Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Wednesday, July 18, 2018

Birthday Qayyum ke-11 - 15 Julai 2018



Kek Coklat Moist

Sumber: FB

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan kek:

1 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil serbuk bikarbonat*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk vanila*
1/2 cawan gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur gred A
Sedikit marjerin

Bahan-bahan topping:

3 sudu besar (membukit) serbuk koko
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (atau lebih jika terlalu pekat)
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Untuk membuat kek, panaskan pengukus terlebih dahulu.
  2. Griskan acuan bersaiz 7 inci dengan marjerin dan lapikkan bahagian bawah dengan kertas baking (potong ikut bentuk acuan). Ketepikan.
  3. Kemudian, satukan kesemua bahan kecuali marjerin dan kacau menggunakan senduk atau whisk hingga tidak berketul.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 35 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan biarkan sejuk, kemudian sisipkan spatula di bahagian tepi kek untuk merenggangkannya. Kemudian, terbalikkan ke atas pinggan hidangan.
  5. Untuk membuat topping, sediakan satu periuk kecil dan didihkan air.
  6. Dalam bekas tahan panas (yang agak-agak muat dengan saiz periuk), satukan kesemua bahan, rasa manisnya (jika kurang boleh tambah susu pekat) dan letakkan ke atas periuk tadi (kaedah double boil). Kacau hingga agak pekat. Alihkan dari periuk untuk sejuk sedikit.
  7. Apabila kek sudah sejuk, curahkan topping ke atasnya. Jika suka, boleh taburkan chocolate rice selepas 30 minit topping dicurahkan.



Tempe, Kentang dan Ikan Bilis Cili Padi

Bahan-bahan:

1 peket tempe – dihiris nipis
1 biji kentang – dihiris nipis
Segenggam ikan bilis – dibilas dan ditoskan
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering:

Segenggam cili padi hijau dan merah – dipotong
1 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul tempe dan kentang berasingan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Goreng tempe hingga garing diikuti dengan kentang. Angkat, toskan dan ketepikan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan masukkan garam dan MCR sedikit sahaj dulu.
  5. Masukkan ikan bilis, tempe dan kentang. Gaul rata, sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.



Tuesday, June 13, 2017

Preparation untuk potluck

Assalammualaikum,

Malam ni tak masak sebab nak prepare masak untuk potluck kat office esok. Ramai yang minta saya bawa sambal tumis ikan bilis. Saya juga akan bawa pulut kuning tanak sebab nak kukus tak sempat pulak kan. Selain tu, saya nak bawa butter cake dan nak try fudgy brownies. Kari ayam pun saya buat. Buat lebih sikit sebab nak bagi taska sikit. Nak buat banyak2 tak larat pulak... potluck ni sempena nak menyambut bulan Ramadan yang akan start Sabtu ni.

Ikut perancangan, Sherry akan bawa lontong dan serunding daging. Wawa bawa kek coklat moist dan soda gembira. Sarah akan bawa bubur caca dan nasi impit. Ernie bawa bihun goreng dan air. So cukup la tu.

Kali ni buat butter cake tak tau apa yang silap sebab ada lubang-lubang pulak, tapi sedap je rasanya.

Ok la, jom la tengok resipi.

Butter Cake

Sumber: http://www.taste.com.au/recipes/marble-cake-3/cf90b1a7-2d42-4932-9b14-1ad85c526341

Bahan-bahan:

185 g pure butter – dilembutkan
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kastor
3 biji telur – dipukul sedikit
2 cawan tepung naik sendiri – diayak
2/3 cawan buttermilk (buat sendiri 2/3 cawan susu + 1 sudu teh cuka putih)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C. Gris acuan yang sesuai, saya guna 8 inci aluminium foil. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul butter, vanila dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telur secara berperingkat, setiap kali pukul rata.
  3. Masukkan tepung dan buttermilk berselang-seli (mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung) dan pukul rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan hentakkan sedikit supaya rata bahagian atasnya.
  5. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak. Uji dengan lidi yang dicucuk ke bahagian tengah kek, sekiranya tiada adunan yang lekat maknanya kek sudah masak.
  6. Biarkan seketika di dalam acuan (5 minit), kemudian keluarkan kek.
  7. Letakkan di atas redai untuk sejuk. Kemudian, potong dan simpan di dalam bekas kedap udara.




Fudgy Brownies

Sumber: http://www.laurainthekitchen.com/recipes/fudgy-brownies/

Bahan-bahan:
5 auns unsalted butter – suhu bilik
7 auns dark chocolate – dicairkan secara double-boiling
1 cawan gula
2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu besar serbuk koko
2 biji telur gred A
2 sudu besar air suam
1 sudu teh serbuk Nescafe
2/3 cawan tepung gandum

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 350°C. Gris acuan 8 x 8 inci segi empat dengan sedikit butter dan lapikkan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Di dalam cawan, campurkan air suam dan serbuk Nescafe. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk yang besar, pukul menggunakan whisk gula dan mentega hingga gebu. Masukkan telur, esen vanila dan campuran Nescafe. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan coklat yang dicairkan dan pukul lagi. Kemudian, masukkan bahan kering dan campurkan kesemua bahan hingga rata tetapi jangan over mix.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Bakar selama 40 – 45 minit, uji dengan lidi untuk memastikan kek lembab tapi tidak basah.
  6. Biarkan sejuk di dalam acuan selama 5 minit sebelum dialihkan ke redai untuk sejuk sepenuhnya.
  7. Potong ikut suka dan hidangkan.



Pulut Kuning Tanak

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut susu – dibasuh bersih
1 sudu besar serbuk kunyit
2 keping asam keping
Air secukupnya
1 kotak santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Masukkan beras pulut, serbuk kunyit, asam keping dan air ke dalam besen dan rendam semalaman atau paling kurang 4 – 5 jam. Toskan airnya dan bilas sekali lagi.
  2. Masukkan ke dalam periuk nasi. Tuangkan air hingga ngam-ngam paras pulut dan masukkan santan, garam dan daun pandan. Kacau rata dan masak seperti biasa.

Kari Ayam dengan Kentang

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 20
2 biji kentang – dipotong 6
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
5 biji bawang merah – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
2 inci halia – dihiris mancis
1 sudu besar kerisik
1 peket kecil serbuk kari daging Baba's
2 tangkai daun kari – daun sahaja
1 cawan air
1/2 kotak santan
Garam secukup rasa
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu teh pes asam jawa
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumis. Sementara itu, bancuh serbuk kari dan sedikit air supaya menjadi pes.
  3. Masukkan pes ke dalam bahan tumisan yang sudah sedikit garing. Kacau rata, masukkan kerisik dan daun kari. Perlahankan api dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang, kacau rata supaya ayam kecut.
  5. Masukkan air dan kacau sekali-sekala hingga mendidih. Masukkan santan dan kacau lagi. Tutup periuk supaya kentang empuk tetapi kacau sekali-sekala untuk elakkan hangit di bahagian bawah.
  6. Setelah kentang empuk, masukkan garam, Cukup Rasa dan pes asam jawa. Kacau, rasa dan setelah mendidih dan kuah sedikit pekat, tutup api.

Monday, May 22, 2017

Teatime 14.5.2017

Assalammualaikum,

Minggu ni lepak kat rumah aje sebab abang ipar pinjam kereta nak bawa mak mentua dan adik ipar jalan-jalan. Since melangut aje, datang la idea nak baking. Google punya google last-last pilih the same recipe jugak, dari taste.com.au, marble butter cake. So let's check it out!

Marble Butter Cake

Adapted from: www.taste.com.au


Bahan-bahan:

185 g mentega – dilembutkan (saya guna SCS Salted)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kastor
3 biji telur saiz A atau B – dipukul ringan
2 cawan tepung naik sendiri – diayak
2/3 cawan buttermilk (buat sendiri – 2/3 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka putih)
2 sudu besar serbuk koko – diayak

Cara-cara:

  1. Panaskan oven suhu 180°C selama 15 minit. Sementara itu, gris acuan (saya guna silikon) dengan balance mentega pada packaging.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega, esen vanila dan gula hingga ringan dan gebu. Tambahkan telur (buat 3 kali), setiap kali pukul sebati sebelum masukkan seterusnya. Masukkan tepung dan 1/2 cawan buttermilk. Pukul rata dan tutup mixer.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko dan baki buttermilk. Gunakan spatula dan kacau rata. Satu bahagian lagi biarkan plain.
  4. Tuangkan 1/2 adunan plain ke dalam acuan dan tompok-tompokkan dengan 1/2 adunan koko. Kemudian tuangkan baki adunan plain dan tompok-tompokkan dengan baki adunan koko. Lorekkan menggunakan hujung pisau yang tajam. Hentakkan acuan perlahan untuk meratakan permukaan adunan.
  5. Bakar semalam 1 jam 10 minit (depends), selepas masak, test dengan lidi sate/garpu ke bahagian tengah kek dan lihat sekiranya keluar licin tanpa adunan melekat maksudnya kek sudah masak sempurna. Jika masih ada adunan basah, tambah 10 minit lagi. Sekiranya kek nampak agak garing tutup dengan foil longgar.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan di dalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan di atas redai. (In my case, tak sempat, panas-panas diorang dah pakat potong dan ngap!)
  7. Setelah sejuk sepenuhnya, potong kek. Simpan di dalam bekas kedap udara. Tahan 2 – 3 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk.


 Marble Butter Cake


Tuesday, February 28, 2017

Teatime 26.2.2017

Chocolate Muffin

Dapat 15 biji

Based on: taste.com.au


Bahan-bahan:

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan gula kastor
3/4 cawan coklat cip putih
1/2 cawan minyak masak
2/3 cawan Cooking Cream EMBORG
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur – dibasuh

Cara-cara:


  1. Panaskan oven 180°C. Sediakan tray dan paper cup secukupnya.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian, masukkan coklat cip dan gaul rata.
  3. Buat lubang di bahagian tengah dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul dengan whisk minyak, krim, esen vanila dan telur. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas tepung tadi di bahagian yang dilubangkan. Kacau menggunaka senduk kayu, jangan terlebih kacau, hingga rata sahaja.
  5. Gunakan ice cream scoop untuk masukkan ke dalam paper cup.
  6. Bakar selama 25 – 30 minit api atas bawah hingga masak.
  7. Sejukkan sebelum dihidangkan.


Monday, March 16, 2015

#throwback

Congo Bars


Sumber: Azlita Masam Manis, Danish Harraz

Olahan: mrskojiwami






Bahan-bahan (diayak):
330 g tepung superfine Blue Key
2 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan lain:
150 g mentega Golden Churn (atau pure butter brand lain, e.g SCS, Anchor) - dilembutkan
280 g gula perang (resepi asal 320 g)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
Ketulan coklat masakan (dalam 2 1/2 baris) - dipotong kasar/kiub besar
1 peket badam cincang

Bahan-bahan hiasan:
1 peket chocolate chips
1 peket hirisan badam

Peralatan:
1 biji loyang leper segi empat (10 inci)
Kertas minyak/baking sheet


Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.
  2. Sementara itu, sapukan sedikit mentega ke sekeliling acuan dan lapikkan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  3. Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk adunan dan putar hingga rata, tidak perlu hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu, setiap kali diputar hingga rata.
  5. Masukkan esen vanila dan putar rata.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  7. Keluarkan mangkuk, masukkan badam cincang dan ketulan coklat masak. Gaul rata dengan spatula.
  8. Tuangkan ke dalam acuan, ratakan dengan spatula.
  9. Tabur chocolate chips dan hirisan badam rata-rata.
  10. Bakar selama 30 minit, jika masih basah apabila dicucuk di bahagian tengah, tambah masa selama 10 minit lagi, kurangkan suhu kepada 150 darjah Celsius.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Friday, October 3, 2014

Supper ~ Tuesday 30.9.2014

Kek Mentega

Sumber: Buku Resepi Kek Alex Goh

Olahan: mrskojiwami







Bahan-bahan A:
5 biji putih telur
160 g gula halus (resepi 170 g gula)

Bahan-bahan B:
250 g mentega SCS Unsalted – dibiarkan lembut
1/2 sudu kecil garam halus (MrsK tambah)
1 sudu teh esen vanila (MrsK tambah)
210 g tepung gandum – diayak 3 kali
1 sudu kecil serbuk penaik (resepi 1/2 sudu kecil)
3/4 cawan susu segar (MrsK tambah)
5 biji telur kuning
20 g gula halus

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit.
  2. Sementara itu, pastikan mangkuk adunan bersih dari segala air dan minyak dan pastikan semua peralatan yang akan digunakan kering.
  3. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk adunan. Putar, gunakan kelajuan sederhana hingga berbuih, kemudian tuangkan gula (A) sedikit demi sedikit sehingga habis. Tukar kepada kelajuan tinggi dan teruskan memutar hingga menjadi ‘meringue’. Keluarkan adunan ‘meringue’ ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
  4. Gunakan mangkuk adunan yang sama (tidak perlu dibersihkan). Masukkan mentega dan gula. Putar pada kelajuan sederhana hingga memutih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar rata setiap kali sebelum memasukkan yang lain sehingga habis.
  5. Masukkan esen vanila dan putar sekejap. Masukkan 1/3 bahagian tepung dan diikuti 1/2 bahagian susu, putar rata. Selang-selikan sehingga habis (akhiri dengan tepung).
  6. Griskan acuan (MrsK guna acuan silikon) dengan lebihan mentega pada peketnya. Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan ratakan bahagian atas. Hentakkan sedikit dan bakar selama 50 minit – 1 jam hingga masak (uji dengan lidi sate, jika dicucuk bahagian tengah sepatutnya licin dan tidak melekat).
  7. Keluarkan dari acuan, sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.

Wednesday, September 10, 2014

Dinner 9/9/14 (Tuesday)

For En K and mom.

Kari Udang dan Kacang Buncis

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
500 g udang sederhana besar – dibuang muncung
10 tangkai kacang buncis – dipotong serong 4 cm panjang
1 tangkai daun kari (daun sahaja)
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan air untuk dijadikan pes
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 hirisan halia – dihiris halus
1 sudu kecil halba campur – dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari dan tumis lagi hingga terbit minyak sambil dikacau selalu supaya tidak hangit.
  3. Masukkan santan dan air. Perlahankan api. Setelah berwap, masukkan udang dan kacang buncis. Kacau perlahan sekali-sekala.
  4. Masukkan garam dan biarkan udang dan kacang buncis masak sebentar. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


For kids.

Beef Salami and Chicken Sausage Pizza

Untuk 2 pan pizza bersaiz 9 inci.

Sumber: mrskojiwami

Sebelum dibakar :)

Bahan-bahan doh:
1 sudu besar yis kering/segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 cawan tepung roti high protein (beli di BAGUS)
1/4 sudu kecil bread softener
1/4 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil garam halus
1/4 cawan susu segar
4 sudu besar minyak zaitun

Bahan-bahan topping (untuk 1 pan):
1/4 biji lada benggala kuning – dihiris nipis
1/4 biji lada benggala merah – dihiris nipis
1/4 biji lada benggala hijau – dihiris nipis
1/4 biji bawang Bombay – dihiris nipis
1 batang sosej ayam – dihiris nipis
4 keping beef salami (beli di bakery supply store)
2 sudu besar sos spaghetti Prego (Tradisional)
1/2 peket shredded mozzarella (beli di bakery supply store)

Cara-cara:
  1. Untuk doh: Satukan air suam, gula dan yis kering. Kacau sedikit dan biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
  2. Satukan tepung roti, bread improver, bread softener dan garam ke dalam sebuah bekas yang besar. Gaul rata dan lubangkan di bahagian tengahnya.
  3. Tuangkan yis yang telah berbuih, gaul perlahan menggunakan jari. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit, tambahkan tepung dan susu segar jika perlu dan uli hingga kenyal dan tidak melekat pada tangan. Tuangkan minyak zaitun.
  4. Uli selama 8 minit hingga betul-betul elastik. Kemudian, tutup bekas tadi dengan tuala bersih/plastic wrap. Biarkan doh selama 60 minit, doh akan mengembang dua kali ganda.
  5. Selepas 60 minit, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Kemudian, uli lagi hingga kembali lembut dan kenyal. Bahagi kepada 2 bahagian.
  6. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.
  7. Ambil pizza pan, tuangkan 1 sudu besar minyak zaitun dan ratakan. Ambil 1 bahagian doh dan leperkan ke dalam pan tadi. Buat hingga mendapat saiz yang hampir sama dengan pan.
  8. Tuangkan sos spaghetti ke bahagian tengah pizza dan sapukan menggunakan silicone brush atau belakang sudu dan ratakan, tinggalkan jarak 2 cm dari bahagian tepi.
  9. Taburkan separuh keju mozzarella rata-rata. Susun bahan-bahan topping dan akhiri dengan taburan separuh lagi keju.
  10. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit. Setelah masak, keluarkan dan potong ikut suka. Sedia dihidangkan bersama sos cili.


No Bake Oreo Cheesecake

Sumber: http://thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com/2013/09/resepi-oreo-cheese-cake-tanpa-bakar.html

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan base:
1 1/2 bungkus biskut Oreo – dibuang krim
60 g mentega SCS unsalted

Bahan-bahan kek:
500 g krim keju Tatura (suhu bilik) (Philadelphia lebih sedap)
1 kotak (250 ml) Anchor UHT Whipping Cream
65 g mentega SCS unsalted (suhu bilik)
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar gelatin halal
1/2 sudu kecil jus limau nipis (sepatutnya lemon)
1/2 cawan air panas

Tambahan:
7 keping biskut Oreo (dengan krim)

Cara-cara:
  1. BaseCairkan mentega dan ketepikan. Sementara itu, kisar biskut (terpulang hendak kasar atau halus). Campurkan dengan mentega cair. Ambil loyang bersaiz 8 inci (lebih elok gunakan loose base pan). Masukkan campuran biskut ke dalam loyang dan tekan-tekankan supaya pada dan rata. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  2. Sementara itu, putar whipping cream hingga pekat pada kelajuan sederhana. Ketepikan.
  3. Di dalam bekas berasingan, putar krim keju, mentega dan gula pada kelajuan sederhana kemudian tinggi hingga kembang dan putih. Matikan mixer.
  4. Bancuh gelatin, jus limau nipis dan air panas hingga larut. Ketepikan.
  5. Tuangkan whipping cream yang diputar dan bancuhan gelatin ke dalam bancuhan keju. Gunakan spatula dan gaul rata hingga sebati.
  6. Keluarkan loyang yang disejukkan. Tuang separuh bancuhan keju. Susun kepingan Oreo kemudian tuangkan baki bancuhan keju tadi. Ratakan bahagian atasnya.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

Tuesday, September 2, 2014

Tea Time 30/8/14 (Saturday)

Kek Mentega Tiga Rasa

Sumber: taste.com.au



Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
250 g mentega Anchor – dilembutkan
1 cawan gula kastor
2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan susu segar
3 biji telur
1/2 sudu teh pewarna merah jambu + 1 sudu besar strawberry emulco
1/2 sudu teh pewarna oren + 1 sudu besar Sunquick Orange
1 sudu bear coffee emulco

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar 180°C. Sediakan loaf pan bersaiz 8 inci. Sapukan sedikit mentega ke seluruh dalaman acuan dan lapikkan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer elektrik, putar mentega, gula kastor dan esen vanila hingga berkrim dengan kelajuan sederhana tinggi hingga ringan dan gebu.
  3. Tambahkan telur satu per satu, setiap satu dipukul sebati sebelum dimasukkan yang seterusnya.
  4. Masukkan separuh tepung, putar sebati.
  5. Masukkan separuh susu, putar sebati.
  6. Ulang langkah 4  dan 5.
  7. Tutup mixer. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam. Uji dengan lidi sate, cucuk ke bahagian tengah, sekiranya licin maknanya kek sudah masak.
  8. Keluarkan dari oven. Biarkan di dalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan diletakkan di atas redai dan biarkan sejuk.
  9. Setelah sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.

Monday, August 25, 2014

Lunch 24/8/14 (Sunday)

Ikan Parang Masak Lemak Cili Padi

Sumber: Azie Kitchen

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
7 biji cili padi – dipotong kecil
1 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci kunyit hidup – dipotong kecil

Bahan-bahan lain:
4 keping ikan parang
1 keping asam gelugur
5 biji belimbing buluh – dibuang tampuk dan dibelah 2
1 batang serai – dititik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 cawan pati santan + 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur di dalam periuk.
  2. Panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  3. Masukkan ikan, belimbing buluh dan garam. Kacau perlahan-lahan sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah (berminyak).
  4. Setelah hampir mendidih (berwap), tutup api.

Pic from Google

Terung Sambal

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji terung panjang – dihiris bulat
1 sudu besar minyak
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 1/2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 sudu besar udang kering – direndam sebentar, ditoskan

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali leper. Goreng terung hingga keperangan di kedua-dua belah. Angkat dan susun di dalam pinggan hidangan.
  2. Tambahkan minyak, tumis bahan tumbuk hingga layu, masukkan Maggi Cukup Rasa dan tumis hingga sedikit garing. Tuangkan ke atas terung.


Sambal Bilis Berapi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis mata biru – dikupas, dibasuh bersih, ditoskan
2 keping lobak masin – direndam di dalam air panas
1 biji kentang – dibelah dua, dihiris nipis, direndam di dalam air bergaram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk halus:
10 biji cili padi hijau – dipotong kecil
5 biji cili padi merah – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong kecil
7 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Goreng lobak masin hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan garam dan gula merah. Tumis lagi hingga agak garing, masukkan bahan-bahan yang digoreng dan kacau rata hingga bersalut.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam tapis, toskan minyak barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.
  6. Sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi segera.


Kek Batik Simple

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ketul mentega
1/2 cawan chocolate button
1/2 cawan parutan coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar Milo
3 sudu besar susu pekat manis
20 keping biskut gandum Jacob’s – dipatah 2

Cara-cara:
  1. Sediakan bekas tahan panas. Panaskan mentega di atas api kecil, ambil sedikit dan sapukan pada bekas tahan panas tadi.
  2. Setelah mentega cair, masukkan chocolate button, coklat masakan dan susu cair. Masak hingga cair kesemuanya. Kemudian, tuangkan serbuk koko dan Milo. Kacau rata hingga sebati dan tutup api.
  3. Susun separuh biskut di dasar bekas. Tuangkan separuh adunan coklat. Kemudian, susun separuh lagi biskut dan tuangkan separuh lagi adunan coklat.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga set baru dipotong segi empat.

Thursday, March 13, 2014

Bekal untuk kiddos

Banana Bread

Resepi yang mudah, tanpa perlu guna mixer. Tapi Mrs K terlupa nak bubuh yogurt (plan nak bubuh thickened cream). Tapi hasilnya sedap juga.

Sumber: Yatie Memories

*Untuk resepi asal, sila refer blog Yatie Memories


Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega cair – dibiarkan sejuk
1 cawan gula halus (next time kena buat 3/4 cawan)
2 biji telur
2 sudu kecil esen pisang
1 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 cawan chocolate rice
1 cawan pisang yang sudah dilecek





Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. Lengser loaf tin dengan sedikit mentega cair.
  2. Dalam mangkuk, satukan pisang, telur, mentega cair, gula dan esen pisang. Gunakan whisk dan pukul hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk yang lain pula, ayak tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
  4. Tuangkan adunan pisang dan chocolate rice ke dalam tepung dan gaul sehingga rata sahaja.
  5. Tuangkan ke dalam loaf tin dan bakar selama 45 – 50 minit. Uji jika sudah masak, keluarkan, sejukkan di dalam loaf tin selama 5 minit barulah dikeluarkan dan sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.

Monday, March 10, 2014

Breakfast 10.3.14 (Mon)

Banana Muffins

Source: Nigella Lawson

Original recipe:

Ingredients

  • 75 grams butter (melted)
  • 250 grams self-raising flour
  • teaspoon baking powder
  • ½ teaspoon bicarbonate of soda
  • pinch of salt
  • ½ teaspoon ground cinnamon
  • ½ teaspoon ground nutmeg
  • 115 grams caster sugar
  • teaspoon vanilla extract
  • teaspoon honey
  • large bananas (ripe)
  • medium eggs
  • 125 ml milk

Thursday, December 12, 2013

Pandan Butter Cake

Sempena birthday mak esok (12.12.13) yang ke-64 tahun. Resepi asal adalah normal butter cake, tapi Mrs K improvise dengan menambah pandan emulco dan whipping cream untuk rasa yang lebih rich. Untuk kek ni, Mrs K bakar dalam loyang bulat bersaiz 8". Untuk original recipe, boleh rujuk kedua-dua blog di bawah.

Sumber asal: Mamafami

Sumber rujukan: Irma

Olahan: mrskojiwami

Pandan Butter Cake

Alatan yang diperlukan:
1 biji loyang bulat 8 inci
1 helai baking sheet 8 inci

Bahan-bahan:
180 g gula kastor
250 g (1 ketul) mentega SCS
5 biji telur saiz A
4 sudu besar whipping cream
200 g tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pandan emulco
1/2 sudu teh pewarna hijau

Cream Cheese Frosting resepi yang sama dari sini.

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit.
  2. Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan baking sheet dan sapukan lebihan mentega di sekeliling loyang dan dasarnya. Ketepikan.
  3. Masukkan mentega dan gula dalam mixing bowl dan putar dari kelajuan perlahan hingga paling laju sehingga gula hancur dan adunan menjadi putih dan berkrim, lebih kurang 5 minit.
  4. Kemudian, turunkan kelajuan kepada sederhana dan masukkan telur satu persatu, setiap sebiji putar sebati sebelum dimasukkan telur yang seterusnya.
  5. Masukkan esen vanila dan putar sebentar. Kemudian, masukkan 1/3 tepung dan putar sekejap. Kemudian, masukkan 2 sudu besar whipping cream, diikuti 1/3 tepung, 2 sudu besar whipping cream dan akhir sekali baki tepung. Putar sebati.
  6. Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau, putar sebati dalam 2 minit.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan menggunakan spatula.
  8. Bakar selama 1 jam dan uji sama ada kek sudah masak. Kalau belum masak, turunkan suhu kepada 160 darjah C dan bakar lagi selama 10 minit.
  9. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan ke atas redai tanpa membuka loyang. Biarkan sejuk selama 30 minit kemudian buka loyang dan buang baking sheet.
  10. Biarkan kek sejuk sendiri sebelum dihias dengan frosting.
  11. Untuk kek ini, Mrs K belah kek kepada dua bahagian. Sapukan frosting dan tutup semula dengan sekeping lagi kek (bahagian dipotong diletak di bahagian atas). Kemudian, frosting seluruh permukaan kek.










Monday, December 9, 2013

Six Layer Rainbow Cake for Haqimie's Birthday

1st attempt. Deco 'asal boleh' je. Untuk resepi asal, boleh rujuk pada link. Mine is modified version. Tapi end product jadi je cuma kena lebihkan frosting tu baru cantik. First time melayer cake dan menyalut kek. Next time, boleh buat tebal-tebal sikit.

Sumber: Secubit Garam

Resepi asal: Kaitlin Flannery

Rujukan: Madiha@Ratna & K. Nor

Bahan-bahan kek:
3 cawan tepung kek – diayak
1/2 sudu kecil garam halus
1 cawan mentega Anchor (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji putih telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
Pewarna – ungu, biru, hijau, merah jambu, oren, kuning – 1/2 sudu teh untuk setiap pewarna
Loyang 8”
Pelapik baking sheet 8” sebagai alas loyang
Sedikit mentega – untuk gris

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Sediakan loyang. Alaskan dasar loyang dengan baking sheet dan sapukan mentega pada baking sheet dan sekeliling loyang. Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  4. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Masukkan esen vanila pula.
  5. Masukkan tepung dan susu segar berselang-seli (dimulai dengan tepung dan diakhiri juga dengan tepung).
  6. Setelah sebati, tutup mixer. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. Masukkan pewarna dan kacau rata.
  7. Masukkan adunan berwarna ungu ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan di atas redai bersama dengan lapik baking sheet. Jangan buang dulu lapik untuk memudahkan kerja melapis kek.
  8. Ulang untuk adunan yang lain sehingga habis.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah mula melapis dengan cream cheese frosting. Selepas melapis, sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
250 g cream cheese Tatura
125 g mentega Anchor
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

  1. Putar kesemua bahan hingga kembang dan gebu. Simpan di dalam peti sejuk setengah jam sebelum digunakan.