Friday, March 10, 2017

Dinner 8.3.2017

Pari Bakar ala Portugis



Sebelum masuk oven 


Dah masak!

Bahan-bahan:

1 keping ikan pari sederhana besar
4 biji bendi – dihiris tebal dan serong
1 biji terung mini – dipotong jejari
6 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesum – daun sahaja
1/4 batang bunga kantan – dihiris nipis
1/2 sudu kecil pati asam jawa
Gula perang secukup rasa
3 sudu besar sos ikan
Garam jika perlu
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Bahan lain:

3 biji limau kasturi – dibelah 2
2 keping besar aluminium foil

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
1 inci kunyit – dipotong
2 inci belacan
2 biji buah keras
Air secukupnya

Cara-cara:


  1. Bersihkan ikan dan rendam di dalam air yang dicampur dengan sebiji limau nipis selama 1/2 jam. Kemudian, bilas bersih dan toskan airnya. Ketepikan.
  2. Bilas bersih dan buangkan seberapa banyak biji cili kering. Kemudian, blend halus dengan bahan-bahan lain.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga sedikit garing. Masukkan sos ikan, pati asam jawa, garam (jika perlu) dan sedikit air. Kacau hingga pekat dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap.
  4. Panaskan oven pada suhu 250°C selama 10 minit. Sementara itu, lapikkan aluminium foil di atas piring besar. Lipatkan bahagian tepi ke atas sedikit supaya berupa seperti bekas. Letakkan ikan pari, taburkan bendi, terung, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Kemudian, tuangkan kuah sambal ke atas ikan tadi. Letakkan sekeping lagi foil dan lipat dengan kemas kesemua bahagian tepi supaya kuah tidak melimpah keluar.
  5. Masak di dalam oven selama 30 – 40 minit api atas dan bawah.
  6. Potong bahagian atas foil sebelum dihidangkan.
  7. Hidangkan bersama limau kasturi.


No comments: