Assalammualaikum,
Semalam, rajin sikit nak buat breakfast heavy untuk bawa bekal ke office. Actually, nak buat ala aglio olio, tapi time masak baru sedar chilli flakes dah habis daaa... bukak tupperware spices ha ada pes tom yam. Boleh la...
Macam biasa, tak reti nak bajet bila rebus pasta. Nampak spaghetti tu macam sikit, so pi tambah sikit makaroni. Bila dah rebus, ha banyak la pulak.
Jom la tengok resipi.
Pasta Goreng Tom Yam
Bahan-bahan:
1/2 peket spaghetti + 1/4 peket makaroni – direbus mengikut arahan, ditoskan
1 ekor sotong besar – dihiris bulat
6 kiub ikan dory frozen – dipotong 2
1 ketul isi ayam – dipotong kecil
10 biji tomato ceri – dipotong 2
1 pokok daun ketumbar – dihiris kasar
1 peket pes tom yam Adabi
2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang putih – dicincang
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Goreng isi ikan dory hingga masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula isi ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula sotong, sebentar sahaja, angkat dan ketepikan.
- Tambahkan butter ke dalam pan. Tumis bawang putih hingga harum dan perang. Masukkan pes tom yam dan tumis rata.
- Masukkan pasta, kacau rata. Masukkan pula kesemua bahan yang lain dan kacau rata beberapa minit. Rasa.
- Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment