Thursday, March 2, 2017

Dinner 1.3.2017

Ayam Masak Kicap



Bahan-bahan A:

8 ketul ayam
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan B:
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris seperti mancis
5 biji cili padi merah + 2 biji cili padi hijau – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
3 tangkai daun sup – dipotong 4 cm panjang
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar Kicap ABC
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar Kicap Tamin
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar jus limau nipis
Air secukupnya

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Kemudian, goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1/2 senduk sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing dan harum.
  3. Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap ABC, kicap cair dan kicap Tamin. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air (agak-agak nak kuah banyak mana) dan setelah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata dan tutup sebentar hingga mendidih.
  5. Masukkan cili padi merah dan hijau, daun sup dan bawang Holland. Gaul rata, masukkan jus limau nipis dan garam. Masak lagi hingga mendidih dan rasa. Jika ok dan kuah sedikit pekat, tutup api.

No comments: