Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, July 19, 2018

Menu 18 Julai 2018


Gulai Kurma Telur Rebus

Bahan-bahan:

1 batang serai – diketuk
1 batang kulit kayu manis – dibilas
1 kuntum bunga lawang – dibilas
3 kuntum bunga cengkih – dibilas
2 biji buah pelaga – dibilas
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1/2 sudu besar halia kisar
Segenggam daun kari – dibahagi 2
1 peket serbuk kurma Adabi
1 1/2 cawan air
1/2 kotak santan
1 biji kentang – dipotong kiub
1/2 biji lobak merah – dipotong kiub
1 biji cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dibelah 2
5 biji telur – direbus dan dikupas
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit pes asam jawa
1/4 cawan minyak untuk menumis + 1 sudu besar mentega
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega di atas api sederhana. Kemudian, tumis serai hingga naik bau diikuti dengan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan harum.
  2. Masukkan bawang besar kisar, bawang putih kisar, halia kisar dan separuh daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kurma dan kacau rata, diikuti dengan kentang dan lobak merah. Kacau rata dan tuangkan air.
  4. Tutup dan biarkan empuk. Masukkan santan, cili hijau, telur, pes asam jawa, garam dan MCR. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Akhir sekali, masukkan baki daun kari, kacau rata dan tutup api.
  5. Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.






Mihun Goreng

Bahan-bahan:

3/4 peket mihun – direndam dalam air suam hingga lembut, ditoskan
Segenggam udang kering – direndam hingga lembut, ditoskan
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
Sos cili dan sos tiram secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
1/4 cawan minyak masak

Bahan-bahan sampingan:

1 biji telur + secubit garam – dipukul
Sedikit minyak
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang
Hirisan cili padi merah
Kicap

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak di atas non-stick pan saiz kecil dan dadarkan telur nipis-nipis (buat 2 kali). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana. Sementara itu, tumbuk udang kering dan bawang putih hingga lumat. Kemudian, tumis hingga naik baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan air, garam dan MCR. Gaul rata.
  4. Masukkan mihun dan kacau rata lebih kurang 7 – 8 minit. Sesuaikan rasa, tambah apa yang perlu.
  5. Gulung telur dadar dan hiris nipis. Taburkan ke atas mihun bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
  6. Hirisan cili padi dan kicap dicampurkan dan dihidang bersama mihun goreng.


Friday, July 6, 2018

Menu 28 Jun 2018


Sandwich Sardin

Bahan-bahan:

1 bungkus roti putih Gardenia – dibahagi 2
Marjerin Planta secukupnya
Hirisan timun Jepun secukupnya

Bahan-bahan inti:

1 tin sardin cap Ayam
1 biji bawang besar – dicincang kasar
2 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/4 cawan air
1 biji limau kasturi – diambil jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Sedikit minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan sardin, air, jus limau dan garam. Masak hingga pekat.
  3. Hancurkan isi sardin menggunakan garpu hingga lumat.
  4. Sapu separuh bahagian roti dengan marjerin.
  5. Ambil sesudu (atau lebih) inti dan sapukan rata di atas roti tadi. Susun hirisan timun dan letakkan roti yang tidak sapu marjerin di atasnya.
  6. Potong ikut suka dan hidangkan.




Telur Mata Masak Kicap

Bahan-bahan:

3 biji telur – digoreng
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1 ulas bawang putih – dihiris nipis
Sedikit pes halia
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Kicap secukupnya
1 sudu besar minyak masak
Air secukupnya
1/4 sudu kecil pes asam jawa
Garam secukup rasa (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan pes halia hingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, bawang besar, cili merah, pes asam jawa dan garam. Kacau dan biarkan mendidih dan memekat.
  5. Tuangkan ke atas telur yang digoreng.


Sayur Campur Goreng Taucu

Bahan-bahan:

5 urat kacang panjang – dipotong serong 6 cm
1/4 biji lobak merah – dihiris mancis 6 cm
1/4 biji lobak putih – dihiris mancis 6 cm
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar taucu kasar
Sedikit sos tiram, garam secukup rasa
Sedikit air
1/2 sudu teh minyak bijan + 1/2 sudu besar minyak masak
1 biji cili merah – dihiris serong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  2. Masukkan taucu dan sos tiram dan tumis lagi.
  3. Masukkan sayur-sayuran, cili merah dan air. Besarkan api dan kacau rata hingga sayur masak tetapi masih rangup.

Tuesday, July 3, 2018

Menu 26 Jun 2018



Gulai Lemak Labu

Bahan-bahan:

1 mangkuk labu yang dipotong kiub
1 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3/4 kotak santan
1/4 cawan air
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:

2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis – dibilas

Cara-cara:

  1. Masukkan labu, daun kunyit, serai dan air ke dalam periuk. Didihkan, tambah air sedikit-sedikit hingga labu lembut.
  2. Masukkan serbuk kunyit, bawang merah, santan, bahan tumbuk, garam dan MCR. Perlahankan api, renihkan sambil kacau sekali-sekala dan hingga labu betul-betul empuk. Tutup api dan hidangkan.



Sambal Tumis Sardin

Bahan-bahan:

2 tin kecil sardin Cap Ayam
1 tin air
1 keping asam gelugur
1 biji bawang besar – dihiris bulat
6 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
2 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 sudu besar bawang besar yang dikisar
1 sudu besar bawang putih yang dikisar
1/2 sudu besar halia yang dikisar
3/4 cawan cili kisar
1/4 cawan minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga layu dan perang.
  2. Masukkan kisaran bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram dan tumis beberapa minit.
  5. Masukkan sardin, air dan asam gelugur. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan bawang besar, cili padi, garam dan MCR. Kacau rata, jika terlalu pekat boleh tambah air. Sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api.





Kurma Daging dan Telur Rebus

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu – dipotong kiub
2 biji telur – direbus dan dikupas
2 biji kentang – dipotong 4
1/2 batang lobak merah – dipotong kiub
1 biji bawang besar – dipotong 4
1 peket rempah kurma Baba's*
2 tangkai daun kari – dilurutkan*
Air secukupnya*
3/4 kotak santan
1 batang serai – diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 sudu besar bawang besar yang dikisar
1 1/2 sudu besar bawang putih yang dikisar
1 sudu besar halia yang dikisar
1/2 cawan minyak masak + 1 sudu besar marjerin Planta
1/2 sudu besar pes asam jawa Adabi
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan marjerin. Tumis serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Kemudian, masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan layu.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Sementara itu, bancuh bahan bertanda *.
  3. Masukkan bancuhan kurma dan tumis lagi hingga pecah minyak sambil dikacau selalu supaya tidak hangit.
  4. Masukkan daging, kentang dan lobak merah. Gaul rata hingga bersalut kesemuanya, tutup periuk dan biarkan merenih.
  5. Kacau dan masukkan 1/2 cawan air. Kacau rata dan tutup periuk lagi supaya kentang dan lobak merah lembut.
  6. Masukkan santan dan tambah air jika terlalu pekat. Kacau rata, masukkan telur rebus, pes asam jawa dan bawang besar yang dipotong 4. Kacau rata, masukkan garam dan MCR, sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api.

Monday, May 28, 2018

Menu 27 Mei 2018

11 Ramadhan


Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan kacang hijau – direndam 3 – 4 jam
Air secukupnya
1 helai daun pandan – disimpul
3 ketul sederhana gula melaka – dipotong kecil
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 kotak santan

Cara-cara:

  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan pecah sedikit, tambah air jika perlu semasa merebus.
  2. Masukkan daun pandan, gula melaka, gula, garam dan santan. Kacau rata dan masak hingga hampir pekat. Tutup api.




Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan:

3 biji telur – dipukul hingga gebu
2 sudu besar sos ikan
1/2 biji bawang Holland – dihiris
1 biji cili merah – dihiris serong
Minyak untuk menggoreng (agak banyak)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Satukan bahan-bahan lain. Tuangkan dari aras yang agak tinggi ke dalam kuali supaya telur ada kerak-kerak garing di bahagian tepinya.
  3. Goreng hingga perang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga perang. Toskan minyaknya dan hidangkan.




Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana
Tepung jagung, garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 batang serai – dihiris nipis
2 inci halia – dihiris mancis
5 biji cili padi merah dan hijau – dihiris nipis
1/4 biji timun Jepun – dipotong dadu
1/4 biji lobak merah – dipotong dadu
6 kiub nanas dalam tin – dipotong dadu
1/4 biji lada benggala hijau – dipotong dadu
3/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.
  2. Sementara itu, gaul ikan dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit rata-rata.
  3. Goreng hingga garing. Angkat, toskan dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan sahaja.
  5. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia, serai dan cili padi hingga perang.
  6. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  7. Masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata dan tumis beberapa minit lagi.
  8. Masukkan timun, lobak merah, nanas dan lada benggala. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih kemudian masukkan garam dan MCR. Sesuaikan rasa dan setelah agak pekat tutup api.
  9. Tuangkan sos ke atas ikan dan hidangkan segera.




Peria Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

1/4 biji peria besar – dihiris nipis
Air bercampur 1 sudu besar garam untuk merendam peria
3 ketul isi ayam – dipotong kiub
1 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar (kering):

5 biji cili padi merah dan hijau – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
1/2 biji bawang besar – dipotong

Cara-cara:

  1. Rendam peria di dalam air bergaram lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan layu, kemudian masukkan ayam dan tumis rata hingga berubah warna.
  3. Masukkan sos tiram, peria dan sedikit air (sekadar untuk melembutkan peria).
  4. Kacau sekali sekala hingga peria lembut dan tutup api.

Thursday, May 17, 2018

Menu 16 Mei 2018


Gulai Kurma Telur Rebus

Bahan-bahan:

5 biji telur rebus – dikupas
1/2 batang lobak merah – dipotong jejari
1 biji kentang – dipotong 6
1/2 biji bawang besar – dibelah 2
3 biji cili hijau – dibuang biji dan dipotong
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris mancis
1/2 kotak santan
1 peket serbuk kurma Baba's
Air secukupnya
1/2 sudu teh pes asam jawa
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1/2 senduk kecil minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Kemudian, tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu dan perang.
  2. Masukkan serbuk kurma dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, kentang dan lobak merah. Kacau dan tutup untuk melembutkan kentang.
  4. Setelah kentang empuk, masukkan telur rebus, santan, cili hijau, bawang besar, pes asam jawa, garam dan MCR secukup rasa. Kacau sekali-sekala hingga mendidih dan tutup api.




Leek Goreng Sos Tiram

Bahan-bahan:

1 ikat leek – dipotong 5 cm panjang dan dibelah 2
1/4 biji lada benggala merah – dihiris kasar
1 batang cendawan 'King' – dihiris
1 1/2 sudu besar sos tiram
5 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/4 biji bawang Holland – dihiris
1 sudu besar minyak kelapa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang Holland hingga harum dan layu.
  2. Masukkan leek, cendawan, lada benggala, air dan sos tiram. Besarkan api dan kacau segera (stir-fry) hingga sayur lembut tetapi tidak lembik. Tutup api.

Wednesday, May 16, 2018

Menu 14 Mei 2018


Pajeri Terung

Bahan-bahan:

3 biji terung panjang (sederhana besar) – dibelah 2 tanpa putus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
Air secukupnya
2 sudu besar gula
1 peket serbuk kari daging Baba's
3 tangkai daun kari
1/4 sudu teh pes asam jawa Adabi
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
6 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

3 biji bawang merah – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci halia – dipotong kecil
1/2 cawan udang kering – direndam sebentar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daun kari dan bahan tumbuk hingga harum dan keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula, kerisik, air, santan, asam jawa, garam, MCR dan terung. Perlahankan api dan renihkan hingga kuah semakin pekat dan santan pecah minyak. Kacau sekali sekala perlahan-lahan untuk mengelakkan terung pecah.
  4. Setelah kuah pekat, tutup api dan hidangkan.






Sambal Tumis Telur Rebus

Bahan-bahan:

5 biji telur – direbus dan dikupas
1 biji bawang besar – dihiris kasar, dibahagi 2
1 keping asam gelugur
1 sudu teh gula melaka
2 sudu besar sos tiram
Garam, Maggi Cukup Rasa dan air secukupnya
6 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

1 1/2 cawan cili kering – dibuang biji dan direbus hingga lembut
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis separuh hirisan bawang Holland hingga layu dan perang.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula melaka dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, baki hirisan bawang Holland, asam gelugur, garam dan MCR dan kacau rata. Kemudian, masukkan telur rebus.
  5. Kacau sekali sekala hingga sambal sedikit pekat.





Sotong Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

400 gm sotong – dibuang kulit dan dihiris bulat setebal 2 cm
2 tangkai daun limau purut
1/2 batang lobak merah – dihiris bulat
1/4 biji bunga kubis – dipotong kecil
1/4 biji brokoli – dipotong kecil
1/4 biji lada benggala merah – dihiris kasar
5 biji cili padi hijau – dipotong 2
1/4 biji bawang Holland – dibelah 2
5 sudu besar cili kisar (sama resipi seperti di atas)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos cili
Sedikit kicap manis ABC
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos ikan
5 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos cili, minyak bijan dan sos ikan. Kacau rata beberapa minit.
  2. Masukkan lobak merah, bunga kubis, lada benggala, bawang Holland dan sedikit air. Renihkan.
  3. Setelah lobak merah lembut, masukkan sotong, brokoli, cili padi, garam dan MCR. Kacau rata hingga sotong masak dan tutup api.

Sunday, May 6, 2018

Menu 6 Mei 2018


Kacang Buncis Goreng Telur

Bahan-bahan:

10 tangkai kacang buncis – dibuang urat dan dipotong serong 4 cm panjang
1 biji cili merah – dihiris serong
1 biji telur
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu teh minyak bijan + 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan kacang buncis, cili merah, bawang besar dan sos ikan. Besarkan api dan kacau hingga lembut.
  3. Buat ruang dan pecahkan telur. Setelah agak mengeras, kacau bersama sayur hingga masak.


Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan:

8 ekor sotong (bertelur) – dibuang kulit luar
1/4 biji lobak merah – dipotong seperti mancis
1 biji cili hijau – dihiris kasar (serong)
3 biji cili padi merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris batang mancis
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 sudu besar cili kisar
Kicap masin Tamin secukupnya
Kicap ABC secukupnya
Air, garam dan Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali non-stick dan masukkan sotong. Kacau hingga keluar airnya dan sotong berubah warna. Keluarkan dan cuci kuali.
  2. Panaskan semula kuali dan tuangkan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga layu dan harum baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kicap masin dan kicap ABC. Kacau rata dan masukkan sedikit air (ikut suka hendak kuah banyak mana).
  5. Masukkan lobak merah dan bawang Holland dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan sotong, cili hijau dan cili padi. Kacau sebentar dan tutup api.

Wednesday, April 25, 2018

Menu 20 April 2018

Nasi Goreng Belacan


Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk - dileraikan
2 biji telur
1 pokok daun bawang - dipotong 2 cm
3 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kasar/ditumbuk:

10 biji cili padi merah dan hijau - dipotong
1/2 biji bawang besar - dipotong
2 inci belacan
Segenggam ikan bilis - dikupas dan dibilas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar di atas api sederhana hingga hampir garing.
  2. Masukkan garam dan MCR. Kacau rata.
  3. Masukkan nasi dan daun bawang dan gaul rata beberapa minit.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah, pecahkan telur. Biarkan telur mengeras sedikit baru dikacau bersama nasi, pastikan telur tidak terlalu hancur.
  5. Kacau lagi beberapa minit dan tutup api.




Laksa Utara My Version

 Hirisan cili padi dan cili merah, laksa yang dicelur, telur rebus, hirisan bawang besar, hirisan timun Jepun, hirisan limau nipis


Bahan-bahan kuah laksa:

2 ekor ikan kembung jenis besar - dibersihkan
1 tin kecil sardin Cap Ayam
3 batang serai - dipotong
4 inci belacan - dibakar
2 senduk kecil cili kisar
2 biji bawang besar - dipotong
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
Secekak daun kesum - dilurutkan
8 keping asam gelugur - dibasuh
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Air untuk merebus secukupnya, tambah jika perlu
1 peket mi laksa beras - direndam 5 - 6 jam/semalaman
Air untuk mencelur mi laksa

Bahan-bahan sampingan:

1/2 biji timun Jepun - dihiris seperti mancis
1 biji bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
10 biji cili padi - dihiris nipis
3 biji limau nipis - dibelah potongan kecil
5 biji telur - direbus dan dibelah 2

Cara-cara:

  1. Panaskan air (lebih kurang 4 cawan) dan masukkan ikan kembung. Rebus hingga masak dan biarkan sejuk.
  2. Sementara itu, masukkan sardin, serai, belacan, bawang besar, separuh bunga kantan, separuh daun kesum dan air secukupnya ke dalam blender dan kisar hingga halus. Masukkan ke dalam periuk berasingan.
  3. Setelah ikan sejuk, asingkan isi dan tulang. Pada bahagian isi yang diasingkan, pastikan tiada tulang yang tertinggal. Kemudian, masukkan ke dalam blender bersama 1/2 air rebusan dan kisar hingga halus. Masukkan ke dalam periuk yang berisi kisaran belacan tadi.
  4. Masukkan pula tulang termasuk kepala ikan ke dalam blender dan tambahkan baki air rebusan. Kisar hingga halus dan tapiskan ke dalam periuk berisi kisaran belacan tadi.
  5. Tambah asam gelugur dan cili kisar dan renihkan kuah di atas api sederhana supaya rasa dan aroma asam gelugur keluar dan mesra dengan kuah.
  6. Setelah mendidih, masukkan baki bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan garam dan MCR secukup rasa. Masak sehingga kuah agak pekat sambil dikacau sekali-sekala. Tutup setelah masak. Kuah laksa akan bertambah sedap jika disimpan sehari atau lebih. Lebihan kuah yang tidak habis, simpan di dalam tupperware dan sejukbekukan untuk kegunaan lain kali.
  7. Sediakan air secukupnya untuk merebus mi laksa dan hidupkan api. Sementara itu, tapis dan toskan mi laksa.
  8. Setelah air mendidih, masukkan mi laksa dan kacau selalu hingga mi laksa lembut. Angkat dan toskan.
  9. Semasa menghidang, sendukkan mi laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah secukupnya. Taburkan bahan-bahan sampingan dan letakkan telur rebus dan limau nipis. Semasa hendak makan, perahkan limau nipis dan sedia dinikmati. Jika suka, boleh tambah petis (otak udang).

Thursday, April 19, 2018

Menu 11 April 2018

Breakfast


Mihun Goreng Simple

Bahan-bahan:

1/2 peket mihun - direndam dalam air suam 20 minit (hingga lembut), ditoskan
1 pokok daun ketumbar - dicincang kasar
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
Sos cili, garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Minyak untuk menumis (lebih kurang 4 sudu besar)
Air (untuk melembutkan mihun)

Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk kasar:

Segenggam udang kering - direndam hingga lembut dan ditoskan
5 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar di atas api sederhana hingga garing.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, garam, MCR dan kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan mihun dan kacau rata. Tambahkan sedikit air dan kacau rata hingga mihun lembut dan bersalut rata. Sesuaikan rasa.
  5. Pecahkan telur dan biarkan sedikit keras barulah dihancurkan (scramble). Kemudian, gaul sekali bersama mihun.
  6. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan gaul rata. Goreng mihun hingga agak kering dan tutup api.




Lunch


Rendang Perut dan Kacang Panjang (Versi Tak Pedas)

Bahan:-bahan:

500 gm perut lembu (putih) - direbus hingga empuk dan ditoskan
5 urat kacang panjang - dipotong serong 4 cm
3 biji cili hijau - dihiris serong
1/2 biji bawang besar / 2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 sudu teh halia kisar
3/4 kotak santan KARA
1/4 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Jika suka pedas, tambah 10 biji cili padi hijau yang dikisar

Cara-cara:

  1. Potong perut lembu ikut suka dan bilas dengan air. Toskan.
  2. Di dalam kuali, satukan kesemua bahan dan panaskan di atas api kecil. Kacau hingga masak dan empuk serta kuah sedikit kering.



Sotong dan Udang Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

8 ekor sotong - dibuang kulit dan dihiris bulat
8 ekor udang putih - dibuang muncung
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang kasar
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar (wedges)
1 biji cili hijau - dihiris serong (kasar)
3 biji cili padi merah - dipotong 2 serong
1/4 biji lada benggala kuning - dihiris memanjang (kasar)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
Sedikit kicap (untuk warna)
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan non-stick wok dan masukkan sotong. Kacau rata untuk mengeluarkan airnya. Setelah berubah warna dan nampak pejal, keluarkan sotong dan buang airnya.
  2. Cuci wok dan panaskan semula. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga perang dan harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap, bawang Holland, cili hijau, cili padi merah dan lada benggala. Kacau sebentar di atas api kuat kemudian masukkan sotong dan udang. Kacau rata, tambah air jika perlu.
  5. Masukkan garam dan MCR, sesuaikan rasa dan kacau rata. Tutup api setelah udang masak.





Sunday, April 8, 2018

Menu 4.4.2018

Menu sarapan pagi

Kuih Gelang/Keria

Bahan-bahan:

1 biji keledek kuning - dikupas dan dipotong kecil
2 biji keledek oren - dikupas dan dipotong kecil
Secubit garam
Air untuk merebus
1/2 - 1 cawan tepung gandum (agak-agak)
Minyak untuk menggoreng
Tepung untuk dusting
1/4 cawan air
5 sudu besar gula

Cara-cara:

  1. Basuh keledek hingga bersih, masukkan ke dalam periuk bersama air dan garam. Rebus hingga empuk. Toskan air dan biarkan sejuk.
  2. Lenyek hingga halus, buang serat ubi jika ada.
  3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang kurang melekat. (Tips: Lebihkan keledek kuning daripada keledek oren kerana keledek oren sangat lembik dan sukar dibentuk walaupun dah letak banyak tepung, atau gunakan keledek kuning sahaja).
  4. Ambil sejemput dan bulat-bulatkan. Kemudian, bentukkan menjadi panjang kira-kira sejengkal. Kemudian cantumkan kedua-dua hujung supaya menjadi seperti gelang. Tekan sedikit untuk melekatkannya. Susun di atas dulang yang telah ditabur tepung, kemudian taburkan sedikit tepung di atas permukaannya. Buat sehingga habis.
  5. Panaskan minyak. Goreng kuih hingga keemasan, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  6. Dengan menggunakan kuali berasingan, didihkan air dan gula di atas api sederhana.
  7. Setelah mula menggelegak, masukkan kuih dan gaul rata. Tutup api dan teruskan menggaul kuih hingga air gula bertukar menjadi seperti garam kasar (crystalised). Proses ini agak lama dan lenguh sedikit. Angkat dan hidangkan.




Menu makan tengah hari dan malam


Telur Masak Sambal

Bahan-bahan:

3 biji telur - dibasuh kulitnya
1/2 biji bawang Holland - dihiris nipis
1/2 biji bawang Hollang - dihiris bulat
1 keping asam gelugur
3 senduk kecil cili kisar
1/4 sudu besar gula perang
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dihiris nipis hingga layu dan perang.
  2. Masukkan cili kisar dan gula perang. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan asam keping. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan bawang hiris bulat, kacau. Kemudian, pecahkan telur sebiji-sebiji ke dalam sambal.
  6. Kaupkan sambal ke atas telur perlahan-lahan. Masak sebentar jika suka kuning telur cair. Jika tidak, masak hingga kuning telur mengeras.
  7. Angkat perlahan-lahan dan masukkan ke dalam pinggan.


Masak Lemak Cili Padi Ikan Pelutan

Bahan-bahan:

7 ketul potongan ikan pelutan
1 mangkuk hirisan kasar terung - direndam untuk elakkan hitam
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1/4 cawan air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

10 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit
3 biji tomato ceri
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Masukkan bahan kisar, serai, daun kunyit dan air ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, asam keping, ikan dan terung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sambil dikacau kuahnya selalu tetapi berhati-hati supaya ikan tidak hancur.
  3. Setelah berwap, masukkan garam dan MCR. Masak lagi hingga mendidih (pastikan kacau supaya santan tidak pecah). Tutup api.


Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

250 gm daging batang pinang - dihiris ikut suka, dibasuh dan ditoskan
1/2 biji lada benggala kuning - dipotong kiub
3 biji tomato ceri - dibelah 2
1 pokok daun ketumbar - dipotong kasar, bersihkan akarnya
1/2 biji bawang Holland - dipotong baji
3 ulas bawang putih - diketuk
Minyak untuk menumis
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos lada hitam
Sedikit kicap masin (untuk warna)
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum dan perang.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, sos lada hitam dan kicap. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, akar ketumbar, daging, lada benggala, garam dan MCR. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang Holland dan daun ketumbar. Gaul dan tutup api.

Friday, March 23, 2018

Menu 22.3.2018


Sambal Tumis Telur Rebus

Bahan-bahan:

5 biji telur - direbus 5-7 minit (supaya kuningnya cair)
1/2 biji bawang Holland - dihiris bulat
3 senduk kecil cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1 keping asam gelugur - dibasuh
6 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Telur yang direbus kemudian rendam seketika di dalam air biasa kemudian kupas dengan berhati-hati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan pula sos tiram dan asam gelugur. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam, telur rebus dan bawang Holland. Kacau perlahan dengan rata dan sesuaikan rasa. Tutup api.



Sayur Goreng

Bahan-bahan:

1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
1/2 biji lobak merah - dipotong jejari
2 ketul dada ayam - dipotong jejari
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang kasar
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga berubah warna.
  3. Masukkan lobak merah dan sedikit air. Masak hingga separuh empuk.
  4. Masukkan brokoli, minyak bijan, sos tiram dan MCR. Masukkan juga sedikit air, besarkan api dan kacau rata hingga brokoli 3/4 masak. Tutup api.



Pulut Kuning

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut - dibasuh bersih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Air untuk merendam

1/2 kotak santan KARA + 1 cawan air
1 1/4 sudu besar garam (atau secukup rasa)
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:

  1. Persediaan awal: Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam gelugur lebih kurang 4 jam.
  2. Toskan airnya dan bilas sedikit.
  3. Panaskan periuk pengukus. Letakkan pulut di dalam loyang bersama daun pandan. Kukus separuh masak, lebih kurang 10 minit.
  4. Sementara itu, bancuh campuran santan dan garam di dalam bekas yang sesuai. Keluarkan pulut dan gaul rata dengan bancuhan santan.
  5. Masukkan semula pulut ke dalam loyang dan kukus lagi hingga betul-betul masak, lebih kurang 15 - 20 minit.

Rendang Pedas Ayam Stail Mak dan Yong

Bahan-bahan:

600 gm potongan ayam - dibersihkan dan ditoskan
1 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur - dibasuh
3/4 kotak santan KARA + 3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Maggi Cukup Rasa
1 senduk kecil minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

1 cawan cili kering yang sudah dipotong dan direbus - ditoskan
2 biji bawang besar - dipotong
4 ulas bawang putih - dipotong
3 inci halia - dipotong
1 inci lengkuas - dipotong
3 batang serai (bahagian putih) - dipotong
2 inci kunyit - dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata hingga bersalut. Perlahankan api dan tutup kuali supaya ayam mengecut. Kacau sekali sekala.
  3. Selepas lebih kurang 10 minit, kacau rata. Masukkan campuran santan, asam gelugur, daun limau purut, garam dan MCR. Renihkan di atas api sederhana hingga ayam betul-betul empuk dan kuah rendang sedikit pekat. Jika suka kuah yang kering, masak lagi hingga sedikit kering. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.

Monday, March 19, 2018

Teatime 14.3.2018



Kuih Ketayap

Bahan-bahan inti:

1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
1/2 ketul gula melaka - dipecah-pecahkan
1 sudu besar gula perang
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul
1/4 cawan air
2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Masukkan air, daun pandan, garam, gula melaka dan gula perang ke dalam periuk kecil dan panaskan di atas api kecil hingga betul-betul larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau sekali-sekala hingga pekat dan sedikit kering.
  3. Setelah agak kering (tetapi masih sedikit lembap), masukkan tepung gandum dan kacau rata. Fungsi tepung gandum adalah untuk hold inti, supaya tidak berderai. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Bahan-bahan kulit:

1 cawan (atau lebih) tepung gandum - diayak
1/2 kotak santan + 1 cawan air - dikacau rata
Secubit garam
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 sudu besar pandan emulco*
Sedikit minyak + simpulan daun pandan

*Kalau tidak menggunakan emulco, boleh kisar 4 helai daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian tambah 1 - 2 titik pewarna hijau jika suka.

Cara-cara:
  1. Satukan tepung dan garam dan kacau rata.
  2. Buatkan lubang di bahagian tengah. Tuangkan campuran santan dan telur. Kacau menggunakan whisk hingga rata dan tidak berketul. Kemudian, tuangkan emulco dan kacau rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Dengan cara ini, adunan tidak perlu ditapis lagi. Jika tidak menggunakan cara ini, pastikan adunan dipukul rata dan tapis sebelum digunakan.
  4. Panaskan non-stick pan, sapukan sedikit minyak rata-rata menggunakan simpulan daun pandan yang dicelup ke dalam minyak.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan dan lenggangkan supaya nipis. Biarkan adunan berubah warna dan lekang sedikit di bahagian tepinya. Kuiskan dengan sudip dan angkat. Ketepikan. Buat hingga habis.
  6. Sementara membuat baki kulit, ambil sekeping kulit yang sudah masak tadi. Letakkan 1 sudu besar inti dan gulung seperti membuat popiah. Buat sehingga habis.

Teatime 13.3.2018

 Donat

Burger Malaysia


Donat/Burger Malaysia

Bahan-bahan doh:

500 gm tepung gandum Cap Bunga Ros - diayak
1 peket (11 gm) yis kering
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil gula
Secubit garam
265 ml air suam
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu besar vegetable shortening
2 sudu besar mentega yang dicairkan

Bahan-bahan sambal tumis ikan bilis:

1/2 cawan ikan bilis yang disiang - dibasuh dan ditoskan
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 1 /2 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 keping kecil asam gelugur/1/4 sudu teh pes asam jawa
3 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering - digunting, buang biji dan direbus hingga lembut, ditoskan
1 biji bawang besar - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - dipotong kecil
Air secukupnya

Bahan-bahan hiasan:
3/4 cawan gula halus/aising
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Hirisan timun Jepun
Hirisan telur rebus

Cara-cara membuat donat/burger Malaysia:
  1. Satukan gula dan air suam dan kacau hingga larut. Kemudian, tuangkan yis kering, kacau sedikit dan biarkan berbuih.
  2. Sementara itu, masukkan tepung, susu tepung dan garam ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan mentega cair dan telur. Gaul rata menggunakan tangan atau spatula hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Tuangkan campuran yis sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh diuli. Teruskan menguli beberapa minit, kemudian masukkan shortening. Uli lagi hingga doh tidak melekat pada tangan (pada awalnya doh sedikit melekit).
  5. Rehatkan doh selama 45 minit - 1 jam (tutup permukaan bekas dengan cling wrap) dan letakkan di tempat yang bersuhu sedikit panas supaya doh naik dengan cantik dan cepat.
  6. Sementara itu, boleh sediakan inti sambal.
  7. Setelah doh naik sekali ganda, tumbuk-tumbuk doh sedikit untuk mengeluarkan angin, kemudian uli lagi beberapa minit.
  8. Ambil doh dan timbang 50 gm sebiji untuk membuat burger Malaysia. Buat dalam 10 biji (atau lebih). Susun di dalam dulang dan perap 15 minit.
  9. Untuk membuat donat, ambil baki doh tadi dan gelek setebal 4 mm. Kemudian, tekap menggunakan acuan donat. Susun di dalam dulang dan perap 15 minit.
  10. Jika tidak menggunakan acuan, ambil doh dan timbang 30 gm setiap satu. Bulat-bulatkan hingga licin kemudian leperkan. Buat lubang dengan menggunakan jari dan bentukkan menjadi gelang. Susun di dalam dulang dan perap 15 minit.
  11. Panaskan minyak di atas api sederhana. Goreng doh hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  12. Untuk membuat burger Malaysia, setelah kuih sejuk, belah 2 tanpa putus di bahagian tengah. Letakkan sekeping hirisan timun, 1 sudu besar sambal tumis ikan bilis dan sekeping hirisan telur rebus. Katupkan dan susun di dalam pinggan.
  13. Untuk donat pula, sediakan sepiring gula halus/aising dan taburkan 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis. Kacau rata. Sebaik sahaja minyak ditoskan, golek-golekkan di dalam campuran gula dan susun di dalam pinggan.
Cara-cara membuat sambal tumis:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  2. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumis hirisan bawang hingga layu.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga mendidih.
  4. Masukkan gula perang dan tumis sebentar diikuti dengan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  6. Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata dan sedikit kering, tutup api dan biarkan sejuk.

Friday, March 16, 2018

Breakfast 8.3.2018




Nasi Lemak

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
2 cawan beras biasa
1 batang serai - diketuk
3 inci halia - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
5 cawan air
1/2 cawan santan KARA
1 sudu besar garam (secukup rasa)

Hidangkan bersama:

5 biji telur mata cair
Hirisan timun Jepun
Ikan bilis goreng
Kari udang dan buncis
Sambal tumis

Cara-cara:

  1. Campurkan kedua-dua jenis beras dan basuh bersih. Masukkan ke dalam rice cooker bersama bahan-bahan lain. Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan dan tutup semula. Biar selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Sambal Tumis

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan cili kering yang digunting - buangkan biji dan rebus hingga lembut
2 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
Gula perang dan garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
5 sudu besar minyak masak
1 biji bawang Holland - dihiris kasar

Cara-cara:
  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih bersama air secukupnya hingga halus.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga mendidih. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga terbit minyak sambil dikacau selalu di atas api sederhana.
  3. Masukkan sedikit air, asam gelugur, garam dan bawang hiris. Kacau dan biarkan mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api. Boleh juga masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing. Kacau sebentar dan tutup api.


Kari Udang dan Buncis

Bahan-bahan:

1 cawan udang kecil - dibuang kepala dan ekor
6 tangkai kacang buncis - dibuang urat dan dipotong serong 3 cm
1 sudu kecil halba campur
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris seperti mancis
1/2 peket serbuk kari ikan Baba's
1 tangkai daun kari - dilurutkan
1/4 cawan santan KARA + 1/4 cawan air
Garam, pes asam jawa secukup rasa
Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan layu.
  2. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang buncis dan kacau sebentar. Kemudian, masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika terlalu pekat. Kuah mestilah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Setelah mendidih, masukkan udang, garam, pes asam jawa dan MCR. Kacau hingga mendidih, sesuaikan rasa dan tutup api.

Dinner 7.3.2018

Ikan pekasam goreng, telur dadar ala Thai, bayam merah masak air, ikan merah masak kicap


Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan:

2 biji telur + 1 sudu besar air - dipukul hingga kembang
1 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji bawang Holland - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris serong
Minyak untuk menggoreng (lebih kurang 2 senduk)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Satukan semua bahan kecuali minyak.
  2. Kecilkan api, tuang adunan telur dari aras yang agak tinggi sambil buat pusingan di dalam kuali.
  3. Tutup dan biarkan bahagian bawah sedikit garing kemudian balikkan. Goreng hingga sedikit garing.
  4. Angkat menggunakan penapis besar dan toskan minyak sebelum dihidangkan.



Bayam Merah Masak Air

Bahan-bahan:

1 ikat bayam merah - disiang
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Sejemput ikan bilis - dibasuh
Garam secukup rasa
1 cawan air (atau lebih)

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan renihkan hingga sayur lembut. Tutup api.



Ikan Merah Masak Kicap

Bahan-bahan:

2 keping ikan merah
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang Holland - dihiris bulat
1 tangkai cili merah - dibelah 2 tanpa putus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
Kicap secukupnya
Air secukupnya
Sedikit garam jika perlu

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 sudu besar. Tumis cili kisar dan serbuk lada hitam hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah air jika suka berkuah.
  4. Masukkan ikan goreng, bawang Holland, cili merah dan garam (jika perlu). Kacau rata sebentar dan tutup api.

Friday, January 26, 2018

Breakfast: 18.1.2018

Nasi Lemak



Bahan-bahan nasi:

1 cawan beras wangi Thai + 2 cawan beras biasa/basmathi – dibasuh bersih dan ditoskan
1 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – disimpul
5 biji bawang merah – dihiris nipis
3 inci halia – dipotong dan diketuk
1/2 kotak santan KARA
3 cawan air (cawan sama menyukat beras)
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan nasi dan biarkan rehat (tutup) selama lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.
Hidangan Sampingan:

Telur goreng mata
Hirisan timun
Kacang goreng (jika suka)

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:

1 cawan ikan bilis – dibasuh bersih dan ditoskan
1 biji besar bawang besar – dihiris kasar, dibahagi 2
4 senduk besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 – 2 ketul kecil gula Melaka
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan. Ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis separuh hirisan bawang hingga layu.
  3. Masukkan cili kisar, tumis sebentar. Masukkan sos tiram dan gula Melaka. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, baki bawang dan asam keping. Kacau. Setelah mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Untuk menghidangkan, sendukkan nasi lemak ke atas pinggan. Susun bahan sampingan dan letakkan kuah sambal.

Friday, August 18, 2017

Breakfast 11.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi!



Nasi Goreng Belacan Cili Padi

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan nasi sejuk – digemburkan
5 batang kacang buncis – dihiris serong nipis
2 biji telur
Garam dan MCR secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar kasar:

10 biji cili padi merah + hijau – dipotong
3 biji bawang merah – dipotong
1 inci belacan bakar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga sedikit garing.
  2. Masukkan kacang buncis dan goreng sebentar. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sebelum dikacau bersama bahan kisar tadi, kecai-kecaikan sedikit.
  3. Masukkan garam dan MCR diikuti dengan nasi.
  4. Gaul rata dan goreng beberapa minit.

Breakfast 3.8.2017

Assalammualaikum,

Time ni terlebih rajin. Pagi-pagi subuh tu dok blend daun pandan nak ambil jusnya untuk buat nasi lemak colour hijau. Oh ya logo tu tak dan lagi nak tukar ke 2017 huhu....

Jom tengok resipi!



Nasi Lemak Pandan dan Sambal Tumis Udang



Bahan-bahan:

7 helai daun pandan – dikisar dengan sedikit air, tapis
1 titik pes pandan
5 cawan beras basmathi – direndam semalaman, ditoskan
1/2 kotak santan KARA
3 biji bawang merah – dihiris
2 inci halia – diketuk
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan jus pandan dan air hingga menjadi 6 cawan. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan bahan-bahan lain dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan lain:

Telur goreng mata
Ikan bilis goreng
Hirisan timun (jika ada)


Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan:

2 cawan udang – dibuang kulit, tinggalkan bahagian ekor
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1/2 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos tiram
1 inci gula Melaka
1 1/2 senduk kecil minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

1 genggam cili kering – dipotong dan direbus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar di atas api perlahan hingga mendidih.
  2. Masukkan gula Melaka dan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau rata, tambah air jika perlu.
  4. Masukkan pes asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau rata dan setelah mendidih, tutup api.

Friday, July 21, 2017

Qayyum's Raya Class Party ~ 20.7.2017

Assalammualaikum,

Pagi ni melayan request Qayyum untuk bawa makanan ke sekolah sempena sambutan Raya. Mula-mula dia minta karipap. Oh, memang tak la... tak sempat dan tak larat nak buat benda renyah. Balik keje pun dah pukul berapa, nak masak inti, nak kelim semua.... huhuhu.

So saya decide nak buat something simpler, maybe mihun or kuey teow goreng. But that kind of food are too mainstream, so why not something different but at the same time simple to make? As for Qayyum later asked for macaroni carbonara, I think that was not convenient as the gravy might not be enough. Nanti kuah habis, tinggal makaroni je, nak makan dengan apa pulak kan?

Coincidentally, I watched a video posted on FB, something like quiche but in a simple version. The recipe used white bread as its base, the egg gravy poured on top then baked.

So, that give me an idea. Why don't I combine white bread and macaroni and baked them like quiche? I think for two pieces of 8 x 8 inches aluminium foil mould should be enough for his class.

So, jom tengok resipi modified saya. It tasted quite good, creamy and not spicy, the kids would love it.

Baked Macaroni Carbonara Quiche

Source: Myself, FB


Bahan-bahan:

1 peket makaroni – direbus mengikut arahan, ditoskan
8 keping roti putih Gardenia – dipotong bahagian tepi, simpan separuh
10 biji telur – dipukul kembang
10 batang sosej ayam – dipotong kiub kecil
1 biji bawang Holland – didadu kecil
1/2 biji capsicum kuning – didadu kecil
1/2 ikat kucai – dipotong kecil
15 biji tomato ceri – dipotong 4
1 tin sos carbonara Prego + 1/2 tin air suam
2 sudu besar serbuk lada hitam
6 keping mozzarella cheese slice Emborg
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 15 minit.
  2. Sementara itu, pukul telur bersama garam dan Maggi Cukup Rasa hingga berbuih dan kembang.
  3. Masukkan sos carbonara dan serbuk lada hitam dan pukul sebentar. Masukkan bahagian tepi roti dan rendamkan sebentar. Ketepikan.
  4. Susun roti di dalam bekas aluminium (4 keping 1 bekas).
  5. Tabur sosej, bawang Holland, tomato ceri dan kucai sama rata ke dalam kedua-dua bekas.
  6. Carik-carikkan 3 keping cheese dan tabur rata di dalam satu bekas. Ulang untuk sebekas lagi.
  7. Sendukkan adunan telur ke dalam kedua-dua bekas sama rata.
  8. Bakar selama 1 jam, api bawah. Selepas 40 minit, turunkan suhu kepada 160°C dan bakar api atas dan bawah hingga masak.


Sunday, July 16, 2017

Menu untuk khatam Quran dan advance birthday Qayyum

Assalammualaikum,

Preparation dah start dari semalam, kukus pulut, rebus macaroni dan sambal tumis. So pagi ni bangun pukul 5 am sediakan kuah carbonara, kukus semula pulut dan masukkan telur puyuh dalam kuah sambal tumis. Fuh, penat juga.

Jom tengok resipi.




Pulut Kuning

Bahan-bahan:
1 1/2 peket pulut susu - dibasuh bersih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 kotak santan + 1 cawan air + 2 sudu kecil garam
Daun pandan - dibersihkan

Cara-cara:
1.  Rendam pulut bersama air, asam keping dan serbuk kunyit selama 3 jam.
2.  Sediakan air kukusan dan lapik dengan beberapa helai daun pandan.
3.  Kukus pulut 30 minit. Kemudian keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang besar. Tuangkan bancuhan santan sedikit-sedikit dan gaul rata dengan senduk. Buat sehingga santan habis.
4.  Kukus semula hingga masak.


Sambal Tumis Telur Puyuh

Bahan-bahan:
100 biji telur puyuh - direbus dengan 1 sudu besar garam selama 10 minit, dikupas
1 biji bawang besar - dibelah 6
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula Melaka
Garam
1 senduk sederhana minyak
3 senduk sederhana cili kisar
1 keping asam keping
Air

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih.
2.  Masukkan sos tiram dan gula Melaka. Perlahankan api, tumis hingga garing dan pecah minyak. Kacau selalu untuk elakkan hangit.
3.  Masukkan air, asam keping dan garam. Masak sehingga mendidih dan rasa.
4.  Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata, masak sehingga bawang agak layu dan tutup api.


Macaroni Carbonara

Bahan-bahan:
2 1/2 peket macaroni - direbus mengikut arahan dan ditoskan
20 batang sosej - dihiris bulat
2 tin cendawan butang - dibelah 2 dan dihiris
1 biji bawang Holland - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
1/4 buku butter
2 tin sos carbonara Prego
1 tin sos keju dan herba Prego
4 tin air
1 cawan susu segar
2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu dan harum.
2.  Masukkan sosej dan cendawan dan tumis lagi hingga masak.
3.  Masukkan sos, air dan susu serta lada hitam. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan perasa. Aetelsh mendidih, rasa jika ok tutup api.