Showing posts with label Confinement. Show all posts
Showing posts with label Confinement. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Ayam Kukus Lada Hitam

3 ketul ayam - dibersihkan
1/4 paket Perencah Lada Hitam MAGGI
1/2 cawan air
2 inci halia tua - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 keping asam keping
Garam
1/2 biji peria katak - dibuang biji dan dihiris kasar

Panaskan pengukus. Gaul kesemua bahan dan kukus ayam hingga masak.

Sunday, June 12, 2011

Minum petang

Sepanjang berpantang ni, menu breakfast/tea time sama ada roti kosong ngan susu pekat, atau jem, atau Milo semata-mata atau kalau mak rajin, dia akan buatkan cucur ikan bilis. Utk yg lain, cucur udang. Mak kata kuih yang dibolehkan jenis yang flour-based, mcm tepung talam ke dan seangkatan dengannya. Malangnya aku tak gemar kuih yang manis-manis, aku prefer savoury, cam karipap ke, popia ke kan, tapi tak boleh. So dapat cucur ikan bilis tu pun dah nikmat tak terkata. Air lak, selain air suam ngan air halia tu, aku juz minum kopi o atau Milo je (tapi kan kengkadang aku belasah jugak Nescafe Tarik 3 in 1 tu, tak leh tahan, hik, pastu cam nyesal). Hari tu masa pegi umah yong tu, hai teringinnya teh tarik. Tapi apakan daya. Padahal ada je oat 3 in 1, tapi dah dasar tekak tak leh terima, peram je dalam kabinet.

Petang ni, sbb hari Ahad, En K ada kat umah, dia dok proses amenda ntah kat backyard tu, so dgn inisiatif sendiri, aku pun buat la cucur ikan bilis. Tapi versi malas punya. Rayyan lak meragam sbb BCG dia cam menanah, pelik lak aku, dah sebulan baru nak bengkak dan menanah. Ke aku ada silap makan.

CUCUR IKAN BILIS


Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 senduk air panas
Serbuk kunyit
Garam

Dikisar:
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Cara membuatnya:
Gaul kesemua bahan hingga sebati dan tidak terlalu cair (nanti serap minyak). Jemput-jemputkan dan goreng hingga kuning.

Ayam Rebus Halia

Tadi lunch makan Ayam Rebus Halia, ciptaan sendiri tapi masih memenuhi piawaian pemakanan orang berpantang.

Bahan-bahan:
2 ketul ayam - dibersihkan
2 keping asam keping
1/2 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar Perencah Lada Hitam Maggi
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar

Dikisar/ditumbuk:
3 ruas halia tua
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/4 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama sedikit air. Didihkan hingga ayam masak dan kuah agak pekat.

Sedap la pulak kan ikut tekak aku ni, rasa pedas halia ngan lada hitam plus rasa masam asam keping.

Saturday, June 11, 2011

31 days

Lunch hari ni sungguh boring. Makan ikan gelama goreng & peria masak asam jek, tak sempat nak abiskan nasi pun, Rayyan dah meragam nak susu, dengan si Qayyum pun nak kena suap. Utk diorang yang tak berpantang tu, aku masakkan udang masak tomato, tapi takde daun sup. Takpe la, asal sempat sudah.

Suppose semalam bawa Rayyan ke klinik for his one month's jab, tapi since En K dah 3 hari mc, plus hari Khamis tu EL, dia x sihat, so semalam dia masuk keje, takkan nak EL lagi kan. So this Monday la bawa Rayyan ke klinik. Beza 2-3 hari takpe kan.

Semalam aku makan banyak, maybe sbb hujan dan masak sambal tumis ikan bilis (minus belacan and sos tiram), rasa macam dah lama x makan normal food. So hari ni akan try kurangkan dose makanan. Bagus jugak tadi tak abis makan. Tak leh buat sambal ikan bilis dah, naya cam ni. Overdose.

13 more days to go.

Ikan Bilis Daun Kari

One of my fave dish during confinement.

Sumber: Kompilasi Hidangan Berpantang (Alaf 21)

50 g ikan bilis - digoreng
1 genggam daun kari
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Minyak masak

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan ikan bilis.
Goreng seketika dan angkat.

Info:
Daun kari merupakan herba yang digunakan untuk menguatkan perut dan penghadaman. Ia juga digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi sembelit dan menghilangkan rasa mual atau loya.

Peria Masak Asam

Sumber: Hidangan Kompilasi Berpantang (Alaf 21)

300 ml air
50 g ikan bilis
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris (takde dalam resepi, saja nak tambah)
2 biji peria katak - dipotong nipis
1/2 sudu besar air asam jawa (aku bubuh byk, sbb nak masam)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Masak kesemua bahan di atas api perlahan.
Kacau rata sehingga peria masak.

Info:
Pengambilan peria dapat membantu ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar, di samping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika kerap diamalkan.

Thursday, June 9, 2011

Air Halia

1 ketul halia tua (Bentong) - dibersihkan dan diketuk hingga pecah
1 genggam kurma cina hitam - dibasuh dan dikelar-kelar
1 genggam longan kering - dibasuh
Air secukupnya

Jerang kesemua bahan hingga masak dan berbau wangi. Minum suam-suam.

p/s: Resepi ni Mrs J yang bagi. Dia kata orang Cina mmg minum ni sepanjang berpantang. Diorang x minum air suam sebab angin. Dia kata minum whole day. Tapi aku x leh ikut, sbb aku bf baby, dia tak. Sian lak baby, cirit-birit lak, sbb pakai halia tua (Bentong mari), mmg berpeluh x ingat.

Resepi dalam pantang bersalin (confinement)

Sumber: http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/2010/03/lauk-ketika-berpantang-bersalin.html


BOLEH DISEDIAKAN AWAL & DALAM KUANTITI BANYAK

IKAN BILIS SANGAN
Beli yg sudah siap dikupas, basuh bersih-bersih dan tos.
Sangan/goreng dalam kuali tanpa minyak ~ sampai garing. 
Mesti kacau selalu supaya sekata masaknya. 
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Biasanya aku buat banyak2.

LADA HITAM SANGAN
Lada hitam biji dibasuh bersih-bersih dan tos kering.
Sangan dalam kuali sampai naik bau dan kering/garing.
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Terpulanglah nak makan sebiji-sebiji atau nak kisar kasar.

KEREPEK HALIA
Cari halia yg muda, basuh bersih, hiris nipis.
Sangan atau bakar atau goreng deep-fry (kena tos betul2).
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



LAUK-PAUK HARIAN

AYAM KAMPUNG MASAK KUNYIT
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 inci kunyit & 3 ulas bwg putih.
Dalam kuali, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Tutup kuali & rebus sampai daging empuk dan kuah pekat. Tambah air jika perlu.

SUP AYAM KAMPUNG
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 biji bwg besar & 3 ulas bwg putih.
Dalam periuk, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Setelah 1/2 jam, masukkan potongan lobak merah dan kentang.
Masak sampai empuk.

IKAN CENCARU BAKAR
Untuk 1 ekor ikan yg besar, rencahnya: Tumbuk bersama 1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, 2 inci halia, 1/2 inci kunyit, sedikit lada hitam & garam.
Rencah disapu rata dan sumbat selebihnya ke bahagian perut ikan.
Bungkus dgn daun pisang/aluminium foil, bakar atas bara/oven/kuali.

 ULAM
Daun pegaga & halia muda.
Sayuran mentah mesti dibasuh bersih-bersih dan direndam dgn air garam sebentar untuk matikan cacing/kuman/bahan kimia.
Jika boleh, jangan terlalu kerap makan ulam mentah sebab dikhuatiri ada jangkitan pada luka dalaman (jika tak sempurna membasuhnya).
p/s: Aku tak makan ikan haruan :p

SAYURAN
Lobak merah, lobak putih, kentang, sawi, bayam dan daun sup.

SNACKING
Air horlick panas dan roti wholemeal/biskut cream cracker.
Air milo panas dan kuih yg takde telur dalamnya.
Susu  dan oat segera.
Kurma & kismis.

LAIN-LAIN
Selepas 3 minggu bersalin, aku minum air ibu kunyit hidup ~ mak kata elok untuk rapatkan apa yg dah longgar :)
Caranya:1 ibu kunyit sebesar ibu jari tangan (buang yg tunas kecik2 tu), kupas dan tumbuk halus.
Bancuh dgn 1/2 cawan air panas.
Biarkan seketika hingga getah kunyit mendak ke dasar cawan dan air jadi suam.
Selawat 3 kali, minum sekali nafas.
Diamalkan 3 kali minum, selang beberapa hari.
p/s: JANGAN MINUM GETAH KUNYIT ITU!!

Wednesday, June 8, 2011

Ayam Kukus Halia



4 ketul ayam kampung
2 inci halia tua - dihiris
2 biji bawang kecil - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1/2 kiub ayam
1 sudu kecil perencah lada hitam Maggi
Air secukupnya
1 keping asam keping
1 biji kentang - dibelah lapan

Gaulkan kesemua bahan dalam pinggan tahan panas dan kukus hingga masak.

Ikan Gelama Masak Asam



1 ekor ikan gelama - dipotong dua, gaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, ketepikan

4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
2 inci halia tua - dihiris
1/2 sudu kecil lada hitam - dipecah-pecahkan
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai cili kering - dihiris kasar
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil pes asam jawa
Minyak untuk menumis

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan halba campur hingga wangi.
Masukkan lada hitam dan cili kering.
Masukkan air dan pes asam jawa. Didihkan hingga agak pekat. Perasakan garam. Tuang ke atas ikan goreng.

Friday, May 27, 2011

Amalan berpantang 1

BERPANTANG yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.
Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.
Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.
Cara berpantang masyarakat Melayu:


  • Urutan – bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.






  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.






  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.






  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.






  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.






  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.






  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.Elakkan:






  • Keluar rumah






  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan






  • Makan dan minum berlebihan






  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit






  • Terdedah kepada cuaca sejuk




  • Sumber: Berita Harian

    SUP TULANG


    1/2 kg tulang - dibersihkan
    1 labu bawang besar - dibelah empat
    3 ulas bawang putih - diketuk
    1 bungkus Sup Bunjut Adabi
    1 sudu besar cuka (untuk melembutkan daging) - jika suka
    3 inci halia - diketuk
    1 batang kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    1 sudu kecil lada hitam - jika suka
    3 biji cili padi - diketuk (jika suka)
    1 batang celery - dihiris
    2 biji kentang - dipotong empat
    Air secukupnya
    1 kiub ikan bilis/tulang

    Hiasan:
    6 biji bawang merah - dihiris dan digaul dengan sedikit tepung gandum
    1/2 paket lobak masin
    2 tangkai daun sup - dihiris
    2 tangkai daun bawang - dihiris
    1 biji limau nipis - dibelah empat

    *Tak bubuh pun cuka, cili padi, lada hitam, celery - takut memudaratkan luka czer. 

    Rebus tulang terlebih dahulu.
    Setelah mendidih, masukkan kesemua bahan kecuali celery. Masak sehingga daging dan kentang empuk.

    Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan lobak masin hingga garing, angkat dan ketepikan.

    Hiaskan. 

    Thursday, May 26, 2011

    DAGING GORENG KUNYIT


    Hirisan daging secukupnya - digaul dengan garam dan kunyit
    2 biji bawang besar - dihiris
    1/2 biji lobak merah - dihiris bulat
    3 ulas bawang putih - diketuk
    1 biji cili merah - dihiris
    2 tangkai daun sup - dipotong 1 cm
    2 tangkai daun bawang - dipotong 1 cm
    Minyak masak

    Panaskan minyak dan goreng daging hingga agak garing.
    Masukkan bawang, lobak merah dan bawang putih. Kacau hingga bawang layu.
    Masukkan cili merah, daun sup dan daun bawang. Gaul sebentar dan angkat.

    Sunday, May 22, 2011

    Confinement - Day 12

    Okay, first 3 days I was in the ward, there's nothing much I can do but to eat whatever they served me, which includes ikan cencaru (jacket fish), chicken, fried rice, eggs. OMG. Nasib baik takde pulak sakit-sakit, bisa-bisa badan. I've to eat bcoz mak tak sempat nak masakkan utk En Koji anta pada aku. And since I was bf my baby, so tahap kelaparan tu agak melampau. Nak tak nak terpaksa makan jugak, dahaga tak payah cakap la, aku bukan jenis minum air suam or makan roti krim jagung, but since tak tahan, berbotol jugak air suam aku minum, siap sms En Koji belikan roti jagung.

    Day 4 (after discharged), mak masakkan asam rebus ikan kerisi kot (tak ingat la), alamak tak ingat la, yang aku ingat mak ada masakkan asam rebus ikan haruan (requested by me, bcoz I tak lalu makan sup ikan haruan). Ikan haruan tu Nyah yang bawakkan masa dia datang melawat cuti Hari Wesak ari tu. Ayam ada makan jugak, ayam kampung goreng. I read somewhere, makan cuka utk kecutkan rahim, so ada satu hari tu aku request nak makan ikan masak cuka. So mak buatkan, cuka tu ekceli takde la rasa sangat. Tapi kan malam tu, perut aku kembung pastu sakit berdenyut-denyut kat dalam, maybe tempat kena jahit tu. Sapu Minyak Herbanika NR banyak kali pun x jalan, adoi...I guess cuka tu kalau orang bersalin normal ok kot, kalau czer tak leh kot. Or maybe it was just me yang tak tahan. Rendang daging pun ada gak makan.

    Like yesterday, mak dah goreng ikan merah. Tapi aku macam alamak takkan ikan goreng je kan, so aku bukak la buku Resepi Berpantang (Alaf 21), buat la ikan masak asam jawa or something la. Turn out horror, tak sedap langsung, hahah. Tapi terpaksa habiskan, kalau tak membazir, lagi pun aku takde lauk lain.

    But for the last few days, my diet secara rutin adalah:

    Breakfast: 2 keping roti Gardenia + susu pekat/jem strawberry/plain + 1 mug Milo + 2 scoop Enfamama

    Lunch: 1 mangkuk nasi putih, 1 jenis lauk, ulam-ulaman (pegaga/raja/selom/peria katak)

    Teatime: Kopi O/Milo

    Dinner: Sama macam lunch.

    Duh boring x yah cakap la, tapi what to do, makan saja, otherwise lapar, perut masuk angin lak. Sian baby.

    Tadi mak buat rendang daging.

    Tapi yg bestnya, aku ni kena pantang, tapi En Koji request aku masakkan ikan mayong masak lemak la, ketam masak lemak la, ikan sembilang kari la. Sabar je la, diorang makan best-best.