Monday, August 26, 2013

Buah Melaka Warna Warni

Buah Melaka ni Mrs K buat untuk dibawa ke open house adik ipar Mrs K. First time buat colourful. Cantik juga.

BUAH MELAKA WARNA WARNI




Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 keping gula Melaka - dipotong dadu kecil
5 helai daun pandan - dikisar halus dan ditapis
1/2 sudu teh esen pandan
1 helai daun pandan - disimpul
Pewarna merah, hijau, kuning

Hiasan:
Kelapa parut secukupnya - digaul dengan sedikit garam hingga rata

Cara-cara:

  1. Sediakan seperiuk air. Masukkan daun pandan dan didihkan.
  2. Sementara itu, satukan tepung pulut, tepung gandum, jus pandan dan esen pandan.
  3. Uli sehingga doh boleh dikepal dan ambil sejemput, bulat-bulatkan. Kalau belum boleh, adjust sama ada tambahkan tepung pulut atau sedikit air.
  4. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan. Uli rata.
  5. Ambil sejemput adunan, bulat-bulatkan kemudian leperkan. Isikan dengan 1-2 ketul gula Melaka, dan cantumkan. Bulat-bulatkan. Habis sebiji, terus masukkan ke dalam air mendidih. Buat sehingga 10 biji pada satu-satu masa.
  6. Apabila buah Melaka timbul, angkat dan toskan airnya. Golek-golekkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. Alihkan ke pinggan hidangan.
  7. Buat sehingga habis.

No comments: