Friday, September 26, 2014

Dinner ~ Wednesday 24.9.2014

Bihun Sup

Sumber: Sherry

Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan sup:
Segenggam ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
8 ketul kaki ayam – dibersihkan
1 peket bebola ikan
2 ketul kiub ikan bilis
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan sampingan:
2 pokok sawi – diasingkan batang dan daun, dipotong kecil
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Sambal kicap cili
Bihun – dicelur hingga lembut, ditoskan

Kicap cili:
20 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
1/2 biji jus limau nipis
Kicap masin/manis/pekat secukupnya
Secubit garam

Cara-cara:
  1. Rebus ikan bilis dan kaki ayam selama 1 jam (tambah air dari semasa ke semasa) supaya keluar rasa manis ikan bilis dan tulang ayam.
  2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Tutup api.
  3. Selepas 1 jam, tuangkan tumisan bawang beserta minyaknya ke dalam air rebusan. Tambahkan kiub ayam dan Maggi Cukup Rasa.
  4. Semasa mendidih, celurkan sawi bersama batangnya ke dalam air rebusan hingga nampak sedikit layu. Toskan airnya dan letakkan di dalam pinggan.
  5. Akhir sekali, masukkan bebola ikan dan setelah mendidih, tutup api.
  6. Untuk membuat sambal kicap, kisar kesemua bahan hingga halus.
  7. Semasa menghidang, letakkan bihun dahulu, diikuti dengan sawi celur. Tuangkan kuah sup, taburkan daun bawang, bawan goreng dan letakkan sesudu sambal kicap.

Breakfast ~ Wednesday 24.9.2014

Nasi Goreng Belacan

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 cawan nasi yang disejukkan – digembur
3 biji telur
3 sudu besar Maggi Cukup Rasa
4 sudu besar minyak

Bahan-bahan ditumbuk:
5 biji bawang merah – dipotong kecil
Segenggam ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
2 biji cili merah – dipotong kecil
3 inci belacan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata, masukkan telur. Biarkan sebentar untuk mengeras sedikit barulah dikacau serba sedikit (jangan terlebih kacau nanti hancur sangat).
  3. Setelah nampak bersalut, masukkan nasi dan gaul rata. Tambahkan perasa jika tidak cukup masin.
  4. Kacau rata beberapa minit lagi dan tutup api.

Breakfast ~ Tuesday 23.9.2014

Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 cawan beras – dibasuh bersih
3/4 kotak santan
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan – disimpul
1 inci halia – dihiris nipis
3 biji bawang merah – dihiris nipis
1 sudu kecil halba
1 1/2 cawan air

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak, gemburkan nasi dan tutup periuk semula selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Hidangan sampingan:
5 biji telur rebus – dibelah 2
Hirisan timun

Tips:
  • Untuk mendapatkan telur rebus yang cantik, didihkan air secukupnya di dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan 1 sudu kecil soda bicarbonate dan masukkan telur yang telah dicuci bersih ke dalam periuk perlahan-lahan. Rebus selama 15 - 20 minit. Kemudian, buangkan air rebusan dan masukkan air biasa ke dalam periuk. Biarkan selama 10 minit barulah dikupas. Telur lebih mudah dikupas dan cantik.



Sambal Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
Minyak untuk menggoreng
2 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air
1 biji bawang besar – dihiris kasar
Garam secukup rasa
5 ulas bawang putih – diketuk

Bahan-bahan dikisar:
2 cawan cili kering – dipotong kecil, direbus, dibuang biji
2 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih, masukkan gula perang dan sos tiram. Kacau rata hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air, asam gelugur dan bawang besar. Masak sehingga bawang kelihatan hampir layu.
  4. Masukkan ikan bilis dan garam. Kacau rata hingga kuah kelihatan pekat. Tutup api.

Thursday, September 25, 2014

Dinner ~ Monday 22.9.2014

Sambal Telur Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 biji telur – digoreng telur mata
2 sudu besar minyak
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap masin
1 biji tomato sederhana (ranum) – dibelah 8
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
4 biji cili padi – dibelah tanpa putus

Cara-cara:
  1. Susun telur goreng di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis cili kisar sebentar. Kemudian, masukkan gula perang, sos tiram dan sos tomato. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan kicap pekat dan kicap masin. Tumis lagi beberapa minit dan masukkan air, bawang besar, tomato dan cili padi. Setelah mendidih dan tomato dan bawang kelihatan layu, tutup api.
  4. Tuangkan ke atas telur goreng tadi.

Lunch ~ Sunday 21.9.2014

Tomyam Campur

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 ketul kaki ayam – dibuang bahagian jejari
50 g daging – dihiris
10 ekor udang
1 paket cendawan (lebih kurang macam enoki tapi lebih besar) – dibuang bahagian akar
5 tangkai daun ketumbar – dihiris
2 helai daun limau purut
3 sudu besar pes tomyam
1/2 biji bawang besar – dibelah 2
5 cawan air (agar-agak)

**Garam tidak diperlukan sebab pes tomyam dan cukup rasa.

Cara-cara:
  1. Rebus kaki ayam dengan 4 cawan air hingga empuk dan tinggal lebih kurang 3 cawan menggunakan api sederhana. 
  2. Kemudian, tambahkan 1 cawan air lagi, bawang besar, daging, pes tomyam dan daun ketumbar.
  3. Teruskan merebus selama 30 minit. Tambah air jika perlu. Masukkan udang, cendawan dan daun limau purut. Renihkan selama 5 minit dan tutup api.


Ayam Kampung Sambal Serai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar gula perang
1 keping asam gelugur
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
4 batang serai – diketuk
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
2 genggam cili kering – dipotong kecil dan direndam air panas, ditoskan
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai hingga mendidih, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan ayam, bawang besar, asam keping dan garam. Kecilkan api, renihkan selama 8-10 minit sehingga kuah kelihatan pekat. Tutup api.

Monday, September 22, 2014

Dinner ~ Friday (19.9.2014)

Nasi Goreng Daging

Sumber: Peej Burhan

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih – digembur
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
200 g daging – dihiris kecil
10 urat kacang buncis – dihiris nipis serong

Bahan-bahan ditumbuk separuh lumat:
1 biji bawang besar – dipotong kecil
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata.
  2. Tumis lagi hingga hampir garing. Masukkan daging dan kacang buncis. Kacau rata.
  3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata kesemuanya, lebih kurang 5 minit. Tutup api.



Roti Paung

Sumber: Ourkizuna

Olahan: mrskojiwami








Bahan-bahan:
6 cawan tepung roti high protein
1/4 sudu kecil bread improver (MrsK tambah)
1/4 sudu kecil bread softener (MrsK tambah)
1 1/2 cawan susu segar suam
3/4 cawan gula halus
1 peket (11 g) yis kering
3 biji telur
1/4 cawan mentega – dicairkan

Cara-cara:
  1. Sediakan satu bekas yang besar. Satukan susu, yis dan gula. Kacau sedikit dan biarkan supaya berbuih, lebih kurang 10 minit.
  2. Setelah berbuih, masukkan telur dan mentega. Kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gunakan senduk kayu untuk mengadunnya.
  3. Setelah sebati, tambahkan tepung/susu jika perlu dan uli menggunakan tangan hingga tidak melekat pada tangan.
  4. Bulatkan dan tutup dengan kain bersih/plastic cling dan perap sehingga naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam. TIPS: MrsK letak bekas doh di atas permukaan periuk nasi yang disetkan pada mode WARM supaya cepat doh naik.
  5. Griskan acuan/loyang dengan mentega cair. Selepas 1 jam, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan (lebih kurang 70 g). Susun jarak-jarak di dalam loyang (jika loyang bulat 9 inci, lebih kurang 8 – 9 biji). Buat sehingga habis. MrsK dapat 2 bekas (lebih kurang 18 biji).
  6. Tutup loyang dengan kain bersih/plastic cling dan perap selama 40 minit (hingga kembang sekali ganda).
  7. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10 minit. Sapukan sedikit susu segar pada permukaan roti dan bakar selama 30 minit.
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven. Biarkan selama 5 minit di dalam loyang barulah dikeluarkan, sejukkan di atas redai. Boleh juga dimakan semasa suam. MrsK hidangkan dengan kuah durian.




Kuah Durian

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
10 ketul durian
1/2 kotak santan
1 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit garam
1 1/2 keping gula nisan Terengganu/Melaka
2 sudu besar gula putih

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat.
  2. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Friday, September 19, 2014

Dinner ~ Thursday (18.9.2014)

Ketam Nipah Telur Masin

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ketam nipah – dibersihkan dan dibelah 2, ketuk sedikit bahagian sepit
5 sudu besar tepung jagung
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, dilenyek hingga hancur
1/2 cawan susu cair
2 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
3 biji cili padi – dihiris halus
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 ketul mentega
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Lumurkan ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak yang mencukupi dan goreng ketam hingga bertukar warna merah. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Di dalam kuali berasingan, panaskan mentega hingga cair. Tumis cili padi dan bawang putih hingga naik baunya.
  3. Masukkan telur masin dan kacau hingga rata. Kemudian, masukkan daun kari dan ketam. Gaul rata.
  4. Tuangkan susu cair perlahan-lahan sambil terus mengacau. Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa, gaul rata dan tutup api.


Ikan Gelama Berlada

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ikan gelama – dikelar
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kering:
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga layu dan hampir garing. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gaul rata.
  3. Tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
  4. Sedia dihidangkan.

Lauk sampingan:

Jeruk maman yang dimakan dengan ikan gelama goreng.


Dinner ~ Wednesday (18.9.2014)

Roti canai frozen yang dibeli di Pasar Payang Kuala Terengganu. Just panaskan butter dan goreng atas api kecil hingga garing dan angkat. Yang bentuk petak tu boleh buka lipatannya dan tuangkan telur yang dipukul sedikit, so jadi la roti telur.

Untuk kuah, balance gulai sardin ada lagi. Just tambah kuah dal dan sambal tumis ikan bilis.



Kuah Dal

Sumber: http://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2013/09/resepi-kuah-dhal-sedap-dan-mudah-roti.html

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
500 g kacang dal – direndam 1 jam atau lebih
2 sudu kecil halba campur
2 sudu besar udang kering – direndam sebentar*
3 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
4 tangkai cili kering – dipotong 3 cm panjang dan direndam sebentar
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
  2. Rebus kacang dal hingga empuk, sekiranya air kering, tambah lagi hingga betul-betul empuk dan sedikit hancur.
  3. Tambah air supaya ia berkuah sedikit. Renihkan di atas api kecil.
  4. Sementara itu, di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar kemudian masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan masukkan daun kari dan cili kering yang ditoskan.
  5. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  6. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk berisi dal tadi. Kacau rata dan teruskan merenih, sekiranya pekat, tambahkan air lagi. Kuah sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  7. Perasakan secukupnya. Setelah ok, tutup api.


Sambal Ikan Bilis


Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis – dibasuh bersih
1/2 biji bawang Bombay – dihiris kasar
1 keping asam gelugur
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
3/4 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
5 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air, bawang Bombay, asam gelugur, ikan bilis dan garam.
  4. Gaul rata hingga bawang lembut dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Thursday, September 18, 2014

Lunch ~ Wednesday 17.9.2014

Sambal Tumis Sotong

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana – dihiris bulat
1/2 biji bawang Bombay – dihiris bulat
1 biji tomato ranum – dibelah 8
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil gula perang
1/4 cawan air
1 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan tomato hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga nampak berkilat. Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  2. Masukkan sotong, bawang Bombay, garam dan air. Kacau rata dalam 7 – 8 minit hingga mendidih dan tutup api. Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama untuk elakkan menjadi liat.
  3. Sedia dihidangkan.


Gulai Sardin Dalam Tin



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin
1 keping asam gelugur
3/4 cawan santan
1/4 cawan air
2 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Rose
1 sudu kecil Rempah Masak Cap Bunga Rose
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 hirisan halia – dihiris halus
4 sudu besar minyak
1 biji kentang – dipotong dadu
Garam secukup rasa
1/4 keping kecil gula nisan Terengganu

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air dan kentang. Kacau rata dan tutup periuk selama 10 minit supaya kentang empuk.
  3. Kemudian, tuangkan santan, kacau rata. Masukkan rempah gulai dan rempah masak. Kacau rata, perlahankan api dan biarkan mendidih.
  4. Kemudian, masukkan sardin bersama kuahnya, garam dan gula nisan. Kacau rata perlahan-lahan hingga gula cair. Setelah kuah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.


Asparagus dan Kacang Buncis Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ikat asparagus – dipotong serong 4 cm panjang
1/2 ikat kacang buncis – dipotong serong 4 cm panjang
10 ekor udang – dibuang kepada dan kulit kecuali ekor
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 cawan air

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
2 sudu besar udang kering – direndam sebentar

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga hampir garing.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis lagi.
  3. Masukkan asparagus, kacang buncis, udang, air dan Maggi Cukup Rasa. Besarkan api dan tumis cepat-cepat dan kacau rata lebih kurang 5 minit. Tutup api dan sedia dihidangkan.

School holiday

Saturday (13.9.14)
Unplanned…as usual. By Saturday morning, En K asked me, do u want to go for a holiday? I asked where to? He said, Kelantan.

So, told Mak and started packing for the trip. He always like this…ad-hoc plan. So I packed whatever I can think of, hoping that it will last until Tuesday.

We had lunch first at Restoran Rasamas. Then, the journey started. We travelled through Bentong and Gua Musang. At first, we wanted to go straight to Kota Bharu, but when we arrived at Kuala Krai, it was already 7.30 p.m. and Waze stated that Kota Bharu is 1 hour + away. So we decided to spend the night at Kuala Krai. We stayed at a budget hotel, Hotel Mikraj. The rate is RM110 for a family room, consisting of 1 double bed, 1 single bed. Went out for dinner at a nearby restaurant. The kids wanted roti canai so it's on the menu. The roti canai was good, but the gravy is quite sweet for me but the kids love it, so no issue.

6 roti canai kosong
2 fried meehoon
1 tom yam meehoon
3 teh o ais
1 nescafe ais
1 teh tarik

Sunday (14.9.14)

Before continuing our journey to Kota Bharu, we had our breakfast at the same restaurant. The kids still wanted roti canai. I ate nasi berlauk gulai ayam.

6 roti canai kosong
1 nasi berlauk gulai ayam
1 kopi o ais
1 teh tarik
1 nescafe ais
3 teh o ais

We continued our journey to Rantau Panjang. Bought a bag of Thailand rice (no starch) for RM12. Also bought 2 bottles of tom yam paste (RM7 per bottle), 1 pack of pulut susu (milky glutinous rice) for RM5. And I got my new pestle and mortar here (bigger than what I have in my home) for RM28 (supposed RM30). En K bought some jerseys.

Had our late lunch at a roadside restaurant.

2 sets nasi kerabu kuning + daging bakar
1 nasi goreng USA
1 nasi putih + paprik ayam
1 nasi goreng udang
1 nescafe ais
1 kopi ais
1 kopi o ais
3 teh o ais

As the day went by, we searched for a hotel to spend the night. It was raining, and all the hotels were full house. Dang! I called so many hotels and home stays until I found one in the city centre, they got a family room for RM150. But when we reached there, we thought better let it go, the hotel looked scary, haha. So try to find another hotel in Pantai Cahaya Bulan but also full house. At last we found one, Hotel Bintang (can't remember) also for RM150 (family room – 2 double beds). As for dinner, we just went to the nearby restaurant.

2 lamb chops
1 fried mee
1 fried meehoon
2 roti canai
1 fries
1 nescafe ais
3 teh o ais
1 kopi o ais
1 nescafe suam

Monday (15.9.14)
Next morning, we tried to find the famous Kopitiam Kita for breakfast, but to no avail. Waze kept gave us the wrong direction. So we thought it was not our rezeki to try the roti titab then. We end up had our brunch at a restaurant that served freshly cooked Kelantanese dishes.

4 sets white rice with fried catfish + pickles
1 set white rice with duck curry + pickles
2 Teh O Ais
1 iced Nescafe
1 teh tarik

We continued our journey to Pasar Besar Siti Khadijah. Mak bought her favourite turtle eggs (the rest of us felt very weird about it). 1 pc for RM4! I still remember Mak used to buy turtle eggs in Pasar Besar Ipoh when I was little. It was only 80 cents those times. She bought 3 pcs for RM11 (fresh). We also bought some cendawan kukur (RM5), jeruk maman (RM1 per packet), cili solok (RM2 for 7 pcs), jeruk (fruit pickles) for Kak Anie (my SIL), RM2 per packet (mango, kelubi, anggur, cermai). I searched for Rempah Cap Bunga Ros but can't find it. But I bought some homemade spice powder for RM1 per packet (rempah gulai darat, kerutup).

Continued our journey to Kuala Terengganu. Since we didn't book any hotel, I call Tabung Haji but it was full house. I tried to call KT Beach Resort and made a booking (RM170 for family room – 1 double bed, 2 super single beds).

Reached Kampung Losong around 6.30 p.m. There was a long queue at one of the outlets but En K willing to queue. He bought 2 packets of fried keropok lekor. I was worried that the hotel will release my booking since it was quite late already. After that, we went to the resort and luckily they still kept the room for us.

As for dinner, we went to a restaurant in Batu Burok Beach. It was raining heavily that night.

2 fried meehoon
2 nasi goreng kampung
1 sup tulang
1 Nescafe tarik
1 Nescafe ais
3 teh o ais

Tuesday (16.9.14)

Breakfast at a roadside stall. Went to Batu Burok beach and let the kids flew their kites for a while.

3 nasi lemak with sambal ikan
2 nasi kerabu ayam bakar
1 pulut kuning gulai ikan
1 sandwich
1 Nescafe ais
3 teh o ais
1 kopi suam
1 teh tarik

Went to Pasar Payang. Mak bought another 3 pcs of turtle's eggs (cooked) for RM10 (cheaper than Kelantan). We also bought some frozen roti canai, some junk foods, dokong, mata kucing, fruit pickles, nasi dagang rice and some other things. I searched for Rempah Cap Bunga Ros but when asked at two stalls they said it was sold in kampung area only.

But I tried to ask another stall and luckily the Mak Cik got it. So I bought 2 large packets of Rempah Gulai and 2 small packets of Rempah Masak. Got to google the recipes using this two types of spices.

Around 3 pm we started our journey to Kuantan. Reached Tanjung Lumpur at 6 pm. Kids flew their kites again. Ate dinner at Ana Ikan Bakar Petai. Ordered ikan pari baker petai, lala masak pedas, sup tulang. Continued our journey to Jengka 10 to fetch my brother.

Reached his house at 10 p.m. Around 11 p.m. continued our journey home. Reached SB around 2.30 am. The next day (Wednesday 17.9.14) ponteng keje huhu.

My brother bought KLX motorcycle from En K. That's why he followed us home, to settle all the documentations. He went back to Jengka 10 around 3 pm.

What a tiring journey but we had fun of course.

Thursday, September 11, 2014

Lunch 11/9/14 (Thursday)

For mom.

Ikan Kembung Masak Tempoyak

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung sederhana – dikelar
1/2 biji timun Jepun – dibelah 8
1 keping asam keping
1 tangkai daun kesum – ambil daunnya sahaja
3 sudu besar tempoyak
3/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
1/2 inci kunyit

Cara-cara:
  1. Satukan air dan tempoyak di dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  2. Panaskan di atas api sederhana. Masukkan daun kesum, bahan tumbuk, garam, asam keping dan timun.
  3. Setelah hampir mendidih, masukkan ikan dan teruskan memasak, balikkan ikan jika perlu.
  4. Setelah mendidih dan ikan masak, tutup api.

Breakfast 11/9/14 (Thursday)

Cucur Jagung dan Udang

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tongkol jagung manis – disagat isinya
12 ekor udang yang dikupas – dipotong kecil
2 tangkai daun ketumbar – dihiris halus
1/2 biji cili merah – dicincang halus
1/2 biji bawang Bombay – dihiris nipis
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Jika hendak terus goreng pun boleh.
  2. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan satu persatu hingga muat kuali. Pastikan api sederhana sahaja. Goreng hingga keperangan dan angkat. Toskan minyaknya.
  3. Hidangkan dengan sos cili.

Dinner 10/9/14 (Wednesday)

Daging Goreng Cili Padi

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
500 g daging batang pinang – dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam halus
2 biji kentang (kecil) – dihiris nipis
2 tangkai daun ketumbar – dihiris kasar
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar/ditumbuk:
15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul daging dengan serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
  2. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, goreng daging hingga hampir garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan minyak yang sama, tumis pula bahan kisar hingga terbit bau dan masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata.
  5. Setelah hampir garing, masukkan semula kentang dan daging serta daun ketumbar. Gaul rata sebentar hingga bersalut rata dan tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.



Pucuk Labu Masak Lemak Putih

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ikat pucuk labu – dipotong 4 cm panjang
7 ekor udang (dengan kulit)
1 biji bawang merah – dihiris
1 biji cili merah – dihiris serong
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu kecil garam halus

Cara-cara:
  1. Satukan santan, air, garam, Maggi Cukup Rasa dan bawang merah di dalam periuk.
  2. Panaskan periuk. Setelah berwap dan sedikit mendidih, masukkan pucuk labu, udang dan cili merah.
  3. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah. Setelah hampir mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Wednesday, September 10, 2014

Lunch 10/9/14 (Wednesday)

Asparagus dan Kincam Goreng

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 ikat asparagus – dibuang bahagian keras dan dipotong serong
1 peket kincam
10 ekor udang – dikupas kulitnya
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
1 sudu besar minyak

Bahan-bahan ditumbuk:
2 sudu besar udang kering – direndam hingga lembut
5 ulas bawang putih – dipotong
2 biji cili merah – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing.
  2. Besarkan api, masukkan asparagus, kincam, sos tiram, Cukup Rasa, udang dan air. Gaul rata kaedah stir-fry selama 3 – 5 minit dan tutup api.
  3. Sedia dihidangkan.

Breakfast 10/9/14 (Wednesday)

Cempedak Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji cempedak – diambil isinya sahaja
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Sementara itu, bancuh kesemua bahan kecuali minyak dan cempedak. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, adjust mana yang perlu (cth: tepung, air).
  3. Masukkan cempedak ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga bersalut rata.
  4. Masukkan cempedak ke dalam kuali satu persatu, muatkan lebih kurang 7 – 8 ketul cempedak pada satu-satu masa.
  5. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.

Dinner 9/9/14 (Tuesday)

For En K and mom.

Kari Udang dan Kacang Buncis

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
500 g udang sederhana besar – dibuang muncung
10 tangkai kacang buncis – dipotong serong 4 cm panjang
1 tangkai daun kari (daun sahaja)
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan air untuk dijadikan pes
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 hirisan halia – dihiris halus
1 sudu kecil halba campur – dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari dan tumis lagi hingga terbit minyak sambil dikacau selalu supaya tidak hangit.
  3. Masukkan santan dan air. Perlahankan api. Setelah berwap, masukkan udang dan kacang buncis. Kacau perlahan sekali-sekala.
  4. Masukkan garam dan biarkan udang dan kacang buncis masak sebentar. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


For kids.

Beef Salami and Chicken Sausage Pizza

Untuk 2 pan pizza bersaiz 9 inci.

Sumber: mrskojiwami

Sebelum dibakar :)

Bahan-bahan doh:
1 sudu besar yis kering/segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 cawan tepung roti high protein (beli di BAGUS)
1/4 sudu kecil bread softener
1/4 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil garam halus
1/4 cawan susu segar
4 sudu besar minyak zaitun

Bahan-bahan topping (untuk 1 pan):
1/4 biji lada benggala kuning – dihiris nipis
1/4 biji lada benggala merah – dihiris nipis
1/4 biji lada benggala hijau – dihiris nipis
1/4 biji bawang Bombay – dihiris nipis
1 batang sosej ayam – dihiris nipis
4 keping beef salami (beli di bakery supply store)
2 sudu besar sos spaghetti Prego (Tradisional)
1/2 peket shredded mozzarella (beli di bakery supply store)

Cara-cara:
  1. Untuk doh: Satukan air suam, gula dan yis kering. Kacau sedikit dan biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
  2. Satukan tepung roti, bread improver, bread softener dan garam ke dalam sebuah bekas yang besar. Gaul rata dan lubangkan di bahagian tengahnya.
  3. Tuangkan yis yang telah berbuih, gaul perlahan menggunakan jari. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit, tambahkan tepung dan susu segar jika perlu dan uli hingga kenyal dan tidak melekat pada tangan. Tuangkan minyak zaitun.
  4. Uli selama 8 minit hingga betul-betul elastik. Kemudian, tutup bekas tadi dengan tuala bersih/plastic wrap. Biarkan doh selama 60 minit, doh akan mengembang dua kali ganda.
  5. Selepas 60 minit, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Kemudian, uli lagi hingga kembali lembut dan kenyal. Bahagi kepada 2 bahagian.
  6. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.
  7. Ambil pizza pan, tuangkan 1 sudu besar minyak zaitun dan ratakan. Ambil 1 bahagian doh dan leperkan ke dalam pan tadi. Buat hingga mendapat saiz yang hampir sama dengan pan.
  8. Tuangkan sos spaghetti ke bahagian tengah pizza dan sapukan menggunakan silicone brush atau belakang sudu dan ratakan, tinggalkan jarak 2 cm dari bahagian tepi.
  9. Taburkan separuh keju mozzarella rata-rata. Susun bahan-bahan topping dan akhiri dengan taburan separuh lagi keju.
  10. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit. Setelah masak, keluarkan dan potong ikut suka. Sedia dihidangkan bersama sos cili.


No Bake Oreo Cheesecake

Sumber: http://thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com/2013/09/resepi-oreo-cheese-cake-tanpa-bakar.html

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan base:
1 1/2 bungkus biskut Oreo – dibuang krim
60 g mentega SCS unsalted

Bahan-bahan kek:
500 g krim keju Tatura (suhu bilik) (Philadelphia lebih sedap)
1 kotak (250 ml) Anchor UHT Whipping Cream
65 g mentega SCS unsalted (suhu bilik)
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar gelatin halal
1/2 sudu kecil jus limau nipis (sepatutnya lemon)
1/2 cawan air panas

Tambahan:
7 keping biskut Oreo (dengan krim)

Cara-cara:
  1. BaseCairkan mentega dan ketepikan. Sementara itu, kisar biskut (terpulang hendak kasar atau halus). Campurkan dengan mentega cair. Ambil loyang bersaiz 8 inci (lebih elok gunakan loose base pan). Masukkan campuran biskut ke dalam loyang dan tekan-tekankan supaya pada dan rata. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  2. Sementara itu, putar whipping cream hingga pekat pada kelajuan sederhana. Ketepikan.
  3. Di dalam bekas berasingan, putar krim keju, mentega dan gula pada kelajuan sederhana kemudian tinggi hingga kembang dan putih. Matikan mixer.
  4. Bancuh gelatin, jus limau nipis dan air panas hingga larut. Ketepikan.
  5. Tuangkan whipping cream yang diputar dan bancuhan gelatin ke dalam bancuhan keju. Gunakan spatula dan gaul rata hingga sebati.
  6. Keluarkan loyang yang disejukkan. Tuang separuh bancuhan keju. Susun kepingan Oreo kemudian tuangkan baki bancuhan keju tadi. Ratakan bahagian atasnya.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

Dinner Monday 8/9/14

Ketam Ala Kam Heong

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3 ekor ketam nipah – dibelah 2, dipotong bahagian hujung sepit dan kaki
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja
3 tangkai cili kering – dipotong serong dan direndam sebentar
1/4 biji lada benggala hijau – dipotong kasar
1/4 biji lada benggala kuning – dipotong kasar
1/4 biji lada benggala merah – dipotong kasar
5 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering* – direndam hingga lembut
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Air
Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Toskan ketam dan goreng hingga bertukar warna kepada merah. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak. Sementara itu, tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Tumis bahan tumbuk, cili kering dan daun kari hingga naik baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk kari, sos tomato dan kicap pekat. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan semula ketam, gaul rata hingga ketam masak.
  5. Masukkan kesemua lada benggala dan kacau lebih kurang 1 minit. Tambahkan garam, setelah ok, masukkan tepung jagung dan gaul rata hingga kuah kelihatan pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Masak Lemak Ikan Rebus dengan Petai

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung rebus – dibuang bahagian dalaman
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
1/4 cawan petai yang dikupas
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah – dipotong
1 inci kunyit hidup – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong

Cara-cara:

  1. Satukan santan, air, asam keping, serai, daun kunyit, petai dan bahan tumbuk di dalam periuk.
  2. Panaskan periuk, api perlahan. Setelah berwap, masukkan ikan. Kacau selalu perlahan-lahan, hingga naik bau dan berwap. Jangan biarkan mendidih terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.
  3. Masukkan garam jika perlu (ikan rebus selalunya sudah sedia masin).  Kacau perlahan beberapa minit dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Thursday, September 4, 2014

Dinner 3/9/14 (Wednesday)

Sotong Goreng Tepung

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
8 ekor sotong – dihiris bulat setebal 3 cm
5 sudu besar tepung naik sendiri
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil Italian Mixed Herbs (dalam botol)
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya (agak-agak separa pekat)

Cara-cara:
  1. Bancuh kesemua bahan kecuali sotong.
  2. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan sotong ke dalam bancuhan tepung dan gaul rata.
  3. Masukkan sotong satu per satu dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Buat sehingga habis. Sedia dihidangkan.



Ikan Gerut-gerut Berlada

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut – dikelar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar kering:
1 biji cili merah – dipotong
20 biji cili padi – dipotong
1 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong

1 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan tumis hingga layu. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.



Ikan Gerut-gerut Kukus Limau

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut – dikelar
1 peket cendawan enoki – dipotong hujungnya dan dileraikan
1 batang serai – diketuk
3 tangkai daun ketumbar – diracik
5 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 inci halia – dihiris halus
3 biji cili padi – dihiris
1/2 biji limau nipis – diambil jusnya
3/4 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 cawan air

Cara-cara:
  1. Letakkan ikan di dalam non-stick pan. Taburkan cendawan, hirisan halia, bawang putih, serai, cili padi dan Maggi Cukup Rasa. Masukkan juga sedikit ke dalam bahagian perut ikan.
  2. Tuangkan air dan masak di atas api kecil dan tutup pan.
  3. Setelah mendidih, buka tutup dan terbalikkan ikan perlahan-lahan. Kemudian, taburkan daun ketumbar dan tuangkan jus limau nipis.
  4. Tutup pan dan masak selama 3 minit. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Lunch 3/9/14 (Wednesday)

Pulut Putih Tanak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut susu – dibasuh bersih, direndam semalaman
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – disimpul
1/2 cawan santan dalam kotak
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Toskan beras yang telah direndam dan masukkan ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan juga garam, daun pandan dan santan. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan air dan pastikan menutupi ngam-ngam paras pulut sahaja.
  4. Masak seperti memasak nasi biasa.
  5. Setelah masak, gemburkan dan tutup semula dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Sambal Tumis Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ikan bilis mata biru yang dikupas – dibasuh bersih
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 1/2 senduk minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
1 1/2 cawan cili kering yang telah dipotong – direndam di dalam air panas
1 1/2 biji bawang besar – dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Bilas cili kering bersih-bersih dan buangkan biji cili sebanyak mana yang boleh sebelum dikisar.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis separuh hirisan bawang besar hingga layu.
  4. Masukkan cili kisar, tumis seketika dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga nampak berkilat dan masukkan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
  5. Masukkan air, hirisan bawang besar dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih dan masukkan ikan bilis dan garam. Gaul rata dan tutup api.

Teatime 31/8/14 (Sunday)

Karipap Inti Ayam

Sumber: Yatie Memories

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan kulit karipap:
1/2 cawan minyak masak – dipanaskan
2 cawan tepung gandum (agak-agak)
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung (sepatutnya tepung beras)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya

Bahan-bahan inti:
2 biji kentang – didadu kecil
2 keping dada ayam – didadu kecil
1 biji bawang besar – didadu kecil
3 tangkai daun ketumbar – dihiris halus
1 tangkai daun kari – daun sahaja
1 peket rempah kari ayam + sedikit air – dijadikan pes
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu kecil gula perang
2 sudu besar minyak
Air secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
3 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering – direndam sebentar





Cara-cara:

  1. Inti: Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan pula pes kari dan daun kari. Tumis lagi.
  2. Masukkan gula perang, tumis rata. Masukkan kentang, ayam, daun ketumbar dan air (menutupi paras kentang). Kacau rata, perlahankan api dan masak hingga kentang empuk.
  3. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan teruskan memasak hingga pekat dan hampir kering. Tutup api, ketepikan supaya sejuk.
  4. Kulit: Satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung dan garam. Gaul rata. Buatkan lubang di bahagian tengah.
  5. Setelah minyak yang dipanaskan sudah suam, tuangkan ke bahagian berlubang. Gunakan senduk kayu dan gaul rata. Kemudian, bolehlah gunakan jari untuk gaul kesemua bahan supaya menjadi seperti serbuk roti.
  6. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga doh boleh diuli dan tidak melekat.
  7. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan buat sehingga habis. Tutup dengan kain bersih dan perapkan lebih kurang 1/2 jam atau lebih.

Tuesday, September 2, 2014

Lunch 31/8/14 (Sunday)

As per mom’s request.



Nasi Ketumbar




Sumber: CT Delima

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi + 1 cawan beras biasa – dibasuh bersih, direndam 2 jam, ditoskan
1/2 buku mentega + 1 sudu besar minyak
1 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – disimpul
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
4 sudu kecil Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
1 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan-bahan dikisar:
2 pokok daun ketumbar beserta akarnya – dibasuh bersih, dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong
1 biji bawang besar – dipotong
2 inci halia – dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan rice cooker. Masukkan mentega dan minyak dan biarkan cair.
  2. Setelah cair, masukkan bahan kisar, serai dan daun pandan. Kacau dan tutup periuk supaya mendidih.
  3. Kacau sekali-sekala sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan beras dan gaul rata hingga bersalut kesemuanya.
  5. Masukkan air, susu cair dan Maggi Cukup Rasa. Gaul rata, tutup rice cooker dan setkan masak seperti biasa.
  6. Setelah nasi hampir kering, titiskan pewarna hijau secara rawak. Tutup dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Setelah masak, gemburkan nasi perlahan-lahan menggunakan chopsticks. Tutup sekali lagi selama 5 minit barulah dihidangkan.


Kurma Ayam Kampung

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
7 ketul ayam kampung
1 batang serai – diketuk
1 tangkai daun kari – daun sahaja
1 biji cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang besar – dipotong 2
1 biji kentang – dipotong 6
1 peket rempah kurma + sedikit air untuk dijadikan pes
1 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
1 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak
1/2 kotak santan + 1/2 cawan air
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan campuran minyak sapi. Setelah cair, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, daun kari dan halia. Tumis lagi hingga layu.
  3. Masukkan pes kurma dan kerisik. Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata. Masukkan campuran santan, gaul rata. Perlahankan api dan tutup periuk supaya kentang cepat empuk.
  5. Kacau sekali-sekala. Setelah kentang empuk dan kuah sedikit pekat, masukkan cili hijau, bawang besar, air asam jawa dan garam. Kacau hingga mesra dan tutup api.


Salad Timun

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji timun Jepun – dihiris bulat 1/2 cm tebal
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
10 biji tomato ceri – dibelah 2
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap masin

Cara-cara:
  1. Susun timun, bawang dan tomato di dalam piring. Tuangkan sos dan kicap. Sedia dihidangkan.


Ayam Masak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji bawang besar – dipotong
6 ulas bawang putih – dipotong
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram, ayam dan asam keping.
  2. Perlahankan api, masak sehingga ayam empuk, tambah sedikit air jika perlu.
  3. Keluarkan asam keping sekiranya sudah cukup masam.
  4. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.

Dinner 30/8/14 (Saturday)

Bihun Goreng Tomyam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 peket bihun – direndam hingga lembut, ditoskan
2 biji telur + secubit garam – dipukul
2 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering – direndam sebentar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit air
Garam secukup rasa
4 ekor sotong – dipotong bulat
3 pokok sawi pak choy – dipotong lebar
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, dadarkan telur nipis-nipis hingga masak. Angkat dan ketepikan. Setelah sejuk, gulungkan dan hiris nipis sebagai hiasan.
  2. Tambahkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama. Panaskan. Sementara itu, tumbuk bawang putih dan udang kering hingga lumat.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar.
  4. Masukkan pes tomyam, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, garam dan air. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan sotong, tumis sebentar masukkan pula bihun. Gaul rata dan goreng beberapa minit.
  6. Masukkan sawi dan kacau rata hingga sedikit layu. Tutup api. Masukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan hirisan telur dadar.


Bakso My Style

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 peket suhun – direndam di dalam air panas hingga lembut, ditoskan
3 tangkai daun ketumbar – dihiris nipis
Sedikit bawang goreng
10 biji bebola daging
3 ulas bawang putih – diketuk
1 inci halia – diketuk
1/2 biji bawang besar – dibelah 2
1 sudu besar minyak
3 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
5 cawan air

Bahan-bahan cili kicap:
10 biji cili padi merah
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil gula perang

Cara-cara:
  1. Untuk membuat sup, panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan air, didihkan, kemudian, masukkan Maggi Cukup Rasa, serbuk lada putih dan bebola daging.
  3. Tutup api apabila bebola masak.
  4. Untuk cili kicap, tumbuk cili padi dan gula perang hingga lumat. Campurkan dengan cuka dan kicap pekat. Gaul rata.
  5. Untuk menghidang, masukkan suhun ke dalam mangkuk. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Tuangkan kuah sup secukupnya. Hidangkan dengan cili kicap.

Tea Time 30/8/14 (Saturday)

Kek Mentega Tiga Rasa

Sumber: taste.com.au



Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
250 g mentega Anchor – dilembutkan
1 cawan gula kastor
2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan susu segar
3 biji telur
1/2 sudu teh pewarna merah jambu + 1 sudu besar strawberry emulco
1/2 sudu teh pewarna oren + 1 sudu besar Sunquick Orange
1 sudu bear coffee emulco

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar 180°C. Sediakan loaf pan bersaiz 8 inci. Sapukan sedikit mentega ke seluruh dalaman acuan dan lapikkan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer elektrik, putar mentega, gula kastor dan esen vanila hingga berkrim dengan kelajuan sederhana tinggi hingga ringan dan gebu.
  3. Tambahkan telur satu per satu, setiap satu dipukul sebati sebelum dimasukkan yang seterusnya.
  4. Masukkan separuh tepung, putar sebati.
  5. Masukkan separuh susu, putar sebati.
  6. Ulang langkah 4  dan 5.
  7. Tutup mixer. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam. Uji dengan lidi sate, cucuk ke bahagian tengah, sekiranya licin maknanya kek sudah masak.
  8. Keluarkan dari oven. Biarkan di dalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan diletakkan di atas redai dan biarkan sejuk.
  9. Setelah sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.

Lunch Saturday 30/8/2014

Rendang Ikan Tongkol

For mom

Sumber: mrskojiwami's mother

Bahan-bahan:
2 keping ikan tongkol
1 keping asam keping
1 cawan santan sederhana cair
Garam secukup rasa
1/2 helai daun kunyit – dihiris halus

Bahan-bahan dikisar:
5 tangkai cili kering – dibuang biji dan direndam sebentar
2 ulas bawang putih – dipotong
1/2 biji bawang besar – dipotong
1 batang serai – dipotong
1 inci kunyit hidup – dipotong
1/2 inci lengkuas – dipotong

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam di dalam kuali. Jerang di atas api sederhana.
  2. Rasa, setelah cukup masak, keluarkan asam keping. Teruskan memasak, tambahkan garam.
  3. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api.

Ikan Kerisi Masak Berlada

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kerisi – dikelar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
1 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk:
20 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
2 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga sedikit garing. Angkat dan toskan minyak. Letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak dan masukkan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata dan tutup api.
  3. Tuangkan ke atas ikan goreng tadi.


Sambal Tumis Sotong Kembang

Bahan-bahan:
1 ekor sotong kembang – dihiris ikut suka
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
Segenggam cili kering – dipotong dan direndam
1 biji bawang besar – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih, masukkan gula perang. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau rata beberapa minit. Masukkan sotong, air dan bawang besar. Gaul rata hingga sotong mengecut.
  3. Tambahkan garam dan setelah mendidih, tutup api.