Wednesday, September 10, 2014

Dinner Monday 8/9/14

Ketam Ala Kam Heong

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3 ekor ketam nipah – dibelah 2, dipotong bahagian hujung sepit dan kaki
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
3 tangkai cili kering – dipotong serong dan direndam sebentar
1/4 biji lada benggala hijau – dipotong kasar
1/4 biji lada benggala kuning – dipotong kasar
1/4 biji lada benggala merah – dipotong kasar
5 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering* – direndam hingga lembut
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Air
Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Toskan ketam dan goreng hingga bertukar warna kepada merah. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak. Sementara itu, tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Tumis bahan tumbuk, cili kering dan daun kari hingga naik baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk kari, sos tomato dan kicap pekat. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan semula ketam, gaul rata hingga ketam masak.
  5. Masukkan kesemua lada benggala dan kacau lebih kurang 1 minit. Tambahkan garam, setelah ok, masukkan tepung jagung dan gaul rata hingga kuah kelihatan pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Masak Lemak Ikan Rebus dengan Petai

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung rebus – dibuang bahagian dalaman
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
1/4 cawan petai yang dikupas
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah – dipotong
1 inci kunyit hidup – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong

Cara-cara:

  1. Satukan santan, air, asam keping, serai, daun kunyit, petai dan bahan tumbuk di dalam periuk.
  2. Panaskan periuk, api perlahan. Setelah berwap, masukkan ikan. Kacau selalu perlahan-lahan, hingga naik bau dan berwap. Jangan biarkan mendidih terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.
  3. Masukkan garam jika perlu (ikan rebus selalunya sudah sedia masin).  Kacau perlahan beberapa minit dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

No comments: