Monday, August 26, 2013

Karipap Kentang dan Daging

Saja buat as frozen food. Senang kalau takde idea nak breakfast apa, keluarkan dan gorengkan saja.

KARIPAP KENTANG DAN DAGING

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan doh:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 bekas marjerin + 2 sudu besar minyak - dipanaskan
1 sudu teh garam + 1 cawan air sejuk

Bahan-bahan inti:
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - direndam sebentar
3 biji kentang - didadu kecil
1/2 paket daging kisar
2 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar - dicincang
1 paket kecil serbuk kari daging - dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Gula pasir dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:



  1. Mula-mula, sediakan inti.
  2. Tumbuk bahan bertanda *.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  4. Masukkan pes kari dan daun kari dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
  6. Masukkan kentang, daun ketumbar, bawang besar dan air (menutupi kentang).
  7. Renihkan. Setelah mendidih, masukkan gula pasir dan garam secukup rasa.
  8. Renihkan dan kacau selalu hingga pekat.
  9. Sejukkan sepenuhnya sebelum digunakan.
  10. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum dan tepung jagung.
  11. Tuangkan marjerin cair dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  12. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dikepal dan dibulat-bulatkan.
  13. Adjust mana perlu sekiranya masih belum dikepal, i.e., tambahkan tepung atau marjerin atau air.
  14. Ambil sejemput dan bulat-bulatkan doh. Buat sehingga habis.
  15. Ambil sebiji adunan, leperkan dan canai (jangan terlalu nipis). Angkat dan isikan 1 sudu besar inti ke dalamnya. Tutup dan kelimkan. Aturkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum.
  16. Untuk frozen, goreng separuh masak dan simpan di dalam bekas yang sesuai. Lapikkan setiap lapisan dengan plastik bersih.
  17. Panaskan minyak secukupnya, goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

No comments: