Untuk kuah, balance gulai sardin ada lagi. Just tambah kuah dal dan sambal tumis ikan bilis.
Kuah Dal
Sumber: http://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2013/09/resepi-kuah-dhal-sedap-dan-mudah-roti.html
Olahan: mrskojiwami
500 g kacang dal – direndam 1 jam atau lebih
2 sudu kecil halba campur
2 sudu besar udang kering – direndam sebentar*
3 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
4 tangkai cili kering – dipotong 3 cm panjang dan direndam sebentar
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
Cara-cara:
Sumber: mrskojiwami2 sudu kecil halba campur
2 sudu besar udang kering – direndam sebentar*
3 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
4 tangkai cili kering – dipotong 3 cm panjang dan direndam sebentar
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
- Rebus kacang dal hingga empuk, sekiranya air kering, tambah lagi hingga betul-betul empuk dan sedikit hancur.
- Tambah air supaya ia berkuah sedikit. Renihkan di atas api kecil.
- Sementara itu, di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar kemudian masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan masukkan daun kari dan cili kering yang ditoskan.
- Gaul rata sebentar dan tutup api.
- Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk berisi dal tadi. Kacau rata dan teruskan merenih, sekiranya pekat, tambahkan air lagi. Kuah sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Perasakan secukupnya. Setelah ok, tutup api.
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis – dibasuh bersih
1/2 biji bawang Bombay – dihiris kasar
1 keping asam gelugur
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
3/4 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
5 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih.
- Masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
- Masukkan air, bawang Bombay, asam gelugur, ikan bilis dan garam.
- Gaul rata hingga bawang lembut dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment