ceri - dipotong 2
5 biji cili padi hijau
1 batang serai - diketuk
Garam dan MCR

Cara-cara:
1.  Panasksn minyak. Sementara itu gaul ikan dengan tepung dan perasa. Goreng hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
2. Tinggalkan 1 senduk baki minyak dan tumis bawang putih dan serai. Masukkan cili kisar, halia, sos tiram dan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.
3.  Masukkan nanas, tomato, cili padi dan 1/2 cawan air. Setelah mendidih, masukkan garam dan perasa. Kacau rata sebentar dan tutup api.
4.  Tuangkan ke atas ikan dan tabur daun ketumbar.


Kerabu Seafood ala Thai


Bahan-bahan:

1/2 kg lala - dibersihkan
1/2 kg kepah - dibersihkan
1 ekor sotong besar - dipotong bulat
Air untuk merebus
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
6 biji tomato ceri - dibelah 2
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar cuka
2 biji limau nipis - diambil jus, kulit jangan buang
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
6 biji cili padi hijau dan merah
4 ulas bawang putih
Sedikit garam

Cara-cara:
1.  Patahkan separuh cengkerang lala dan kepah. Tinggalkan bahagian yang ada isi sahaja. Campurkan dengan sotong di dalam periuk dan rebus 7 - 8 minit. Toskan airnya.
2.  Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa.
3. Tuangkan ke dalam seafood dan gaul rata.

Dinner 13.7.2017

Assalammualaikum,

Balik kerja hari ni terus bz buat preparation utk masak esok sempena khatam quran anak sulung Adam dan early birthday celebration Qayyum. Menu pilihan
1.  Pulut kuning
2.  Sambal tumis telur puyuh
3.  Macaroni carbonara
4.  Kek tempah dengan member officemate

So sambil siang bahan2 terus la masak ala2 shell out walaupun ada bahan yang tak cukup e.g. jagung, daun limau purut, ketam, udang... dah lama dah plan buat shell out ni tapi dlm seminggu ni dinner tak masak so asyik bertangguh.

Ok la jom tengok resipi ala2 shell out ni.

Ala-ala Shell Out Tomyam


Baham-bahan:
1/2 kg lala - dibersihkan
1/2 kg kepah - dibersihkan
1 1/2 ekor sotong besar - dipotong bulat
6 kiub ikan dory frozen - dipotong 2
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang Holland - dihiris kasar
1/2 biji capsicum merah/kuning/hijau setiap satu - dipotong kasar
1 ikat asparagus - buang bahagian keras dan dipotong 6 cm panjang
2 potong nanas madu - dihiris kasar
5 biji cili padi merah
1 peket Perencah Tom Yam Kung Adabi (pes)
2 biji kiub tom yam Maggi
1 senduk cili kisar
1 senduk sos cili Thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili Thai, sos tiram, perencah tom yam dan sos ikan. Tumis sebentar, kemudian masukkan capsicum, bawang Holland, asparagus, cili padi, sotong, kepah dan lala. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan nanas, ikan dory, garam dan perasa. Kacau, tambah sedikit air, jangan terlalu banyak sebab nak kuah sedikit pekat.
  4. Rasa jika ok dan sudah mendidih, tutup api.

Monday, November 23, 2015

Lala Tumis Tomyam



Bahan-bahan:

1/2 pkt frozen clams - rendam, pilih yg terbuka sahaja dan cuci
1 btg serai - diketuk
3 helai daun limau purut
3 biji terung pjg - dipotong kecil
3 ulas bwg putih - dicincang
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

1. Panaskan minyak. Tumis bwg putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes tomyam, sos tiram dan serai. Kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan terung, daun limau dan lala. Kacau rata dan masukkan air dan garam. Kacau rata hingga bersalut rata dan kuah sedikit pekat. Tutup api.