Showing posts with label Kerang. Show all posts
Showing posts with label Kerang. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Menu 29 Mei 2018

14 Ramadhan

Daging Masak Hitam

Sumber: Facebook

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

500 gm daging – direbus hingga masak, simpan air rebusan
2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 batang serai – diketuk
1 biji tomato – dihiris nipis
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging Baba's
5 tangkai daun kari – dilurutkan
Kicap ABC dan kicap Tamin secukupnya
2 biji kentang – dihiris nipis
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

Bahan-bahan rempah:

1 batang kulit kayu manis – dipatah-patahkan
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji buah keras
3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam

Cara-cara:

  1. Hiris daging yang sudah direbus melawan urat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) bahan-bahan rempah hingga harum. Keluarkan, biarkan sejuk seketika kemudian kisar kering hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
  4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan serai hingga layu dan perang.
  5. Masukkan bahan rempah yang dikisar, cili kisar dan tomato. Tumis hingga pecah minyak sambil dikacau sekali-sekala.
  6. Masukkan rempah kari dan separuh daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  7. Masukkan 1 1/2 cawan air rebusan daging dan daging. Kacau rata dan tutup kuali. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan kicap ABC dan kicap Tamin, garam dan MCR. Kacau rata, tutup kuali dan kacau sekali-sekala hingga kuah memekat tetapi tidak kering. Masukkan kentang goreng dan kacau rata. Tutup api.



Masak Lemak Cili Padi Kerang dan Nanas


Bahan-bahan:

500 gm kerang rebus – dibuang separuh kulit
10 kiub nanas dalam tin
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit – diracik
3 helai daun limau purut – diracik
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

2 biji bawang merah – dipotong kecil
1 1/2 inci kunyit – dipotong kecil
15 biji cili padi merah dan hijau – dipotong kecil
3 biji tomato ceri – dipotong 2
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tuangkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Masukkan serai, daun kunyit, daun limau purut dan asam gelugur. Didihkan.
  2. Masukkan kerang dan nanas, didihkan.
  3. Masukkan santan, garam dan MCR. Perlahankan api dan renihkan hingga berwap sambil dikacau sekali sekala untuk elakkan santan pecah minyak.
  4. Setelah mendidih, tutup api.



Bayam Tumis Bawang Putih


Bahan-bahan:

1 ikat bayam hijau – disiang, direndam dan dibilas beberapa kali
1 biji cili merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 sudu besar minyak kelapa/masak
Air secukupnya
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum dan masukkan bayam dan air.
  2. Besarkan api dan kacau rata hingga agak layu. Masukkan MCR dan cili merah, kacau sebentar dan tutup api.

Tuesday, May 22, 2018

Menu 20 Mei 2018

4 Ramadhan


Seafood Tomyam Lambak ala Shell-Out

Bahan-bahan:

15 ekor udang sederhana – disiang
10 ekor sotong kecil – biarkan seekor-seekor
2 cawan kerang rebus – dibuang separuh cengkerang
2 keping ikan tenggiri – digoreng sedikit
1 peket cendawan Snow White – dikerat bahagian akar
1/2 batang lobak merah – dihiris bulat
1/4 biji lada benggala merah – dipotong empat segi
1 cawan bunga kubis yang dipotong
1/2 biji bawang Holland – dipotong 2
1 peket perencah tomyam Adabi
1 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cili kisar
1 batang serai – diketuk
Daun ketumbar – diracik
Minyak untuk menumis
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan perencah tomyam, sos cili, sos ikan, serai dan tumis sebentar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan lobak merah, bunga kubis dan air. Tutup sekejap untuk melembutkannya.
  4. Setelah mendidih, masukkan udang, sotong, kerang, cendawan dan bawang Holland. Kacau rata, masukkan garam dan MCR secukup rasa. Tambah air jika terlalu pekat dan sesuaikan rasa. Kemudian, letakkan kepingan ikan dan tutup kuali sebentar.
  5. Setelah masak, tutup api dan taburkan daun ketumbar semasa menghidang.

Saturday, April 21, 2018

Menu 17 April 2018

Breakfast

Sambal tumis kerang, kangkung celur, salad, ikan bilis goreng, telur mata kerbau

Nasi Lemak

Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi + 2 cawan beras biasa - dicuci bersih dan ditoskan
3 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - diketuk
3 biji bawang merah - dihiris nipis
1 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
3/4 kotak santan
4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan dengan menggunakan garpu/chopstick perlahan-lahan untuk mengelakkan nasi patah.
  3. Biarkan di dalam rice cooker untuk 5 minit sebelum dihidangkan.


Sambal Tumis Kerang

Bahan-bahan:

1 kg kerang - dicuci bersih dan direbus hingga masak, dikopek dan dibilas bersih
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1/2 sudu teh pes asam jawa
Sedikit air
1 sudu besar santan kotak
4 senduk sederhana cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula perang
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1 senduk sederhana minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang hiris hingga layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih. Kemudian, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi kerang, bawang hiris bulat, pes asam jawa, air dan santan. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan MCR secukup rasa. Kacau rata beberapa minit, kemudian tutup api.



Teatime


Churros dan Sos Coklat

Bahan-bahan churros:

1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan air
1/4 ketul mentega
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula halus + serbuk kulit kayu manis

Bahan-bahan sos coklat:

1/4 bar coklat masakan - dicincang kasar
1/4 cawan susu cair
Air untuk double-boiler

Cara-cara:

  1. Untuk membuat churros, masukkan air dan mentega ke dalam periuk kecil dan panaskan hingga mentega cair.
  2. Masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kacau segera hingga sebati dan tutup api. Ketepikan.
  3. Setelah sejuk sedikit, pecahkan telur ke dalam periuk dan kacau rata hingga menjadi doh lembik.
  4. Panaskan minyak agak banyak.
  5. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan samperit (sepatutnya guna piping bag dan star nozzle). Tekankan ke atas minyak ikut panjang yang dikehendaki.
  6. Goreng hingga perang keemasan. Angkat, toskan minyaknya dan golekkan di dalam campuran gula. Susun di dalam pinggan. Buat sehingga habis.
  7. Untuk membuat sos coklat, panaskan air dan letakkan satu bekas untuk kaedah double boil. Masukkan coklat dan susu cair dan kacau hingga cair.
  8. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan bersama churros.



Kuey Teow Goreng Kerang



Bahan-bahan:

2 peket kuey teow halus - dibilas dan ditoskan
2 cawan tauge - dibilas dan ditoskan
1 mangkuk lebihan sambal tumis kerang
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Lada sulah dan kicap Tamin (masin) secukupnya
2 biji telur

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali dan masukkan sambal tumis kerang. Setelah mendidih, masukkan sos tiram dan sos cili dan tumis sebentar.
  2. Masukkan kicap, lada sulah dan kuey teow. Kacau rata, masukkan tauge dan kacau rata.
  3. Tambah kicap secukupnya dan goreng lagi di atas api besar.
  4. Buat lubang di bahagian tengah, perlahankan api kemudian pecahkan telur. Biarkan mengeras sedikit barulah dikacau bersama kuey teow di atas api besar. Goreng lagi hingga agak kering dan tutup api.

Monday, January 22, 2018

Dinner: 13.1.2018

Kuey Teow Goreng Udang dan Kerang


Bahan-bahan:

1 peket kuey teow halus Cap Kunci (peket merah) – dibilas dengan air, ditoskan
1/2 biji tomato – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 pokok sawi bunga – dipotong 4 cm, asing batang dan daun
10 ekor udang – dibuang kulit kecuali ekor, dibuang urat hitam
1/2 cawan kerang rebus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa (jika perlu)
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan tomato dan tumis sebentar diikuti dengan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan kerang, udang dan batang sawi. Kacau sebentar, terus masukkan kuey teow dan daun sawi. Kacau rata hingga bersalut rata. Tambah garam dan perasa jika perlu. Setelah mesra, tutup api.

Friday, January 19, 2018

Lunch: 8.1.2018

Kerang Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan:

1 kg kerang jenis besar – dibersihkan pasirnya
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 kotak santan
1/4 cawan air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

10 biji cili padi hijau + merah
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 biji tomato ceri
2 inci kunyit
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam keping. Panaskan di atas api kecil hingga berwap sambil dikacau sekali sekala.
  2. Masukkan air, santan, garam, perasa dan kerang. Kacau selalu hingga masak.

*Dapat petua dari ex-colleague, tambah tomato untuk memekatkan kuah.