Karipap Inti Ayam
Sumber: Yatie MemoriesOlahan: mrskojiwami
Bahan-bahan kulit karipap:
1/2 cawan minyak masak – dipanaskan
2 cawan tepung gandum (agak-agak)
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung (sepatutnya tepung beras)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Bahan-bahan inti:
2 biji kentang – didadu kecil
2 keping dada ayam – didadu kecil
1 biji bawang besar – didadu kecil
3 tangkai daun ketumbar – dihiris halus
1 tangkai daun kari – daun sahaja
1 peket rempah kari ayam + sedikit air – dijadikan pes
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu kecil gula perang
2 sudu besar minyak
Air secukupnya
Bahan-bahan ditumbuk lumat:
3 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering – direndam sebentar
Cara-cara:
- Inti: Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan pula pes kari dan daun kari. Tumis lagi.
- Masukkan gula perang, tumis rata. Masukkan kentang, ayam, daun ketumbar dan air (menutupi paras kentang). Kacau rata, perlahankan api dan masak hingga kentang empuk.
- Masukkan Maggi Cukup Rasa dan teruskan memasak hingga pekat dan hampir kering. Tutup api, ketepikan supaya sejuk.
- Kulit: Satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung dan garam. Gaul rata. Buatkan lubang di bahagian tengah.
- Setelah minyak yang dipanaskan sudah suam, tuangkan ke bahagian berlubang. Gunakan senduk kayu dan gaul rata. Kemudian, bolehlah gunakan jari untuk gaul kesemua bahan supaya menjadi seperti serbuk roti.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga doh boleh diuli dan tidak melekat.
- Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan buat sehingga habis. Tutup dengan kain bersih dan perapkan lebih kurang 1/2 jam atau lebih.
No comments:
Post a Comment