Ketam Nipah Telur Masin
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 ekor ketam nipah – dibersihkan dan dibelah 2, ketuk sedikit bahagian sepit
5 sudu besar tepung jagung
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, dilenyek hingga hancur
1/2 cawan susu cair
2 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
3 biji cili padi – dihiris halus
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 ketul mentega
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Lumurkan ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak yang mencukupi dan goreng ketam hingga bertukar warna merah. Angkat dan toskan minyaknya.
- Di dalam kuali berasingan, panaskan mentega hingga cair. Tumis cili padi dan bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan telur masin dan kacau hingga rata. Kemudian, masukkan daun kari dan ketam. Gaul rata.
- Tuangkan susu cair perlahan-lahan sambil terus mengacau. Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa, gaul rata dan tutup api.
Ikan Gelama Berlada
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 ekor ikan gelama – dikelar
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kering:
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
- Tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga layu dan hampir garing. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gaul rata.
- Tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
- Sedia dihidangkan.
Lauk sampingan:
Jeruk maman yang dimakan dengan ikan gelama goreng.
No comments:
Post a Comment