Saturday, June 19, 2010

AYAM MASAK KICAP


4 ketul ayam - digaul dengan garam dan serbuk kunyit, digoreng 3/4 masak
1 batang kulit kayu manis (sederhana panjang)
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dibelah dua
3 biji cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar (jika suka)
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar (prepared)


Panaskan sedikit minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan cili kisar dan sos tiram. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan sedikit air, kicap masin, kicap manis, lada hitam dan biarkan mendidih.
Masukkan ayam goreng, cili merah, cili padi dan bawang besar. Kacau hingga kuah agak pekat dan angkat.

No comments: