Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

VMD Family Day ~ Day 3

Assalammualaikum,

Day 3 ~ 26.3.2017 (Sunday)

Hari last di sini. Pagi2 macam biasa dah bangun dan mandi. Qimie pergi memancing dengan Zairi. Pukul 8 am join Ley Sean breakfast di cafe. Hari ni ada kuey teow goreng, nasi goreng, nasi impit/bihun soto ayam, kuih karipap, kuih ketayap, buah tembikai, kopi/teh. Kenyang dan sedap, alhamdulillah.

Lepas makan, saya, Ley Sean dan En K ke jeti tengok nelayan baru sampai dari laut bawa naik ikan ke pasar. Rambang mata nak pilih ikan apa. En K tunggu ikan merah katanya. Saya dah aim ikan senangin sedang2 besar tu.

Macam2 jenis ikan, yang tak pernah tengok pon banyak. Pastu ada ikan yu warna merah2 sikit, saya tgk ada makcik ni beli, saya tak penah pulak makan ikan tu, scary pon ya, besar sangat.

Ada tokey2 restoran, pakcik makcik dengan customer resort yang lain dok berebut ketam, diorang booking dulu la apa la, hahah. Tak jadi En K nak beli ketam, tengok diorang bergaduh camtu. Lagipon tak sempat pon nak ambik, sebab sampai je, terus nelayan tu timbang dan packing, dah ada orang punya la tu. Tak lama pastu, Zairi and fam, Mike dan Siti pon datang. Masing2 memborong ikan.

En K dan saya beli:
2 ekor ikan merah
2 ekor senangin
1 kg udang = RM25/kilo (murah kot, minggu lepas beli kat pasar borong saiz sama je, RM36/kilo)
1/2 ekor ikan pari
1 ekor ikan bintik2 tak tau nama, En K kata ramai beli so dia nak try
1 ekor ikan mayong sedang

Semua ni RM110... pada saya murah la... berbanding harga kat KL tu ha... Lepas check out semua gerak ke restoran semalam. Hari ni saya pilih ikan merah masak asam pedas, ulam + sambal belacan.

Dah settle makan dan sembang2, say goodbye. Saya dan fam gerak sendiri, yang lain2 ada yang ikut Mr Ko ada yang sendiri. Tapi time balik tu ada la sesat barat juga, at last sampai Kota Damansara dalam pukul 8.30 pm. Terus je dinner di Fazlina Maju. Memang la ada ikan fresh tapi masalahnya tak basuh semua lagi, pukul berapa nak siap basuh, siap masak dan makan pulak kan.

Sampai rumah pon dah penat giler, sumbat je ikan2 tu semua dalam besen pastu sumbat dalam fridge. Esok je la basuh dan simpan elok2. Mandi dan terus zzzzzz....

Wednesday, March 29, 2017

VMD Family Day ~ Day 2

Day 2 ~ 25.3.2017 (Saturday)

Awal pagi dah bangun dan siap mandi. Saya la, yang lain tak. En K dan Qimie join Zairi fishing. Dalam pukul 8 am, Ley Sean dah panggil semua orang turun breakfast. Ada nasi lemak, kuey teow goreng, kuih-muih... sedap masakannya. Dah settle breakfast, saya dan En K pergi ke pasar kat jeti betul2 berdepan dengan resort. Best betul tengok ikan macam-macam jenis, ada yang tak pernah nampak pun. Ramai jugak orang tempatan yang datang, peraih dan tokey-tokey restoran datang, berebut ikan dan seafood. So, saya dan En K decide esok sebelum check-out nak beli ikan, tapi En K lupa bawak ice box Coleman dia, saya paksa dia gi beli ice box polisterene time nak keluar nanti. En K beli ikan belanak RM5 nak buat umpan katanya.

Pastu, balik ke resort, saya decide pegi join the wives kat area pool. So baru la officially berkenalan dengan Siti (wife Jamal), Jijie (wife Zarin), Shaz (wife Zairi), wife Mike tak tau nama, ada la tegur sikit2 tapi dia nampaknya lebih suka lepak dgn husb and anak2 dia je, mungkin dia segan kot, oh ye she and Mike are Chindians ... Siti boleh tahan kelakar juga orangnya, ada je benda dia sembang... Jijie pon banyak sembang. I guess me and Shaz je banyak jadi tukang dengar, hihi dan ketawa...

Lama juga lepak tepi pantai tu, seriously panas terik, masuk bilik dalam pukul 10.45 am, I thought I got two shades darker kot, huhu.... Mandi lagi sekali, panas .... Oh ya, Ley Sean dah pesan pukul 12 pm, berkumpul kat cafe kita nak cari lunch kat luar dan seterusnya round Mersing.

Dah pukul 12 pm, almost semua pon dah ready so kami gerak keluar dari kawasan resort, corner kiri dan teruskan depan sikit, ada satu restoran tepi bendang. So decide nak makan kat situ. Lauk2 kampung yang nampak sedap. Saya ambil ulam pucuk gajus, ulam daun selom, sambal belacan dan ikan keli sambal hijau. Memang sedap. Oh ya total people untuk trip ni 19 dewasa, 13 kanak-kanak.... dan masa Ley Sean nak bayar saya dengar total 32 orang makan ni hanyalah RM135! Wow biar betul murah giler dah la sedap.... Dinner kat cafe semalam RM300++...

So we all decide jalan sendiri2. Saya dan fam terus ke Mersing ikut jalan pantai. Ada carnival, wedding dan lalu tempat pusat jualan keropok lekor. Rasa macam kat Terengganu pulak. Ingat esok sebelum balik, nak singgah beli keropok lekor. Carnival tu nampak menarik, tapi mengenangkan cuaca yang sangat sangat panas, tak jadi la nak singgah. Pergi pekan Mersing, beli ice cream. Saya bukan la penggemar ice cream, tapi cuaca macam ni rasa nak basah tekak dengan benda sejuk. Jumpa ice box polisterin harga RM7.50 yang kecik. Ok la tu.... pastu En K kata balik resort dulu la, sat gi keluar balik sebab panas sangat... ok... sampai resort we all tido... dlm bilik sejuk ok la kan. Saya tak larat nak join the wives kat pool tu ha...panas takut sat gi migrain datang pulak.

Malam ni ada BBQ. Ley Sean dah order dengan cafe untuk 25 orang makan. Diorang buat BBQ ni betul2 depan our room. So, saya pon kemas la sikit2, sure bilik ni jadi tontonan sat gi. So lepas mandi semua, saya pon join Mr Ko, Ley Sean dan Stefan at BBQ tu. Saya tolong buat sandwich tuna sempo je. Yang lain-lain dah start datang terus bakar-bakar.

Menu yang ada:
Nasi goreng Cina
Bihun goreng Singapore
Keropok lekor
Fries
Fruits
Kopi/Teh/Orange cordial
Milo pudding
Mixed salad
Sandwich tuna
Kerepek
Chocolates
5 types of sauces
Prawns
Squids
Hot dogs
Ikan pari
Ayam
Ikan cencaru


Yang saya makan adalah 1 senduk nasi goreng, 1 senduk bihun, 1 1/2 ketul ayam, 1 ekor udang, 1 ekor sotong, ikan pari sikit...pastu saya dah kekenyangan... tak larat walaupun teringin nak makan lagi... BBQ kot kan... so saya ingat relax sat pastu nak makan lagi... tapinya tak pon sampai ke sudah...

Join lepak dgn the wives sampai dekat pukul 11 pm. Baru la saya tau, diorang semuanya housewives, the recent ones is Shaz, baru je quit three months ago. Saya sorang je la yang masih bekerja. Pastu the wives masing2 gerak ke bilik, ye la diorang semua ada anak kecik, saya je takde... tapi takpe jugak saya pon rasa nak tido dah ni... yang bujang2/laki2 orang semua still lepak sampai pkl 2 pagi. Saya dah lama hanyut haha

VMD MV Family Day ~ Day 1

Assalammualaikum,

Last weekend kami sekeluarga join Family Day VMD, En. K's company. Ini first time kami join as a family, sebab sebelum ni their annual holiday just for staffs sahaja, pergi pulau and so forth. Kebetulan kali ni, one of the staffs got married, so they decided to hold a family vacation after we go to the wedding.

Day 1 ~ 24.3.2017 (Friday)

Kenduri kahwin Anuar hari ni di Kuala Rompin, Pahang. So, kami mulakan perjalanan seawal 6.30 pagi dari Sg. Buloh, sebab En. K pun ingat-ingat lupa jalan ke arah sana. Sebelum ni, dah 2 - 3 kali ke sana, tapi dah lama. So, on the way tu, Mike call, dia nak start gerak bila kami dah sampai Kuala Pilah, sebab rumah dia kat Nilai so dah dekat. Saya dah siap-siap bawa air Nescafe panas, supaya tak mengantuk la kan. Tapi tak sempat nak breakfast lagi sebab En. K terus nak gerak je ke sana. So, kami sampai area Batu Kikir, call Mike dia kat mana, tapi rupanya dia dah jauh di belakang. So kami gerak sampai ke Jempol, simpang ke Muadzam Shah, tunggu kat situ. Tapi nak dekat 45 minit juga Mike tak juga sampai, so En. K call kata kitorang gerak dulu. Singgah makan kat restoran tepi jalan, tapi as usual kitorang mesti salah pilih kedai :(.

Tak nak tulis nama kedai, tapi masakannya tak sedap, dan overcharged. Tak berbaloi langsung. Dan yang paling tak best, bila gerak ke depan lagi rupa-rupanya banyak je lagi gerai-gerai yang memang ramai orang dan nampak meriah. Hmm... tak apa la, dah rezeki kami setakat tu je. Cuma tu la, kami ni kalau makan something yang tak kena kat tekak, kena pulak harga mahal, rasa ralat dan rasa tak puas makan. Tapi kami decide, makan time kenduri je la nanti.

So, teruskan perjalanan, singgah di Lanjut Beach Resort. Actually, kat sini cadangan asal nak buat family vacation, tapi tak jadi sebab Ley Sean kata tak cukup bilik untuk kitorang semua. Nasib baik juga tak stay kat sini, sebab nampak agak boring la... dan pantai pun tak cantik.

Send location kat yang lain-lain, diorang still jauh lagi kot. So kitorang pun lepak tepi pantai kejap, sejukkan enjin. Lepas 1/2 jam, start gerak ke Pantai Lanjut then decide tunggu yang lain-lain kat sini je.

Dalam 1 jam jugak kot kitorang lepak, send location semua, barulah semua sampai (4 buah kereta), Mr Ko and co, Stefan and co, Adam and co, Jamal and fam dan Zairi and fam datang all the way from Tanjung Gemuk sebab dia holiday kat Tioman sebelum tu, tapi Mike and fam still tak sampai lagi. Zarin and fam pulak kita jumpa kat kenduri je terus. So, sementara tunggu Mike, kami semua lepak minum air kelapa kat food court. Tapi yang lain-lain end up makan tomyam la, mi goreng la, nasi paprik la.... kata nak pegi kenduri.... huhu

Then, lepas dah sembahyang Jumaat dan Mike pun dah sampai, we all pun teruskan perjalanan. Kali ni Mr. Ko yang guide our way. Sampai rumah kenduri dalam pukul 2 lebih, pengantin pun belum sampai. Kita makan dulu. Lauk kampung yang sedap, ada nasi hujan panas, tapi as usual saya mesti la pilih nasi putih je. Lauk pulak, saya ambik ayam goreng berempah, sambal belacan, gulai lemak nangka. Sedap. Yang lain-lain pilih daging kurma. Tapi since saya masih menjaga portion makanan, ambik sikit je la nasi, tapi alhamdulillah takde pulak craving pastu.

Zarin pun dah sampai masa ni. Pengantin pun sampai dalam 3.30 pm kot. Cuaca kat Kuala Rompin seriously panas giler....berlengas masing-masing. Dalam pukul 4 pm, kitorang start gerak ke Mersing. Tujuannya ke Fishing Bay Resort, tempat kitorang akan menginap 3 hari 2 malam.

Mr Ko masih jadi guide kitorang. Altogether 8 buah kereta - fully loaded. Sampai kat resort, lepak dulu tengok pantai, sementara Ley Sean uruskan urusan check in. Tempatnya cantik, betul-betul tepi pantai (Teluk Buih). Ada pool, ada la aktiviti kayak, archery, rabbits, fishing of course. Settle check in, family saya dapat bilik paling besar, dan yang paling best memang betul-betul mengadap pantai, buka je pintu tu dia pantai dalam 15 langkah kot. Best! Bilik saya ada 1 katil king dan 1 katil single, ada halaman. Tapi sayangnya, TV tak boleh guna. Takpe la, datang sini nak rehat dan enjoy. So sepanjang 3 hari tu memang we all TV-less la... kids pun tak kisah, dapat pool, dapat kawan baru lupa dah pasal TV. Seharian main pool, sampai sunburn masing-masing.

Saya pun tak risau nak biar diorang sebab ramai yang tukang tengok haha.... malas nak lepak kat luar lagi, sebab panas terik dan nak mandi, berlengas sangat. Dah petang sikit, baru la keluar.

Untuk dinner, semua sepakat nak dinner dalam cafe resort je. Ada tomyam, ikan cencaru bakar, sotong sambal, udang sambal dan banyak lagi la. Sedap juga, cuma portion agak sikit dan pricey la kan. Tapi saya masih berjaya control portion makanan, so memang makan nasi sikit je.

Lepas makan, saya tak tau nak buat apa. Saya segan pulak nak pegi sembang ngan the wives, sebab tak kenal dan tak tau macam mana nak start conversation. Hahaha... last-last saya balik bilik. Lepak sambung baca novel, Rapture by Lauren Kate.

Malam tu tido awal, sebab memang dari 6.30 am berjaga kan. Penat... nasib baik bilik sejuk...







Happy Rayyan


Useful info


Useful info


Useful info


Surrounding





Jeti berdekatan Pasar Nelayan, Teluk Buih, ikan fresh baru naik


Pasar Nelayan, Teluk Buih, Mersing


First time tgk ikan ni, x tau nama


Lobster hidup lagi

Thursday, September 18, 2014

School holiday

Saturday (13.9.14)
Unplanned…as usual. By Saturday morning, En K asked me, do u want to go for a holiday? I asked where to? He said, Kelantan.

So, told Mak and started packing for the trip. He always like this…ad-hoc plan. So I packed whatever I can think of, hoping that it will last until Tuesday.

We had lunch first at Restoran Rasamas. Then, the journey started. We travelled through Bentong and Gua Musang. At first, we wanted to go straight to Kota Bharu, but when we arrived at Kuala Krai, it was already 7.30 p.m. and Waze stated that Kota Bharu is 1 hour + away. So we decided to spend the night at Kuala Krai. We stayed at a budget hotel, Hotel Mikraj. The rate is RM110 for a family room, consisting of 1 double bed, 1 single bed. Went out for dinner at a nearby restaurant. The kids wanted roti canai so it's on the menu. The roti canai was good, but the gravy is quite sweet for me but the kids love it, so no issue.

6 roti canai kosong
2 fried meehoon
1 tom yam meehoon
3 teh o ais
1 nescafe ais
1 teh tarik

Sunday (14.9.14)

Before continuing our journey to Kota Bharu, we had our breakfast at the same restaurant. The kids still wanted roti canai. I ate nasi berlauk gulai ayam.

6 roti canai kosong
1 nasi berlauk gulai ayam
1 kopi o ais
1 teh tarik
1 nescafe ais
3 teh o ais

We continued our journey to Rantau Panjang. Bought a bag of Thailand rice (no starch) for RM12. Also bought 2 bottles of tom yam paste (RM7 per bottle), 1 pack of pulut susu (milky glutinous rice) for RM5. And I got my new pestle and mortar here (bigger than what I have in my home) for RM28 (supposed RM30). En K bought some jerseys.

Had our late lunch at a roadside restaurant.

2 sets nasi kerabu kuning + daging bakar
1 nasi goreng USA
1 nasi putih + paprik ayam
1 nasi goreng udang
1 nescafe ais
1 kopi ais
1 kopi o ais
3 teh o ais

As the day went by, we searched for a hotel to spend the night. It was raining, and all the hotels were full house. Dang! I called so many hotels and home stays until I found one in the city centre, they got a family room for RM150. But when we reached there, we thought better let it go, the hotel looked scary, haha. So try to find another hotel in Pantai Cahaya Bulan but also full house. At last we found one, Hotel Bintang (can't remember) also for RM150 (family room – 2 double beds). As for dinner, we just went to the nearby restaurant.

2 lamb chops
1 fried mee
1 fried meehoon
2 roti canai
1 fries
1 nescafe ais
3 teh o ais
1 kopi o ais
1 nescafe suam

Monday (15.9.14)
Next morning, we tried to find the famous Kopitiam Kita for breakfast, but to no avail. Waze kept gave us the wrong direction. So we thought it was not our rezeki to try the roti titab then. We end up had our brunch at a restaurant that served freshly cooked Kelantanese dishes.

4 sets white rice with fried catfish + pickles
1 set white rice with duck curry + pickles
2 Teh O Ais
1 iced Nescafe
1 teh tarik

We continued our journey to Pasar Besar Siti Khadijah. Mak bought her favourite turtle eggs (the rest of us felt very weird about it). 1 pc for RM4! I still remember Mak used to buy turtle eggs in Pasar Besar Ipoh when I was little. It was only 80 cents those times. She bought 3 pcs for RM11 (fresh). We also bought some cendawan kukur (RM5), jeruk maman (RM1 per packet), cili solok (RM2 for 7 pcs), jeruk (fruit pickles) for Kak Anie (my SIL), RM2 per packet (mango, kelubi, anggur, cermai). I searched for Rempah Cap Bunga Ros but can't find it. But I bought some homemade spice powder for RM1 per packet (rempah gulai darat, kerutup).

Continued our journey to Kuala Terengganu. Since we didn't book any hotel, I call Tabung Haji but it was full house. I tried to call KT Beach Resort and made a booking (RM170 for family room – 1 double bed, 2 super single beds).

Reached Kampung Losong around 6.30 p.m. There was a long queue at one of the outlets but En K willing to queue. He bought 2 packets of fried keropok lekor. I was worried that the hotel will release my booking since it was quite late already. After that, we went to the resort and luckily they still kept the room for us.

As for dinner, we went to a restaurant in Batu Burok Beach. It was raining heavily that night.

2 fried meehoon
2 nasi goreng kampung
1 sup tulang
1 Nescafe tarik
1 Nescafe ais
3 teh o ais

Tuesday (16.9.14)

Breakfast at a roadside stall. Went to Batu Burok beach and let the kids flew their kites for a while.

3 nasi lemak with sambal ikan
2 nasi kerabu ayam bakar
1 pulut kuning gulai ikan
1 sandwich
1 Nescafe ais
3 teh o ais
1 kopi suam
1 teh tarik

Went to Pasar Payang. Mak bought another 3 pcs of turtle's eggs (cooked) for RM10 (cheaper than Kelantan). We also bought some frozen roti canai, some junk foods, dokong, mata kucing, fruit pickles, nasi dagang rice and some other things. I searched for Rempah Cap Bunga Ros but when asked at two stalls they said it was sold in kampung area only.

But I tried to ask another stall and luckily the Mak Cik got it. So I bought 2 large packets of Rempah Gulai and 2 small packets of Rempah Masak. Got to google the recipes using this two types of spices.

Around 3 pm we started our journey to Kuantan. Reached Tanjung Lumpur at 6 pm. Kids flew their kites again. Ate dinner at Ana Ikan Bakar Petai. Ordered ikan pari baker petai, lala masak pedas, sup tulang. Continued our journey to Jengka 10 to fetch my brother.

Reached his house at 10 p.m. Around 11 p.m. continued our journey home. Reached SB around 2.30 am. The next day (Wednesday 17.9.14) ponteng keje huhu.

My brother bought KLX motorcycle from En K. That's why he followed us home, to settle all the documentations. He went back to Jengka 10 around 3 pm.

What a tiring journey but we had fun of course.

Wednesday, July 17, 2013

Happy advanced birthday Qayyum

Today (14th July 2013) is iftar day 5. Esok (15th July 2013) birthday Qayyum yang ke-6, tapi memandangkan bulan puasa, kita sambut a day earlier which fall on Sunday. He requested for a chocolate cake (what else if it's Qayyum anyway), so his wish was granted by his mummy, an amateur baker :). Malam sebelum tu, pi melawat my MIL yang datang lepak KL kat rumah anak bujang dia di KD tu, MIL bekalkan pisang awak (ke abu?) so tak nak la typical cekodok pisang, Mrs K pun google la, jumpa resipi apam pisang coklat urai by Azlita Masam Manis. Haqimie punya suka la, sedap dia kata. Qayyum dan Rayyan tetap setia ngan choc cake :).

Untuk lauk berbuka pulak, Mrs K masakkan untuk mak, sotong telur masin, then untuk the rest kari asam pedas ikan merah. Gabungan kari dan asam pedas.


SOTONG TELUR MASIN
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong panjang – dibuang kulit luar (purple) dan dihiris bulat
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, lenyek-lenyekkan
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih – dicincang
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
Minyak

Cara-cara:

  1. Gaulkan sotong dengan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit dan Cukup Rasa. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan dalam 1 sudu besar minyak dan tambah butter. Setelah butter mencair, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan telur masin dan lenyekkan supaya hancur dan bertukar warna (masak).
  5. Masukkan susu cair dan kacau hingga agak pekat barulah dimasukkan sotong. Kacau rata hingga sotong masak.





KARI ASAM PEDAS IKAN MERAH
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 potong ikan merah – dibersihkan
1 sudu kecil halba campur
1 paket serbuk kari ikan – dibancuh dengan sedikit air
1/2 paket perencah Asam Pedas Maggi
2 tangkai daun kari
1 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji tomato – dibelah 2
5 biji bendi

Bahan-bahan ditumbuk:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan asam pedas. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, setelah mendidih, masukkan kepingan ikan. Biarkan merenih dan masukkan tomato dan bendi serta perasakan.
  4. Tutup api apabila kuah menjadi agak pekat.
  5. Sedap juga dimakan dengan roti.





CHOCOLATE CAKE
Diadaptasi dari: Devil's Food Chocolate Cake by Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate (terpaksa omit sbb dah habis) so ganti dengan 1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
125 gm butter
2 biji telur (gred B) – Pn Azlita guna gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan buttermilk (ran out of fresh milk, so Mrs K gantikan dengan 2 scoop susu tepung + air sejuk + 1 sudu kecil cuka)
1 cawan air siam

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 30 minit.
  2. Sediakan loyang (Mrs K salah guna loyang, so kek agak leper, tapi takpe boleh je, suka hati nak buat cemana pun kan). Lapikkan dengan kertas minyak dan gris dengan butter. Ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mixer, pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  5. Setelah sebati, masukkan campuran tepung berselang-seli dengan buttermilk dan air suam. Pukul rata setiap kali masukkan bahan-bahan tersebut. Ulang sehingga habis.
  6. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan pukul sebentar.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan di atas redai.


Ganache:
1/2 bar coklat masakan + 10 keping chocolate buttons (coklat masakan kehabisan :) – diparut
1 sudu besar butter
1/2 cawan whipping cream

Cara-cara:

  1. Gunakan kaedah double-boiler. Panaskan whipping cream, masukkan parutan coklat dan kacau hingga larut kesemuanya. Akhir sekali masukkan butter dan kacau rata.
  2. Tuangkan ke atas kek suam-suam bila kek telah sejuk sepenuhnya. Hiaskan ikut suka.




APAM PISANG COKLAT URAI

Sumber: Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
5 biji pisang awak kecil – dilenyek
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh esen pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh ovalette
1/4 bekas kecil chocolate rice

Cara-cara:

  1. Panaskan pengukus. Sementara itu sediakan acuan (Mrs K guna silicone mould). Gris acuan dengan sedikit marjerin.
  2. Tambahkan esen pisang dan soda bicarbonate ke dalam pisang yang dilenyek. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
  4. Gunakan mixer untuk memukul telur, ovallette, gula perang dan minyak.
  5. Pukul sehingga pekat dan berkrim.
  6. Masukkan pisang lenyek dan kacau sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan adunan rata.
  8. Akhir sekali, masukkan chocolate rice dan gaul rata.
  9. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan taburkan ke dalam silicone mould yang diletakkan di dalam loyang yang rata (untuk stabilkan kedudukan silicone mould). Padatkan.
  10. Tuangkan adunan pisang dan rata bahagian atas.
  11. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Friday, December 28, 2012

SB - PJ - SA - SB

Semalam aku on leave, ada hal di Putrajaya. Urusan settled dalam pukul 2 pm. Penat dan lapar. En K dah la baru je balik pagi tadi, baru habis dismantle. Kesian juga kat dia, tapi tu la...dah la bawa kiddos juga, ni En K la punya suggestion. Lepas settle, kitorang ke Shah Alam pulak. Ingatkan nak pegi Space U8, tapi sms Abby dan Muni dua2 pun x jawab, so malas nak cari, last sekali kitorang ke SACC Mall aje. Terus cari restoran sebab lapar sangat....pagi tadi breakfast cincai aje. Pilih-pilih last skali ktrg masuk Uncle K Kopitiam. En K order Nasi Beriani Daging, aku lak order Nasi Khabsah Kambing. Haqimie order roti canai je. Sedap Nasi Khabsah tu, lagi sedap dari yang pernah aku makan kat restoran nasi arab yang real punya.

Lepas tu jenjalan ke Giant kejap, cari bahan-bahan nak buat marble cake untuk Yong yang mengorder since malam esok aku akan balik kg, mak nak stay kat rumah Yong pulak. Tapi hari ni cuaca sangat mendung, tapi sangat panas...dan aku sekarang pun tengah sakit kepala. Nak buat kek ni kena buat malam ni, esok tak sempat, sbb lepas balik keje terus nak bertolak.

Memula ingatkan nak buat carrot cake sama, tapi rasanya tak larat kot....

Sunday, December 16, 2012

Lunch 16.12.12

Dari semalam lagi dah set nak masak nasi ayam. Tapi pagi ni ubah fikiran nak buat nasi carrot. Pastu nak buat ayam goreng berempah. Resepi main taram aje, ikut kreativiti. Nasib baik menjadi dan dapat pujian dari kiddos. Even mak pun makan bertambah. Tanya En K pulak, dia kata sedap. So, basically sedap la kan, even Rayyan makan nasi dengan sup pun 2 mangkuk (mangkuk dia la)...kira banyak la tu...


Sunday, December 9, 2012

Ke pasar

Pagi tadi, ajak En K ke pasar Kuala Selangor, sbb dgr budak ofis cakap kat sana ikan best-best, ketam pun hidup2 lagi. Aku bukan la peminat ketam, tapi suka nak membeli. Tapi bertolak pun dah pukul 10 pm. Sampai sana dalam 11 pm, itu pun ada miscommunication. I thought kena pegi Pasar Nelayan Sungai Yu (sampai sudah x jumpa), sebelum tu dah jumpa Pasar Pasir Penambang. I thought tu pasar ca ya nun alif so macam malas, sekali call Abby mmg itu la pasarnya. Hoho, buang masa ulang alik cari pasar, padahal dah jumpa awal2 lagi.

Singgah je gerai pertama, mak dah terberkenan dengan sotong panjang-panjang yang besar tu. Beli la 3 ekor. Beli juga udang laut sikit dengan udang galah 6 ekor. Lama giler x makan udang galah. Last sekali agaknya 10 tahun lepas kot. Beli juga ikan senangin, lala dan kerapu. En K merayap mana ntah, tgk2 dia dah beli ikan sembilang, kerang ngan ikan merah. Ok la tu, cukup dah stok 2 minggu kot, karang fridge x muat pulak.

Ayam x beli sbb takut takde tempat nak simpan, so beli daun bawang daun sup sbb mak nak udang galah masak merah.

Sampai rumah dah pukul 1 lebih. Perut lapar dah since x breakfast pagi tadi. Terus start bersilat. Sambil menyiang udang, sotong, sambil memasak.

Lunch kitorang sudahnya dah pukul 3 pm. Sambung bersihkan ikan bagai....ngam-ngam fridge.

Overall aku suka juga pasar ni, ikan dia mmg best dan harga pun murah la dari area KL ni. Cuma jauh je la sikit, tapi berbaloi membelinya.



Saturday's Story

Semalam dapat Saturday off, so mmg stay kat rumah la pagi-pagi. En K keje tapi dia kata nak masuk pkl 11. Pagi tu untuk breakfast, memula nak buat maggi goreng, tapi masa godek2 fridge, terjumpa ada lagi durian balance hari tu. So, buat cucur durian aje la.

Tengah hari pulak, buat ikan cencaru masak kicap, tempoyak bilis dan petai resepi Sherry, cendawan masak lemak udang. Nak dekat pukul 3 baru lunch.

Sambil-sambil masak tu pulak, datang pulak idea nak buat pulut panggang. So buat la, 1st time pon, dok google resepi merata.

IKAN CENCARU MASAK KICAP


Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru - digoreng dan diketepikan
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
*Tiada tambahan garam/gula

Bahan-bahan dikisar:
10 batang cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cm belacan

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram dan sos tomato, tumis lagi.
Masukkan sedikit air dan masak hingga kuah pekat.
Tuan kuah ke atas ikan yang telah digoreng.

Haqimie's Birthday

My eldest son is going to be an 8-year-old boy on Friday. He already asked me to bake him a butter cake (originally he asked for carrot cake, but since he tasted my butter cake the other day, he changed his mind). Well, for me ok je since butter cake is one of the easiest cake to make after all. I already bought some of the ingredients when we went out for groceries' shopping and topped with some other on Thursday when I went out for lunch with my colleagues.

On Friday, mmg rasa macam nak holiday ke apa, serious malas nak wat keje, rasa lagi lembab dari siput. Abby boring la kan, sbb tetiba Mr W bagi dia keje, design box. En K siap ponteng lagi, malas. Aku pon kalau diikutkan mmg la malas. Tapi pergi juga, sbb kan dah janji wat potluck. Aku bangun awal pagi, dok menumis bahan nak wat daging dendeng tu. Tapi, I told En K that I planned nak amik time off, around 4 something. Sebabnya nak pegi cari hadiah utk Haqimie, pastu leh balik awal to bake the cake before we went out for dinner. Haqimie requested nak makan kat Vicchuda dan opah lak sudi belanja ::wink::. Dia siap create event kat FB lagi birthday dia makan kat Vicchuda.

Time potluck, masing-masing makan menambah, siap amik resepi dari Sherry lagi. Lepas makan, bertambah la malas nak giler nak wat keje. Mrs J pulak mmg tak masuk, Mrs C pulak half day, wah memang macam nak raya la. Spoil cuma Mr W, Mr A ada.

Sherry bawa tempoyak bilis, aku bawa daging dendeng, Muni masak nasi, Abby bawa air kotak, Flora minta Julie2 belikan buah2an, Julie2 beli aiskrim. Aku ada bawa jugak Puding Roti Pelangi tu, licin, Hajar siap kata dia tak sempat rasa pon. Huhu..nanti la aku wat lagi.

Oh ya, akhirnya tudung yang I thought dah MIA tu sampai jugak pada aku. Ceritanya, pagi tu aku dah bising2 kat Poslaju call centre, komplen la pasal how come diorang boleh let go je org tulis no phone instead of IC no ngan company stamp kan. Siap mintak nama posmen, of coz la diorang x bagi, tapi aku geram. Diorang kata diorang akan wat siasatan. Alih-alih lepas lunch tu, Fanny datang bagi, dia kata actually takde org sign pon...hmm macam mana tu....? Anyway, alhamdulillah, dapat jugak tudung tu.

So, dalam pukul 3.45 pm aku sms Mrs J, kata nak amik time off. Fuh, nasib baik dia reply OK....jeles je bebudak tu aku balik awal, ngeh. En K dah ada kat bawah time tu, aku dah pesan awal2 tak payah bawak Haqimie dan Qayyum. Lepas amik Rayyan kat nursery, ktrg terus ke 1U, ingat nak guna voucher Isetan yang En K dapat time annual dinner tu, malangnya takde yang diaim. So ktrg pegi ke Toys'Rus, monopoly ada tapi takde diskaun, so pegi AEON lak, ada tapi diskaun 10% je, jadi la..beli terus. Lepas tu, terus shot balik rumah.

Sampai je, terus ke dapur, sediakan bhn2 nak buat kek, terus buat. Kek siap lebih kurang pkl 9 pm, tak sempat nak sejukkan pun, Haqimie dah tak sabar nak potong. So aku pun hias secara ekspres, tuang Hershey's Chocolate Sauce keliling kek, pastu tgh2 letak fresh strawberries. Pacak lilin 8 btg, nyalakan, nyanyi2 tiup lilin potong sorang sikit merasa, terus ktrg ke Vicchuda pulak. Hujan time tu.







Order ikan kerapu masak pedas, sup ekor, En K order nasi goreng USA sbb Qayyum suka, mak pulak nak lidah masak kicap. Alhamdulillah, ikan kerapu punya la besar. Kalau aku tau, aku request yg sedang aje. Total RM85. Aku tanya ikan kerapu tu berapa, dia kata RM55. Hoho mahalnya...

Balik rumah Haqimie buka hadiah, suka dia dapat Monopoly Cuti2 Malaysia. En K bagi jam Casio.

Well, that's my Friday's story.

Thursday, December 6, 2012

Lunch with colleagues and of lamb and seafood pizza

Dari semalam lagi kitorang dah plan nak keluar makan time lunch hari ni. Memula nak pi Giant, tapi takut tak sempat, then last skali sepakat nak ke Madam Lim's Sunway Giza. Bunyi je bell punch card, bergegas ktrg semua keluar. Since Tika pon nak join so ktrg naik 2 kereta. Aku, Muni dan Abby terus je pi Giza. Hajar ngan Sherry pegi pickup Tika kat Cova Square sbb keta dia ayah dia pinjam.

Aku order Chicken Chop Set ngan air English Grey Passion Fruit. Yang lelain order set nasi paprik, sambal sotong, nasi goreng Thai, nasi goreng kampung, ala nasi ladna, sayur....meriah la katakan. Sambil tunggu order, aku ngan Abby masuk Grocer's Village. Aku nak cari some ingredients utk buat kek birthday Haqimie dan bahan2 biasa utk pizza. Abis jugak RM100. Mmmm....

Naik atas, makanan dah sampai, makan sama-sama kongsi2 lauk. Habis licin hahah. Masuk ofis pon lambat 10 minit kot. Tapi best sbb dapat spend time ngan colleagues, even though aku la paling kakak skali sbb Flora tak join tadi. Dia ada hal.

Esok kitorang plan nak wat potluck pulak. Sherry la bagi idea ni. Asalnya, masing2 nak bawak bekal je, since dari semalam dok makan luar. Alih2 Sherry kata dia nak bawa sambal tempoyak ikan bilis, so dia tanya sapa nak bawa nasi. Aku selalu bawa nasi jugak, tapi since skang mak ada kat umah, tak leh nak angkut periuk tu. So Muni volunteer. Hajar nak bawa ulam-ulaman. Flora nak bawa telur goreng, Abby bawak air dan last skali diorang request aku masakkan daging dendeng. Walaupun baru semalam aku masak daging dendeng, takpe la since diorang suka sangat makan daging tu, aku masak la sekali lagi esok pagi.

Balik tadi, terus singgah kedai beli daging btg pinang. En K memula nak beli pizza, pastu aku lak tanya, nak beli ke nak mama buat. Dia pon ubah fikiran, suruh aku buat. Sampai rumah, tgk2 mak lak dah masak bihun goreng pastu lauk daging semalam pon still ada lagi. Macam banyak je makanan takkan nak pizza jugak. Tanya En K, dia kata dia nak pizza. So ok la, aku pon sediakan doh. Sambil tu rebus daging utk perap buat daging dendeng esok.

Kali ni aku wat pizza half and half, half seafood half lagi spicy lamb sausage yg aku beli kat GV lunch tadi.

En K prefer seafood lagi. Haqimie prefer lamb. Alhamdulillah kenyang jugak.

Dinner semalam

Balik dari kerja semalam, teringat hari tu mak ada kata nak makan kerabu sotong. So, singgah la kat pasar mini area Seksyen 7 tu, beli sotong panjang besar 2 ekor, 1 ekor ikan siakap sedang, 2 ekor ketam (sebab mak nak ketam telur masin), udang, daging btg pinang dan brg2 merapu lain, RM80+, fuh mahalnya....aku rasa ketam ngan sotong tu mahal kot. Tapi takpe la sekali sekala apa salahnya kan.

Balik tu, terus start memasak. Memula masak daging masak hitam, favourite mak dan En K. Resepi asal dari Che Sue. Then buat kerabu sotong pulak. Ni resepi Cik Zawi@Alang, dua-dua pon my friends.

Makan lak time hujan, memang layan la.

Pastu, lepas siap kemas-kemas semua, datang pulak idea nak buat puding roti. Sebab puding hari tu tak berapa nak menjadi, maybe sebab guna agar-agar tali. So dia tak berapa nak beku. Semalam aku guna agar2 serbuk, hmm baru la jadi. Ingatkan nak bawa ke ofis hari ni tapi terlupa pulak, pagi tadi ada goreng kueytiow, bawa kueytiow pulak.

Sunday, November 25, 2012

Cerita hari Khamis

Hari Khamis hari tu, Nyah and family datang rumah, hantar mak ke rumah aku sempena cuti sekolah ni. Nanti hantar mak ke rumah Yong pulak. Rotation la katakan. Diorang dah sampai dalam pukul 5 pm lebih, aku still kat office. So, diorang pegi jenjalan dulu kat The Store. Janji dinner terus kat sana.

Kitorang sampai  The Store pukul 7 pm. Terus pegi ke food court bawah tu, tgk Nyah makan Sizzling Yee Mee, so aku pun teringin, dah lama tak makan...En Koji order Black Pepper Beef, Haqimie order.

Ok la, the taste not bad. Najiha order chicken chop tapi tak abis sbb dia kata ayam macam x masak sangat. So balik ke rumah, aku tanya Najiha, nak makan kek coklat ke, sbb hari tu dia komen kat FB aku, kata kalau dia datang KL nanti, maksu tlg la buatkan utk Jiha. Memula dia kata tak nak, lepas tu ubah fikiran, kalau maksu rajin boleh juga, Jiha pun lapar ni, tadi makan tak abis.

So, aku pun terus la wat, sambil tu tanya pulak, nak pizza tak? Wawa jawab dia nak, so buat la satu pan lagi.

Al-kisahnya, pagi tu aku dah buat satu loyang seafood pizza, bawa ke ofis nak bagi Sherry rasa, since hari tu aku bawa, dia tgh puasa. Pagi tu, pizza dah masak, tanya la En Koji, nak tak? Dia kata ok la bagi la 2 keping dia bawa ke ofis, Haqimie pun aku bekalkan tiga keping utk kongsi dengan Qayyum dan Rayyan. I thought they don't want since baru lagi aku buat pizza tu. Balance tu, aku bawa ke ofis, aku just amik sekeping kecik je dulu. Ingat nak sambung makan kat ofis dgn ofismate sumer.

Aku lak ada tapau ketupat palas dan kari ayam.

Balik tu pulak, En Koji kata menyesal dia mintak 2 keping je, sbb sedap sangat pulak katanya. Huhuhu, susah ni nak dengar dia kata sedap....Tersengih2 la aku kan....

So, sambung balik cerita. Since Wawa pun nak pizza, aku pun teringat En Koji macam x cukup, so gigih la aku buat pizza jugak. Tapi aku wat pizza Hawaiian je, sbb bahan utk seafood dah habis.

Ajar Jiha buat choc cake, ntah dia dgr ke pun tak. Lepas masukkan dalam oven, uli tepung lak utk pizza. Kira ngam2 la siap masak time En Koji balik pukul 10 pm tu.

Dah siap, hidang la...memula Nyah macam tak nak, tapi lepas tu nak, skali lagi licin dibedal...huhu...boleh la jadi pembuat pizza tegar lepas ni...Seronok tgk diorang makan beria2, tak de la rasa penat menguli bagai....Just cake ada separuh lagi, ye la dah pi serbu pizza lak kan...En Koji pun makan lagi 3 keping kot...

Sunday, November 4, 2012

Lunch hari ni

Pagi2 lagi En Koji dah ke pasar, dia malas nak ajak aku, katanya lambat, sbb dia ada keje sikit petang nanti.

Balik je aku tgk punya la banyak dia beli, ketam, udang, sotong, ikan merah, ikan kembung, petai 8 papan kot, barang2 kering, sayur...Ni nak suruh aku masak selalu la ni, huhu.

So, aku pun start la operasi memasak. Dah ada petai dan udang so apa lagi mesti la sambal tumis udang petai kan. Selain tu, aku masak baby kailan sos tiram dan kari ayam utk kiddos.


SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI




Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana - buang kulit dan belah bhgn tengah, buang urat hitam
3 papan petai - dibuang kulit dan dibelah dua
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus
1 genggam cili kering - dipotong kecil dan direbus
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1/2 inci belacan

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan sedikit air.
Setelah mendidih, masukkan gula dan petai. Kacau lagi.
Kemudian, masukkan udang dan kacau rata.
Hampir masak, masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan bawang dipotong bulat. Kacau seketika dan angkat.

Nota: Bubuh gula time awal2 tu aku dapat tips dari sini: aziejaya.blogspot.com, supaya sambal nampak berkilat.

Cerita Raya Haji (Part III)

Breakfast kat hotel, bihun goreng sedap. Yang lain2 biasa je la, ada la keropok lekor dan cucur bawang. Lepas breakfast, kemas2 terus check-out walaupun baru pkl 10 am. Sbb nak ke Kota Bharu pulak.

On the way ke KB, singgah makan keropok lekor, sedap okey. Kitorang tak pegi Losong takut lambat smp KB. Terus tapau keropok lekor, keropok keping, sos.

Sampai KB, En Koji ajak check in kat Crystal Lodge sbb dulu penah stay sini, tapi aku lak ngengada suruh dia try cari lain. Cari punya cari terus la ke Pantai Cahaya Bulan. Singgah makan kat gerai tepi jalan, amik sotong goreng tepung, tak sesedap kat BB dan liat. Hmm...

Balik ke KB, tapi En Koji tak jadi check in, terus ke Rantau Panjang, katanya try cari hotel kat sana. Sempat la beli sikit2, time tu pun dah nak tutup, so esok plan nak datang lagi. Time ni En Koji nak cari hotel area situ je, tapi aku tgk semua pun x semenggah so aku suggest ke Crystal Lodge je la, En Koji bising gak, dia kata dah malam ni, rugi je, tapi at last pegi jugak, nasib baik ada room lagi. Yang bestnya diorang bagi room harga RM200 tapi bayar RM150 je sbb diorang kata bilik tu baru renovate, so macam bagi test la. Okey la room tu, besar, king-size bed. Dah la mmg baru, so best. Lepas mandi keluar balik cari dinner, tapi kedai byk tutup so En Koji tapau roti tampal telur ngan kaya (kot), sedap jugak tapi esoknya aku, Qimie, Qayyum dan Rayyan berak2. En Koji okey pulak even though dia makan paling banyak.

Esoknya pun check out awal, terus ke Rantau Panjang. Beli la serba sedikit yang boleh dibeli. Dalam pukul 2 pm kitorang bertolak ke arah Jeli, sbb En Koji nak balik KL ikut Grik memandangkan dia tak nak tempuh jam. Singgah makan, even jalan kampung jam okay.

Sampai KL dalam pukul 3 pg. Huhu penat, esok nak keje pulak.

Cerita Raya Haji (Part II)

Dapat tido berapa jam je, jadi la, plannya, lepas je tgk korban (kiddos la), ktrg terus nak gerak ke Kuala Terengganu. Kak Anie masak bihun sup, rendang ayam, rendang daging hitam, instant ketupat, lemang. Sementara diorang pegi sembahyang raya, aku pun buat la Nasi Ketumbar tu. Pastu tapau sikit utk bekal perjalanan, kot la kedai tak buka.

Dalam pukul 10 am, kitorang terus bertolak, dengan baju kurung baju Melayunya. Tengok langit gelap je, sampai area Batu Buruk dalam pukul 2 pm macam tu. Aku ajak En Koji check in kat Primula, tapi dia tak nak sbb dah 2 kali stay kat sana, so kali ni dia nak cari lain pulak. Check in Sri Indah Resort, ok jugak la resort ni, dari luar nampak x best, tapi actually dia ok la. Haqimie suruh aku order room service, dia nak chicken chop. So sambil diorang mandi pool, aku pon call guna hp, sbb in room takde phone. Sekali dia kata, kalau nak chicken chop kena tunggu 1 jam sbb ayam beku. Haha, cancel la. So kitorang makan je la bekal tadi tu.

Malam tu, ingat nak cari makan kat mana-mana, ada la kedai kat tepi resort tu, tapi dekat sangat, nak la jenjalan kan. So ke area Batu Buruk, pusing2 takde kedai, stop kat gerai2 jual seafood salut tepung, aku beli 1 ekor sotong, 1 cucuk nugget, keropok lekor 2 ringgit. Sotong tu harga dia RM8. Serious sedap, sotong dia lembut je.

Last sekali, ktrg decide makan A&W je. Haha boring giler. On the way balik, En Koji tapau air kat restoran sebelah, sedap...tapi En Koji kata, tak leh makan kat situ sbb penuh orang hisap shisha pastu udara berasap, boleh lemas la dia kata.

Friday, August 3, 2012

KUIH LOPES

Tak ingat Ramadhan ke berapa pulak, tapi hari Sabtu atau Ahad kot, terasa nak buat kuih lopes pulak. Tengok resepi macam senang je, tapi yang pastinya memang aku tak makan pun kuih lopes ni, just saja buat untuk En Koji dan mak je. Aku tak berapa minat kuih manis-manis, aku suka savoury type macam popiah atau karipap.

Tapi bahan-bahan ekceli tak la cukup, tapi boleh la. So tengok various recipes, aku combine je la, so originally recipe ni nak kredit kat sapa pun aku x sure. Halalkan aje la ek....


Bahan-bahan:
1 cawan pulut - dibasuh bersih
1 sudu besar pewarna hijau
1/2 kotak santan + 1/4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu teh esen pandan
1 helai daun pandan
Kelapa parut putih secukupnya

Kalau ikut some recipes, diorang ada guna air kapur, since aku takde air kapur dan mmg tak bercadang nak guna, so aku omit je air kapur. Rasanya sama je kot.

Rendam pulut dalam air yang bercampur pewarna hijau selama 3 - 4 jam.
Panaskan kukusan. Toskan air rendaman pulut dan masukkan ke dalam loyang. Kukus separuh masak.
Bancuh santan pekat dan air bersama garam. Tuangkan ke dalam kukusan pulut dan gaul rata. Simpulkan sehelai daun pandan. Kukus sehingga masak.
Ambil penutup botol yang sederhana besar dan mampatkan pulut ke dalam tutup botol. Make sure betul2 padat, keluarkan dan golekkan atas kelapa parut putih. Buat sehingga habis.

Sos gula melaka
1 ketul gula melaka - potong kecil-kecil
1/4 cawan air

Campurkan kedua-dua bahan di dalam saucepan dan didihkan hingga pekat.

DAGING RUSA GORENG KUNYIT

En Koji tempah daging rusa ni dari member dia. So semalam dapat, balik je terus potong-potong dan masak.


Bahan-bahan:
1/2 kg daging rusa - dihiris nipis-nipis
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa (tak perlu garam lagi)
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar serbuk kunyit

Gaulkan kesemua bahan rata-rata.

Bahan-bahan lain:
1/2 biji bawang Bombay - dihiris kasar
5 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dihiris kasar
6 biji cili padi - dibelah dua tanpa putus

Panaskan minyak dan goreng daging hingga agak garing.
Masukkan bahan-bahan lain dan ratakan hingga bawang agak layu.
Angkat dan hidangkan.

Saturday, March 10, 2012

Balik Taiping

2hb dan 5hb ari tu amik cuti sbb adik-beradik en koji semua pun nak balik kampung dan cadang nak buat kenduri arwah sekali. So terpaksa la mengarang surat utk Qmie bagi pada cikgu. Abg Din kata Mizan nak ikut tapi memandangkan dia ada exam, x jadi. so aku pun confuse, mizan darjah 4 ada exam, qmie takde ke. Tanya Qmie dia kata Y1 dan Y2 takde exam. So I thought ok, maybe diorang pakai syllabus PKSR tu kot that's why takde exam. Well since cikgu dia tak cakap apa masa bagi surat tu, so I assumed mmg takde exam la kot kan.

Anyway, kitorang bertolak pagi Jumaat tu. Memula pegi breakfast kat Restoran Rasamas. En Koji makan nasi lemak, sambal sotong dan kuah lemak ikan. Aku rasa sedap la jugak, tapi since aku dah ambil popia goreng tiga ketul so takde la nak ambik nasi lak.

Seperti biasa memang akan singgah rumah Yong dulu. Sampai dalam pukul 2.30 pm kot, lambat sikit sbb En Koji pegi try jalan short cut member dia bg tau. But then, takde la short cut mana pun, rasa lagi jauh ada la kot dan sunyi. Not advisable la kalau ikut jalan tu time malam. Tapi sebelum ke rumah dia, sapedek dulu. Singgah lunch kat Restoran Nasi Ayam Mama. En Koji minta nasi ayam (biasa) RM4.50. Aku since takut nak makan heavy sbb BP kan, so mintak la sup ayam dan nasi (RM6.00). Dalam gambar rupa sup ayam yang mmg dimasak, tapi sampai rupa-rupanya, potongan ayam nasi ayam (yg goreng punya tu), dia rendam dalam sup. Adeh. Dah la sup dia aku rasa macam base tulang lembu, scary aku nak makan sbb takut BP naik balik (the other day aku check dah turun ke paras normal dah). Qmie pulak mintak laksa, memula dia mintak chicken chop tapi takde. Laksa RM3.50.

Overall, tak de la sedap mana. Heh.

Tapau nasi ayam utk Yong sbb dia pesan. Sampai rumah dia, En Koji pegi fishing pulak. So aku lepak and tido dengan Rayyan. Along takde, dia dah masuk MRSM. Angah sekolah. So tinggal Kak Chik dok melayan Qmie dan Qayyum.

Petang tu hujan lebat, Yong goreng bihun, Qmie lapar. Lepas makan2, bersiap-siap nak ke Taiping pulak. Sepanjang perjalanan hujan lebat. Sampai bandar, ingat nak makan kat Doli, tapi tutup. So ke belakang bomba, En Koji tapau sotong kangkung dan tomyam. Sampai rumah mak, Un pun ada. So makan, lepak dan tido. Yus and the gang sampai dalam pukul 4 pagi.

Esok pagi pulak, mak ada keje kenduri, so tinggal kitorang. Ikin pi tapau nasi lemak, sdp aku belasah dua bungkus kongsi ngan Qayyum. Then, ktrg dan Yus, Enal, Zara, Qistina, Ikin, Un, Tasya, Balqis pegi Tesco nak beli brg2 utk kenduri. Sebelum tu En Koji dan Wan dah pegi pasar beli ayam 8 ekor.

Dah beli apa yang patut, ktrg pegi bawah cashier lak pekena bobo chacha. Aku makan laksa, diorang semua makan kueytiow goreng. Enal mee combat.

Balik, tgk mak cik Misah tengah dok goreng ayam kat depan umah. Mak Cik Limah lak tgh dok potong bawang. Aku pun tolong la kupas bawang putih. Rayyan En Koji jaga. Lepas kupas bawang putih, kupas timun dan carrot lak untuk buat jelatah. Cik Misah masak ayam masak merah.

Hujan lebat lagi. Tetiba family Pak Long Penang datang beramai-ramai, aku rasa macam suasana hari raya lak. punya la ramai kan.

Then tolong tapaukan nasi pulak masuk dalam polisterin. Kenduri ni tak buat kat rumah, just hantar ke surau. Dah siap2 semua, baru la rilek sikit. Abg Din sampai dalam pukul 10 mlm.

Esok ktrg plan nak ke Zoo Taiping. Nasib baik x ramai orang. Un ngan mak tak ikut. Just aku and family, Yus and family dan Ikin je. Tapi ktrg sampai dulu, so ktrg masuk dlu. En Koji x bawak stroller Rayyan so merasa la aku dukung dia sepanjang perjalanan. Penat giler. Ktrg jalan kaki tanak naik train sbb cam x bes kan, tak dapat tgk bebetul. Ada serangan monyet, merampas minuman dan makanan. Yus kena, menjerit dia. Nasib baik x jadi apa2 la. Just monyet tu semua nak makanan je.

Ingat lepas tu nak gi mandi air terjun, so kitorang balik sampai rumah, takde sapa. Rupa-rupanya Abg Din dan bawak mak ngan Un pegi Sungai Petani, pegi jenguk rumah Un. Along kan ada operasi kat sempadan Thailand.

Call Yus, dia pun dah on the way ke sana. Ktrg mmg malas nak pegi sbb Isnin dah nak balik, so ktrg pegi mandi air terjun. Dah dapat port, baru nak suap nasi, hujan pulak. Adeh la, masuk keta sambung makan, En Koji dan kiddos pegi mandi, aku cam risau hujan kan. Tapi diorang gi mandi kejap je, lepas gian.

Balik rumah, mak pun sampai. Lepak2, malam tu pegi makan kat Air Kuning. Aku makan nasi goreng kampung, diorang yang lain makan kueytiow goreng (lagi?).

Hari Isnin agak sunyi sbb Yus pegi umah mak mentua dia. En Koji pegi memancing dengan Rahman. Tinggal ktrg ngan Un je. Mak balik pukul 1 pm. Lepas makan, lepak2 je. Hujan lagi. Rayyan tido dalam buaian Balqis, punya la lama, dari pukul 2 pm sampai pkl 5 pm, time En Koji balik. Bagi En Koji tido kejap then bertolak ke rumah Yong. Lepak2 terus bertolak balik. Sampai rumah dalam pukul 1.30 am.

Monday, August 8, 2011

Selamat berpuasa

Almost 8 days dah we all fasting. Tak terasa sangat cepat je masa berlalu. Anw, first five days of fasting month, I didn't cook at all, coz mom was cooking for us all. Sometimes we will top up with some kuihs and sometimes not bcoz most of the time, kuih terbuang begitu saja.

First day of Ramadhan, mom cooked ikan patin (we bought it at Temerloh, by roadside aquarium when we went to my brother's house on Saturday). She cooked Gulai Tempoyak Ikan Patin (mom is a typical Perak lady, always love tempoyak one). But I like tempoyak also, but in sambal manner.

Since En K is not really concern with patin in sangkar plus he didn't really fancy gulai tempoyak unless it was cooked in masak lemak cili padi, so I fried some ikan talapia merah. Mom also prepared some sambal macang and petai. She also made some cucur udang. En K bought some kuihs at the bazar earlier.

Well, I can't really remember what she cooked for us for the rest of the week. Some ayam masak merah, sup sayur sawi, rendang pedas daging, cempedak goreng and budu.

So, it was my turn to cook when it comes to Saturday and Sunday. On Saturday, after work, I went to the nearby mini market and bought stuffs for Nasi Minyak. Mom requested daging dendeng. She cooked ikan patin masak tempoyak (again).

Nasi Minyak

3 cawan beras – dibersih dan ditoskan
3 cawan air
1 batang serai – diketuk
1/2 paket gajus
1 paket kecil kismis (I used my son's leftover Kismis Minda)
2 labu bawang besar – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang
1/2 inci halia – dicincang
1/2 tin susu cair
4 sudu besar minyak sapi
2 pokok daun sup – dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 sudu kecil garlic butter
Garam secukup rasa

Panaskan minyak sapi dan garlic butter dan goreng gajus hingga kekuningan, ketepikan. Gunakan minyak yang sama, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga wangi.

Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia cincang. Tumis hingga wangi. Masukkan ke dalam periuk nasi berisi beras. Gaul rata. Masukkan juga, susu cair, serai, gajus goreng, kismis, daun sup, air dan garam. Masak nasi seperti biasa sambil kacau sekali sekala.

Daging Dendeng
(Recipe modified from here)

1/2 kg daging – direbus hingga empuk
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
2 sudu besar cuka

Hiris daging ikut suka dan perapkan dengan kicap manis, kicap masin dan cuka selama beberapa jam.

Bahan-bahan dikisar:
3 labu (sederhana) bawang besar
3 ulas bawang putih
Segenggam cili kering – direbus dan dibuang biji
1 inci halia
Minyak untuk menumis

1 biji kentang – dipotong ikut suka, digoreng dan diketepikan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan daging bersama bahan perapan. Perasakan. Ikut suka sama ada hendak pekat atau berkuah.

My version berkuah sikit sebab family suka ada kuah. Kalau ikut version Che Sue pun sedap, aku suka je kering ke kuah ke.