Cempedak Goreng
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 biji cempedak – diambil isinya sahaja
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Panaskan minyak.
- Sementara itu, bancuh kesemua bahan kecuali minyak dan cempedak. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, adjust mana yang perlu (cth: tepung, air).
- Masukkan cempedak ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga bersalut rata.
- Masukkan cempedak ke dalam kuali satu persatu, muatkan lebih kurang 7 – 8 ketul cempedak pada satu-satu masa.
- Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
No comments:
Post a Comment