Saturday, July 15, 2017

Menu Potluck at Office ~ 12.7.2017

Assalammualaikum,

Kami officemates sepakat membawa berkat agreed nak buat potluck hari raya di hari Rabu. Menu yang ada:

Saya : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah
Sherry : Mee kari
Sarah : Ketupat palas/lemang segera, rendang ayam, air gas
Ernie : Ketupat segera, kuah kacang, makaroni goreng, air gas

Orang ada berapa kerat je, makanan banyak. So mana yang ada balance, we all bawa balik, so takde la membazir kan. Dinner pun tak payah masak, yeay!

Nasi tomato ni dah lama saya tak masak. So, semalam baru nak ingat-ingat lupa resipi mak + carian google. Alhamdulillah menjadi. En K puji 5 bintang hihi.

Jom tengok resipi.



Nasi Tomato

Sumber: Mak dan google

Bahan-bahan:
8 cawan beras basmathi - direndam 3 jam, ditoskan airnya
8 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
3 sudu besar marjerin (sebenarnya nak guna minyak sapi tapi tak jumpa tin kecil)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
5 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang Holland - dipotong dadu kecil
1/2 tin kecil puri tomato
5 sudu besar sup tomato Campbell
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1/2 cawan hirisan daun sup
1/2 cawan bawang goreng

Jika suka boleh tambah gajus goreng, kismis kuning dan kacang peas

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan marjerin di dalam rice cooker. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
2.  Masukkan bawang putih dan bawang Holland. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
3.  Masukkan puri tomato dan sup tomato sebentar, kemudian masukkan beras yang ditoskan. Goreng beberapa minit, ini akan membuatkan nasi berderai dan tidak lembik.
4.  Masukkan air, susu cair, garam dan MCR, kacau kemudian tutup rice cooker dan masak seperti biasa.
5.  Semasa menggunakan rice cooker, button akan naik beberapa kali. So tunggu sebentar dan tekan kembali hinggalah nasi masak.
6.  Tabur daun bawang dan bawang goreng kemudian gemburkan menggunakan garpu supaya nasi tidak patah. Tutup semula dan biarkan rehat beberapa minit sebelum dihidangkan.



Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 16
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
2 helai daun pandan - disimpul
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 cawan daun bawang - dipotong 4 cm
3 inci halia - dihiris halus
1/2 cawan sos tiram
1 cawan sos cili
1/2 tin sup tomato Campbell
2 cawan cili kisar
Air secukupnya
1/2 tin kacang peas
Garam dan MCR
1 sudu besar gula Melaka
Bawang goreng dan daun sup yang dihiris sebagai hiasan

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak dan angkat. Toskan minyaknya dan ketepikan.
2.  Tinggalkan 1 cawan minyak dan tumis daun pandan sebentar kemudian masukkan cili kisar dan gula Melaka hingga pecah minyak dan garing.
3.  Masukkan sos tiram, sos cili dan sup tomato. Kacau hingga terbit minyak.
4.  Masukkan air dan kacau hingga mendidih. Masukkan ayam goreng, bawang besar, garam dan MCR dan kacau rata. Masak beberapa minit.
5.  Kacau, masukkan kacang peas dan daun bawang. Kacau rata dan tutup api.
6.  Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.



Jelatah

Bahan-bahan:
1/2 biji nanas madu - dikupas, dibuang mata dan dihiris kasar
2 biji timun Jepun - dibelah 2 dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
10 biji tomato ceri - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
Cuka dan gula putih secukup rasa

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
2.  Sedia dihidangkan.

No comments: