Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Menu 3 Julai 2018


Masak Lemak Kuning Labu dan Udang

Bahan-bahan:

8 ekor udang sederhana – dibuang urat hitam
1/2 biji labu – dipotong kiub
3 urat kacang panjang – dipotong serong 5 cm panjang
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1/2 cawan air
3/4 kotak santan
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

2 biji bawang merah
1 biji cili merah
2 biji tomato ceri
2 inci kunyit
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan air, serai, daun kunyit, bahan kisar dan labu ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Setelah labu agak empuk, masukkan kacang panjang. Didihkan lagi.
  3. Masukkan udang, santan, asam gelugur, garam dan MCR secukupnya. Perlahankan api dan kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api.



Ketam Sambal Telur Masin

Bahan-bahan:

3 ekor ketam – dibersihkan
Tepung beras + tepung jagung + sedikit air
Minyak untuk menggoreng

1 biji bawang besar – dihiris bulat
3 tangkai daun kari – dilurutkan
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar serbuk kari
1 senduk kecil cili kisar
3 sudu besar pes bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
2 sudu besar Salted Egg Premix Sauce HEXA
1 cawan susu segar
50 gm mentega + 2 sudu besar minyak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, salut ketam dengan campuran tepung kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega dan minyak. Tumis serai, pes bawang besar, pes bawang putih dan pes halia hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula serbuk kari dan serbuk telur masin. Kacau rata dan masukkan susu segar. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ketam dan daun kari. Kacau rata hingga sedikit pekat dan tutup api.

Menu 2 Julai 2018


Mi Goreng

Bahan-bahan:

1 peket mi kuning – dibilas dan ditoskan
1 pokok pak choy – dipotong 4 cm, diasingkan batang dan daun
2 keping fishcake – dihiris nipis
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
Sos tiram, sos cili, kicap, garam, Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, pes bawang putih dan pes bawang besar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan fishcake. Gaul rata hingga mendidih.
  3. Masukkan batang pak choy dan mi. Kacau rata beberapa minit.
  4. Masukkan daun pak choy dan perisakan secukupnya. Gaul rata beberapa minit dan tutup api.




Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:

500 gm sotong – dibuang kulit dan dihiris tebal
Tepung beras + tepung gandum + tepung jagung + air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
5 ulas bawang putih – dicincang halus
5 biji cili padi merah – dihiris nipis
5 tangkai daun kari – dilurutkan
3/4 cawan susu segar
1 peket kecil Salted Egg Seasoning HEXA
50 gm mentega + 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul sotong dengan campuran tepung hingga bersalut rata. Kemudian, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali berasing, panaskan mentega dan minyak. Kemudian, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis sebentar.
  3. Masukkan susu dan serbuk telur masin. Kacau rata, masukkan sotong goreng. Besarkan api dan kacau cepat hingga bersalut rata dan sedikit kering. Tutup api dan hidangkan.





Ketam Masak Lemak Cili Padi dan Nanas

Bahan-bahan:

2 ekor ketam – dibersihkan
1/2 biji nanas madu – dipotong kecil
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1/2 cawan air (tambah jika perlu)
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili padi hijau dan merah
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 biji tomato ceri – dipotong kecil
1 inci kunyit – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air, bahan kisar, serai dan daun kunyit.
  2. Setelah mendidih, masukkan asam gelugur, nanas dan ketam. Kacau rata dan didihkan lagi.
  3. Masukkan santan, garam dan MCR. Perlahankan api dan kacau rata perlahan-lahan hingga mendidih dan tutup api.




Paku Rawan Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1/2 ikat paku rawan – dipotong 5 cm serong
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar kering:

1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi hijau
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Sejemput ikan bilis – dibilas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan paku rawan, sos tiram, MCR dan air. Besarkan api dan kacau cepat hingga agak-agak masak dan tutup api.




Sambal Belacan Kuinin

Bahan-bahan:

1 biji kuinin – dicincang kasar

Bahan-bahan dikisar kasar:

Segenggam cili padi merah dan hijau – dipotong
2 inci belacan bakar
2 sudu besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan dan hidangkan.

Monday, February 19, 2018

Dinner 14.2.2018

Kari Ikan Merah

Bahan-bahan:

2 keping kepala ikan merah + 2 keping isi ikan merah
6 batang bendi – dibuang tangkai dan hujungnya
3 biji tomato ceri – dibelah 2
1 biji bawang besar – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris mancis
1 sudu kecil halba campur
3 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
1 peket Serbuk Kari Ikan Baba's
2 sudu besar pes kari ikan giling (beli di pasar dengan orang India)
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
1/4 kotak santan
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga perang.
  2. Masukkan rempah giling, tomato, daun kari dan serbuk kari. Perlahankan api, kacau selalu hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air dan asam jawa. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan bendi. Kacau perlahan, tutup periuk.
  5. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Kacau perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa masin dan masamnya. Tutup api.




Kubis Goreng ala Mamak

Bahan-bahan:

1 biji (kecil) kubis – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 genggam ikan bilis – dibasuh
1 sudu kecil minyak
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur dan ikan bilis hingga harum.
  2. Tumis pula bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit hingga harum.
  3. Masukkan kubis dan cili merah. Tumis rata masukkan air.
  4. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Masak sehingga lembut dan tutup api.

Ketam Masak ala Kam Heong

Bahan-bahan:

2 ekor ketam – dibelah 2, ketuk sepitnya
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari ikan Baba's
3 tangkai daun kari – daun sahaja
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
1/2 sudu besar kicap masin Tamin
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ketam bersama tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan 3 sudu besar sahaja.
  3. Tumis cili kisar hingga pecah minyak, masukkan daun kari, serbuk kari, sos tiram, sos cili Thai dan kicap. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan sedikit air (ikut kepekatan yang dikehendaki). Kacau rata dan masukkan ketam. Gaul rata dan masukkan garam dan MCR (jika perlu). Kacau rata hingga pekat dan tutup api.

Friday, January 19, 2018

Lunch #1: 1.1.2018

Ketam ala Kam Heong


Bahan-bahan:

2 ekor ketam bunga sederhana besar – dipotong bahagian hujungnya dan dibelah 2
2 sudu besar tepung beras*
1 sudu besar tepung jagung*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

*Bancuh dengan sedikit air dan salutkan pada ketam

5 tangkai daun kari – dibuang tangkai
4 tangkai cili kering – dibasuh, dipotong 3 cm panjang
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 inci halia – dihiris halus (mancis)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar cili kisar
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kering dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam dan perasa serta ketam. Gaul rata hingga bersalut dan angkat.

Saturday, June 25, 2016

Menu berbuka 6 Jun 2016

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibelah 2, buang insang dan bhgn tajam
1 helai daun kunyit - diracik
1 btg serai - diketuk
10 biji belimbing buluh - belah 2 tak putus
1 kotak kecil santan
1/2 cwn air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk halus:

15 biji cili padi hijau dan merah
1 biji cili merah
2 inci kunyit hidup - dikupas kulit
1 biji bawang merah

Cara-cara:

1.  Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan belimbing buluh ke dalam periuk. Buka api kecil.

2.  Setelah berwap kacau perlahan supaya tidak pecah minyak.

3.  Setelah agak mendidih, masukkan belimbing dan garam. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan belimbing jadi lembut. Tutup api.


Monday, November 23, 2015

Ketam Masak Lemak Cili Padi




Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibelah 2
1 helai daun kunyit - diracik
1 btg serai - diketuk
1 kotak santan
1/2 cwn air
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
10 ketul potongan nanas madu
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:

1 biji cili merah - dipotong
10 biji cili padi
1 biji bawang merah - dipotong


Cara-cara:

1. Masukkan bhn tumbuk, santan, air, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit ke dalam periuk. Kacau rata.
2. Jerang di atas api perlahan hingga naik wapnya. Jangan biarkan mendidih nanti santan pecah.
3. Masukkan ketam, nanas dan asam gelugur. Kacau perlahan dengan kerap supaya santan tidak pecah.
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa sambil kacau. Setelah ok, tutup api.