Showing posts with label Dinner. Show all posts
Showing posts with label Dinner. Show all posts

Monday, August 21, 2017

Dinner 15.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi!






Daging Masak Pedas

Bahan-bahan:

500 gm daging batang pinang – dihiris melawan urat
5 batang kacang buncis – dipotong serong 4 cm
1/4 batang lobak merah – dihiris bulat dan dibelah 2
5 biji cili padi merah – dipotong 2
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1 batang serai – diketuk
Beberapa titis kicap ABC
Garam dan MCR secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
1 inci halia – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan cili kisar dan serai. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan halia, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan kicap. Tumis hingga pekat dan masukkan lobak merah. Tumis lagi.
  3. Masukkan daging dan kacang buncis. Kacau rata, masukkan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan bawang Holland, cili padi, garam dan perasa. Kacau rata beberapa minit dan tutup api.

Friday, August 18, 2017

Dinner 9.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi!





Ikan Siakap Goreng Sweet Sour

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap – dikelar
Sedikit tepung jagung dan garam
Minyak untuk menggoreng

1/2 biji lobak merah – dipotong dadu
10 biji cili padi merah + hijau – dihiris kasar
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 inci halia – dihiris nipis dan dipotong mancis
5 biji tomato ceri - dibelah 2
1 senduk kecil cili kisar
1/2 botol sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Setitis minyak bijan
Air secukupnya
1 tangkai daun ketumbar – dibasuh bersih, asingkan akarnya, yang lain dicincang kasar
Garam dan MCR secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak agak banyak.
  2. Sementara itu, lumur ikan dengan tepung jagung dan garam rata-rata. Goreng di atas api sederhana hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di atas pinggan hidangan yang dihias dengan salad.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan 1 senduk kecil sahaja.
  4. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia dan tomato hingga layu.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili Thai, sos ikan, minyak bijan, lobak merah dan akar ketumbar. Kacau rata dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dan lobak merah empuk.
  7. Masukkan garam dan MCR dan separuh ketumbar. Kacau rata dan tuangkan ke atas ikan.
  8. Tabur dengan baki daun ketumbar.

Wednesday, May 17, 2017

Tak ingat bila

Assalammualaikum,

Boleh tajuk macam tu? Ni semua sebenarnya sebab dah lama terperap dalam draft, then gambar ori dalam phone dah lama removed so I can't remember when did I cook all these.

Anyway, straight to the recipes.

Sandwic Telur

Bahan-bahan:

Kepingan roti putih/wholemeal
Butter
Daun salad – dicuci dan dilap kering dengan kitchen towel
Cheese slices
4 biji telur rebus – dihancurkan/dilecek
Mayonis
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Sapu butter pada roti. Ketepikan.
  2. Masukkan mayonis, garam dan lada hitam pada telur dan gaul rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan cheese dan salad. Letakkan 1 sudu besar campuran telur dan ratakan. Tutup dengan sekeping roti lagi.
  4. Dengan menggunakan pisau roti, potong kesemua bahagian tepi roti kemudian potong segi tiga 2 kali. Ulang sehingga habis.




Ayam Goreng ala Pakapau

Bahan-bahan:

1 mangkuk ketulan ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 pokok daun selasih – dilurut
2 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
5 biji cili padi – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak hingga tinggal 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan masukkan sos tiram.
  3. Setelah sedikit garing, masukkan ayam, perasa dan daun selasih. Gaul rata dan tutup api.




Gulai Lemak Pucuk Paku dan Ikan Masin

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku – disiang daun dan bahagian lembut sahaja
3 keping potongan ikan kurau masin – dibasuh bersih
2 biji terung – dipotong ikut suka
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 air
1 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang kecil – dipotong kecil
5 biji cili padi
1 inci kunyit

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan sehingga berwap. Kacau selalu untuk elakkan santan pecah.
  2. Setelah mendidih, masukkan garam (rasa dahulu). Setelah ok dan mendidih, tutup api.




Salad dan kubis ungu


Sambal Tumis Ayam

Bahan-bahan:

7 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3/4 senduk sahaja. Tumis serai dan cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.



Masalodeh

Bahan-bahan:

2 cawan kacang parpu – direndam at least 4 jam (saya rendam dari pagi dan buat petang)
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dicincang
4 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 biji telur (optional)
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kacang parpu yang telah direndam dicuci bersih dan dikisar 3/4 halus bersama daun kari.
  2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan campurkan dengan bahan-bahan lain. Rasa garamnya.
  3. Panaskan minyak. Sementara itu, ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan kemudian tekan sedikit. Goreng hingga coklat keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.






Thursday, September 3, 2015

Dinner 1.9.2015

Ayam Masak Kicap





Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam – dipotong kecil
1 biji kentang – dipotong kiub besar
Sedikit serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat

Bahan-bahan tumisan:

2 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dicincang kasar
2 hirisan halia – dipotong halus
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
5 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1/2 sudu kecil cuka
Air secukupnya
Kicap masin secukupnya


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga empuk, angkat dan ketepikan. Sementara itu, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa kemudian goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak gorengan, tinggalkan dalam 3 sudu besar. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum dan layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga agak garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan kicap dan cuka dan tumis sebentar barulah dimasukkan air (ikut suka banyak mana). Kacau dan biarkan mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Perlahankan api, tutup kuali supaya ayam mesra dengan kuah.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa (secukup rasa), cili padi, cili merah dan bawang Holland. Kacau rata, setelah agak layu tutup api dan sedia dihidangkan.





Telur Dadar ala Thai





Sumber: YouTube

Bahan-bahan:

2 biji telur – dipukul rata
3/4 sudu besar sos ikan
1/2 biji bawang Holland – dicincang kasar
1 biji cili merah – dihiris kasar
1 cawan minyak (untuk deep-frying)

Cara-cara:


  1. Sediakan kuali yang agak ‘deep’. Panaskan minyak.
  2. Sementara itu, satukan bahan-bahan lain.
  3. Setelah minyak cukup panas, tuangkan telur yang dipukul dari aras yang agak tinggi secara sedikit demi sedikit. Ini akan membuatkan telur dadar ‘crispy’. Perlahankan api, dan goreng hingga kekuning-kuningan di kedua-dua belah.
  4. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.






Ikan Pekasam Goreng





Bahan-bahan:

1 ekor ikan pekasam
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
1 biji cili merah – dihiris kasar
5 biji cili padi – dihiris kasar
Segenggam petai yang telah dikupas
Minyak untuk menggoreng
Hirisan limau nipis (hiasan)


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan pekasam hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang Holland, cili merah, cili padi dan petai hingga layu. Angkat, toskan minyak dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
  3. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan limau nipis dan sedia dihidangkan.

Saturday, March 8, 2014

Dinner 7.3.2014 (Fri)

Menu:
Nasi putih
Ikan merah masak kicap
Ikan pari masin dengan bawang
Kailan ikan masin


Ikan Merah Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ketul ikan merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dibelah 2 tanpa putus
5 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit air
Minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan kuali yang sama, tinggalkan 4 sudu besar minyak. Tumis cili kisar sebentar, kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat dan kicap masin. Tumis sehingga terbit minyak dan masukkan air.
  3. Setelah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, ikan, bawang besar dan cili merah. Setelah kuah agak pekat, tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Kailan Ikan Masin

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 paket baby kailan - asingkan batang dan daun
1 potong ikan masin tenggiri - dicincang
2 biji cili padi merah - diketuk
3 ulas bawang putih - dicincang kasar
2 biji bawang merah - dihiris
1/2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak, goreng ikan masin hingga garing.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Tumis hingga layu.
  3. Masukkan batang kailan dan tumis sebentar, masukkan 1/4 cawan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan daun kailan dan sos tiram. Masak hingga agak layu dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Thursday, December 20, 2012

ASAM PEDAS IKAN SENANGIN

Untuk dinner malam tadi, aku decide buat asam pedas aje...sesekali makan lain dari selalu...asyik-asyik kari, sambal pun boring juga. Tapi slack pulak, daun kesum takde, so aku gantikan dengan daun limau purut. Boleh kot...

ASAM PEDAS IKAN SENANGIN

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 keping ikan senangin
1/2 kuntum bunga kantan + batang
1 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik
3/4 mangkuk air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
1 genggam cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan bakar


Cara-cara:
Panaskan minyak (lebihkan sedikit), tumis bahan kisar dan serai yang dititik hingga betul-betul garing dan pecah minyak.

Masukkan air asam jawa (ikut suka nak masam/kurang masam) dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan, bunga kantan + batang dan daun limau purut. Didihkan sekali lagi.

Masukkan garam secukup rasa. Setelah mendidih, tutup api.

Wednesday, December 19, 2012

SAMBAL BELACAN

Sambal belacan sekadar penambah hidangan dinner semalam. Sebab kedua-dua lauk yang ada agak kering dan tak sure yang lain-lain tu nak makan ke tak, sebab menu baru kan. So, jalan selamat, goreng ikan sembilang yang ada balance 3 ketul lagi dan rebus kangkung untuk dicicah dengan sambal belacan.



SAMBAL BELACAN

Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 1/2 biji cili merah - dibuang biji
5 biji cili padi
1 biji bawang merah
1 inci belacan
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh garam
1/4 biji limau nipis - diambil jusnya


Cara-cara:
Tumbuk kesemua bahan kecuali jus limau hingga halus.
Akhir sekali, tambahkan jus limau nipis.


AYAM MASAK LEMON

Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ketul (besar) isi ayam - dipotong dadu
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu teh rosemary kering
1/2 sudu teh mixed herb
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Traffic light capsicum - dipotong ikut suka
1/2 biji lemon - diambil jusnya

Bahan-bahan tumbuk kasar:
2 1/2 biji cili merah - dibuang biji
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah


Cara-cara:
Tumbuk halus lada hitam dan rosemary. Gaulkan pada ketulan ayam bersama-sama 1 sudu besar Cukup Rasa. Perap 15 minit. Kemudian, masukkan tepung gandum dan gaul rata supaya bersalut sepenuhnya pada ayam.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar hingga garing.

Masukkan sedikit air dan jus lemon. Setelah mendidih, masukkan capsicum, Cukup Rasa dan ayam. Gaul rata, jika suka kering, masak lama sikit.

Monday, December 17, 2012

KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
Secekak kangkung - dipotong, asingkan batang dan daun
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk:
Sedikit ikan bilis - dibasuh
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2 inci belacan


Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing.

Masukkan sos tiram dan tumis sebentar.

Masukkan batang kangkung, kacau sebentar, masukkan sedikit air.

Kemudian, masukkan daun kangkung, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sayur agak layu dan angkat.

IKAN MERAH MASAK KICAP

Bahan-bahan:
3 keping ikan merah
Sedikit kunyit dan garam
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 senduk cili kisar (cili kering + bwg besar + bwg putih + belacan)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 biji cili merah - dibelah dua tak putus
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
Gaulkan kepingan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan sedikit minyak dan tumis cili kisar hingga garing.

Masukkan sos tomato dan sos tiram dan tumis lagi.

Masukkan kicap dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan ikan, bawang besar dan cili merah.

Masak sekejap barulah diangkat.

Sunday, December 16, 2012

SPAGHETTI MEATBALL

Dinner malam ni, buat spaghetti meatball untuk mak. Selalu buat guna minced beef biasa aje, tapi malam ni saja nak explore buat meatball, resepi sukahati aje. Untuk sos pulak, hari tu pegi kedai tak jumpa brand Prego, so ambik je brand Adabi, rasa dia ok jugak.


Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 paket spaghetti - follow instructions on packet, toskan airnya
1/2 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3 biji shiitake mushroom - dihiris nipis
1 sudu besar olive oil
1/2 botol sos spaghetti (aku guna Adabi Mushroom)

Untuk meatball:
1/2 paket daging cincang - thawed/dinyahbeku
1 biji bawang besar - didadu halus
1 pokok daun sup - dicincang halus
1/2 sudu teh mixed herb (bottled)
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung gandum


Cara-cara:
Mula-mula buat meatball dulu.
Campurkan kesemua bahan dan kepal-kepalkan menjadi bebola.
Panaskan olive oil dan goreng meatball (browning). Angkat dan ketepikan.



Sementara menggoreng meatball, rebus spaghetti.
Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cendawan dan tumis lagi hingga layu.
Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.



Setelah mendidih, masukkan meatball. Jangan gaul kuat sangat, nanti meatball pecah.
Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah ditoskan air.
Gaul rata dan angkat.

Langsai

Thursday, December 13, 2012

KERAPU MASAK TIGA RASA

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit air
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa

Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan dan goreng dalam minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Letakkan di dalam pinggan hidangan.

Bahan-bahan lain:
5 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang kuning - dicincang
3 hirisan nipis halia
1 helai daun pandan
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 helai daun limau purut - dihiris nipis
1/2 kuntum bunga kantan - dihiris nipis
3 biji cili padi - dihiris nipis
8 ketul nanas kiub dalam tin - dibelah 2
Capsicum traffic light - dihiris kasar
3 tangkai daun sup - dihiris 3 cm panjang
3 tangkai daun bawang - dihiris 3 cm panjang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kuning, daun pandan dan halia hingga layu.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan sos tiram, sos cili Thai dan sos cili dan tumis lagi.
Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam.
Akhir sekali, masukkan capsicum, daun limau purut, daun bawang, daun sup, cili padi, bunga kantan dan nanas. Kacau sebentar dan tutup api.
Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Tuesday, December 11, 2012

KARI IKAN SEMBILANG

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
7 ketul potongan ikan sembilang - dibersihkan
4 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
3 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris kecil
3 1/2 sudu besar rempah kari ikan Baba's
1 sudu besar cili kisar
3/4 cawan air asam jawa
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Satukan rempah kari, cili kisar dan sedikit air untuk dijadikan pes.
Panaskan minyak, tumis bawang kecil, bawang putih, halia, daun kari dan halba campur hingga layu dan wangi.
Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan didihkan.
Masukkan ikan dan air biasa dan kacau sekali sekala hingga masak.
Perasakan garam dan setelah mendidih dan masak, tutup api.

Monday, December 10, 2012

LALA TUMIS CILI PADI

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1/2 kg lala - dibersihkan
1 batang serai - dititik
5 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugur
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
1 biji cili merah

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan tumis seketika.
Masukkan lala dan sos tiram. Tambah sedikit air jika perlu.
Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sunday, December 9, 2012

Butter Cake for Haqimie's Birthday

BUTTER CAKE

Sumber: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 buku butter Anchor - dipotong dadu
1/4 buku butter SCS - dipotong dadu
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur gred B - suhu bilik

Hiasan:

Hershey's Chocolate Sauce
Fresh strawberries

Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 20-30 minit.
Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda. Kacau  rata dan ketepikan.
Dalam mixer bowl, satukan gula dan butter. Pukul bermula dari perlahan hingga ke laju sehingga campuran menjadi putih dan gebu.
Masukkan esen vanilla, selang-selikan masuk telur dengan tepung sehingga habis. Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. 15 minit terakhir boleh kurangkan suhu ke 160 darjah C. Test dengan garpu sama ada kek sudah masak atau belum. Biarkan 10 minit dalam oven sebelum disejukkan di atas redai.

Nota:
Ini first time aku pakai silicone mould. Selepas 40 min, kek masih belum masak. So aku tambah 10 minit lagi masa baking, dan kek masak perfect.




Kek masih belum set sepenuhnya dah keluarkan dari acuan, so agak hodoh la rupa paras. Haqimie la tak sabar nak potong kek. Next time, kena biar dalam oven dulu baru sejukkan kat luar then baru hias.


Hasil selepas dihias secara ekspres, boleh laa...janji rasa sedap....

Thursday, December 6, 2012

HALF AND HALF PIZZA

Kali ni aku improve my dough by using CMG method, tambah bread improver. Basic dia still sama dengan LG dan DJ.

HALF AND HALF PIZZA (SEAFOOD AND SPICY LAMB SAUSAGE)

Sumber rujukan: CMG, LG, DJ
Olahan: mrskojiwami
'


Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung superfine
1 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver
2 sudu teh yis kering
1 cawan air suam
1 sudu teh gula

Bahan-bahan inti (seafood):
Hirisan capsicum traffic light - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
7 ketul kiub nanas dalam tin - dihiris nipis
1/4 tin spicy tuna in oil - dipecah-pecahkan
2 batang filet isi ketam (panjang) - dihiris kasar
Sos Thousand Island
Sos tomato
1 keping slice cheese


Bahan-bahan inti (lamb sausage):
2 batang spicy lamb sausage (aku beli kat Grocer's Village (ke Village Grocer?) - dihiris kasar
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji shiitake mushroom - dihiris nipis
Sedikit hirisan capsicum merah
3 keping slice cheese

Cara-cara:

Untuk membuat doh:
Larutkan gula dalam air suam. Masukkan yis kering dan biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
Sementara itu, satukan tepung superfine, garam, susu tepung, bread improver dan olive oil.
Setelah yis berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.
Uli tepung hingga kenyal, kalau masih lembik dan melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung hingga dapat doh yang licin dan tidak melekat pada tangan ataupun mangkuk.
Rehatkan doh selama 1 jam, cover dengan tuala lembap. Biarkan di tempat bersuhu suam/panas.


Untuk taburan inti:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit.
Setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
Lengser loyang dengan sedikit olive oil.
Tekan-tekankan doh ke dalam loyang mengikut ketebalan yang dikehendaki dan ratakan.


Tuangkan sos tomato, dan ratakan ke seluruh permukaan doh.
Taburkan inti seafood dan lamb sausage pada dua bahagian sebelah menyebelah.



Akhir sekali, utk seafood, tuangkan sos Thousand Island.
Untuk lamb pulak, tabur cheese yang dicarik-carik.
Bakar selama 20-30 minit mengikut keperangan doh yang dikehendaki.

DAGING DENDENG ala CHE SUE

Sepatutnya rebus dulu daging, baru perap dengan cuka dan kicap. Tapi memandangkan tak sempat, aku leburkan je semua dalam sambal dia, baru la tambah apa yang patut. Anyway, rasa dia tak lari sangat la, cuma agak berkuah sikit. Tapi manis daging tu maintain.

Sumber asal: Che Sue
Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan:

800 gm daging batang pinang - dipotong ikut suka
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar/termasuk akarnya sekali
1 batang serai - dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar cuka
Kicap manis + masin secukupnya
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan-bahan kisar:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 biji buah keras
1 1/2 genggam cili kering - direbus dan ditoskan bijinya

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis serai titik hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, serbuk kunyit, akar daun ketumbar dan daun pandan dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan biarkan air daging keluar sambil dikacau sekali-sekala.
Setelah mendidih, masukkan cuka, kicap manis + masin dan daun ketumbar. Tambah air jika perlu.
Didihkan hingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.

Wednesday, December 5, 2012

SAMBAL UDANG PETAI DAN TEMPOYAK

Sumber: CMG
Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
15 ekor udang tanpa kulit dan dibuang urat hitam
1 paket petai yang dikupas
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
1/4 cawan susu cair (sebab santan takde)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar tempoyak
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak, garam dan gula

Bahan-bahan kisar:
2 biji cili merah
12 biji cili padi
1 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik hingga harum.
Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kunyit dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tempoyak dan masak seketika.
Masukkan petai.
Masukkan susu cair dan didihkan.
Setelah mendidih, masukkan udang dan didihkan lagi.
Masukkan garam, gula, asam keping dan daun kunyit. Sesuaikan rasa.

Tuesday, December 4, 2012

Ikan Merah Masak Kicap

IKAN MERAH MASAK KICAP

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:

3 keping ikan merah (bahagian isi)
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis (Kipas Udang)
3 tangkai daun sup
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan sos tomato. Masukkan sedikit air jika perlu. Didihkan.
Masukkan kicap manis, ikan dan daun sup. Didihkan hingga masak.

Thursday, November 29, 2012

Pizza...again...

Kelmarin, time aku tgh buat sardine puffs tu, mak tanya, buat pizza ke? Aku jawab la tak, buat sardine puffs, kenapa nak pizza ke? Boleh jugak kalau buat...Tapi time tu puffs pun dah agak banyak, so aku kata la esok (semalam) la buat pizza.

So balik keje, terus singgah kedai. Ingat nak beli crabsticks tapi pegi 2 kedai dua-dua pun takde. So beli je la canned tuna ngan canned pineapple cubes. Sosej dan daging ayam cincang ada lagi kat rumah,

Cuma terlupa nak beli canned button mushrooms, tapi yang ada pun will do...tu pun topping dah penuh giler. Semalam buat 2 bancuhan (disekalikan), konon nak buat seafood pizza satu chicken satu la. Tapi En K pegi keje awal pulak semalam so kansel la buat seafood tu. Balance doh aku simpan dalam peti ais, cover ngan napkin lembab. Tgk la esok jadi apa.

PIZZA CAMPUR

Bahan-bahan doh (yields 2 pizzas):

4 cawan tepung gandum
2 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
4 scoops susu tepung
2 cawan air suam
2 sudu teh gula
4 sudu teh yis segera

Cara-cara:

Larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis. Biarkan berbuih lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, satukan tepung, garam, olive oil dan susu tepung.
Tuangkan yis yang sudah berbuih sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat. Kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung dan uli hingga kenyal.
Rehatkan doh selama 1 jam, tutup permukaan mangkuk dengan napkin lembap utk mengelakkan doh menjadi kering.
Selepas sejam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh dicanai dalam pan/loyang yang sudah digris dengan sedikit corn oil.







Topping:

1/4 tin tuna dalam olive oil - dicerai-ceraikan/omit olive oil dalam tin
1/4 tin nenas dalam tin - dihiris kecil
1/4 biji capsicum kuning - dihiris nipis
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
1 batang sosej cheese - dihiris nipis
2 keping cheese - dikoyak-koyakkan
sedikit sos tomato
3 tangkai daun sup - dicarik-carik daunnya
sos Thousand Island secukupnya

Cara-cara:

Ratakan sos tomato di atas doh yang telah dicanai/ditekan dalam loyang.
Taburkan topping rata-rata.
Akhir sekali, taburkan cheese dan tuangkan sos Thousand Island.
Bakar selama 20-30 minit (hingga keperangan) pada suhu 180 darjah C.