Ikan Kembung Masak Tempoyak
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung sederhana – dikelar
1/2 biji timun Jepun – dibelah 8
1 keping asam keping
1 tangkai daun kesum – ambil daunnya sahaja
3 sudu besar tempoyak
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
1/2 inci kunyit
Cara-cara:
- Satukan air dan tempoyak di dalam periuk. Kacau hingga sebati.
- Panaskan di atas api sederhana. Masukkan daun kesum, bahan tumbuk, garam, asam keping dan timun.
- Setelah hampir mendidih, masukkan ikan dan teruskan memasak, balikkan ikan jika perlu.
- Setelah mendidih dan ikan masak, tutup api.
No comments:
Post a Comment