Hari ni hari first selepas 9 hari bercuti raya. Huhu, malas betul.... saya pun decide nak puasa hari ni, tapi sebab dah lama tak jenguk dapur tu, gigih masakkan nasi lemak untuk family members yang lain. Pastu sendiri terliur, tapi tetap teruskan puasa huhu. Tapi puasa hari ni agak mencabar, selalu saya ok je kalau tak sahur. I mean setakat minum 1 sudu besar pati Gulsan + air kosong, pastu minum Nescafe (tak boleh tak minum, migraine satgi), selalunya ok je sampai buka. Tapi hari ni banyak betul angin, maybe sebab semalam pun saya tak dinner, pastu pagi ni pun tak makan apa untuk sahur, tu yang banyak angin. Balik kerja, pergi laundry, masa tu lebih kurang sejam lagi nak berbuka, tak tahan betul, rasa angin dah naik ke tekak, rasa nak muntah pon ada. Tapi alhamdulillah berjaya juga bertahan.
Ok la, jom tengok resipi nasi lemak style saya ni.
Nasi Lemak
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi + beras biasa – dibasuh bersih
3 biji bawang merah – dihiris
2 inci halia – dihiris
1 helai daun pandan – disimpul
3 cawan air + 1/2 kotak santan
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sampingan
Telur goreng mata kerbau
Hirisan timun Jepun
Ikan bilis goreng
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
- Gemburkan dan tutup semula rice cooker beberapa minit sebelum dihidangkan.
Sambal Tumis Sotong Kering
Bahan-bahan:
5 keping sotong kering – direndam semalaman dan dipotong ikut suka
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
2 inci gula Melaka
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
1 mangkuk kecil cili kering – dipotong dan direbus, buang bijinya
2 biji bawang besar – dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis separuh hirisan bawang besar hingga layu.
- Masukkan bahan kisar dan tumis di atas api perlahan hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram dan gula Melaka. Tumis lagi hingga berkilat. Buang minyak berlebihan jika perlu.
- Masukkan asam keping, sotong dan baki bawang besar. Kacau rata. Masukkan air secukupnya (ikut nak banyak mana kuahnya) dan masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
No comments:
Post a Comment