Showing posts with label Side Dish. Show all posts
Showing posts with label Side Dish. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Menu 2 Julai 2018


Mi Goreng

Bahan-bahan:

1 peket mi kuning – dibilas dan ditoskan
1 pokok pak choy – dipotong 4 cm, diasingkan batang dan daun
2 keping fishcake – dihiris nipis
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
Sos tiram, sos cili, kicap, garam, Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, pes bawang putih dan pes bawang besar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan fishcake. Gaul rata hingga mendidih.
  3. Masukkan batang pak choy dan mi. Kacau rata beberapa minit.
  4. Masukkan daun pak choy dan perisakan secukupnya. Gaul rata beberapa minit dan tutup api.




Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:

500 gm sotong – dibuang kulit dan dihiris tebal
Tepung beras + tepung gandum + tepung jagung + air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
5 ulas bawang putih – dicincang halus
5 biji cili padi merah – dihiris nipis
5 tangkai daun kari – dilurutkan
3/4 cawan susu segar
1 peket kecil Salted Egg Seasoning HEXA
50 gm mentega + 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul sotong dengan campuran tepung hingga bersalut rata. Kemudian, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali berasing, panaskan mentega dan minyak. Kemudian, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis sebentar.
  3. Masukkan susu dan serbuk telur masin. Kacau rata, masukkan sotong goreng. Besarkan api dan kacau cepat hingga bersalut rata dan sedikit kering. Tutup api dan hidangkan.





Ketam Masak Lemak Cili Padi dan Nanas

Bahan-bahan:

2 ekor ketam – dibersihkan
1/2 biji nanas madu – dipotong kecil
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1/2 cawan air (tambah jika perlu)
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili padi hijau dan merah
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 biji tomato ceri – dipotong kecil
1 inci kunyit – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air, bahan kisar, serai dan daun kunyit.
  2. Setelah mendidih, masukkan asam gelugur, nanas dan ketam. Kacau rata dan didihkan lagi.
  3. Masukkan santan, garam dan MCR. Perlahankan api dan kacau rata perlahan-lahan hingga mendidih dan tutup api.




Paku Rawan Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1/2 ikat paku rawan – dipotong 5 cm serong
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar kering:

1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi hijau
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Sejemput ikan bilis – dibilas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan paku rawan, sos tiram, MCR dan air. Besarkan api dan kacau cepat hingga agak-agak masak dan tutup api.




Sambal Belacan Kuinin

Bahan-bahan:

1 biji kuinin – dicincang kasar

Bahan-bahan dikisar kasar:

Segenggam cili padi merah dan hijau – dipotong
2 inci belacan bakar
2 sudu besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan dan hidangkan.

Friday, May 4, 2018

Menu 4 Mei 2018

Rendang Kacang Panjang dan Perut Versi Tak Pedas


Bahan-bahan:

1/2 kg perut lembu (warna putih seperti towel) - direbus hingga mendidih dan ditoskan
4 urat kacang panjang - dipotong serong 4 cm panjang
2 tangkai cili hijau - dihiris serong
2 inci halia - dihiris batang mancis
1/2 helai daun kunyit - diracik
1 batang serai - diketuk
3/4 kotak santan KARA
2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

*Kalau suka versi pedas, boleh tambah 10 biji cili padi hijau yang ditumbuk halus

Cara-cara:

  1. Hiris perut sedikit tebal lebih kurang 3 inci panjang.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan MCR ke dalam kuali dan panaskan, kuantiti air agak-agak hingga menutupi kesemua bahan.
  3. Renihkan sambil dikacau sekali-sekala. Setelah mendidih, masukkan garam dan MCR secukup rasa.
  4. Masak sehingga kuahnya pekat (bukan kering) dan tutup api.




Sambal Belacan Versi mrskojiwami


Bahan-bahan:

3 biji cili merah - dipotong kecil
15 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
3 inci belacan - dibakar
1/2 sudu besar gula nisan kuning / gula perang
1 sudu besar sos ikan
Air suam mencukupi
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Garam jika kurang masin

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan tekan button pulse, supaya hasil kisaran tidak terlalu hancur/halus, biar kasar-kasar sedikit. Simpan di dalam balang kaca yang bersih dan kering.
  2. Simpan di dalam fridge sehingga digunakan. Guna sudu kering untuk mencedok.


Ikan Senangin Masak Ala Kengsom @ Asam Pedas Thai



Bahan-bahan:

1 ekor (1 kg) ikan senangin - dipotong 4
1/2 biji nanas madu - disiang, dipotong setebal 3 inci
5 biji bendi*
Segenggam daun kesum
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
1/2 sudu besar gula nisan kuning
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

2 biji cili merah - dipotong kecil
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 inci halia
1 biji bawang besar - dipotong
1 inci kunyit
1 batang serai - dipotong kecil
3 biji tomato ceri - dibelah 2 (saya tambah)
1 inci belacan
Air secukupnya

*Resipi asal menggunakan kangkung

Cara-cara:

  1. Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Setelah mendidih, masukkan asam jawa, gula nisan, daun kesum, nanas madu, garam dan MCR. Renihkan.
  3. Kemudian, masukkan ikan dan bendi. Masak hingga bendi lembut dan ikan masak.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Friday, April 20, 2018

Menu 15 April 2018

Dinner

Ikan kembung bakar, kari udang dan kacang panjang, air asam, salad

Ikan Kembung Bakar

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung sederhana besar
Serbuk kunyit, serbuk BBQ, serbuk cajun, serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara-cara:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan perap 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan dan gril ikan hingga masak kedua-dua belah.
  3. Angkat dan hidangkan.

Air Asam

Bahan-bahan:

1/2 biji bawang Holland - dipotong dadu
6 biji cili padi hijau - dihiris
3 biji cili padi merah - dihiris
5 biji tomato ceri - dihiris
2 sudu besar pes asam jawa + 3/4 cawan air suam (agak-agak)
2 inci belacan - dibakar dan dihancurkan
Garam dan gula perang secukup rasa

Cara-cara:
  1. Bancuh pes asam jawa, air dan belacan. Ramas hingga belacan hampir hancur/hancur sepenuhnya. Tapis ke dalam mangkuk berasingan.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa. Tuangkan ke dalam mangkuk hidangan.


Kari Udang dan Kacang Panjang

Bahan-bahan:

400 gm udang putih kasar - dibuang muncung
4 urat kacang panjang - dipotong 4 cm serong
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1/2 sudu besar halia kisar
1 sudu teh halba campur
1 peket kecil serbuk kari ikan Baba's
3 tangkai daun kari - dilurutkan
3 sudu besar santan kotak
Air secukupnya
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan Maggi Cukup Rasa
4 sudu besar minyak masak
3 biji cili padi merah (hiasan)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur seketika, kemudian masukkan bahan hiris. Tumis hingga harum dan perang.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, santan, kacang panjang dan cili padi. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan udang, pes asam jawa, santan, garam dan MCR. Sesuaikan rasa, masak beberapa minit lagi dan tutup api.

Thursday, September 28, 2017

Sambal Macang

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.



Sambal Macang/Bacang

Bahan-bahan:

1 biji macang – dikupas kulit, dicincang kasar
4 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan bakar
Gula perang dan garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Tumbuk kesemua bahan kecuali macang, jangan hancur sangat.
  2. Masukkan macang dan tumbuk sedikit. Gaul rata. Sedia dihidangkan.

Wednesday, September 6, 2017

17th August 2017

Assalammualaikum,

Let's check the recipes.





Chicken Curry

Ingredients:
12 pieces of chicken parts
1 potato – peeled and wedged
2 sprigs curry leaves
1 cinnamon stick
1 star anise
3 cloves
2 cardamom seeds
4 peeled shallots – sliced thinly
3 peeled garlics - sliced thinly
1 inch peeled ginger – sliced matchsticks
1 small packet meat curry powder (Baba's)
Some water
1 tablespoon coconut paste (kerisik)
1/2 small box coconut milk (Kara)
4 tablespoons cooking oil
Salt and Maggi Cukup Rasa to taste

Method:

  1. Heat oil in a pot (low heat). Meanwhile, mix curry powder with kerisik, curry leaves and water.
  2. Saute cinnamon stick, star anise, cloves and cardamom seeds till fragrant. Then saute shallots, garlics and ginger till brown.
  3. Pour in the curry mixtures and stir until fragrant and oily.
  4. Put chickens and potatoes and stir well. Cover and stir occasionally until chicken's water drained.
  5. Pour 1 cup of water and coconut milk. Stir well and cover to soften the potatoes.
  6. When boiled, stir in some salt and MCR to taste. Stir well and when it boils again, turn off the heat.


Chicken Soup

Ingredients:
6 pieces of chicken parts
1 peeled potato – wedged

4 peeled shallots – sliced thinly
3 peeled garlics - sliced thinly
1 inch peeled ginger – crushed
1 packet Sup Bunjut
1/2 peeled carrot – sliced thickly
2 tablespoons cooking oil
Salt and Maggi Cukup Rasa to taste

Method:

  1. Heat oil in a pot (low heat). Saute shallots, garlic and ginger till fragrant. Pour 2 cups of water and throw in Sup Bunjut. Let it simmer.
  2. Put chickens, potatoes and carrots. Cover and let it simmer to soften.
  3. Put some salt and MCR to taste. After it boils again, turn off the heat.


Sambal Tempoyak

Ingredients:
5 bird's eye chillies
1 red chilli
4 tablespoons tempoyak (durian paste)
Salt to taste

Method:
  1. Pound chillies and salt finely.
  2. Stir in tempoyak. Mix well.
  3. Ready to serve.

Saturday, October 3, 2015

Dinner 23.8.2015

Gulai Ayam Kampung


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung – dipotong kecil
1 biji kentang – dipotong kecil
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari (daun sahaja)
3 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 peket Rempah Gulai Ayam Tok Ma
1 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Ros
Sedikit air
1/4 cawan air asam jawa
1/2 kotak santan + sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, satukan rempah Tok Ma dan Bunga Ros dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Setelah minyak cukup panas, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga layu dan harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Perlahankan api. Masukkan pes rempah dan tumis selalu hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata hingga bersalut dengan rempah, perlahankan api dan renihkan sebentar supaya air ayam keluar (kecut).
  6. Kemudian, masukkan santan yang dicampur dengan air. Gaul rata dan biarkan merenih supaya ayam dan kentang empuk. Kacau sekali-sekala.
  7. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih sekali lagi, rasa dan setelah ok, tutup api.



Sambal Belacan Cair


Bahan-bahan:

1 biji cili merah – dipotong kasar
15 biji cili padi – dipotong kasar
1 inci belacan – dibakar
Sedikit garam dan gula perang
Sedikit air untuk mengisar
1/2 biji perahan limau nipis


Cara-cara:

Satukan kesemua bahan di dalam blender dan kisar hingga halus.

Thursday, October 23, 2014

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis mata biru yang sudah dikupas - dibasuh dan ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris kasar
2 papan petai - dikupas
1 1/2 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1/2 cawan minyak masak
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air (jika perlu)

Bahan-bahan dikisar halus:
2 cawan cili kering yang direbus - dibuang bijinya
2 biji bawang besar - dipotong
4 ulas bawang putih - dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar hingga mendidih.
  3. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan petai dan tumis lagi hingga lembut.
  5. Masukkan 1/4 cawan air, asam keping dan bawang besar yang dihiris. Tumis lagi hingga bawang nampak layu.
  6. Masukkan garam, kacau rata, sesuaikan rasa. Setelah ok, masukkan ikan bilis dan kacau rata sekejap terus tutup api.






Pucuk Labu Masak Lemak Putih

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk labu - disiang kecil-kecil, buang bahagian keras
1 biji cili merah - dihiris serong
2 biji bawang merah - dihiris nipis
Sedikit ikan bilis yang dikupas - dibasuh
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  2. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. Kacau beberapa minit lagi sehingga pucuk labu kelihatan layu sedikit. Tutup api.





Bubur Jagung

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 tongkol jagung manis - dibersihkan dan disagat isinya
1 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar sagu - dibasuh dan direndam hingga kembang
1 kotak santan
1 ketul besar gula Melaka - dipotong kecil
2 sudu besar gula putih
Secubit garam
1 cawan air

Cara-cara:
  1. Masukkan jagung dan air ke dalam periuk dan jerangkan. Masak selama 10 minit sehingga jagung lembut.
  2. Masukkan daun pandan, gula putih dan gula Melaka. Perlahankan api dan masak sambil dikacau sekali-sekala sehingga gula hancur.
  3. Masukkan santan, garam dan sagu. Kacau selalu sehingga sagu kelihatan jernih dan hampir mendidih dan tutup api.



Friday, September 26, 2014

Dinner ~ Wednesday 24.9.2014

Bihun Sup

Sumber: Sherry

Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan sup:
Segenggam ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
8 ketul kaki ayam – dibersihkan
1 peket bebola ikan
2 ketul kiub ikan bilis
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan sampingan:
2 pokok sawi – diasingkan batang dan daun, dipotong kecil
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Sambal kicap cili
Bihun – dicelur hingga lembut, ditoskan

Kicap cili:
20 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
1/2 biji jus limau nipis
Kicap masin/manis/pekat secukupnya
Secubit garam

Cara-cara:
  1. Rebus ikan bilis dan kaki ayam selama 1 jam (tambah air dari semasa ke semasa) supaya keluar rasa manis ikan bilis dan tulang ayam.
  2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Tutup api.
  3. Selepas 1 jam, tuangkan tumisan bawang beserta minyaknya ke dalam air rebusan. Tambahkan kiub ayam dan Maggi Cukup Rasa.
  4. Semasa mendidih, celurkan sawi bersama batangnya ke dalam air rebusan hingga nampak sedikit layu. Toskan airnya dan letakkan di dalam pinggan.
  5. Akhir sekali, masukkan bebola ikan dan setelah mendidih, tutup api.
  6. Untuk membuat sambal kicap, kisar kesemua bahan hingga halus.
  7. Semasa menghidang, letakkan bihun dahulu, diikuti dengan sawi celur. Tuangkan kuah sup, taburkan daun bawang, bawan goreng dan letakkan sesudu sambal kicap.

Friday, September 19, 2014

Dinner ~ Wednesday (18.9.2014)

Roti canai frozen yang dibeli di Pasar Payang Kuala Terengganu. Just panaskan butter dan goreng atas api kecil hingga garing dan angkat. Yang bentuk petak tu boleh buka lipatannya dan tuangkan telur yang dipukul sedikit, so jadi la roti telur.

Untuk kuah, balance gulai sardin ada lagi. Just tambah kuah dal dan sambal tumis ikan bilis.



Kuah Dal

Sumber: http://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2013/09/resepi-kuah-dhal-sedap-dan-mudah-roti.html

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
500 g kacang dal – direndam 1 jam atau lebih
2 sudu kecil halba campur
2 sudu besar udang kering – direndam sebentar*
3 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
4 tangkai cili kering – dipotong 3 cm panjang dan direndam sebentar
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
  2. Rebus kacang dal hingga empuk, sekiranya air kering, tambah lagi hingga betul-betul empuk dan sedikit hancur.
  3. Tambah air supaya ia berkuah sedikit. Renihkan di atas api kecil.
  4. Sementara itu, di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar kemudian masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan masukkan daun kari dan cili kering yang ditoskan.
  5. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  6. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk berisi dal tadi. Kacau rata dan teruskan merenih, sekiranya pekat, tambahkan air lagi. Kuah sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  7. Perasakan secukupnya. Setelah ok, tutup api.


Sambal Ikan Bilis


Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis – dibasuh bersih
1/2 biji bawang Bombay – dihiris kasar
1 keping asam gelugur
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
3/4 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
5 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air, bawang Bombay, asam gelugur, ikan bilis dan garam.
  4. Gaul rata hingga bawang lembut dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Wednesday, September 10, 2014

Breakfast 10/9/14 (Wednesday)

Cempedak Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji cempedak – diambil isinya sahaja
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Sementara itu, bancuh kesemua bahan kecuali minyak dan cempedak. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, adjust mana yang perlu (cth: tepung, air).
  3. Masukkan cempedak ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga bersalut rata.
  4. Masukkan cempedak ke dalam kuali satu persatu, muatkan lebih kurang 7 – 8 ketul cempedak pada satu-satu masa.
  5. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.

Thursday, August 28, 2014

Dinner Wednesday 27/8/14

Sambal Tempoyak Daun

Sumber: CMG, Dr. Raihana

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 tangkai pucuk ubi – diambil daunnya sahaja, dihiris halus
2 helai daun kunyit – dihiris halus
1/2 cawan petai yang dikupas
1/2 mangkuk terung pipit – dibuang tampuknya
10 ekor udang – dikupas kulit dan dibuang kepala
1/4 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
1 peket kecil pati santan
1/2 cawan air
4 sudu besar tempoyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar halus:
1 ruas kunyit hidup – dikupas
1/2 biji bawang besar – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Di dalam periuk, satukan santan, air, tempoyak dan bahan tumbuk. Kacau rata dan jerang di atas api sederhana.
  2. Setelah berwap, masukkan petai dan terung pipit. Kacau rata, masak hingga separuh empuk. Masukkan hirisan daun, udang, ikan bilis dan garam.
  3. Masak sehingga kuah agak pekat sambil dikacau sekali-sekala. Setelah nampak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan.


Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru – dibelah belakang
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
3 helai daun kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk:
1 ruas kunyit hidup – dikupas
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
2 biji cili merah – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
1 sudu kecil garam
1 batang serai – dihiris
1 peket (1 biji) kelapa parut putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam termasuk di dalam belahannya.
  2. Lapikkan daun kunyit di bahagian dalam belahan ikan.
  3. Sudukan bahan tumbuk ke dalam ikan, sumbat hingga padat.
  4. Goreng ikan garing, angkat dan toskan minyaknya. Berhati-hati semasa menggoreng supaya inti kelapa tidak terkeluar.

Monday, August 25, 2014

Lunch 24/8/14 (Sunday)

Ikan Parang Masak Lemak Cili Padi

Sumber: Azie Kitchen

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
7 biji cili padi – dipotong kecil
1 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci kunyit hidup – dipotong kecil

Bahan-bahan lain:
4 keping ikan parang
1 keping asam gelugur
5 biji belimbing buluh – dibuang tampuk dan dibelah 2
1 batang serai – dititik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 cawan pati santan + 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur di dalam periuk.
  2. Panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  3. Masukkan ikan, belimbing buluh dan garam. Kacau perlahan-lahan sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah (berminyak).
  4. Setelah hampir mendidih (berwap), tutup api.

Pic from Google

Terung Sambal

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji terung panjang – dihiris bulat
1 sudu besar minyak
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 1/2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 sudu besar udang kering – direndam sebentar, ditoskan

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali leper. Goreng terung hingga keperangan di kedua-dua belah. Angkat dan susun di dalam pinggan hidangan.
  2. Tambahkan minyak, tumis bahan tumbuk hingga layu, masukkan Maggi Cukup Rasa dan tumis hingga sedikit garing. Tuangkan ke atas terung.


Sambal Bilis Berapi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis mata biru – dikupas, dibasuh bersih, ditoskan
2 keping lobak masin – direndam di dalam air panas
1 biji kentang – dibelah dua, dihiris nipis, direndam di dalam air bergaram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk halus:
10 biji cili padi hijau – dipotong kecil
5 biji cili padi merah – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong kecil
7 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Goreng lobak masin hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan garam dan gula merah. Tumis lagi hingga agak garing, masukkan bahan-bahan yang digoreng dan kacau rata hingga bersalut.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam tapis, toskan minyak barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.
  6. Sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi segera.


Kek Batik Simple

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ketul mentega
1/2 cawan chocolate button
1/2 cawan parutan coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar Milo
3 sudu besar susu pekat manis
20 keping biskut gandum Jacob’s – dipatah 2

Cara-cara:
  1. Sediakan bekas tahan panas. Panaskan mentega di atas api kecil, ambil sedikit dan sapukan pada bekas tahan panas tadi.
  2. Setelah mentega cair, masukkan chocolate button, coklat masakan dan susu cair. Masak hingga cair kesemuanya. Kemudian, tuangkan serbuk koko dan Milo. Kacau rata hingga sebati dan tutup api.
  3. Susun separuh biskut di dasar bekas. Tuangkan separuh adunan coklat. Kemudian, susun separuh lagi biskut dan tuangkan separuh lagi adunan coklat.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga set baru dipotong segi empat.

Lunch 23/8/14 (Saturday)

Nasi Serai

Sumber: Azlita Aziz

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi – direndam 2 jam, ditoskan airnya
5 1/4 cawan air rebusan ayam
1/2 ketul mentega
2 helai daun pandan – disimpul
5 batang serai – dititik
1 biji bawang Bombay – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dicincang
3 hirisan halia
3 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar susu cair
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara:
  1. Sediakan air rebusan ayam.
  2. Untuk memasak nasi, panaskan mentega di dalam rice cooker. Setelah cair, tumis daun pandan dan serai seketika.
  3. Kemudian, masukkan bawang Bombay dan bawang putih. Tumis, tutup periuk dan biarkan bawang layu dan kekuningan.
  4. Masukkan beras dan gaul rata hingga bersalut. Tuangkan air rebusan ayam, tambahkan Maggi Cukup Rasa dan kacau. Tutup rice cooker dan masak seperti biasa.
  5. Setelah nasi hampir kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup semula.
  6. Lima minit sebelum nasi masak, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan tutup hingga nasi masak sepenuhnya.


Ayam Masak Sambal

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam
6 1/2 cawan air
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang merah + bawang putih)
1 batang serai – dititik
1 1/2 sudu kecil gula merah
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1/2 biji bawang Bombay – dihiris bulat
3 tangkai daun ketumbar – dihiris kasar

Cara-cara:
  1. Rebus ayam hingga mendidih. Tutup api. Simpan 5 1/4 cawn air rebusan untuk memasak nasi. Ketepikan.
  2. Toskan ayam, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
  3. Tinggalkan 2 senduk minyak, tumis cili kisar dan serai hingga wangi. Masukkan gula merah dan tumis hingga nampak berkilat.
  4. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, kacau rata hingga mendidih.
  6. Masukkan ayam, asam gelugur dan bawang Bombay. Gaul rata hingga mesra dan masukkan garam.
  7. Kacau rata hingga sedikit pekat dan tutup api.


Sup Ayam Kosong

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
Baki air rebusan ayam
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 tangkai daun sup – dipotong 4 cm
1 sudu besar bawang goreng

Cara-cara:
  1. Panaskan air rebusan, setelah mendidih, masukkan Maggi Cukup Rasa dan didihkan sekali lagi.
  2. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan daun sup dan bawang goreng.


Salad Timun

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 batang timun Jepun (besar) – dihiris bulat (kasar)
5 biji tomato ceri – dibelah 2
1/4 biji bawang besar – dihiris nipis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap masin

Cara-cara:
  1. Susun timun, tomato ceri dan bawang besar di dalam piring.
  2. Tuangkan sos cili dan kicap masin.

Thursday, August 21, 2014

Dinner 20/8/14 (Wednesday)

Ikan Bawal Masak Lemak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana – dipotong 4
8 biji belimbing buluh – dipotong hujung kedua-dua belah
1 batang serai – dititik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 paket pati santan
1/2 cawan air

Bahan-bahan ditumbuk separa lumat:
1/2 biji cili merah – dipotong
10 biji cili padi hijau – dipotong
1 ketul kecil kunyit hidup – dipotong
1 biji bawang merah – dipotong

Cara-cara:
  1. Sediakan periuk. Masukkan bahan tumbuk, air, santan, serai dan daun kunyit. Jerang di atas api kecil hingga panas (bukan mendidih).
  2. Masukkan ikan dan belimbing buluh. Masak di atas api perlahan sambil dikacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah (terasing).
  3. Setelah sedikit mendidih, masukkan Maggi Cukup Rasa dan garam. Masak hingga mendidih, kacau sekali-sekala hingga belimbing buluh dan ikan cukup masak.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Sambal Tempoyak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji cili merah – dipotong
3 biji cili padi hijau – dipotong
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar tempoyak manis
1 sudu besar tempoyak masam

Cara-cara:
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan garam hingga separuh lumat.
  2. Gaulkan dengan tempoyak manis dan masam hingga mesra.
  3. Letakkan di dalam mangkuk hidangan.


Kacang Buncis dan Petai Tumis Kicap

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 tangkai kacang buncis – dibuang urat dan dipotong serong 4 cm
1/2 cawan petai yang dikupas
4 biji tomato ceri – dibelah 2
1/4 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh dan ditoskan
1 sudu besar kicap masin
1/4 biji bawang Bombay – didadu
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang Bombay dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan kicap dan tumis sebentar.
  4. Masukkan kacang buncis dan petai. Tumis 2 – 3 minit, tambahkan air. Tumis lagi dan masukkan pula tomato ceri. Tumis selama 1 minit dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Thursday, August 14, 2014

Dinner 13.8.14 (Wednesday)

Kari Ayam Kampung

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
8 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong dadu
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari – dilurutkan
1 1/2 paket serbuk kari daging Baba’s
1/4 paket serbuk cili Baba’s
1 sudu besar kerisik
4 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
1/2 kotak santan + 1/2 cawan air (dijadikan santan cair)
1/4 kotak santan
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit air (dalam 1/4 cawan) – jika perlu
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan serbuk kari, serbuk cili, kerisik, daun kari dan air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam periuk, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  3. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan biarkan seketika hingga ayam sedikit kecut.
  5. Masukkan santan cair, gaul rata dan tutup periuk. Pastikan api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga kentang empuk.
  6. Kemudian, masukkan santan, kacau rata. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata.
  7. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.


Brokoli Tumis Sos Tiram

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1/2 pokok brokoli – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar minyak
1/4 cawan air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis lagi.
  3. Masukkan brokoli dan air. Renihkan hingga 3/4 masak. Tutup api dan sedia dihidangkan. Tidak perlu garam.

Sambal Belacan

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji cili merah – dipotong kecil
10 biji cili padi hijau – dipotong 2
10 biji cili padi merah – dipotong 2
1 inci belacan – dibakar
1/2 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air asam jawa pekat

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam blender dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam mangkuk hidangan.

Tuesday, July 1, 2014

Iftar Day 2 (30.6.2014)

TIPS MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK DI BULAN PUASA


  • Rendam 30 tangkai cili kering yang dipotong kecil di dalam air panas selama 30 minit. Toskan air dan buang bijinya. Ketepikan. Kemudian, kupas 3 biji bawang besar dan 6 ulas bawang putih. Potong kecil-kecil, masukkan ke dalam blender bersama cili kering. Tambah air secukupnya. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas bertutup yang bersih dan kering.
  • Kegunaan: untuk masak sambal tumis, rencah mi/bihun/kuey teow goreng, asam pedas/rendang (tambah halia, lengkuas, kunyit hidup, serai), masak kicap. Labelkan.
  • Kupas 5 biji bawang besar dan 5 biji bawang kecil dan kisar dengan air secukupnya. Simpan di dalam bekas bertutup dan labelkan.
  • Kupas 2 labu bawang putih dan kisar dengan air secukupnya. Simpan di dalam bekas bertutup dan labelkan.
  • Kupas 1 ketul besar halia dan kisar dengan air secukupnya. Simpan di dalam bekas bertutup dan labelkan.
  • Sesuai untuk menumis kari, sardin dll. Buat dalam kadar untuk kegunaan seminggu.





KARI SOTONG

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
12 ekor sotong sederhana – dibersihkan
1 peket serbuk kari ikan + 1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
1/2 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar dan masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan campuran serbuk kari (tanpa dibancuh dengan air). Kacau rata, tumis hingga terbit minyak dan garing.
  3. Masukkan 1/4 cawan air. Setelah mendidih, masukkan sotong dan gaul rata, tambah 1/2 cawan air lagi. Setelah mendidih, masukkan santan pekat dan gaul rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Perasakan secukupnya, setelah kuah agak pekat dan mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


SAMBAL BELACAN

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji cili merah – dipotong kecil
20 biji cili padi hijau/merah – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air asam jawa pekat (asam jawa + air masak bertapis)

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
  2. Kisar, terpulang hendak hancur atau kasar-kasar sedikit.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  4. Sedia dihidangkan.


TAUGEH HIJAU TUMIS SOS TIRAM

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 peket taugeh hijau – dibasuh dan ditoskan
1/2 cawan udang kecil
3 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu besar bawang besar kisar
1/2 batang cili merah – dihiris serong
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Tuangkan sos tiram dan tumis sebentar. Masukkan udang dan tumis sebentar.
  3. Masukkan taugeh hijau dan gaul rata, tambah sedikit air dan cili merah.
  4. Setelah sayur agak empuk, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


Wednesday, June 18, 2014

Sambal Macang


SAMBAL MACANG/KUINI

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji buah macang – dibuang kulit dan dicincang kasar/halus

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 inci belacan – dibakar
Sedikit garam

Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan rata-rata. Sedia dihidangkan.

Wednesday, March 19, 2014

Koleksi Resepi #12

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

SAMBAL CEURIK

Bahan-bahan:
10 tangkai cili api merah
10 tangkai cili api hijau
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 helai daun kencur
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng kesemua bahan seketika dengan sedikit minyak.
  2. Tumbuk kasar dan sedia dihidangkan.

Koleksi Resepi #11

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

SAMBAL MERAH

Bahan-bahan:
10 tangkai cili api merah
2 tangkai cili merah
3 biji bawang merah
Gula Melaka dan garam secukup rasa
Sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Goreng kesemua bahan tanpa minyak.
  2. Kemudian, tumbuk kasar kesemua bahan.
  3. Sedia dihidangkan.

Thursday, October 31, 2013

Dinner Saturday 26/10/13

Pizza Pepperoni

Sumber: mrskojiwami






Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung superfine
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener
1 sudu teh mixed herbs (dalam botol)
1/4 sudu teh rosemary kering
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu teh yis
1 sudu teh gula
1 cawan air suam
2 sudu besar mentega/minyak zaitun

Topping:
3 sudu besar sos pasta bolognaise
1/2 bungkus parutan keju cheddar/mozzarella
1 1/4 bungkus pepperoni
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 keping keju – diracik

Cara-cara:
  • Doh: Kacau gula di dalam air suam dan tuangkan yis kering. Biarkan berbuih, lebih kurang 10 minit.
  • Satukan tepung superfine, bread improver, bread softener, mixed herbs, rosemary dan garam. Buatkan lubang di bahagian tengah.
  • Tuangkan bancuhan yis ke bahagian tengah dan uli hingga doh lembut dan elastik dan tidak melekat, lebih kurang selama 15–20 minit. Rehatkan doh, tutup dengan cling film selama 1 jam, sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin, dan uli lagi selama 10 minit. Bahagikan doh kepada 2 bahagian.
  • Tabur sedikit tepung pada alas menguli dan juga pada rolling pin. Ambil sebiji doh, gelek-gelekkan ikut ketebalan yang disukai dan letakkan di atas dulang pizza.
  • Sapukan sos pasta ke atas doh, taburkan bawang dan keju parut diikuti dengan kepingan keju. Kemudian, susun pepperoni di bahagian atas.

  • Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C. Masukkan pizza dan bakar selama 25–30 minit. Ulang untuk 1 bahagian doh lagi.




Cheesy Wedges

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
12 biji kentang kecil (dengan kulit) – dibelah 4
1 1/2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
3 sudu besar tepung berperisa (selalu untuk buat ayam goreng tu)
1 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Topping:
Sos Thousand Island
Mayonis
Kepingan keju – diracik kecil

Cara-cara:
  • Gaul kentang dengan kesemua bahan kecuali minyak dan perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Masukkan ke dalam bekas tahan panas (contoh: loyang), taburkan keju dan paipkan sos Thousand Island dan mayonis. Sedia dihidangkan.