Monday, August 26, 2013

Ayam Kampung Masak Sambal Serai

Ayam Kampung Masak Sambal Serai



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 ekor ayam kampung - dipotong kecil
2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam

Satukan kesemua bahan dan goreng separuh masak.
Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.


Bahan-bahan dikisar:
3 batang serai - dipotong kecil
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam cili kering - dibuang biji dan direndam dalam air panas


Bahan-bahan lain:
1 keping asam gelugur
1/2 sudu besar gula perang
1 pokok daun ketumbar - diracik kasar
Salad untuk hiasan
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar - dibelah 4

Cara-cara:

  1. Gunakan minyak gorengan ayam dalam 2 sudu besar.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
  3. Masukkan gula perang dan tumis lagi.
  4. Masukkan air, bawang besar dan ayam goreng. Tutup kuali dan renihkan.
  5. Perasakan dengan garam dan renihkan sehingga kuah agak pekat.
  6. Hiaskan pinggan dengan salad dan letakkan ayam di atasnya.

No comments: