Showing posts with label Birthdays. Show all posts
Showing posts with label Birthdays. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Happy advanced birthday Qayyum

Today (14th July 2013) is iftar day 5. Esok (15th July 2013) birthday Qayyum yang ke-6, tapi memandangkan bulan puasa, kita sambut a day earlier which fall on Sunday. He requested for a chocolate cake (what else if it's Qayyum anyway), so his wish was granted by his mummy, an amateur baker :). Malam sebelum tu, pi melawat my MIL yang datang lepak KL kat rumah anak bujang dia di KD tu, MIL bekalkan pisang awak (ke abu?) so tak nak la typical cekodok pisang, Mrs K pun google la, jumpa resipi apam pisang coklat urai by Azlita Masam Manis. Haqimie punya suka la, sedap dia kata. Qayyum dan Rayyan tetap setia ngan choc cake :).

Untuk lauk berbuka pulak, Mrs K masakkan untuk mak, sotong telur masin, then untuk the rest kari asam pedas ikan merah. Gabungan kari dan asam pedas.


SOTONG TELUR MASIN
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong panjang – dibuang kulit luar (purple) dan dihiris bulat
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, lenyek-lenyekkan
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih – dicincang
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
Minyak

Cara-cara:

  1. Gaulkan sotong dengan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit dan Cukup Rasa. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan dalam 1 sudu besar minyak dan tambah butter. Setelah butter mencair, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan telur masin dan lenyekkan supaya hancur dan bertukar warna (masak).
  5. Masukkan susu cair dan kacau hingga agak pekat barulah dimasukkan sotong. Kacau rata hingga sotong masak.





KARI ASAM PEDAS IKAN MERAH
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 potong ikan merah – dibersihkan
1 sudu kecil halba campur
1 paket serbuk kari ikan – dibancuh dengan sedikit air
1/2 paket perencah Asam Pedas Maggi
2 tangkai daun kari
1 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji tomato – dibelah 2
5 biji bendi

Bahan-bahan ditumbuk:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan asam pedas. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, setelah mendidih, masukkan kepingan ikan. Biarkan merenih dan masukkan tomato dan bendi serta perasakan.
  4. Tutup api apabila kuah menjadi agak pekat.
  5. Sedap juga dimakan dengan roti.





CHOCOLATE CAKE
Diadaptasi dari: Devil's Food Chocolate Cake by Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate (terpaksa omit sbb dah habis) so ganti dengan 1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
125 gm butter
2 biji telur (gred B) – Pn Azlita guna gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan buttermilk (ran out of fresh milk, so Mrs K gantikan dengan 2 scoop susu tepung + air sejuk + 1 sudu kecil cuka)
1 cawan air siam

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 30 minit.
  2. Sediakan loyang (Mrs K salah guna loyang, so kek agak leper, tapi takpe boleh je, suka hati nak buat cemana pun kan). Lapikkan dengan kertas minyak dan gris dengan butter. Ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mixer, pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  5. Setelah sebati, masukkan campuran tepung berselang-seli dengan buttermilk dan air suam. Pukul rata setiap kali masukkan bahan-bahan tersebut. Ulang sehingga habis.
  6. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan pukul sebentar.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan di atas redai.


Ganache:
1/2 bar coklat masakan + 10 keping chocolate buttons (coklat masakan kehabisan :) – diparut
1 sudu besar butter
1/2 cawan whipping cream

Cara-cara:

  1. Gunakan kaedah double-boiler. Panaskan whipping cream, masukkan parutan coklat dan kacau hingga larut kesemuanya. Akhir sekali masukkan butter dan kacau rata.
  2. Tuangkan ke atas kek suam-suam bila kek telah sejuk sepenuhnya. Hiaskan ikut suka.




APAM PISANG COKLAT URAI

Sumber: Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
5 biji pisang awak kecil – dilenyek
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh esen pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh ovalette
1/4 bekas kecil chocolate rice

Cara-cara:

  1. Panaskan pengukus. Sementara itu sediakan acuan (Mrs K guna silicone mould). Gris acuan dengan sedikit marjerin.
  2. Tambahkan esen pisang dan soda bicarbonate ke dalam pisang yang dilenyek. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
  4. Gunakan mixer untuk memukul telur, ovallette, gula perang dan minyak.
  5. Pukul sehingga pekat dan berkrim.
  6. Masukkan pisang lenyek dan kacau sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan adunan rata.
  8. Akhir sekali, masukkan chocolate rice dan gaul rata.
  9. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan taburkan ke dalam silicone mould yang diletakkan di dalam loyang yang rata (untuk stabilkan kedudukan silicone mould). Padatkan.
  10. Tuangkan adunan pisang dan rata bahagian atas.
  11. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Sunday, December 9, 2012

Butter Cake for Haqimie's Birthday

BUTTER CAKE

Sumber: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 buku butter Anchor - dipotong dadu
1/4 buku butter SCS - dipotong dadu
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur gred B - suhu bilik

Hiasan:

Hershey's Chocolate Sauce
Fresh strawberries

Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 20-30 minit.
Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda. Kacau  rata dan ketepikan.
Dalam mixer bowl, satukan gula dan butter. Pukul bermula dari perlahan hingga ke laju sehingga campuran menjadi putih dan gebu.
Masukkan esen vanilla, selang-selikan masuk telur dengan tepung sehingga habis. Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. 15 minit terakhir boleh kurangkan suhu ke 160 darjah C. Test dengan garpu sama ada kek sudah masak atau belum. Biarkan 10 minit dalam oven sebelum disejukkan di atas redai.

Nota:
Ini first time aku pakai silicone mould. Selepas 40 min, kek masih belum masak. So aku tambah 10 minit lagi masa baking, dan kek masak perfect.




Kek masih belum set sepenuhnya dah keluarkan dari acuan, so agak hodoh la rupa paras. Haqimie la tak sabar nak potong kek. Next time, kena biar dalam oven dulu baru sejukkan kat luar then baru hias.


Hasil selepas dihias secara ekspres, boleh laa...janji rasa sedap....

Haqimie's Birthday

My eldest son is going to be an 8-year-old boy on Friday. He already asked me to bake him a butter cake (originally he asked for carrot cake, but since he tasted my butter cake the other day, he changed his mind). Well, for me ok je since butter cake is one of the easiest cake to make after all. I already bought some of the ingredients when we went out for groceries' shopping and topped with some other on Thursday when I went out for lunch with my colleagues.

On Friday, mmg rasa macam nak holiday ke apa, serious malas nak wat keje, rasa lagi lembab dari siput. Abby boring la kan, sbb tetiba Mr W bagi dia keje, design box. En K siap ponteng lagi, malas. Aku pon kalau diikutkan mmg la malas. Tapi pergi juga, sbb kan dah janji wat potluck. Aku bangun awal pagi, dok menumis bahan nak wat daging dendeng tu. Tapi, I told En K that I planned nak amik time off, around 4 something. Sebabnya nak pegi cari hadiah utk Haqimie, pastu leh balik awal to bake the cake before we went out for dinner. Haqimie requested nak makan kat Vicchuda dan opah lak sudi belanja ::wink::. Dia siap create event kat FB lagi birthday dia makan kat Vicchuda.

Time potluck, masing-masing makan menambah, siap amik resepi dari Sherry lagi. Lepas makan, bertambah la malas nak giler nak wat keje. Mrs J pulak mmg tak masuk, Mrs C pulak half day, wah memang macam nak raya la. Spoil cuma Mr W, Mr A ada.

Sherry bawa tempoyak bilis, aku bawa daging dendeng, Muni masak nasi, Abby bawa air kotak, Flora minta Julie2 belikan buah2an, Julie2 beli aiskrim. Aku ada bawa jugak Puding Roti Pelangi tu, licin, Hajar siap kata dia tak sempat rasa pon. Huhu..nanti la aku wat lagi.

Oh ya, akhirnya tudung yang I thought dah MIA tu sampai jugak pada aku. Ceritanya, pagi tu aku dah bising2 kat Poslaju call centre, komplen la pasal how come diorang boleh let go je org tulis no phone instead of IC no ngan company stamp kan. Siap mintak nama posmen, of coz la diorang x bagi, tapi aku geram. Diorang kata diorang akan wat siasatan. Alih-alih lepas lunch tu, Fanny datang bagi, dia kata actually takde org sign pon...hmm macam mana tu....? Anyway, alhamdulillah, dapat jugak tudung tu.

So, dalam pukul 3.45 pm aku sms Mrs J, kata nak amik time off. Fuh, nasib baik dia reply OK....jeles je bebudak tu aku balik awal, ngeh. En K dah ada kat bawah time tu, aku dah pesan awal2 tak payah bawak Haqimie dan Qayyum. Lepas amik Rayyan kat nursery, ktrg terus ke 1U, ingat nak guna voucher Isetan yang En K dapat time annual dinner tu, malangnya takde yang diaim. So ktrg pegi ke Toys'Rus, monopoly ada tapi takde diskaun, so pegi AEON lak, ada tapi diskaun 10% je, jadi la..beli terus. Lepas tu, terus shot balik rumah.

Sampai je, terus ke dapur, sediakan bhn2 nak buat kek, terus buat. Kek siap lebih kurang pkl 9 pm, tak sempat nak sejukkan pun, Haqimie dah tak sabar nak potong. So aku pun hias secara ekspres, tuang Hershey's Chocolate Sauce keliling kek, pastu tgh2 letak fresh strawberries. Pacak lilin 8 btg, nyalakan, nyanyi2 tiup lilin potong sorang sikit merasa, terus ktrg ke Vicchuda pulak. Hujan time tu.







Order ikan kerapu masak pedas, sup ekor, En K order nasi goreng USA sbb Qayyum suka, mak pulak nak lidah masak kicap. Alhamdulillah, ikan kerapu punya la besar. Kalau aku tau, aku request yg sedang aje. Total RM85. Aku tanya ikan kerapu tu berapa, dia kata RM55. Hoho mahalnya...

Balik rumah Haqimie buka hadiah, suka dia dapat Monopoly Cuti2 Malaysia. En K bagi jam Casio.

Well, that's my Friday's story.

Friday, July 18, 2008

Another cake

Photobucket

I brought this cake to the nursery to be shared among the kiddies on Qayyum's birthday. Since I got no time to prepare nor cook anything, so I just fried a packet of Ayamas Chicken Fingers. Ok la tu kan...

Tuesday, July 15, 2008

Ready to go

The boys are ready to go to their Pak Lang's house in Pelangi.

Photobucket
Yo!

Photobucket
Best buddies?

Photobucket
Blow the candle together with Enal (Pak Lang)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Candle yang first telah ditiup oleh Haqimie dengan sengaja, sbb dia ingat tu birthday cake dia. Terpaksa la light the candle once again.

Photobucket
The cake - murah2 je dah la, baru setahun kan

Photobucket
The guests

Photobucket

Photobucket
Yus

Photobucket
The food