Sunday, August 25, 2013

Teringin punya pasal, rupanya En K pun sama

Hari Rabu lepas, Sherry dan Abby ajak ke Seksyen 6 time lunch hour sebab Sherry nak cari bahan basah sikit. So alang-alang byk barang kat rumah pon dah semakin nak habis, Mrs K pun join la.
Teringat raya tahun ni tak jumpa la rendang ayam atau daging yang macam mak Mrs K selalu buat. Kuah kacang pun takde. Hmm...rasa nak buat sendiri tapi tak tau bila. Beli aje barang dulu, bila nak buat nanti kita fikirkan.

Cuma sempat rasa sikit je, bila kakak Mrs K buat rendang ayam sehari sebelum raya, bawa bekal sikit ke rumah MIL untuk berbuka, tapi surprise.....ramainya orang...hihi kazen En K ramai dah sampai dan diorang plan nak berbuka kat rumah MIL sebelum bertolak ke Kubu Gajah, so rendang ayam tak cukup huhu. Semua orang berebut....Dapat rasa seketul je.

Nak dijadikan cerita, En K pelik la tgk Mrs K beli banyak barang masa ambil Mrs K balik keje. Mrs K pon explain la nak buat rendang bla bla sebab x rasa bla bla....sekali En K kata, awak takpe juga, dapat rasa rendang Yong (kakak Mrs K), saya langsung tak dapat rasa. Hihi....kita serupa rupanya.

Actually, MIL ada buat juga rendang pedas tu pagi raya. Tapi....sorry to say....tak menepati citarasa kitorang berdua, sebab mmg lain sangat dari yang mak Mrs K buat. Ni En K pon kata ye....ampunn....tapi we did appreciate juga la MIL bersusah payah buat sebab tau menantu dia suka rendang pedas huhu. Terima kasih banyak-banyak.

So, malam Khamis tu start projek merendang, since En K ada beli ayam kampung. Buat kuah kacang sekaligus, Rebus ketupat mini. Wah heavennya...esoknya ada balance sikit, kitorang berdua bawak bekal ke opis utk kongsi ngan officemates. Anyway rendang ayam ni improvise macam biasa, hasil gabungan teknik dan resepi dari mak, Yong, Aziejaya. Mak tak tumis rendang, tapi Yong tumis. Aziejaya pula Mrs K ikut bubuh hirisan bawang banyak-banyak. Hasilnya, memang sedap, sebab En K belasah sampai tujuh ketul sekali hadap ok. Hihi...dan Abby pon kata sedap dan siap mintak resepi pulak. Alhamdulillah...

RENDANG PEDAS AYAM KAMPUNG ALA MAK MRS K

Sumber: mrskojiwami, Aziejaya

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung - dipotong kecil
2 senduk cili kering kisar
6 - 7  biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris kasar
1 helai daun kunyit - dimayang halus
2 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1 1/2 ketul gula Melaka
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
7 - 8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai - dipotong kecil
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
7 biji cili padi

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula Melaka dan kacau rata hingga gula cair.
  3. Masukkan ayam dan kacau rata. Renihkan sebentar.
  4. Masukkan santan cair, daun kunyit, daun limau purut, asam gelugur. Renihkan.
  5. Masukkan santan pekat dan bahan-bahan hiris. Kecilkan api masukkan garam secukup rasa dan renihkan sehingga kuah pekat.


KUAH KACANG

Sumber: CMG

Bahan-bahan:
1 paket kacang tanah - digoreng tanpa minyak selama 10 minit dan ketepikan
1 senduk cili kering kisar
1 1/2 ketul gula Melaka
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang kecil
2 batang serai
2 inci lengkuas

Cara-cara:
  1. Ramas kacang tanah dan buang serba sedikit kulitnya. Kisar kasar. Ketepikan.
  2. Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula Melaka dan tumis lagi.
  3. Masukkan kacang kisar dan air asam jawa. Renihkan.
  4. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  5. Perasakan dengan garam dan gula pasir.
  6. Renihkan sehingga agak pekat dan minyak timbul di permukaan.

No comments: