Sunday, July 16, 2017

Dinner 13.7.2017

Assalammualaikum,

Balik kerja hari ni terus bz buat preparation utk masak esok sempena khatam quran anak sulung Adam dan early birthday celebration Qayyum. Menu pilihan
1.  Pulut kuning
2.  Sambal tumis telur puyuh
3.  Macaroni carbonara
4.  Kek tempah dengan member officemate

So sambil siang bahan2 terus la masak ala2 shell out walaupun ada bahan yang tak cukup e.g. jagung, daun limau purut, ketam, udang... dah lama dah plan buat shell out ni tapi dlm seminggu ni dinner tak masak so asyik bertangguh.

Ok la jom tengok resipi ala2 shell out ni.

Ala-ala Shell Out Tomyam


Baham-bahan:
1/2 kg lala - dibersihkan
1/2 kg kepah - dibersihkan
1 1/2 ekor sotong besar - dipotong bulat
6 kiub ikan dory frozen - dipotong 2
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang Holland - dihiris kasar
1/2 biji capsicum merah/kuning/hijau setiap satu - dipotong kasar
1 ikat asparagus - buang bahagian keras dan dipotong 6 cm panjang
2 potong nanas madu - dihiris kasar
5 biji cili padi merah
1 peket Perencah Tom Yam Kung Adabi (pes)
2 biji kiub tom yam Maggi
1 senduk cili kisar
1 senduk sos cili Thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili Thai, sos tiram, perencah tom yam dan sos ikan. Tumis sebentar, kemudian masukkan capsicum, bawang Holland, asparagus, cili padi, sotong, kepah dan lala. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan nanas, ikan dory, garam dan perasa. Kacau, tambah sedikit air, jangan terlalu banyak sebab nak kuah sedikit pekat.
  4. Rasa jika ok dan sudah mendidih, tutup api.

No comments: