Tuesday, August 27, 2013

Kuih Seri Muka

KUIH SERI MUKA
Sumber: Hana Memories
Olahan: mrskojiwami



Upside down seri muka :)

Loyang: 8” x 8”


Bahan-bahan lapisan putih:
250 g beras pulut - direndam 3 - 4jam, kemudian toskan
170 ml santan cair
¼ sk garam

Bahan-bahan lapisan hijau:
2 biji telur
150 g gula
120 ml air pandan
400 ml santan
120 g tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
¼ sudu kecil garam
Pewarna hijau epal

Cara-cara:
Lapisan putih:
Satukan beras pulut, santan cair dan juga garam. Gaul dan kukus lebih kurang 30 min atau sehingga pulut masak. Rehatkan 10 min dan pindahkan ke dalam loyang dan tekan padat.

Lapisan hijau:
Pukul sebentar telur dan juga gula hingga gula larut. Kemudian masukkan air pandan, santan, garam dan juga pewarna. Kacau. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sebati dan rehatkan 10 min.
Tapiskan adunan ke atas lapisan pulut dan kukus 30 min. Sejukkan baru potong.

No comments: