Thursday, September 4, 2014

Lunch 3/9/14 (Wednesday)

Pulut Putih Tanak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut susu – dibasuh bersih, direndam semalaman
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – disimpul
1/2 cawan santan dalam kotak
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Toskan beras yang telah direndam dan masukkan ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan juga garam, daun pandan dan santan. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan air dan pastikan menutupi ngam-ngam paras pulut sahaja.
  4. Masak seperti memasak nasi biasa.
  5. Setelah masak, gemburkan dan tutup semula dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Sambal Tumis Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ikan bilis mata biru yang dikupas – dibasuh bersih
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 1/2 senduk minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
1 1/2 cawan cili kering yang telah dipotong – direndam di dalam air panas
1 1/2 biji bawang besar – dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Bilas cili kering bersih-bersih dan buangkan biji cili sebanyak mana yang boleh sebelum dikisar.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis separuh hirisan bawang besar hingga layu.
  4. Masukkan cili kisar, tumis seketika dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga nampak berkilat dan masukkan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
  5. Masukkan air, hirisan bawang besar dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih dan masukkan ikan bilis dan garam. Gaul rata dan tutup api.

No comments: