Tuesday, August 27, 2013

Menu Dinner 26.8.2013


Kari ayam tanpa santan, daging masak hitam, sambal belacan, salad

Kari Ayam Tanpa Santan

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil
2 biji kentang sederhana – dibelah 4
2 tangkai daun kari
1 1/2 paket rempah kari daging
1 1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil gula perang
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dihiris/ditumbuk kasar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
  1. Satukan rempah kari, daun kari, kerisik dan sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Sediakan periuk, panaskan minyak (agak-agak) dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar.
  3. Masukkan bahan-bahan hiris dan tumis hingga agak garing.
  4. Masukkan pes kari dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan kentang dan sedikit air. Kacau rata dan tutup periuk dan biarkan ayam dan kentang empuk.
  6. Masukkan air asam jawa dan renihkan lagi. Masukkan gula perang dan garam. Sesuaikan rasa.
  7. Renihkan sehingga ayam dan kentang betul-betul masak dan kuah agak pekat.
  8. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.


Sambal Belacan

Bahan-bahan:
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 1/2 inci belacan
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil garam
1 cawan air asam jawa pekat (atau lebih)

Cara-cara:
Kisar kesemua bahan hingga sebati dan hidangkan.

No comments: