BOLEH DISEDIAKAN AWAL & DALAM KUANTITI BANYAK
IKAN BILIS SANGAN
Beli yg sudah siap dikupas, basuh bersih-bersih dan tos.
Sangan/goreng dalam kuali tanpa minyak ~ sampai garing.
Mesti kacau selalu supaya sekata masaknya.
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Biasanya aku buat banyak2.
LADA HITAM SANGAN
Lada hitam biji dibasuh bersih-bersih dan tos kering.
Sangan dalam kuali sampai naik bau dan kering/garing.
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Terpulanglah nak makan sebiji-sebiji atau nak kisar kasar.
KEREPEK HALIA
Cari halia yg muda, basuh bersih, hiris nipis.
Sangan atau bakar atau goreng deep-fry (kena tos betul2).
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
LAUK-PAUK HARIAN
AYAM KAMPUNG MASAK KUNYIT
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 inci kunyit & 3 ulas bwg putih.
Dalam kuali, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Tutup kuali & rebus sampai daging empuk dan kuah pekat. Tambah air jika perlu.
SUP AYAM KAMPUNG
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 biji bwg besar & 3 ulas bwg putih.
Dalam periuk, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Setelah 1/2 jam, masukkan potongan lobak merah dan kentang.
Masak sampai empuk.
IKAN CENCARU BAKAR
Untuk 1 ekor ikan yg besar, rencahnya: Tumbuk bersama 1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, 2 inci halia, 1/2 inci kunyit, sedikit lada hitam & garam.
Rencah disapu rata dan sumbat selebihnya ke bahagian perut ikan.
Bungkus dgn daun pisang/aluminium foil, bakar atas bara/oven/kuali.
ULAM
Daun pegaga & halia muda.
Sayuran mentah mesti dibasuh bersih-bersih dan direndam dgn air garam sebentar untuk matikan cacing/kuman/bahan kimia.
Jika boleh, jangan terlalu kerap makan ulam mentah sebab dikhuatiri ada jangkitan pada luka dalaman (jika tak sempurna membasuhnya).
p/s: Aku tak makan ikan haruan :p
SAYURAN
Lobak merah, lobak putih, kentang, sawi, bayam dan daun sup.
SNACKING
Air horlick panas dan roti wholemeal/biskut cream cracker.
Air milo panas dan kuih yg takde telur dalamnya.
Susu dan oat segera.
Kurma & kismis.
LAIN-LAIN
Selepas 3 minggu bersalin, aku minum air ibu kunyit hidup ~ mak kata elok untuk rapatkan apa yg dah longgar :)
Caranya:1 ibu kunyit sebesar ibu jari tangan (buang yg tunas kecik2 tu), kupas dan tumbuk halus.
Bancuh dgn 1/2 cawan air panas.
Biarkan seketika hingga getah kunyit mendak ke dasar cawan dan air jadi suam.
Selawat 3 kali, minum sekali nafas.
Diamalkan 3 kali minum, selang beberapa hari.
p/s: JANGAN MINUM GETAH KUNYIT ITU!!
No comments:
Post a Comment