Monday, August 26, 2013

Kuih Lapis Seri Wangi

Sumber: Yatie Memories

Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

Bahan-bahan B:
1 1/4 cawan gula pasir
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan-bahan C:
2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar air panas
1 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu kecil esen pandan

Cara-cara:


Walaupun rupa paras tak cantik, tapi rasanya sedap....hihi
  1. Mula-mula, satukan kesemua bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu, satukan kesemua bahan A dan ketepikan.
  3. Setelah (1) suam, tuangkan ke dalam bahan A dan kacau rata. Tapiskan.
  4. Panaskan pengukus. Sediakan satu loyang dan sapukan sedikit minyak. Kemudian, lapikkan dengan plastik bersih. Balut penutup pengukus dengan kain lampin bersih/aluminium foil.
  5. Sediakan 2 bekas berasingan. Satu bekas isikan bancuhan serbuk koko dan air panas. Satu lagi isikan bancuhan esen pandan dan pewarna hijau.
  6. Bahagikan sama rata (3) ke dalam kedua-dua bekas. Kacau rata.
  7. Setelah pengukus panas, masukkan loyang dan panaskan seketika.
  8. Tuangkan 1 cawan adunan coklat/pandan dan kukus selama 5 minit. Selang-selikan dan untuk lapisan terakhir/paling atas, kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dengan pisau plastik untuk mendapat potongan yang cantik.

No comments: