Jom tengok resipi!
Sambal Belacan
Bahan-bahan:
1 biji cili merah – dipotong
5 biji cili padi hijau – dipotong
1 inci belacan – dibakar
1 sudu kecil gula merah
3/4 sudu kecil garam
1 biji limau nipis – diambil jusnya
Cara-cara:
- Tumbuk cili merah, cili padi, belacan, gula merah dan garam, tak perlu terlalu halus.
- Perahkan limau nipis dan kacau rata.
Ayam Goreng Daun Selasih
Bahan-bahan:
3 ketul isi ayam – dipotong kiub
1 sudu besar tepung beras
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 cawan daun selasih
3 biji cili padi merah – dihiris kasar
2 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Garam dan MCR secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan garam, tepung beras dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga mendidih.
- Masukkan ayam goreng, cili padi dan daun selasih. Gaul rata dan tutup api.
Taugeh Goreng dengan Kucai
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 biji bawang merah – dihiris
2 cawan taugeh
1/2 ikat kucai – dipotong 4 cm panjang
1 biji cili merah – dihiris serong
1 tiub tauhu Jepun – dihiris tebal
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga garing. Hati-hati semasa membalikkannya, sebab mudah pecah. Ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum.
- Masukkan taugeh, kucai, kicap manis dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan tauhu. Kacau perlahan-lahan hingga sayur nampak lembut tetapi tidak lembik. Akhir sekali, masukkan cili merah dan kacau. Tutup api.
Spaghetti ala Olio Aglio
Bahan-bahan:
1/2 peket spaghetti – direbus mengikut arahan pada peket, toskan
5 biji cendawan butang dalam tin – dihiris nipis
1/2 biji capsicum hijau – dipotong dadu
1/2 cawan udang kecil yang dikupas
1 ketul isi ayam – dipotong dadu
1 sudu kecil mixed herbs (dalam peket)
3 sudu besar chilli flakes (dalam peket)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar butter
5 ulas bawang putih – dicincang halus
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga perang, masukkan ayam dan kacau rata.
- Masukkan cendawan, capsicum, mixed herbs dan separuh chilli flakes. Kacau rata.
- Masukkan spaghetti, udang dan MCR. Kacau rata beberapa minit.
- Akhir sekali, masukkan baki chilli flakes dan kacau rata. Tutup api.
No comments:
Post a Comment